Thursday, December 24, 2009

Detik ke Lantai, Terhempas ke Kolam...

Salam buat semua.

1. Kami maklum, ramai menunggu makluman terbaru, saya boleh jawab, pasti akan berkurang kemaskini. Kerana saya sendiri sedang melayari antara saat-saat terbaik dalam hidup, yang tiada kata boleh menggambarkan. Dan sepenuh masa saya bersama Ummu Nufayl sekarang. Sekarang beliau nyenyak di sebelah. :)

2. Ada yang bertanya, apa perasaan pada masa ini. Sukar dijawab. Cuma beginilah, anggaplah saya pada 15hb Disember yang lepas telah terjatuh dari tingkat 55 bangunan, dan menunggu detik terhempas ke tanah. Namun di tingkat 20, tersangkut di beranda, kemudian terhempas masuk ke dalam kolam renang :) . Traumanya ada, namun saya sedang asyik berenang di kolam ini sekarang. Perkara mendatang, insyaAllah, jangan fikirkan lemas. Kerana air untuk dinikmati bukan ditakuti. Masih banyak tingkat di bawah jika terjatuh lagi. Tetapi kenapa fikirkan jatuh itu? Berenang sajalah!

3. Antara ringkasannya kejadian yang menimpa, pada hari kejadian, beliau mengalami (1) hypercalcemia membawa kepada hyperviscosity syndrom hingga membawa pula kepada kegagalan pernafasan, dan kegagalan pelbagai mekanisme fisiologinya pada waktu itu. (2) Ditambah dengan jangkitan paru-paru (pneumonia). (3) Dan diburukkan dengan radang otak (encephalitis).

4. Semuanya sedang kembali kepada status asal. Cuma perkara ketiga dalam pemantauan rapi dan rawatan intensif pakar perubatan bagi memastikan semuanya kembali normal.

5. Melihat kepada sejarahnya, kami tidak dapat menafikan, semuanya berada pada 'borderline' pada waktu itu, namun Allah Maha Kuasa. Belum sampai masanya pada waktu ini. Dan Ummu Nufayl kembali senyum dan berceloteh walaupun tidak sepenuhnya aktif buat masa ini. Maha Suci Allah, Maha Pengatur, Maha Penyantun.

6. Status terkini Ummu Nufayl, alhamdulillah, 95% berada di posisinya yang asal. Selepas menjalani lumbar puncture tempoh hari (22 Disember 2009), beliau telah berpindah ke wad High Dependency Unit - tidak lagi Critical/Coronary Care Unit. Dalam proses pemulihan dan pemantauan rapi para pakar. Dan saya sendiri tidak lekang walau seminit dengan beliau memastikan semuanya baik. Latihan fisio - berjalan, menulis, membaca, memahami, berkomunikasi semuanya sedang berjalan dan lancar nampaknya. Secara tidak rasminya, saya mencurahkan segala yang boleh untuk membantu beliau pulih sepenuhnya. Memorinya, dan segalanya. Alhamdulillah, tiada masalah besar buat masa ini.

Apa lagi yang mampu diceritakan.. .melayari rakaman memori terkini FitrahZH. Maha Suci Allah. Syukur Alhamdulillah.

9 comments:

Anonymous said...

terima kasih untuk update.. koleksi gambar yang cantik..mashaAllah..beautiful famili.. rasa tak sabar untuk mengetahui punca sebenar hany diserang hypercalcemia. May Allah help all of u..insyaAllah :)

farihah
rakan sekelas hany smkap 1993-1995

aida said...

Thanks for the update. Tak tahan tu, hany dah boleh berFB dan berblog. Syukur sgt2

.anisZ. said...

Alhamdulillah.. syukur ke hadratNya.

eLLe said...

alhamdulillah...

Farra Da Smiley said...

mulai 23hb fudhayl dah boleh jumpa ummi? alhamdulillahhh

Anonymous said...

alhamdulillah .. waktu kritikal dah berlalu ..insyaAllah , semoga hanny dan family tabah dan semoga kembali sehat

-knoreza -

Sofira said...

Alhamdulillah, dipanjatkan syukur ke hadrat Allah swt yang Maha Mendengar, Maha Mengabulkan doa hamba-hambaNya lagi Maha Berkuasa. Allahu Akhbar!

Saya doakan agar Hany diberikan kesembuhan yang sempurna oleh-Nya. Kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang mudarat mahupun penyakit. Hanya Dia yang mampu memberikan kesembuhan seumpama itu.

Perkenankanlah doa hamba-Mu ini, Ya Allah, amiinnn.

Anonymous said...

Alhamdulliah..hani dah selamat...saya baru jer tahu pasal ni lepas bukak blog hani...terkejut sangat2..zainal dan hani kuatkan semangat kalian..semoga Allah permudahkan urusan kalian..nani

IeNa said...

:)

Moga sembuh cepat ye Hany :)

Tak berkesempatan nak jadi ibu susuan Fudhayl, dek kerana Insyirah sendiri pun sudah tidak merasa dr ibunya yg dah tak tahan menahan sakit bagi direct dek sbb mengandung.

Shafakillah!