Tuesday, July 10, 2007

Pengkisahan...Hobi Nufayl

Dia rajin membaca.
Daripada risalah promosi TESCO/GIANT dsb hinggalah buku-buku di Perpustakaan Mininya.
Cik Siti antara yang pernah dibuli suruh baca itu & ini.
Kadang-kadang, buku tebal tu...baru baca 3 mukasurat, nak tukar buku pulak.
Kalau kita temankan dia kat bilik, bermulalah aktiviti rajin yang men'ceria'kan (baca:sepahkan) biliknya tu.
Kalau kita di luar (ruang tamu), satu-satu buku diusungnya keluar.
Sepah habis ruang depan tu. Sampaikan Makcik Siti kena suruh Nufayl kemaslah.

Hari Ahad baru ni, semasa di Taiping.
Dia jumpa buku & vcd (set) yang Umminya beli drp Wholesale Mart (pernah dengar kan? Yang selalu berjual di medan selera/restoran tu. Yang jual dgn harga RM10 je selalunya).
Set buku & vcd ni tentang Tafsir & Fadhilat Al-Fatihah oleh Dr. Fatma EzZahra Muhd Ramadhan. Ummu Nufayl beli di Taiping masa ke sana 2 minggu lepas.

Nufayl jumpa masa nak naik kereta sebelum bertolak ke Taiping hari Jumaat tu. Dia peluk & kelek ke sana ke mari....sampailah hari Ahad on the way balik KL (sekarang ni dia tak jumpa dah...Ummi simpan dulu).
Katanya, "nak baca to'an(quran)".
Bila dia nampak buku tu, jenuhlah Ummu & Abu Nufayl kena baca satu-satu. Dia yang jadi tukang tunjuknya kat mana nak baca tu pulak tu! Sambil kita baca tu, dia dengan pesennyalah.

[pesen Nufayl skrg ni; angguk sambil kata "ump!". Macam orang Jepun. Pengaruh Ocin (baca : Oshin) kot. :D]

Boleh pulak tu, dengar VCD ceramah tafsir al-Fatihah Dr Fatma tu...dengan khusyuknya kat laptop Ummi. Bila Ummi dia nak bukak screen lain, dia tak bagi.
"Nak becaq!", katanya (full screen la tu maksudnya).

On the way balik ke KL tu, sebelum Abu Nufayl stat enjin...dia suruh baca dulu.
Abu Nufayl pun bacalah,
"Wholesale Mart...di alamat"...bla-bla-bla...hingga akhirnyalah.
"Sila layari di **** dot com."
Tiba-tiba, dia sambung "dot my!", sambil tersenyum.

o0o0OOO ok..gitu ek?

Bila membaca, dia yang tentukan apa jadi apa.
Waktu dia 'waras', betullah Cici Mouf (Mickey Mouse), Nini Mouf (Minney Mouse), Donald Duck, bear, alimauf, singa dsb...
Kalau waktu dia ikut suka hati tu, nama dia yang bagilah!

Lepas baca, bab mengemaslah yang kalau boleh Ummu Nufayl nak sangat lekat. Tak la susah Ummu Nufayl nak kutip satu-satu kalau dia pandai mengemas.

Takat ini, kalau 1-3 buku tu, ok lagi lah bila suruh dia letak atas meja.
Dia buat dengan segera. Dia memang ringan tulang kalau mintak tolong ambilkan apa-apa.

Tapi, lain pula kisahnya di bawah...

Minggu lepas, selepas kunjungan Makcik Siti ke rumah kami...makin banyak buku drp Perpustakaan Mininya diangkut keluar. Sampai nak kosong rak buku dalam bilik dia tu.
Jadi, malam tu Ummu Nufayl kata kat Nufayl...
"Jom Nufayl, kita kemas buku. Nufayl tolong Ummi jom!"
Tau tak dia jawab apa?
"Upai (baca : Nufayl) penat". Sambil ambil kusyen.
"Upai nak tido". Sambil buat gaya leweh...tak larat sangat la kononnya.
Ummu Nufayl tak percaya betul, anak teruna yang baru 2 tahun 9 bulan dah pandai mengelat!

Apalagi...trick Umminya bila nak ajak Nufayl buat kerja.
"Ok...Nufayl kita lawan...sapa kemas dulu dia menang!"

Nufayl pun apa lagi...kalut kutip buku dan lari laju bawa buku ke bilik.
Kalut letakkan buku atas rak.
Lari ke depan lagi...kutip buku hatta bawah sofa pun dia ambil buku (rupanya dia ada sembunyi buku bawah sofa).
hehehe...Ummu Nufayl tunggu dalam bilik je...
sebab dia suka bila akhir sekali Ummu Nufayl kata, "Yeyyy! Nufayl menang!!!"


No comments: