Tuesday, July 17, 2007

Nombor Ini Sangat Cantik!

Salam,

Sibuk, terlalu pack, penat, dan hari ini di follow up dengan demam.. so, boleh la rehat sebentar di rumah.. Ada sahabat menyoal berminggu lepas.. apa istimewanya nombor? I.e 070707. Adakah Islam melarang kita meraikan tarikh itu? Itu soalannya.

Saya jawab hari ini, angka tersebut memang cantik, comel, molek.. Hari itu cukup cantik dijadikan kenangan. Tiada larangan dalam Islam untuk mengatakan ia cantik.

Pastikan ia kenangan yang baik, perbuatan yang baik, mematuhi syari'at, bermoral dan beretika. Kalau wajah seindah bidadari, dalamannya busuk mengengkari hukum Allah, apa gunanya. Tarikh, 070707, memang cantik. Tahun lepas, 060606, cantik, tahun depan 080808 juga cantik, kemudian 090909 pun cantik juga. 101010, 111111, 121212 semuanya cantik. Jadi, ia dan nombor lain tersebut memang cantik. Cuma tidaklah istimewa. Tidaklah unik sangat. Sebabnya? Nombor lain juga cantik dan comel. Yang penting, pastikan kita berbuat baik pada hari itu.

Dan kalau bercakap tentang berbuat baik, bukan pada hari yang cantik sahaja. Hari yang ‘kurang’ cantik juga patut berbuat baik. Jika demikian, terbuktilah, setiap hari sama sahaja. Kita melakukan kebaikan, dan buat yang terbaik setiap hari. Kepada suami, kepada isteri, anak-anak, keluarga, bos, pekerja, perajurit dan macam-macam lagilah. Oleh yang demikian, sejak berkurun lamanya kita dapati, Islam tidak membezakan semua ini.

Kata saya, tidaklah salah menghargai kecantikan dan keunikan. Tetapi ia mestilah dihargai dengan kecantikan dan keunikan jua. Dan kecantikan dan keunikan itu, tiada hadnya, melainkan syurga dan neraka. Unik dan baik, syurga, unik dengan kejahatan, neraka. Kedua-duanya ada pintu. Masuklah yang mana suka.

haa. satu lagi.. saya 'merayakan' hari yang cantik itu (070707), dengan pergi ke ZOO TAIPING bersama anak-anak dan isteri. :) ...

Wallahua’lam.

Wassalam

mozaba

No comments: