Semalam...baca satu blog milik seorang teman. Kisah saat-saat terakhir tempoh kandungannya yang berakhir dengan satu kelahiran. Kelahiran seorang bayi perempuan yang sekian lama dinantikan.
Menitis airmataku menghayati saat-saat getir dia bertarung dengan nyawa demi melahirkan zuriat tercinta. Entah mengapa...hati ini begitu mudah tersentuh tika saat-saat melahirkan diceritakan padaku. Bukan lemah semangat seperti yang disangka oleh sesetengah orang, tapi aku begitu terkesan dengan pengorbanan seorang ibu melahirkan anaknya.
Betapa payahnya melahirkan, apatah lagi membesarkan...mendidik...menjaga sakit demam...
Yang bernama ibu...
Hayatilah perananmu di muka bumi Allah ini. Amanah yang dinamakan zuriat itu...jagailah, belailah dengan kasih & sayang, pupuklah dengan 'ilmu, bajai dengan kemesraan, pagari dengan imaan. Amanah itu sesungguh berat. Jadilah ibu yang mendidik anak-anak dengan budi dan kasih, dengan ilmu terpilih...agar amalan-amalan Fardhu & Sunnah akan jadi 'ibadah yang berterusan dalam keluarga yang diredhaiNYA.
Buat yang bernama anak...
Kasihilah ibumu seadanya. Mungkin dia serba sederhana...tapi dialah yang bersusah-payah di garisan antara hidup & mati menjadi pilihan yang pasti. "Wahnan 'ala wahnin"...walau payah, tapi itulah seri...bagi si ibu yang syukur yang terhingga.
Mungkin dia tidak sepantas kita, menurut jejak langkah emosi dunia-ICT, K-ekonomi...tapi dialah yang mengajar kita agar celik A,B,C, dan kenal 1,2,3.
Mungkin kini dia sering membebel setiap kali mulut kita berbicara...terutama tentang hidup masa depan kita. Usah cepat kau terkesima. Ingatlah, lidahnya juga yang selalu basah dengan zikir dan do'a setiap kali kita demam atau selesema (usah kata sakit berjela, cukup batuk sahaja...dia pasti cemas tak terhingga).
Bukan banyak yang dipinta. Kadangkala, dia tak meminta apa-apa. Hanya ingatan kasih
dan prihatin yang ditagih. Agar hari tuanya tidak sepi, masih punya tempat mengadu. Buat yang masih ada yang bernama Ayah (Abah, Baba, Papa, Walid dsb), mungkin ibu kita masih ada tempat mengadu, berbincang.... Tapi, bagi yang sudah tiada...dengan siapa ibu kita mahu berkata-kata, jika kita tak mahu meluang masa melayannya?
Cuma satu yang masih bersarang di kotak fikirku.
Apa kayu ukurnya, seseorang anak itu...adalah anak yang soleh/solehah (buat ibu atau ayah yang masih hidup)? Apakah nilaiannya usahanya...cukup atau tidak untuk ibu bapanya yang masih hidup?
Ada yang boleh menjawabnya?
~~~
Hany FF
29 Rabi'ul Akhir 1425 H
18 Jun 2004 M
No comments:
Post a Comment