Kali terakhir menulis dari hati, 16 November lalu. Kisah Nufayl : 4 dalam 1. Kemudian, saya hanya copy & paste brain patern test, dan Abang mencatat La Tahzan. Semalam, hanya saya berpeluang seketika copy & paste poem : Allah Knows Best.
Alhamdulillah, jika benar ini saatnya. Izinkan saya menulis, Ya Allah!
~~~
Teruja saya membaca kisah sahabat-sahabat para ibu yang sering saya telusuri tika lapang. Kisah-kisah penuh pancaroba sebagai ibubapa, menginsafkan saya. Kisah-kisah suka duka melayan karenah si kecil menggeletik hati kecil saya.
Segala puji bagiNYA, yang mengizinkan kita menjadi ibu, menjadi bapa kepada si kecil itu. Kerana dia adalah Anugerah, buat pasangan yang mendirikan rumahtangga. Dialah penghibur, dialah juga penawar hati (dialah juga yang menyemakkan rumah, pantang Ummi lepa ya!) .
Kawan-kawan para ibu (Aida, Aini, Farra dll), dah hafaz Surah Taha, ayat 1-5? Saya alhamdulillah sudah! Hanya tak sampai 15 minit, belek-belek, pederas, tutup Quran. Dah! heheh...tempohari belum cuba, tak rasa nak hafal. Tapi dah cuba, tak susah. Rupanya hati ini masih diterangi nurNYA (macam dolu-dolu...ekekek). Kalau tidak, habislah! Saya mencuba dalam kereta, sejurus bertolak drp rumah Najibah.
Jomlah kita amal sama-sama setiap hari, pagi & malam. Sambil-sambil tu, jgn lupa berta'awudz & berselawat utk anak-anak kita. Berdoa, moga dijauhkan drp syaitan durjana & sentiasa dlm rahmatNYA.
Dalam pada kita berdoa, agar anak kita menjadi anak yang soleh, taat patuh kepada ibubapa & suruhan (&larangan) Allah, kita perlu juga mempraktikkan Positive Parenting. Ya! saya setuju dengan Positive Parenting ini. Budak-budak sekarang ini, zaman millenia. Remajanya susah ditegur. Mahu ditegur, mesti lembut dan kena pada jiwa mereka. Kalau tidak, berontak pastinya. Daripada bayi kita kena bentuk jiwa mereka. Jadi insan berjiwa besar. Tak mudah kecil hati, dan ambil hati pada perkara mudah.
Nak tahu lebih lanjut, baca artikel yang diajukan oleh Almarhumah Ummu Amiir : Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak, 9/12/2004,
Dalam artikel ni, ada 15 perkara dianjurkan utk dilakukan oleh ibubapa agar kita berada di jalan yang betul dalam membesarkan/mendidik anak-anak kita. DOA & Positive Parenting juga ada dianjurkan dalam artikel ini. Antara yang boleh saya 'highlight' :
1. DOA
Pertama : Berdoa semasa membesarkan anak-anak.
-Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)
رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا
وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
2:128 Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau
dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan
tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang.
-Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ
وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
25:74 "Dan orang-orang yang berkata: ""Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami
isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami),
dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."
-Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. POSITIVE PARENTING
Kedua : Perlu banyak memberi belaian Targhib (didikan atau motivasi) daripada Tarhib (menakutkan)
Keempat : Tidak menegur anak secara negatif dgn mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah) & membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
Keenam: Memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Keduabelas: Tidak bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
Namun, harus diingat, dalam Islam dianjurkan rotan itu. Untuk tujuan mendisiplinkan anak, jika cara-cara lain sudah tidak termakan ajar.
Kesepuluh : Menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam,
merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
...selebihnya bacalah artikel tu yek! :)
~~~
NUFAYL! Oh NUFAYL!
Ups...banyak lagi perlu dibuat! Kena amalkan positive parenting tu, kena amal tips2 utk tidak melakukan kesilapan dlm mendidik anak tu. Sementelah anak sedang dengan galaknya belajar segala sesuatu yang baru.
1. Bila Ummi & Abah masuk dapur, Nufayl pun nak menolong...habis dimakan bawang yang baru dimayang.
"Aduhai...terima kasih sayang. Nufayl nanti besar, rajin tolong Ummi & Abah ya! Sekarang tak payah lagi. Nanti dah sudah masak, baru kita makan."
2. Ummi lipat baju, Nufayl tolong tarik & renyuk baju tu. Ummi gosok baju, Nufayl tolong timbunkan baju yang akan digosok. Aduhai anak! Tapi, bila kita cakap baik, baik.
"Nufayl, Nufayl banyak permainan kan? Pergi main toy Nufayl tu. Baju ini biar dalam bakul."
Dia perhati Ummi. Letak baju pelan-pelan. Ambik toy dia. Kemudian, dia dah ralit dengan permainan.
3. Tapi, dalam banyak-banyak benda, ada satu yang Ummu Nufayl selalu tak boleh sabar sangat. Bila nampak kita minum air dalam gelas, dia beria-ia nak minum jugak. Bila diberi air, dia minum sikit dan tuang atas tikar/lantai selebihnya. Adus! Sekali lap tak apalah, dua kali. Mulalah nak "pukk" tangan dia tu. Bila cakap baik-baik, dia pun donno. Masih nak tuang atas lantai. Apa nak jadi ni anak!
4. Bunyi azan, dia pun azan sama. Orang solat, dia sama ikut solat. Orang berdoa, sama dia menadah tangan & meng'ameen'kan. Orang menari kat tivi, dia pun ikut gedik. Orang menyanyi, dia sama tarik suara sampai merah muka-muka, bertali air liur keluar. Aduhai anak! Lucu sekali!
Sama-sama, Ummi, Abah & dibantu Mama Misah(penjaga Nufayl) serta keluarga mendidik Nufayl jadi anak soleh ya! Kita bentuk keluarga yang menghidupkan sunnah Rasullullah s.a.w. dan menjadi pejuang di jalanNYA. Ameen!
~~~
Nukilan diri, tanpa tajuk. Cuma dari hati.
Salam,
tundukku buat yang tersemat di hati,
Adalah sumbu, adalah guru,
Mengikat hati dengan kasih & ilmu,
Langkanya dia adalah pemberi restu,
Kerana sekian restunya telah diberikan sejak 'aqad bersatu.
Salam,
buat kekasih hati yang menempuh ribuan duri beronak,
Adalah itu ujiannya,
Buat menghapus dosa lampau,
atau
mungkin menjadikanmu satu antara yang dipilihNYA.
Aku tak bisa merasa apa-apa.
Biar...aku masih di sini,
Mengintai rahmat atas nikmat & ujian yang diberi.
Salam,
Aku mahu pulang dulu,
Mencari erti kasih,
Buat yang bernama Suami.
~~~
Akhir sekali, tak lupa buat Dik Id,
Selamat Hari Lahir yg ke-23, Yong ucapkan.
Semoga Dik Id menjadi insan yang diredhaiNYA dunia & akhirat.
...dan moga kawen cepat-cepat! Tak sabar nak dapat anak penakan nih!
~~~
Hany FF
7 Zulkaedah 1426h
9 Disember 2005m
"Sometimes, we always believe nikmat should be a sign of HIS love, but don't forget a test also do!"
No comments:
Post a Comment