Thursday, February 09, 2006

Expecting!

Yes, I am expecting again!

Baru 3 bulan dia bermukim di rahimku. Dan sejak 3 bulan yang lalu, rahimku didiami lagi. Namun, tiga bulan itu rasa bagai panjang. Kerana banyaknya perkara yang telah berlaku.

Bagi saya kali ini memang lain daripada sebelumnya. Lain dan menarik.

Cara saya mengetahui kewujudannya sahaja sudah membuat hati saya berdebar-debar. Dua hari selepas ke'lewat'an jadual yang sbl ini Allah susunkan dengan baiknya, saya bermimpi seseorang datang kepada saya, sambil mendukung seorang budak perempuan. Dia memakai tudung bidang 60", dan budak perempuan tersebut memakai gaun merah jambu yang sungguh comel. Saya terkelip-kelip memandangnya mungkin kerana sudah lama tidak bertemu dengannya.

Lantas saya bertanya kepadanya (dengan nada gembira),
"Eh, akak! Akak dapat anak perempuan ek!!!"

Dia hanya tersenyum. Manis sungguh senyumannya hingga kelihatan lesung pipitnya. Sambil dua tangannya dihulur ke arah pipi saya. Dua tapak tangannya memegang & meramas pipi saya, tanda sungguh gembira. Dan saya terjaga (jam 3 pagi lebih kurang), dengan terasa kehangatan tangannya di pipi.

Dah tahu siapa 'dia' dalam mimpi tersebut? Dialah kakak yang pergi dahulu menyahut seruan Ilahi pd 16 Disember 2004 lalu.

Kak Qin datang seolah-olah memberitahu, "Hany nak dapat baby lagi!"

Sejak itu, saya terfikirkan...eh, saya mengandungkah? Lebih kurang 5 hari selepas itu (takut jugak nak test tu!), baru dapat dapat sahkan status saya mengandung. Alhamdulillah!

Sejak itu juga macam-macam yang berlaku.
Nufayl mengamuk luar biasa. Sudah pandai hentak kaki ke lantai jika tidak dapat sesuatu. Dan, entah mengapa dia gemar memukul perut saya. Kemudian, dengan tips daripada Mama (Perlis), baru saya tahu perubahan emosi anak sulung bila Umminya mengandungkan adiknya. Saya tumpu lebih perhatian padanya. Dia mula positif kembali. Kini, sebut saya 'sayang adik', dia pasti menghulurkan mulutnya utk mencium perut Ummi, tempat adiknya bermastautin. Nufayl! Tiada kurangnya kasih sayang Ummi & Abah. Nufayl permata hati kami yang pertama!

Umi (Kelantan) pula bermimpi saya pakai gelang emas. Lucu! ;)

Dan, yang terkini, isu posting saya dan rakan sekerja. Oh...my pregnancy was one of the issue! Hmmm...but, now I'm relief. All the issue settled, after direct comm with the boss. Cerita dia panjang, tapi kami melalui sesuatu yang mengejutkan dan drastik sejak 3 hari lalu. Nasib baiklah, semuanya selesai dalam keadaan win-win situation.

Sekarang saya sedang melalui, masa-masa payah dalam trimester awal ini. Ujiannya lebih sedikit daripada Abangnya, Nufayl. Tapi, insya'Allah masa makin dekat untuk memasuki trimester yang lebih stabil. Insya'Allah!

Salam Hari 'Asyura!
- Hari Nabi Adam & Nabi Daud diterima taubatnya oleh Allah s.w.t.
- Hari Nabi Ibrahim berjuang menentang Namrud, dan dibakar hidup-hidup.
- Hari Nabi Yunus dikeluarkan daripada perut ikan Nun setelah 40 hari di dalamnya.
- Hari Nabi Ayub dilepaskan daripada penderitaan penyakitnya setelah 7 tahun diduga.
- Hari Allah menjatuhkan Firaun dan bala tenteranya dengan menenggelamkan mereka dalam Laut Merah.
- Hari Nabi Yaakub pulih daripada buta, dan dipertemukan dengan Nabi Yusuf.
- Hari Nabi Nuh dan kaumnya diselamatkan Allah daripada ancaman banjir besar dan bahteranya terdampar di Bukit Judi.
- Hari Nabi Isa diselamatkan Allah daripada disalib.

Hari kita hayati hari 10 Muharam ini. Hayati semangatnya untuk mendekatkan diri dengan Allah, bertaubat, berjuang menentang kebatilan, berdoa dengan penuh tulus untuk dilepaskan daripada penderitaan, berdoa dengan bersungguh agar yang berkuasa & batil dijatuhkanNYA. Hayatilah semangat 10 Muharam ini, untuk perbaiki 'aqidah kita agar tulus & yaqin kepadanya dalam setiap perbuatan & ikhtiar. Jalan keluar ada padaNYA.



~~~
Salam 'Asyura,
Hany FF
10 Muharam 1427h
9 Feb 2006m

No comments: