Thursday, February 09, 2006
Expecting!
Baru 3 bulan dia bermukim di rahimku. Dan sejak 3 bulan yang lalu, rahimku didiami lagi. Namun, tiga bulan itu rasa bagai panjang. Kerana banyaknya perkara yang telah berlaku.
Bagi saya kali ini memang lain daripada sebelumnya. Lain dan menarik.
Cara saya mengetahui kewujudannya sahaja sudah membuat hati saya berdebar-debar. Dua hari selepas ke'lewat'an jadual yang sbl ini Allah susunkan dengan baiknya, saya bermimpi seseorang datang kepada saya, sambil mendukung seorang budak perempuan. Dia memakai tudung bidang 60", dan budak perempuan tersebut memakai gaun merah jambu yang sungguh comel. Saya terkelip-kelip memandangnya mungkin kerana sudah lama tidak bertemu dengannya.
Lantas saya bertanya kepadanya (dengan nada gembira),
"Eh, akak! Akak dapat anak perempuan ek!!!"
Dia hanya tersenyum. Manis sungguh senyumannya hingga kelihatan lesung pipitnya. Sambil dua tangannya dihulur ke arah pipi saya. Dua tapak tangannya memegang & meramas pipi saya, tanda sungguh gembira. Dan saya terjaga (jam 3 pagi lebih kurang), dengan terasa kehangatan tangannya di pipi.
Dah tahu siapa 'dia' dalam mimpi tersebut? Dialah kakak yang pergi dahulu menyahut seruan Ilahi pd 16 Disember 2004 lalu.
Kak Qin datang seolah-olah memberitahu, "Hany nak dapat baby lagi!"
Sejak itu, saya terfikirkan...eh, saya mengandungkah? Lebih kurang 5 hari selepas itu (takut jugak nak test tu!), baru dapat dapat sahkan status saya mengandung. Alhamdulillah!
Sejak itu juga macam-macam yang berlaku.
Nufayl mengamuk luar biasa. Sudah pandai hentak kaki ke lantai jika tidak dapat sesuatu. Dan, entah mengapa dia gemar memukul perut saya. Kemudian, dengan tips daripada Mama (Perlis), baru saya tahu perubahan emosi anak sulung bila Umminya mengandungkan adiknya. Saya tumpu lebih perhatian padanya. Dia mula positif kembali. Kini, sebut saya 'sayang adik', dia pasti menghulurkan mulutnya utk mencium perut Ummi, tempat adiknya bermastautin. Nufayl! Tiada kurangnya kasih sayang Ummi & Abah. Nufayl permata hati kami yang pertama!
Umi (Kelantan) pula bermimpi saya pakai gelang emas. Lucu! ;)
Dan, yang terkini, isu posting saya dan rakan sekerja. Oh...my pregnancy was one of the issue! Hmmm...but, now I'm relief. All the issue settled, after direct comm with the boss. Cerita dia panjang, tapi kami melalui sesuatu yang mengejutkan dan drastik sejak 3 hari lalu. Nasib baiklah, semuanya selesai dalam keadaan win-win situation.
Sekarang saya sedang melalui, masa-masa payah dalam trimester awal ini. Ujiannya lebih sedikit daripada Abangnya, Nufayl. Tapi, insya'Allah masa makin dekat untuk memasuki trimester yang lebih stabil. Insya'Allah!
Salam Hari 'Asyura!
- Hari Nabi Adam & Nabi Daud diterima taubatnya oleh Allah s.w.t.
- Hari Nabi Ibrahim berjuang menentang Namrud, dan dibakar hidup-hidup.
- Hari Nabi Yunus dikeluarkan daripada perut ikan Nun setelah 40 hari di dalamnya.
- Hari Nabi Ayub dilepaskan daripada penderitaan penyakitnya setelah 7 tahun diduga.
- Hari Allah menjatuhkan Firaun dan bala tenteranya dengan menenggelamkan mereka dalam Laut Merah.
- Hari Nabi Yaakub pulih daripada buta, dan dipertemukan dengan Nabi Yusuf.
- Hari Nabi Nuh dan kaumnya diselamatkan Allah daripada ancaman banjir besar dan bahteranya terdampar di Bukit Judi.
- Hari Nabi Isa diselamatkan Allah daripada disalib.
Hari kita hayati hari 10 Muharam ini. Hayati semangatnya untuk mendekatkan diri dengan Allah, bertaubat, berjuang menentang kebatilan, berdoa dengan penuh tulus untuk dilepaskan daripada penderitaan, berdoa dengan bersungguh agar yang berkuasa & batil dijatuhkanNYA. Hayatilah semangat 10 Muharam ini, untuk perbaiki 'aqidah kita agar tulus & yaqin kepadanya dalam setiap perbuatan & ikhtiar. Jalan keluar ada padaNYA.
~~~
Salam 'Asyura,
Hany FF
10 Muharam 1427h
9 Feb 2006m
Monday, February 06, 2006
ENIGMA BAPA
Asas pertama kejadian ini, bapa pastinya seorang lelaki. Tidak pasti jika ada di antara bapa berjantina wanita. Mungkin secara konsep, bukan secara fizikal. Itu ibu tunggal namanya.
Disebut lelaki, mahu berkongsi cukup sukar. Hinggalah satu masa yang mendesaknya berkongsi, barulah sedikit ruang dibuka. Itupun terhad. Antara desakannya?
- Kesunyian
- Tegang
- Sedih
- Gembira
- Memang hobinya menulis.
Namun sebab-sebab di atas bukan faktor mudah untuk membuatkan bapa menulis. Perlu sampai sunyi, tegang, sedih atau sebagainya pada tahap 8/10 barulah terbuka pintu hati berceloteh. Sebab nombor lima? Itu lain kiranya.
Bagaimana dengan bapa dan anaknya yang ini?
PERTAMA : Sepertimana manusia biasa, harapan memang menggunung tinggi. Sejak mendapat berita hari pertama, meniti hingga hari lahirnya makhluq comel itu ke dunia. Tidak putus harapannya. Memasang pelbagai matlamat dan harapan.
Namun bapa, seorang lelaki, selalu terlupa. ‘Management by objective’ kadang-kadang buat beliau lupa tentang kaedah-kaedah yang halus-halus, terperinci ke arah mencapai matlamat itu. Inginkan anak soleh, doa selepas solat laju sampai terlupa untuk mendoakan anak itu. Ingin anak berakhlaq, ayat quran tidak pun dibaca. Jangankan surah Maryam ataupun Yusuff yang agak mencabar ayatnya, ayat kursi pun jarang diamal membasahi bibir. Tetapi matlamat bapa itu tetap satu. Pinta isterilah yang ingatkan. Sebab isteri suka amalan yang kecil-kecil. Itulah sebabnya lelaki kahwin perempuan. Satu lukis gambar gunung, seorang lagi lakarkan pokoknya. Kalau tidak, gondollah gunung tersebut.
KEDUA : Bapa, pastinya seorang suami kepada bakal ibu kepada bakal anaknya. Isterinya bila hamil, seluruh pelusuk dunia ramuan dan resipi ingin dijamunya. Mahu itu mahukan ini. Lepas satu, dua, lepas dua, tiga puluh jenis macam kehendaknya. Bapa pula, sudah nampak apa yang perlu disediakan 9 bulan lebih yang akan datang. Kalau dulu pakai V-Power, sekarang Ron92. Kalau dulu Pizza 3 hari sekali, kini bertukar kepada nasi bungkus. Maklumlah, perancangan bukan sehari dua. Sekali lagilah isteri perlu peringatkan. Berjimat biar berpada. Jangan tak tercapai hajat si isteri, terjadi apa-apa sebelum waktunya, tidaklah bapa termenung sepanjang hayat. Lagi sekali, patutlah Allah swt kahwinkan lelaki dengan perempuan. Mengimbangi keteguhan ekonomi dunia.
KETIGA : Sesudah lahir, sebaik sahaja lahir, perang saudara bermula. Bapa kata itu anak dan isterinya. Ibu isteri kata itu anaknya dan cucunya. Ibu mertua kata, itu isteri kepada anaknya dan cucunya jua. Mulalah konflik perasaan. Tapi fitrah manusia balik ke asal. Isteri biasanya ‘belot’ sekejap. Balik ke pangkuan ibunya. Itulah wajarnya bila mati, jenazah seseorang dibinkan atau dibintikan ibunya. Suami terkedip-kedip. Anak baru lahir dibawa lari jauh dari pandangan mata. Rindu bapa siapa yang tahu? Sob.. sob.. Tapi Isteri perlu terangkan, kalau suami yang jaga, ketika berpantang, takut pantang sungguh. Terlupa makan dan minum. Jadi, untuk kemaslahatan bersama, biarlah mereka yang lebih kental komitmennya dan kemahirannya menjalankan tugas. Bila sudah rasa mantap, bolehlah pula bapa ambil peranan penuh. Boleh.. katakan boleh… Sementara tu, kumpulkan duit secukupnya, bayar saman hadlaju. Balik kampung seminggu sekali. KL-Perlis 3jam setengah. Pesan kat suami, ingat keluarga tersayang. Namun tak salah bila ada si bapa yang benar-benar komited; ingin menguruskan semuanya sendiri
KEEMPAT : Anak sedang membesar. Ibu lihat semut gigit anak. Bapa lihat, anak tak pengsan sudah kira baik. Ibu berteriak bila anak pegang bunga, bapa kata asalkan tak disengat tebuan sudah cukup bagus. Anak batuk sekali, ibu demam seminggu. Bapa kata, tak sampai 7 tahun lagi hilanglah batuknya. Ibu sakit kepala tengok anak tuang air, bapa kata, jangan banjir rumah sudahlah. Ramai ibu risau. Bapa macam itukah? Ramai bapa kata.. ibu ni nampak segala jenis kuman di dunia? Tapi jelas, itu hikmah kejadian lelaki dan perempuan. Sekali lagi, bapa lukis gunung. Ibu lakar pokok. Anak jadi spesies yang memakmurkan hutan gunung tersebut. Jangan sampai tumbang pokok gondol gunung. Didik isteri agar ketelitian dan kerisauan bersandarkan dalil aqli dan naqli yang wajar. Didik bapa agar pandangan jauhnya berselit kecermatan dan hemah pekerti. InsyaAllah, tarbiyyah anak akan berlangsung dalam keadaan harmoni, berhati-hati, berjiwa besar dan berkeazaman kental.
Ini bukan tarbiyah aulad. Itu lain tulisannya. Ini tarbiyah buat walid. Walid yang mana ya?
Wallahua’lam.
Friday, January 27, 2006
Salam Hijrah
Maaf. Saya mungkin khilaf dalam menguruskan masa yang ada. Keutamaan diberi kepada yang haq sedaya upaya. Yang mana terkurang...atau lemah mahupun lalai...mohon dimaafi.
Salam Tahun Baru Hijrah buat semua. Jangan lupa baca doa akhir tahun & awal tahun baru!
Moga-moga kita termasuk golongan yang beruntung (hari ini lebih baik drp semalam, esok lebih baik drp hari ini). Sama-sama kita muhasabah & improvisasi diri ke arah Muslim yang Mukmin. :)
Salam. Tak sabar bertemu kampung halaman.
Moga selamat kita pergi dan pulang.
p/s: Terharu dengan kisah sahabat (jemaah haji) yang telah selamat pulang dan memulakan alam pekerjaan. Menitis airmata. Rindu Baitullah di sana. Juga Raudhah yang buat mimpi saling berkunjung tiba. Entah bila giliran kita. Rindunya! Sematkan niat, usaha, insya'Allah DIA akan aturkanNYA. Ameen.
~~~~
-yang dalam perancanganNYA-
Hany FF
27 Zulhijjah 1426h
27 Januari 2006m
Thursday, January 19, 2006
Catatan Tanpa Tajuk
:D
Salam buat warga jagat yang membaca catatan tanpa tajuk ini.
1. 2006
2006 selamat mengenjak tiba. Ahlan wa sahlan. Bermulalah tahun baru untuk karierku. Yang nih yang penting...sbb dlm karier jek tahun baru digunakan sbg kayu ukur dlm hidup kita skrg nih. Yang lain2 kita boleh guna tahun hijriah kan? :)
Azam? Ermmm..tanak citer pasal tu lah. Biar semat dlm hati dan dapat dipenuhi bila tiba masanya nanti! Errr..review of 2005? Tokdelah ari nih! Ummu Nufayl tulih pelan2 dlm PDA ek! Skrg Ummu Nufayl tgh sibuk buat catatan lain. Catatan dari hari ke hari. Catatan apa? Rahsia! (ekekek..sonot wat saspen ginih) :D
:)
2. Raya Haji
Alhamdulillah! Selamat semuanya di Klate. Kenduri Aqiqah Nufayl yg kedua (sbb dulu dah buat aqiqah masa Nufayl umur 19 hari di Perlis) pun selamat semuanya. Kambing biri-biri Nufayl tu pun commey. Nufayl buat muka heran jer tengok kepala biri-biri yang Tok Ki tengah proses. :)
Dan paling manis, dapat bertemu Mama Hanan & Hasif!!! Kata Kak Zaza, akhirnya dpt juga bersua muka dgn saya. Saya kata, kita dah jumpa paling kurang 2 kali. Dua-dua masa arwah kak Nuun masih ada dulu.
Pertamanya ketika ziarah rumahnya di Klate, slp pengajian pondok kami -tahun 2000. Dan, yang keduanya ketika kak Nuun final year, saya ikut arwah melawat Kak Zaza di biliknya di UKM. Mungkin betullah Kak Zaza, Along yang bawak kami ke sana. Dia drive! Rasa dah ingat dah :D
Banyak cerita-ceriti kami. Indahnya ukhuwah kerana Allah.
p/s: Gambar takdan nak upload la Kak Zaza! Tp pasti upload gak. Tgk esok canner. :D
3. Raya Cina?
Bukan tumpang raya. Tumpang cuti saja! :) Jom balik kampung! Ummu Nufayl rindu sangat kat Perlis. First sekali rindu Tok & Mama. Then, rindu Nasi Tomato pasar malam Padang Melangit. Rindu nasi lemak & ais kacang Che O'ne. Rindu nak makan pulut durian dgn famili kat sana (meriah kami dgn pulut durian tau!) Rindu nak makan Azra Soya (pasar malam gaks). :D
Erkss.. semuanya ttg makanan? Upsss...nafsu makan! :) Rileks-rileks. Cuti panjang. Bukan nak makan semuanya dalam satu hari kan? :D *wink*
OOooooOO...tapi, sbl balik...kena lah tunaikan janji dgn Abu Amiir dulu. Majlis mana satu tak apakan? Kami insya'Allah hadir. Mabruk!
PERTANYAAN :
1. Ada sapa-sapa tahu tak macamana nak hilangkan tahi lalat di baju. Ari tu balik Klate uje sokmo. Basuh baju ari pertama sampai pun tak kering sampai last day. So, ada baju Nufayl yg bertahi lalat. Sayang la! Baju baru! :(
2. Sapa ada scanner? Nak pinjam utk ujung minggu nih.
Ok. Itu saja buat kali ini. Ummu Nufayl minta diri. Maaf salah silap. Ampun zahir batin. Kalau ada keluangan Ummu Nufayl tulis lagi. Ohh..tak lengkap catatan kalau tak ada pasal keletah Nufayl kan? Nufayl sekarang nih gitu-gitu saja. Tapi, dia dah mula rajin berdo'a. Quite sometimes ago actually! Lps dia belajar solat.
Dia tahu bezakan ayat-ayat do'a yang didengarinya, pasti terus angkat tangan. Baca do'a! :)
- slp Ummi/Abah solat, dia pun join baca do'a kat sebelah kita. Tapi, kalau do'a kita tu panjang...dia pi depan dulu, pusing-pusing agajnya (tangan masih do'a lagi ler)...pastu mai balik sambil senyum. dah orang amin, baru dia buat amin jugak.
- slp Azan, kan ada do'a slp Azan. Kadang-kadang dia dengar radio. Bila sampai part do'a slp azan, dia dulu yg angkat tangan sambil senyummm jer tgk Ummi & Abah. Upsss...Ummi & Abah ralit ler. Malunyerrr kat Nufayl!
- waktu kenduri do'a selamat kat Klate ari tu, Nufayl join orang mesjid meratib kat ruang tamu umah Tok Ki. Ummi ajak dok dapur dia tanak. Dia lagi suka join orang meratib. Bila sampai part orang berdo'a, dia pun sama. Sambil angkat tangan berdoa tu, dia sibuk jugak berulang-alik antara Abah dia & Tok Ki dia yg kebetulan duduk di hujung yg berlainan.
Semoga anak Ummi nih jadi anak soleh yang do'a banyak-banyak kat Ummi & Abah bila besar nanti keyh!
Eh...tu je kotss ari nihs.
Santapan Jiwa hari ini, renungilah ayat 14-15 Surah Ali Imraan :
3:14 Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).
3:15 "Katakanlah: ""Inginkah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?"" Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan (mereka dikaruniai) istri-istri yang disucikan serta keridaan Allah: Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya."
~~~
Ummu Nufayl
Mencari sebutir lagi permata :)
Tuesday, December 27, 2005
Kisah Dalam Kisah, Cerita dan Gambar
11/12/2005, Karnival TV3
Sesudah Subuh, dan siap bersarapan Nasi Rendang, kami bertolak ke Stadium S.A. Waktu tu, jam 8.45am. Masih awal, Tapi, demi tak rela bertembung dengan segala macam kesesakan & keramaian manusia, kami pantas tiba awal di sana. kenapa kami ke sana? Adalah tujuannya. Yang utama sekali, kami ke sana utk ke gerai Dawama. Mula-mula kami pusing semua gerai yang ada, kebanyakannya baru dibuka dan masih belum ramai orang. Abang dan my SIL, Ida masuk gerai Misteri Nusantara a.k.a rumah hantu. Kami berkunjung ke gerai al-Kulliyah & al-Hidayah. Dapat bertemu mata dgn Ahmad Noor Sulaiman, penerbit TV3, dan Dr. Rabiah, kaunselor yang makin mendapat tempat di media perdana. Nufayl duduk dengan khusyuknya mendengar talk drp Dr Rabiah. Tapi macam biasa, utk 5 minit pertama sajalah.

Di gerai Dawama, Pakcik Dawama yang kami berurusan ketika 'borong sakan' di Pesta Buku Antarabangsa masih mengenali kami (ref:postingdulu). Saya terjumpa satu buku bersejarah. Sekali kerling, macam kenal! Buku Sahabat Asing!

Kumpulan Cerita Dan Puisi: Sahabat Asing.
Penyelenggara: Siti Zaleha M. Hashim, Sadatul Mahiran Rosli
Penerbit: DBP
Dalam buku tu, ada karya saya yang pertama tersiar di majalah Dewan Pelajar dan ia terpilih dibukukan. Karya kreatif tajuknya Muhammad Rasul Pilihan. Bukan sajak, bukan puisi. Lebih kepada syair seloka. Saya bagi suami baca. Teruja sungguh! Tapi, tak membelinya. Harganya RM 20, mahal jugaklah. Sementelah, dah ada di rumah Perlis, yg dapat dulu tu. Tapi, best tau dolu-dolu kalau diterbitkan. Dapat honorarium, masa mula-mula dibukukan dulu beratus dapat (dan makin berkurang la) setiap tahun. Tapi, yg baru-baru dibukukan nih, tak pernah dengar cerita pun. Tapi, never mind. I don’t care about that. Dapat kira bonuslah! :D
Dan, pastinya saya tak lupa qadha’ hajat untuk memiliki Kamus Dewan Edisi ke-4. Keluaran terbaru! RM48 selepas diskaun 25%. Yang edisi ke-3 hanya RM 15…tapi saya lebih berminat keluaran terbaru. ;) Itulah tujuan utama saya ke sana. Tak sabar-sabar nak memeluk Kamus Dewan. Nak buat apa? Nak baca! (sambung hobi lama, baca kamus…ahaks)
Selesai hajat ditunaikan, dan lepak jama'ie sebentar di gerai MPA dengan Abg Reza sekeluarga, kami pulang. Jalan pulang masih belum sesak, tapi jalan masuk beratur panjang sampai ke Lebuhraya Persekutuan! Aduh-aduh!
P/s : Pd hari Sabtu, minggu yang sama ada open house Aida/Aini, tapi terkilan sangat tak dpt pergi sebab kami sekeluarga sudah punya agenda hari itu. Ruginya sebab dengar kata makanan sedap-sedap!
18/12/2005, Cat ke uk
Siang hari Sabtu 17/12, dapat sms daripada seorang sahabat.
“Hany, esok kite dan amin fly gi UK, further study”.
Mungkin kerana rapatnya kami, dan dia seorang sahabat yang baik, atau mungkin kerana kealpaanku. Kealpaanku membuatkan ada ‘hutang’ yang belum kubayar, airmataku menitis. Cat! Katrina D. Dambul.
Esoknya, kami bergegas ke kediaman Cat di USJ. Sungguh gembira dengan rezeki Cat, dapat emlanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di Univ. Oxford. Alhamdulillah! Dan dlm pertemuan itu, baru sempat kulangsaikan ‘hutang’ku…hadiah perkahwinan Cat & Amin! Aduh…lamanya!
Me & Cat, the excellent & strong hearted 6th month preggy mom.
20/12/2005, Bims mother of two
Tepat jam 8.41pm, Selasa lahirlah seorang lagi pejuang agama Allah, Muhammad Umar al-Khattab bin Muhamad Muslim. Maksudnya, sahabat saya Yati (Bims) dah selamat melahirkan putera keduanya. Wehh..hang! Dah jadi emak beranak dua dah no! Satnya rasa! Macam baru semalam kita berkenalan, sama-sama kawen, sama-sama mengandung anak pertama! Laa nih, dah dua?! :D
19-22/12/2005, PDA course @ Cosmopoint, PJ
Minggu lepas 4 hari di Cosmopoint berkursus Work Mobility Workshop. Tak ramai, dlm 9 org saja. Semua TM WS. Yang perempuan muslim hanya 4 orang tanpa disangka, semuanya menantu org Klate! Seorg org Melaka, seorg Kedah/Tganu, seorg lagi KL/Perlis dan saya Perlis. Apalagi! Macam-macam ceritalah keluar. Saya hanya banyak mendengar, sementelah cerita mereka memang menarik. Apa ceritanya? Eh..takkan saya nak cerita di sini! Tapi berkisarkan pengalaman & cabaran masuk dalam famili belah suami. Sebab kami orang luar, jadi pastinya bahasa salah satu cabarannya. ;)
btw, nasyid Mother dendangan pakwe Siti@Sami Yusuf memang menusuk kalbu. Tak sia-sia Siti beria-ia suruh saya dengar dengan menghayati. Baru dengar satu rangkap dah syahdu.
Friday, December 16, 2005
Untuk, yang sentiasa hidup dalam ingatan.
Hari ini cukup setahun, masanya mungkin tengahari nanti, tapi...sbl masa jadi sempit, izinkan masa ini jadi pengutusnya.
Terima kasih Ukhti,
atas nasihat & tunjuk ajar. Banyak yang kita lalui bersama.
Tiada kata yang boleh diungkapkan. Semua terbuku di hati.
Bermula dengan 1998 : Tamrin Qiady di Melaka, kita masih belum rapat. Kemudian, setelah berpindah ke kampus di CBJ, kita mula membina satu per satu silah ar-rahim yg murni. Rasanya yang paling merapatkan kita, peristiwa : Usrah-Pondok Seri Permai-Kg. Pandan/Kg. Baru. Yang lain tak tertulis di sini.
Yang paling manis, Pondok Seri Permai.
Kita bermusafir bersama. Akak yang bersungguh mengajak. Kak Aza-Kak Ira-Siti-Yati dan saya sendiri menyambut kesungguhan itu dengan sama-sama berpergian ke Daarul Na'im.
Setelah sama bermusafir, bergelut dgn mehnah utk berpergian kerana Allah dan 'ilmuNYA, kami mula 'mengenali' satu sama lain. Teguran kerana Allah, nasihat kerana Allah. Tiada lagi kata utk mengungkapkan segalanya. Hanya kenangan yang sentiasa hidup yang dapat menyuluh kisah. Saya bersyukur kerana diberikan peluang utk hadir dlm hidupnya walau sebentar. Moga pemergiannya dapat menghidupkan syaja'ah dalam hati-hati kita sahabat/saudaranya. Ameen!
Semuanya kerana Allah.
Dia yang saya kenal suka memberi. Ini salah satu hadiahnya. Istimewa drpnya, wallpaper yg punya petikan novel Lakaran Sahrawi (musim kami 'gila' dgn novel drp Ukht Faizah Othman drp Al-Azhar tu).

*remarks : kata-kata tu petikan drp Warkah drp Lisa buat Iskandar, petikan novel Lakaran Sahrawi. Bukan tulilsan HanyFF tau! Cuma kak nuun tulis hanyf_f kat situ sbg indication hadiah utk penerima jer. jgn salah faham keyh!*
~~~
Untuk, yang sentiasa hidup dalam ingatan.
Wednesday, December 14, 2005
***Your Personality Is*** : Idealist or Rational
| Your Personality Is |
You are a passionate, caring, and unique person. You are good at expressing yourself and sharing your ideals. You are the most compassionate of all types and connect with others easily. Your heart tends to rule you. You can't make decisions without considering feelings. You seek out other empathetic people to befriend. Truth and authenticity matters in your friendships. In love, you give everything you have to relationships. You fall in love easily. At work, you crave personal expression and meaning in your career. With others, you communicate well. You can spend all night talking with someone. As far as your looks go, you've likely taken the time to develop your own personal style. On weekends, you like to be with others. Charity work is also a favorite pastime of yours. |
OR
| Your Personality Is |
You are both logical and creative. You are full of ideas. You are so rational that you analyze everything. This drives people a little crazy! Intelligence is important to you. You always like to be around smart people. In fact, you're often a little short with people who don't impress you mentally. You seem distant to some - but it's usually because you're deep in thought. Those who understand you best are fellow Rationals. In love, you tend to approach things with logic. You seek a compatible mate - who is also very intelligent. At work, you tend to gravitate toward idea building careers - like programming, medicine, or academia. With others, you are very honest and direct. People often can't take your criticism well. As far as your looks go, you're coasting on what you were born with. You think fashion is silly. On weekends, you spend most of your time thinking, experimenting with new ideas, or learning new things. |
~~~
So, tell me your choice based on your knowledge/experience with me? :D
Friday, December 09, 2005
Rindu bangat!
Kali terakhir menulis dari hati, 16 November lalu. Kisah Nufayl : 4 dalam 1. Kemudian, saya hanya copy & paste brain patern test, dan Abang mencatat La Tahzan. Semalam, hanya saya berpeluang seketika copy & paste poem : Allah Knows Best.
Alhamdulillah, jika benar ini saatnya. Izinkan saya menulis, Ya Allah!
~~~
Teruja saya membaca kisah sahabat-sahabat para ibu yang sering saya telusuri tika lapang. Kisah-kisah penuh pancaroba sebagai ibubapa, menginsafkan saya. Kisah-kisah suka duka melayan karenah si kecil menggeletik hati kecil saya.
Segala puji bagiNYA, yang mengizinkan kita menjadi ibu, menjadi bapa kepada si kecil itu. Kerana dia adalah Anugerah, buat pasangan yang mendirikan rumahtangga. Dialah penghibur, dialah juga penawar hati (dialah juga yang menyemakkan rumah, pantang Ummi lepa ya!) .
Kawan-kawan para ibu (Aida, Aini, Farra dll), dah hafaz Surah Taha, ayat 1-5? Saya alhamdulillah sudah! Hanya tak sampai 15 minit, belek-belek, pederas, tutup Quran. Dah! heheh...tempohari belum cuba, tak rasa nak hafal. Tapi dah cuba, tak susah. Rupanya hati ini masih diterangi nurNYA (macam dolu-dolu...ekekek). Kalau tidak, habislah! Saya mencuba dalam kereta, sejurus bertolak drp rumah Najibah.
Dalam pada kita berdoa, agar anak kita menjadi anak yang soleh, taat patuh kepada ibubapa & suruhan (&larangan) Allah, kita perlu juga mempraktikkan Positive Parenting. Ya! saya setuju dengan Positive Parenting ini. Budak-budak sekarang ini, zaman millenia. Remajanya susah ditegur. Mahu ditegur, mesti lembut dan kena pada jiwa mereka. Kalau tidak, berontak pastinya. Daripada bayi kita kena bentuk jiwa mereka. Jadi insan berjiwa besar. Tak mudah kecil hati, dan ambil hati pada perkara mudah.
Nak tahu lebih lanjut, baca artikel yang diajukan oleh Almarhumah Ummu Amiir : Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak, 9/12/2004,
Dalam artikel ni, ada 15 perkara dianjurkan utk dilakukan oleh ibubapa agar kita berada di jalan yang betul dalam membesarkan/mendidik anak-anak kita. DOA & Positive Parenting juga ada dianjurkan dalam artikel ini. Antara yang boleh saya 'highlight' :
1. DOA
Pertama : Berdoa semasa membesarkan anak-anak.
-Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)
-Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
-Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. POSITIVE PARENTING
Kedua : Perlu banyak memberi belaian Targhib (didikan atau motivasi) daripada Tarhib (menakutkan)
Keempat : Tidak menegur anak secara negatif dgn mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah) & membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
Keenam: Memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Keduabelas: Tidak bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
Namun, harus diingat, dalam Islam dianjurkan rotan itu. Untuk tujuan mendisiplinkan anak, jika cara-cara lain sudah tidak termakan ajar.
Kesepuluh : Menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam,
merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
...selebihnya bacalah artikel tu yek! :)
~~~
NUFAYL! Oh NUFAYL!
Ups...banyak lagi perlu dibuat! Kena amalkan positive parenting tu, kena amal tips2 utk tidak melakukan kesilapan dlm mendidik anak tu. Sementelah anak sedang dengan galaknya belajar segala sesuatu yang baru.
1. Bila Ummi & Abah masuk dapur, Nufayl pun nak menolong...habis dimakan bawang yang baru dimayang.
"Aduhai...terima kasih sayang. Nufayl nanti besar, rajin tolong Ummi & Abah ya! Sekarang tak payah lagi. Nanti dah sudah masak, baru kita makan."
2. Ummi lipat baju, Nufayl tolong tarik & renyuk baju tu. Ummi gosok baju, Nufayl tolong timbunkan baju yang akan digosok. Aduhai anak! Tapi, bila kita cakap baik, baik.
"Nufayl, Nufayl banyak permainan kan? Pergi main toy Nufayl tu. Baju ini biar dalam bakul."
Dia perhati Ummi. Letak baju pelan-pelan. Ambik toy dia. Kemudian, dia dah ralit dengan permainan.
3. Tapi, dalam banyak-banyak benda, ada satu yang Ummu Nufayl selalu tak boleh sabar sangat. Bila nampak kita minum air dalam gelas, dia beria-ia nak minum jugak. Bila diberi air, dia minum sikit dan tuang atas tikar/lantai selebihnya. Adus! Sekali lap tak apalah, dua kali. Mulalah nak "pukk" tangan dia tu. Bila cakap baik-baik, dia pun donno. Masih nak tuang atas lantai. Apa nak jadi ni anak!
4. Bunyi azan, dia pun azan sama. Orang solat, dia sama ikut solat. Orang berdoa, sama dia menadah tangan & meng'ameen'kan. Orang menari kat tivi, dia pun ikut gedik. Orang menyanyi, dia sama tarik suara sampai merah muka-muka, bertali air liur keluar. Aduhai anak! Lucu sekali!
Sama-sama, Ummi, Abah & dibantu Mama Misah(penjaga Nufayl) serta keluarga mendidik Nufayl jadi anak soleh ya! Kita bentuk keluarga yang menghidupkan sunnah Rasullullah s.a.w. dan menjadi pejuang di jalanNYA. Ameen!
~~~
Nukilan diri, tanpa tajuk. Cuma dari hati.
Salam,
tundukku buat yang tersemat di hati,
Adalah sumbu, adalah guru,
Mengikat hati dengan kasih & ilmu,
Langkanya dia adalah pemberi restu,
Kerana sekian restunya telah diberikan sejak 'aqad bersatu.
Salam,
buat kekasih hati yang menempuh ribuan duri beronak,
Adalah itu ujiannya,
Buat menghapus dosa lampau,
atau
mungkin menjadikanmu satu antara yang dipilihNYA.
Aku tak bisa merasa apa-apa.
Biar...aku masih di sini,
Mengintai rahmat atas nikmat & ujian yang diberi.
Salam,
Aku mahu pulang dulu,
Mencari erti kasih,
Buat yang bernama Suami.
~~~
Akhir sekali, tak lupa buat Dik Id,
Selamat Hari Lahir yg ke-23, Yong ucapkan.
Semoga Dik Id menjadi insan yang diredhaiNYA dunia & akhirat.
...dan moga kawen cepat-cepat! Tak sabar nak dapat anak penakan nih!
~~~
Hany FF
7 Zulkaedah 1426h
9 Disember 2005m
"Sometimes, we always believe nikmat should be a sign of HIS love, but don't forget a test also do!"
Thursday, December 08, 2005
Allah Knows Best.......
Allah Knows Best
Allah Knows What's Best for us
So, why should we complaint
We always want the sunshine
But He knows there must be rain
We always want the laughter and the merriment cheer
But our heart will lose their tenderness
If we never shed a tear
Allah test us often....
Allah test us not punish us
But to help us meet tomorrow
And for every pain He gives us provided we're patient
For growing trees are strengthened
When they were strike by storm
And sharp cut of the chisel
Gave the marble grace and form
So, whenever we feel we're down
And whenever we feel that everything is going wrong
It's just Allah's way to make your spirit strong!
Indeed, ALLAH KNOWS BEST!!!!
-This poem is in forwarded email. Received during pre-grad time-
Thanks friends for a smile, a pat or a hug. So are to your du'a(s).
I remember my mum said,
"What ever it is, there is a solution from Allah. Always ikhtiar & du'a."
- Smile always :) -
~~~
Hany FF
"Sometimes, we always believe nikmat should be a sign of HIS love, but don't forget a test also do!"
Wednesday, December 07, 2005
La Tahzan
Assalamualaikum warahmatullah
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."
[Ali-Imran:139]
Turunnya ayat ini menjadi penenang hati kepada pejuang unggul sepanjang zaman, Muhammad Rasulullah SAW. Kenapa pula hati manusia agung ini perlu ditenangkan?
Seusai perang Uhud, dalam perjalanan ke Madinah, Rasulullah SAW dan angkatan pejuang Islam melangkah agak longlai. 72 antara umat terbaik di dunia syahid di medan juang. Panglima Islam SAW yang gagah perkasa ini juga mengalirkan darah perjuangan di muka baginda. Untuk menerangkan keadaan ini ; sabda Rasulullah SAW,
"Amat besar kemurkaan Allah SWT terhadap mereka yang melumuri muka Rasul-Nya dengan darah"
Betapa sukarnya kita ingin menandingi cabaran umat terdahulu. Jika dahulu darah dan jiwa menjadi taruhan, kini kita hanya bersedih hanya kerana angka. Angka yang lebih besar, ditolak dengan angka yang lebih kecil, maka pemilik angka yang lebih besar mendapat kemenangan majoriti. Dan perlukah pemilik, penyokong dan pendokong angka yang kecil bersedih hati. Dengan tiada setitik darah pun mengalir ke bumi?
Firman Allah swt dalam ayat terdahulu (ali-Imran : 139) tidak menafikan bolehnya kita bersedih hati. Tiada tegahan untuk berasa sedih, namun tegahanNya amat jelas agar kesedihan itu tidak berterusan membentuk kekecewaan dan lemahnya semangat umat.
Ucapan Saidina Umar al-Khattab kepada Saad bin Abi Waqqas ketika pengiriman bala tentera untuk peperangan al-Qadisiyyah
"Takutlah kamu akan dosa kamu lebih dari musuh kamu kerana dosa kamu lebih berbahaya dari musuh kamu. Kita, orang-orang yang beriman akan hanya memperoleh kemenangan ke atas musuh kita kerana dosa mereka lebih besar dari dosa kita, bukan atas sebab lain. Jika dosa kita dan dosa mereka sama, nescaya kamu akan tewas kerana jumlah mereka lebih ramai, dan sumber mereka lebih banyak"
Pesanan ini memiliki pengertian mendalam. Pentingnya permohonan keampunan dari Allah dan muhasabah diri akan menjadi faktor penentu semangat dan perjuangan yang kita taburkan akan membuahkan hasil. Saad bin Abi Waqqas sendiri tidak teragak-agak memenjarakan seorang tentera Islam ketika itu, Abu Mahjan at-Thaqafi kerana meminum arak bagi mengelakkan kejayaan tentera Islam tertangguh, walaupun itu hanya akan mengurangkan lagi jumlah tentera Islam yang sedia sedikit. Namun kekuatan semangat, keunggulan taubat dan kesedaran akan kuasa Allah mendorong Abu Mahjan untuk keluar dari tahanan secara senyap-senyap dan kembali merantai kakinya pada petang hari tanpa disedari oleh Saad bin Abi Waqqas yang demam selama 3 hari. Keinsafan dan taubat Abu Mahjan selepas itu menjadi penguat faktor perjuangan tentera Islam.
Setelah menang, Saad melantik pula Salman al-Farisi selaku pemimpin baru Parsi dengan hanya gaji satu dirham sehari. Itulah WAKIL RAKYAT mereka. Ketaatan dan keingkaran kepada Allah SWT menjadi perkiraan mutlak. Tanpa faktor lain dan masa-masa yang tertentu sahaja ingin ditaburkan segala bakti dan budi.
Wahai pejuang Islam, kalaulah kekuatan tenaga juang dan semangat kental tidak berupaya membantu kejayaan kita, bersedihlah, tapi usah kecewa. Balasan dosa pejuang Islam tidak ditangguhkan hingga ke akhirat. Terimalah ia di dunia ini, sebagai batu loncatan ke arah mempersiapkan diri, membersihkan diri, menginsafi diri.
Dan tidaklah semua kekalahan itu balasan Allah. Tidak semua kekalahan itu kegagalan ummah. Kerana tidak semua kejayaan itu adalah rahmat. Banyak kejayaan itu ujian. Ilmu Allah terlalu luas. Firman Allah SWT ;
"Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada'. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim. Dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir."
[Ali-Imran:140]
Firman Allah SWT lagi :
"Katakanlah ; Tuhan kami adalah Allah ; kemudian istiqamahlah"
Teruskanlah perjuangan. Percayalah pada iradah Allah. Muhasabah untuk kegemilangan perjuangan. Istiqamahlah untuk menjamin kekuatan jiwa dan kejayaan berterusan.
Hanya Allahua'lam.
Abu Nufayl, anak Kelantan.
7 Disember 2005