Semalam bagai mimpi...
bermula dengan saat Bi dan Man memelukku...dan kemudiannya Auni yang turut mengikut abang kakaknya berlari pun terkebil-kebil di hadapanku...merenung lama.
:)
Dah setahun tak jumpa...pasti dia dah tak ingat...
Tapi, yang mudahnya...anak kecil itu dengan mudah tersenyum mesra padaku dan Abang...
"Yong, ingat tak?" aku mengusiknya.
"Tak"...amboih Auni nih...gigit kang! :P
~ Mereka memang mudah mesra. Usai memelukku, mereka lantas memeluk Abang (Man, Bi & Auni jek la...kakak-abangnya dah besar, takleh dah :D)
Comelnya mereka...masing-masing dah membesar.
Auni dengan mata Arabnya...Man makin encem macam Santiago lagaknya...Bi ala-ala Rani Mukherjee...Mira makin matang dan berisi sket...Hafiz? (macam bapak org dah!) ekekek..
Itulah kegembiraanku semalam...
Bila dapat bertemu dengan mereka yang kurindu...
Cu dan Paklang macam biasa la...sihat wal'afiah...
Macam-macam cerita nak diceritakan...cuma masa yang mengekang...tak semua sempat kami kongsi bersama.
Bi dengan cerita besday partynya...Man dengan cerita sekolahnya...Mira dengan pencapaiannya sbg best student...Hafiz pulak sibuk nak baca CONAN [baca : komik DETEKTIF CONAN]...(eheheh...Yong beli sampai siri 44 baru...lupa nak sambung beli waktu tgh 'mabuk-mabuk' hari tu :P), Auni pulak takyah habaq lah...berlari ke sana sini, tak peduli org lain. Cu? Sibuk bercerita ttg saat-saat getir masa 'kejadian' itu berlaku...(sakit perut aku gelak dengan cerita Cu, tentang gelagat Paklang masa saat-saat getir itu...heheh)...
Paklang? Dia pulak dengan kamera diginya...dan bukak laptop utk tunjuk kat kami gambar-gambar tempat-tempat kejadian itu di sana...[Bagaimana Al-Qaeda masuk ke kawasan kediaman itu, di mana org Islam ditahan, di mana non-muslim ditahan...dan di mana mayat mereka yang disembelih dicampakkan]. Syukur jugaklah, yg Muslim tidak diperlakukan apa-apa. Alhamdulillah...
Singgah di MMU untuk solat Maghrib...lanjar terus ke Isyak...
Terserempak pula dengan Majlis Murid Baru utk Silat Cekak Hanafi...tingat aku dolu-dolu. Hasfiz ada lagi (batch silat sama dgn aku)...jumpa Abg Amin (besar)...sembang-sembang gak dgn dia...tak sempat tegur Abg Amin (kecik) jek...frust gak...heheh...dah lama dah retire dgn silat nih...tapi, nasiblah mereka masih ingat :).
Drp nak pulak pukul 9 mlm...Abang ada discussion pula...tunggu tunggu...sampai pukul 11 malam...aku pun dah terlena dalam surau tu, lantaran letih yang tak terhingga. Pegi malam sekejap kat HB3...pakcik Sirah Utara ingat lagi aku? Cayer tak? Tersengih-sengih dia...tanya keja kat mana...awat tak mai melawat MMU...dsb. Aku kenalkan Abang, suamiku...dia ingat gak (sbb Abang dulu Pres SRC-uruskan registration Fudcot Operator)...sibuk dia bertanya, tau tak ada yg dah kena terminate operasi...dia kata dia tak dpt surat lagi...harap2 leh sambung operasi sbb contract dah tamat dgn MMU.
Makan-makan sampai lebih kurg pukul 12...sampai kat rumah dlm pukul 12.40 jugaklah...letih sangat...penat yang teramat.
Tapi...gembira!
Kenapa?
Kerana semalam bagai mimpi.
Semalam adalah sebenarnya kenyataan.
Tapi aku lebih suka mengingatinya sebagai mimpi,
kerana ni'mat itu (pengisian sepanjang hari & malam semalam)...terlalu indah.
Apa yang indah sangat tu?
:) Hanya aku dan dia yang tahu...
~Apabila masa itu diberkati Allah, maka setiap saat akan menjadi bermanfaat kepada hambaNYA...hambaNYA yang bersyukur~
:)
~~~
HANY FF
15 Jun 2004 M
26 Rabi'ul Akhir 1425 H
"Mimpi nyata akan sering membuat senyuman terukir...dan hati yang tunduk akan sentiasa bersyukur kepadaNYA atas mimpi nyata; satu ni'mat dariNYA"
No comments:
Post a Comment