Tuesday, March 01, 2005

Cerita-Ceriti : 1, 2 & 3

Cerita 1 : Sembang dalam LRT : Nenek Cina

Ini cerita lama. Cerita beberapa minggu lalu. Cerita yang diniatkan untuk diceritakan di sini, di blog ini.

Hari itu hari Jumaat, saya ada kursus di TTC, Jln Semarak. Hari terakhir bagi kursus 2 hari. Belum sempat kursus usai petang itu saya dapat panggilan telefon drp ANOC menanyakan kehadiran mesyuarat. Eh, mesyuarat apa? Rupanya, GM tugaskan saya untuk mewakilinya menghadiri satu mesyuarat. Saya tak terbaca pula email itu. Tanpa menunggu instructor kursus tersebut menghabiskan semua modul yang dirancang, saya minta izin pulang demi melaksanakan tugas yang menanti. Dia mengizinkan, tetapi sebagai timbal balik (kerana tidak mahu diruntun saya bersalah), saya selesaikan semua modul dengan pantasnya (biasalah, orang muda memang laju bekerja). Alhamdulillah selasai!

Daripada TTC saya menaiki teksi ke LRT Keramat kerana mahu cepat tiba ke destinasi. Sampai di sana, Alhamdulillah LRT sedia menunggu. Berlari-lari anak saya, tak ingin terlepas walau 1 saat.

Ada tempat duduk! Maklumlah LRT Keramat bukan peak station. :) Lega, penat saya dengan beg saya fail kursus ini! Tangan saya cepat-cepat menyeluk beg, mengambil novel yang sedang dibaca tika itu "Merentas Sungai Sejarah" karya Nazmi Yaakub.

Seorang wanita muda yang juga baru masuk, duduk di tempat kosong di sebelah saya. Mata saya melilau mencari-cari kalau-kalau ada penumpang yang lebih memerlukan tempat duduk. Tak ada! Hmmm..orang tak ramai. Tak apalah duduk pun.

Tiba di stesen KLCC ada seorang wanita tua masuk, mungkin dalam usia 80an. Wanita. Rambutnya penuh uban. Dia pakai serba merah hari itu. Suit lengkap; blaus dan seluar panjang. Berkaca mata hitam ala veteran. Hmmm...bergaya juga orangnya.

Cepat-cepat saya cuba bangun, tapi wanita muda di sebelah saya lebih pantas. Dia menyuruh saya duduk semula (mungkin dia melihat saya membawa banyak barang agaknya), dan dia pelawa wanita tua tadi duduk di tempatnya. Wanita tua itu mengangguk-angguk tanda terima kasih dan berbesar hati. Saya mensedekahkan senyum kepada wanita tua itu.

Saya sambung baca novel!

Terdengar wanita tua itu mengajak wanita muda tadi bersembang. Kelihatan wanita muda itu mengangguk tanda faham, dan tersenyum bagai hormat. Dia tidak begitu responsif terhadap wanita tua yang nyatanya menguasai perbualan (ataukah bicaranya saja tidak difahami wanita muda itu?) Saya tidak pasti. Sambung baca buku!

Tiba di stesen Pasar Seni, wanita muda tadi keluar. Kemudian, bermulalah satu perbualan. Wanita tua itu mengajak saya berbual. Dia bercerita, dia tinggal di Damansara. Di tempat tinggalnya itu, orang suka buang sampai di merata-rata. Akibatnya dia sudah beberapa kali jatuh. Tergelincir. Dia tunjuk lebam di muka dan tangannya. Dia bercerita lagi, dia daripada Penang. Sekarang tinggal di KL. Dia kata, budak-budak muda sekarang sudah hilang hormat sama orang tua. Bukan di KL saja, di Penang pun sama.

Mula-mula saya rasa nak buat tak layan saja, tapi terfikir itukah akhlak seorang Muslim. Siapa jua dia, kita wajib menghormati orang tua. Lalu, saya tutup buku dan merenung dia semasa dia bercerita. Seolah-olah berminat dengan ceritanya, walau sebenarnya ada perkataannya yang saya tidak faham kerana pelat cina dan lidah tuanya.

Dia memulakan lipurlaranya. Suaminya sudah mati. Dia ada life partner, orang ingat suami...tapi bukan lorh. Tapi suaminya ada beli insurans, jadi selepas suaminya mati. Dia dapat bahagiannya. Dia bagi kepada anak-anak juga. Senang hidup maa.

Awak ada beli insurans? Dia bertanya.
Saya angguk. Dalam hati saya, insurans nyawa taklah. Takaful Sihat adalah!
Bagus-bagus! Dia senyum pada saya. Saya senyum pada dia.

Lalu saya tanya dia, dia mahu ke mana. Ke Stesen Asia Jaya, katanya. Ohh...ada urusan apa? Dia tersenyum. Ada kawan tunggu di sana. Mahu pergi 'set' rambut! Ohhh!!!
Emm...berapa umur? Dia senyum lagi. Sudah 83 lorh! Waaa...auntie manyak maintain aa.

Ya lah, dia kata. Saya doa pada Tuhan Alla la. Selalu doa pada Tuhan Alla. Bagi sihat. Mau tengok cucu. Main dengan cucu.

Aaaa...saya tercengang. Kelip-kelip mata. Err...Auntie kata doa pada siapa tadi? Saya ulang tanya.

Pada Tuhan Alla la. DIA bagi semua. Tangannya menunjuk ke arah atas seolah menadah tangan. Dalam hati, oh beginikah. Saya tahu, mana-mana agama pun mereka menganggap Tuhan itu Satu. Dewa-dewa dan berhala semuanya sebagai perantara saja. Cuma saya tidak menyangka dia akan menyatakan bahawa dia berdoa kepada Tuhan Allah...Yang Maha Esa & Maha Suci.

Tiba-tiba hatiku berdoa, "Ya Allah, bukalah pintu hidayah kepada Auntie ini. Jauhkanlah aku daripada menyekutukanMU dengan apa-apa sahaja. Ameen."

Kemudian, giliran stesen Kerinchi pun tiba. Saya bangun. Okla Auntie, saya mau turun. Dia senyum sambil berkata, You manyak beautiful aa. Upss!!! Ke situ pula dia.

Kesimpulan : ;) hormat orang tua.

---
Ceriti 2 : Baju Melayu Pertama!

Hari Ahad, 20 Feb...selepas pulang daripada santapan tengah hari di rumah Abang Faizal (ref : Kalam, saya menjemput seorang sahabat (x-SMKAP & x-SMKAA) yang bakal singgah tidur di rumah sementara menanti penerbangannya ke Yogya keesokan paginya. Malam itu, Alhamdulillah kami dapat bersembang bersama selepas lama tak bercerita.

Dia yang menitipkan 2 buah buku novel Ayat Ayat Cinta (ref : "Ayat Ayat Cinta") & buku "Tips Menjadi Wanita Paling Bahagia Di Dunia" untuk dipinjam & dibaca. Katanya, "Kalau Hany nak pinjamkan pada orang lain pun boleh. Sebar-sebarkanlah! Kalau depa nak beli, habaq kat Nida...Nida bawa balik nanti!"

Nida juga menghadiahi Nufayl sepasang baju Melayu buatan Indonesia. Cantiknya!
Nufayl sudah ada baju Melayu! Baju Melayu pertamanya!
Pasti jadi baju raya EidulFitr nanti!
Jazakillahulkhoir Nida! :)

Kesimpulan : Hadiah-menghadiahi itukan sunnah. Ia menimbulkan rasa kasih antara saudara. Tak perlu tunggu tarikh tertentu. Yang memberi akan mendapat ganjaran ikhlasnya, yang menerima pastilah gembira! :)

---
Cerita 3 : Walimah Kak Saf & MPH Warehouse Sale!

Mabruk 'ala 'Ariss wa 'Aruss, Safrina & Arzrai :)
La'allakum fi mardhatillah...da iman abadaa.

:)

Sampai di walimah Kak Saf jam 4.00 petang (dah nak habis dah kendurinya). Jumpa Abg Faizal, Aini, Aini's Husband, Auni, Aida, Mufis & Amni. Kak Aza, Kak Ija, Kak Kamy & Kak Ema dah nak balik...tapi sempat la bergambar sama-sama. Lepas makan nasi minyak Kak Saf, saya sempat ke MPH Warehouse Sale. Waktu tu dalam jam 4.30 petang, Kak Lin baru sampai dengan Anas & Abu Anas.

Kebetulan dekat saja tempatnya dengan kenduri Kak Saf. Aida yang influence...dia dah ber'habis' kat sana dia kata. Aini's family dan Abg Faizal terus ke Sale tu lepas makan kenduri, tapi saya & suami perlu menghantar adik saya ke Stesen LRT Kelana Jaya dahulu sebab destinasinya masih jauh...Skudai, Johor!

Fuhhh...ramainya umat! Nasib baik mudah dapat parking di Dewa De'Kelana tu. Kebetulan ada insan yang dah nak keluar. Kami beli 6 perkara.

1. Kad Imbas Besar : Perkataan Pertama - utk Nufayl
2. Complete Guide to Raise your Child 0-5 yo - utk Ummu & Abu Nufayl
3. 70 Wanita Terbilang Zaman Rasulullah s.a.w - Ummu Nufayl punya
4. Ummahatul Mukminin - Ummu Nufayl punya
5. Kisah Saya Saudara Baru : NurAisyah Chua Abdullah - Ummu Nufayl punya
6. Novel : Baghdad Diaries - Ummu Nufayl punya

;) Sekarang saya sedang melayani Kisah Saya Saudara Baru. Bagus untuk para pendakwah mendalami perasaan seorang saudara baru serta mencari pendekatan sesuai untuk mereka.

Lepas ini, giliran Baghdad Diaries pula. Tulisan Nuha. Ermm...interesting nampak novelnya. Nanti saya berkongsi kisah & pengajarannya ya!

p/s: pesanan utk pengantin, nakal la pengantin nih. Kiss-kiss anak-anak orang bagi merah pipi semua pulak ya! :D
Takpa, untuk Nufayl jadi ubat tu! heheh...


p/s: erk..panjangnyer saya tulis. copy dlm Ms Word masuk 4 m/s. Macam boleh jadi fragmen novel pulak. :D

tazkirah hari ini
Allah Knows Best



~~~
"Life is too short to leave kind words unsaid"
Hany FF
20 Muharam 1426 H
1 Mac 2005 M

No comments: