Monday, December 07, 2009

FUDHAYL NASHWAN

Bismillahi Walhamdulillah. Wassolaatu Wassalaamu 'ala Rasulillah.

Pengumuman kepada para bakal besan. Putera kami telahpun mendapat namanya pada hari ke-7 kelahiran beliau. FUDHAYL NASHWAN


secara literal ;

FUDHAYL - maksudnya watak yang memiliki kelebihan, kemuliaan dan kecemerlangan.

NASHWAN - segar, ceria, gembira, freshen up..

Secara sejarahnya, kami ambil nama Fudhayl sebagai panggilan utama, menginsafi kisah seorang wali Allah - Imam al-Fudhayl bin Iyadh ('Ayyadh) yang akhirnya meninggal di Makkah pada tahun 187 hijrah setelah terlalu gementar mendengar sepotong ayat al-Quran yang dibacakan.

Antara ucapan-ucapan Fudhayl bin 'Iyad ('Ayyadh)

1. Berbuat sesuatu kerana manusia adalah syirik, manakala meninggalkan sesuatu kerana manusia adalah riak. Hanya dengan keikhlasan sahaja Allah menyelamatkanmu daripada kedua-duanya.

2. Kalaulah ada padaku doa yang mustajab, sudah tentu akan ku jadikan doa itu untuk seorang ketua. Ini disebabkan kemaslahatan rakyat adalah padanya. Jika ketua tersebut berbuat baik, nescaya rakyat dan negara itu akan aman.

3. Dilihat tersenyum buat pertama kali setelah sekian lama. Kebetulan hari itu adalah hari kematian anaknya. Ketika ditanya, jawab beliau, "apakah yang lebih menggembirakan kerana apa yang berlaku pada hari ini adalah kehendak Allah"..

4. Perkara dan perbuatan yang benar datang daripada Allah. Cara yang betul pula adalah daripada Sunnah Rasulullah SAW.


Harapan Umi dan abah, anak ini akan jadi anak soleh dan wara', cemerlang dan ceria sentiasa.

Wallahua'lam.

p/s : hari ketujuh, Fudhayl dapat nama, tetapi kehilangan rambutnya.. hehe..

14 comments:

Farra Da Smiley said...

nak kene praktis nyebut namanya ni...
wah dah botak...tetap kiut, bby la katekan hehe

matanya bulat la

.anisZ. said...

alala comeinyeee fudhayl... ngikot sapa ni?

Anonymous said...

comelnye baby hany..pandai umi dan abahnya cari nama..cepat juga hany dh dpt 3 anak..akak ni masih blum dpt bagi adam adik..sian dia tkde kawan lg.
hany berpantang kt ner ek?..bleh bg address tk kt aman perdana tu kt mana umah.ade kesempatan bleh pi tgk bby hany.

-k.maini

Hany FF said...

thanks farra, anisz & kak maini. silakanlah ziarah. aah umah kat aman perdana, kak maini email kat hany_ff@yahoo.com. nanti hany bagi alamat umah & ctc no.

Hany FF said...

anisz, gambar tu sebijik cam nufayl masa lepas cukur kepala.

BanjarRakai said...

Tahniah lagi sekali.

Kena update gak gambar kat area profile tu. Kesian baby, tak de gambar dia di situ.

sarah M said...

Tahniah buat k.hany & abg. zainal..
Juga pada nufayl & nuha..dah dapat adik..Comey!!! Macam abg dan kakaknya..

mudin001 said...

Ya, Abu Nufayl kena buat training untuk sebut nama anaknya!

:)

HanyFF said...

takla susah, sebut NUFAYL. masih dgn ritma yang sama.

cuma gantikan NUN pd NUFAYL dengan FA utk FU
dan
FA pada FAYL dengan DHAD utk DHAYL.

dah bagi dah online tips! :D

abu nufayl said...

tok guru pondok ngajar.. gitulah

Nida said...

salam..tahniah hany&zainal..try contact via phone...tak dapat..
mcm muka nuha!
:)

akmar said...

comeinyee...boleh la berbesan nnt :))

z.r.k.z said...

tahniah! now 5! i like...

:D lets now 6 pulak nnti ya..

Hany FF said...

akmar, tak jadilah besan nampaknya. dah jadi adik beradik dah fudhayl, adni. awak nak dipanggil apa? dia ada Ibu Aida/Akmar/Ayu. Ramai ibu dia, adik beradik pun ramai.

heh...terima kasih sudi menjadi ibu susuan fudhayl.

kak zaza, lambat lagi kot 6 tu.