Bismillahi Walhamdulillah
Agak terlewat sedikit. Tetapi masih ada ruang pastinya.
Alhamdulillah, kami telah dikurniakan cahaya mata ketiga, putera, namanya belum ada.
Profail Ringkas:
Nama : Belum Boleh Diumumkan.
Tarikh Lahir : 13 Zulhijjah 1430H, bersamaan 30 November 2009
Waktu Lahir : 3.35 petang
Tempat Lahir : Sime Darby Medical Center
Kemahiran Asas ketika lahir : Menangis dan Hisap Susu
Kemahiran Lanjutan : Menyamar buat-buat tidur
Kelahiran ini menjadi penyeri seterusnya keluarga FitrahZH. Berkebetulanlah pula dengan tarikh ulangtahun perkahwinan kami. Alhamdulillah.
Sepertimana 'dibisikkan' oleh Ummu Nufayl dalam Facebooknya, segalanya berjalan lancar. Mudah dan dimudahkan Allah SWT.
Gambarnya sepuluh minit dan 3 hari selepas dilahirkan.
Hanya 'sedikit' ujian Allah menimpa kami di Pusat Perubatan terkenal ini. Mendatangkan kesan psikologi yang agak mendalam buat kami, khususnya Ummu Nufayl pada kali ini, khususnya dari segi keyakinan kami terhadap tahap keselamatan di sini.
Bak kata orang, redha kita pada satu perkara, tidak akan melepaskan pihak yang melakukan kecuaian daripada tanggung jawabnya di hadapan Allah dan makhluqnya.
InsyaAllah, sedikit masa kami akan coretkan buat rakan-rakan semua untuk kita kongsi bersama dan sebarkan bagi manfaat bersama di sini dan facebook kami...sekarang, sedang sibuk jaga bayi dan ibu bayi... :P
Wallahua'alam.
Abu Nufayl
18 comments:
Hany n Abu Nufayl,
mabruk!
Dah ber-5.
Memang, benarlah SMS yang ana terima beberapa hari lalu yang menceritakan keputihan anak ini.
Tapi ada yang ralat sikit dengan SMS tersebut, tang mana tak ingat dah... tapi memang ada ralat.
:)
allahuakbar
tahniah tahniah
tahniah hany n zainal..pantang di mana yer?
Alhamdulillah. Tahniah buat Ummu Nufayl sekeluarga..
Alhamdulillah...tahniah Yang n Zainal...slamat berpantang buat Yang...
Jazakumullahu khoiran kathira buat semua yang turut meraikan warga baru FitrahZH. Alhamdulillah....kami ada berada di Aman Perdana sampai week 3 bulan Nov kot. Selepasnya, belum tentu...masih dalam perbincangan.
Meh la ziarah kat rumah. ;)
salah tu... week 3 bulan Disember la sayang oi.
takpa, mai mai, jgn tak mai. tgk tarikh baru ek. ummu nufayl tu dia mamai sket. hehehe...
mudin, don't start it!
alhamdulillah, tahniah utk hany & abu nufayl sekeluarga.
congrats hany...take care to hany n baby..:)
congrats hany n zainal! dah try test freestyleke?
hany & zainal..tahniah.. sorry lambat tau..tiba2 teringat nak bkk blog mlm ni...
aidura, kak su, ayu & kak nita - thanks!
;)
ayu, lom lagi. kena guna avent dulu. nanti avent cik ati, majuk pulak. btw...dah start perah susu. tapi lom guna medela lagi. masih menunggu masa yg sesuai ;)
tahniah laa hany and zainal :D
yg pertama muka hany
yg kedua muka zainal
yg ketiga muka integrasi.. eheheh
tahniah ek !
Happy exclusive breastfeeding ek :D
sama2.tu l muka baby nih berubah2. ni bzru seminggu, dah nampak lain2. tgk bila besar sket nanti. ;)
exclusive bf...insya'allah. thanks for the wish! :)
hany and jenal,
tahniah atas kelahiran..baru tau biler jenguk blog ni.
moga fudhayl jadi anak yang soleh.
siti, awak & jie antara yg terawal saya sms. lepas pda phone hany hilang..saya pun dah tak fwd sms tu kat kawan2 lain dah (bz pk action plan).
lepas tu kami just announce thru blog & fb je.
tak dapat ke sms tu?
(utk makluman - komen di atas - ummu nufayl menyamar)
Post a Comment