Monday, February 28, 2005

Ayat Ayat Cinta

Ini bukan kisah cinta Rabi'atul Adawiyah yang rindu cinta pada RabbulJaliil.
Ini bukan kisah cinta Hassan Al-Basri yang menunggu untaian cinta Rabi'atul Adawiyah luruh ke hatinya.
Ini bukan kisah cinta Ibrahim Adham yang mencari Tuhan lantas menyarung diri dalam dakapan zuhud.
Apatah lagi kisah cinta anak muda zaman millenium yang hanyut dalam gelora asmara fana'.

Ini kisah Fahri Abdullah Shiddiq, musafir di Ardhul Kinanah yang hidup menjunjung cintanya pada Yang Esa. Walau ujian demi ujian mencagari hidupnya.

Semalam, aku pantas mengkhatami novel ini. Puas terasa diri. Meneroka bicaranya satu persatu, aku bagai menghayati segala yang terjadi.

Jika tidak, masakan jantungku yang debarnya hebat sekali (rasa nak putus jantung :D) saat-saat Fahri bertemu dengan bakal isterinya tika sesi ta'aruf. Debar makin hebat tatkala bakal isterinya membuka hijab (purdah) untuk dikenalkan pada bakal suami. (Watak dalam novel yang di'baitul muslim'kan, aku pula yang terlebih menghayatinya!) ;)
Dan saat dia dinikahkan, tak terasa airmata ini gugur kerana terharunya penghayatannya terhadap pernikahan yang mulia itu. Satu persatu sunnah dijalankan daripada mula bersalaman dengan isteri, doa tika mengucupi dahi isteri, dan solat sunat bersama. :)
Indahnya penghayatannya.

Dan satu daripada ayat cinta yang diungkapkan dalam novel ini :
"Orang-orang yang akrab saling kasih mengasihi, pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain,kecuali orang-orang yang bertaqwa."
(Az-Zukhruf : 67)


Betapa satu ayat cinta daripada sekian banyak ayat-ayat cinta yang diwahyukanNYA, ditafsirkan melalui peristiwa, tragedi dan perbuatan. Alangkah indahnya!

Lantas, aku kagum pada penulisnya Akh Habiburrahman El-Shirazy, dari Indonese. Beliau seorang Sarjana daripada Universiti Al-Azhar.

Terima kasih Nida, kerana meminjamkan Novel Pembangun Jiwa (komentar daripada Pak Hadi Susanto) ini. Lumayan sekali! :)

Benarlah, antara sastera sekular & sastera Islam…lain benar pendekatannya. Wajah dan lenggok gayanya juga lain. Membezakan keindahan sejati dan kesementaraan nurani. Membaca karya sastera Islam, anda pasti terajak untuk menjadi setaat wataknya, secekal hidupnya, seteguh pendiriannya dalam melayari kehidupan anda sendiri. Di situlah indahnya, berdakwah melalui karya sastera.

Bacalah!

tazkirah hari ini
Al-Quran Kekasih Istimewa


~~~
Life is too short to leave kind words unsaid
Hany FF
17 Muharam 1426 H
25 Februari 2005 M

Thursday, February 24, 2005

Sinar Di Langit Andalus

Alhamdulillah!
Cerpen saya yang terbaru dipilih utk diterbitkan dlm majalah NUR Mac 2005.
Ditemani puisi Kak Nisah "Cinta Ibu Jari" :). Kak Salina, thanks!

Cerpen ini saya tulis semasa dalam pantang Oktober lalu.
Cerpen berbentuk warkah seorang suami (Naufal) buat isterinya (Alawiyah) yang jauh dari pandangan mata.

p/s: Bagi saya, Alawiyah bukan sekadar nama seorang wanita. Tetapi juga watak asuhan satu Madrasah. Betul atau tidak? Tanyalah pendidiknya. Itu harapan saya.


~~~
"Life is too short to leave kind workds unsaid"
Hany FF
15 Muharam 1426 H
24 Februari 2005 M

Monday, February 21, 2005

Kalam

1. Ceramah Tsunami oleh Imam Banda Aceh
malam ni, lepas Isya' di Masjid Jln Templer PJ. Nak ikut? Jom!!!

2. Buat caterer amatur yang dengan jayanya menjalani training semalam, tahniah! Ika, Siti, Kak Aza, Ida...Mabruk! ;) Anda berjaya...eheheh. Lepas ni, bolehlah jadi pro yer. Semalam pun org dah kata pro dah :D

3. Nida, selamat kembali ke Yogya! Mesti Nufayl rindu Mama Nida dia nanti nih! Usah risau perkara yang akan datang dong. DIA yang menentukan segalanya, usaha mesti bikin sungguh-sungguh. :) Dan pastinya, terima kasih untuk baju melayu pertama Nufayl. Pasti jadi baju raya Eidul Fitr nanti! :)

4. Promo ADinDa, group of tutor. Lawatilah blog al-Faqir Mudin. A very good move to initiate a wide network of tutor in Klang Valley. Help the Muslims children in their academic. If you are interested? Kindly surf al-Faqir Mudin, or contact En. Najmuddin at 013-9208443 or email to mudin001@gmail.com


BTW...pesanan penaja, bacalah NUR Mac 2005 :D
Ada apa dlm NUR?
err..tader apapa. Ada tulisan wartawan-wartawan NUR la pastinya. Fokus dia best Penderaan Terhadap Wanita. :) ANIS bulan Feb pun best. Fokus dia ttg Pendidikan Seksual Terhadap Anak-anak :D


~~~
Hany FF
"Life is too short to leave kind words unsaid"
12 Muharam 1425 H
21 Februari 2005 M

Thursday, February 17, 2005

Sudah Terang Lagi Bersuluh!

Subhanallah!

PBB dedah pihak cuba mengkristiankan anak yatim

Sebelum ini ada cakap-cakap, tapi tiada pengesahan drp badan berwajib.
Kini? Dah terang lagi bersuluhkan?
OIC buat apa?

Check it out!

p/s: tertarik dengan artikel Antara Fikir dan Zikir dalam Majalah i Februari 2005. Hari ni, tak sempat nak komen, kalau ada keluangan insya'Allah ada catatan tentang artikel tu :)

Tuesday, February 15, 2005

Mode : Apresiasi TTD

Segala puji bagiNYA. DIA yang membenarkan segalanya.

Kerdil benar terasa diri ini.
Saya mengutuki diri.
Benarkah begitu? Apa tiada syukur bagi kurniaNYA walau sekelumit cuma?
Bukan.
Bukan itu yang dimaksudkan.
Serasa ingin benar berbakti. Peluangnya mungkin wujud sekali. Namun, andai ia kubenar pergi...apa lagi yang dapat kubuat untuk berbakti? Membiar ia berlalu, itukah tanda tiada syukur? Atau, itu tanda tawakkal yang tinggi akan kurniaNYA yang luas tak terperi?

:)

Tentu kau bertanya, mengapa saya berujar sebegini sedang kau tahu tiada peristiwa yang berlaku.

:)
Ia sebenarnya satu rasa setelah usai membaca sebuah karya Faisal Tehrani, Tunggu Teduh Dulu. Ika, terima kasih kerani sudi berkongsi baca. Pasti saya akan berduga-duga membeli satunya.

Menyusuri hidup seorang Salsabila Fahim, terasa dekat sungguh dengan diri seorang ini.
Kenapa dan di mana? Biarlah disimpan di hati.
Dan, kerana akrabnya rasa itu...hati ini berkata-kata,
"Alangkah bagusnya jika dapat kuungkapkan satu-persatu peristiwa, menjadi karya begini!"

Hmmmm...mampukah saya?
Saya cuma penulis kerdil, yang mengungkap kata menyusun bicara menurut kata hati.
Saya cuma penulis yang impiku ingin menakluki hatimu, dengan susun bicaraku agar hanya khoir yang bertakhta selalu.

~~~
Hany FF "Life is too short to leave kind words unsaid"
15 Februari 2005

Thursday, February 03, 2005

Bukan lagi ukuran

Masa bukan lagi ukuran,
Untuk usia yang kian mengah dikejar.

[I hope this 10 minutes worth!]

Memang, blog sudah bersawang.
Sudah seminggu tak lekat di pejabat. Merantau ke sana sini.
Berkampung di pejabat AND. Ada IQA.

Aduh. Rindunya pada pejabatku!
[Rindu juga pd kerja yg bakal bertimbun sepulangnya drp bermukim di AND]
Ikutnya, Isnin ni pun ada Worksyop. Selasa ada mesyuarat pagi & petang. Lepas tu, bercutilah panjang - Chinese New Year & Awal Muharram katakan!

Ada sedikut cerita yang mahu dikongsi.
Semalam, abang dijemput ke MMU. Ada kuliah 'Isyak a.k.a Usrah Umum.
[maaf, pd yg pesan soh bagitau kalau ada program...semalam tak tersempat nak ajak korang].
Kuliahnya bertajuk "Tafsir Surah An-Nas & Al-Kaafiruun".
Simple tapi boleh dikupas dalam.

Semasa di Surau al-Hidayah, aku ambil kesempatan buka laptop abang utk setelkan sedikit tugasan. Nufayl pula galak melayan kakak-kakak MMUnya, Nisa', Ayuza, Fatihah, Azza. Aku boleh biarkan dia begitu. Sambung buat kerja.

Tiba-tiba, terbayang dia di satu sudut di penjuru masjid. Dia!.
Lama aku termenung.
Memang, di sini...terlalu banyak aktiviti yang kami buat bersama. Terlalu banyak kenangan jika kuimbau.
Diam.
Sambung kerja.

Slps kuliah berakhir, aku mengajak suamiku makan malam di foodcourt HB3 dulu sbl pulang.
Suamiku tiba-tiba bercerita, bahawa dia bagai nampak 'dia' dalam masjid tadi. Ada bersama muslimah yg mendengar kuliah. Aku diam. Sama pula!

Mungkin hanya bayangan. Kerana, di situlah ukhuwah kami terpupuk, terjalin dan menjadi kuat.

Benar.
Kata suamiku, dia akan dikenang sbg seorang ahli kuliah yg setia.
Ya. Benar.
Dulu di kampus, slp pulang dr Pondok Seri Permai (program anjurannya), kami teruskan dgn sesi kuliah pagi dgn Tok Guru Mozaba.
Kuliahnya kami mulakan slp subuh, hari sabtu atau ahad.
Ahli kuliahnya adalah geng-geng Pondok ; dia, kak ira, kak aza, siti, aku...dan ada juga sahabat-sahabat lain yg berminat yg join kuliah tu ; farah, jie, lina, kak mamah, kak shida, kak iena1409, kak saf, kak shama, kak ija, kak kamy dll. Silih berganti!

Tapi, dia antara yg setia.
Tambah suamiku, ada sorang lagi yg setia. Setia datang, tapi tidur. Tersengguk-sengguk!
Errr...akulah tu!
Aku pula menambah, ada sorang lagi. Setia nak datang, tapi tiap kali datang mesti tidur!
(Bukan takat tersengguk, tapi siap lari ke belakang tabir lagi...eheks)
Sampai orang tu buat konklusi, tak payah datang sbb sohih tidur. Waktu mengantuk tu!
Siapa tu? Errr...tak boleh reveal identity kan Siti? :D
Ada sorang lagi pulak, tersengguk-sengguk juga. Bila terjaga, dia menggelepar cam itik. ehehheh...saper tu? err...takleh habaq la.

Sakit perut jugak aku gelak bila teringat kenangan tu.

:)
Tapi, dia juga yg setia.
Pasti sesi soal-jawab yg kami tunggu.
Sebab soalannya selalu membuka minda, kritikal. Sesuai utk menjawab persoalan semasa.
Tok Guru Mozaba pula tak jemu-jemu menjawab persoalan-persoalan yg kami timbulkan.
Kadang-kadang nampak remeh, tapi rumit.
:)

Tak mustahil kami nampak bayangannya.
Kerana ukhuwah kami bermula di situ. Di kampus itu, di masjid itu.

Di situ, ada tangan yg menyuap makan tika berbuka puasa.
Di situ, ada suara yg membaca tika sesi tasmi'.
Di situ, ada cetusan idea dalam mesyuarat demi mesyuarat demi bi'ah solehah yg ingin diwujudkan di bumi itu.
Di situ, ada gelak tawa yang merantai ukhuwah Islami.

Tak cukup ruangan.
Tak tersenarai segalanya.

Ref :
Perginya Seorang Ukhti
Dedikasi
Al-Mu'allim
Ila 'Ishq


~~~
"Life is too short to leave kind words unsaid"
Hany FF