Tuesday, February 13, 2007

Al-kisahnya (...lagi tentang su su)

Bagi seorang ibu, ini adalah kisah sedih.
Bagi seorang bapa, mungkin dia terperanjat dan hairan.

Apa kisahnya?
Sebenarnya entry ini khas utk Farra. Tentang apa yang telah kami bincangkan sebelum ini.
Tentang kisah susu ibu. Yang tumpah & hilang.

Yang sedih-sedih bagi si ibu.

Kisah 1
Pada hari ke-4 saya bekerja semula, selepas cuti berpantang. Isnin, 6 November 2006.
Pagi, saya ambil ke-empat empat bekas susu daripada peti ais dan letak dalam plastik berwarna putih drp simpanan saya. Dan selepas itu, saya masukkan dalam beg nursery Nufayl & Nuha (seperti rutin biasa sejak 3 hari sebelum itu).

Dalam kereta, saya perasan plastik tu tak ada. Bagitau Abang tapi dia suruh check balik. Di rumah pengasuh, check beg. Confirm bekas-bekas susu tu tak ada dlm beg. Balik rumah untuk cari.

Buka pintu.

Tengok atas meja makan (tempat terakhir susu diletakkan sbl dimasukkan dlm plastik & beg nursery). Tak ada!

Cari dalam peti ais. Tak ada! Hanya susu stok yang tinggal.

Cari dalam bilik. Bawah katil.
Bawah tangga. Dalam longkang. (kot-kot terjatuh).

Tak ada!


(Gambar hiasan)

Abang pulak cari. Semua tempat. Tak ada kesan langsung!

Saya telefon pejabat. UL! Kami ke pejabat Abang. Abang janji hantar saya balik dlm jam 10 pagi, untuk bawa Nuha imunisasi juga. Saya bising-bising juga dalam kereta. Hairan bagaimana susu boleh hilang tanpa kesan langsung! (Jika terjatuh atau dilanggar kereta atau...atau...atau.)

Jam 10.30 pagi, sampai di rumah. Saya bising lagi. Terus pam susu & simpan dalam peti ais.

Jam 11.00 pagi, keluar ambil Nuha ke klinik untuk imunisasi.

Jam 12.00 tengahhari, pulang ke rumah dengan Abang, Nuha (Nufayl masih di rumah pengasuh).

Seperti biasa sambil buka pintu, saya sering memberi salam (walau tiada orang di rumah).
Bila pijak lantai yang jenisnya broken marmar (marmar pecah) tu, sejuk! Sejuk sangat rasa tapak kaki ni. Macam tinggal rumah seharian, tak tutup aircond dlm master bedroom & tak tutup pintu. Macam tinggal rumah semalaman, hujannya lebat yang amat.

Padahal, baru tinggal rumah 1 jam. Tak hujan! Air-cond pun dah tutup pagi tadi!

Tiba-tiba bau wangi sangat. Wangi! Wangi!!

Saya masih tak perasan apa-apa, terus tegur, "Eh! Awat wangi sangat ni bang?!"
Abang konfius. Kemudian, dia tersenyum. Simpul. Abang bagi isyarat supaya jangan tegur.

Saya ..upss...baru terperasan.

Diam!

Periksa air-cond. Confirm off!

Upss...saya dah tak bising-bising pasal susu hilang.

Cuma, saya minta 'sesiapa' tu jangan lah ambil susu lagi. Nuha hanya minum susu Ummi dia. Dia takder makanan lain.

Selepas tu, saya hanya pack susu saat mahu keluar. Bawa dengan tangan. Dah tak masukkan dalam beg dah.

Serik!!!


Kisah 2
Dalam bulan November jugak, saya ada kursus di MMC KL. Tak ingat hari ke berapa. Saya gembira sebab dapat kumpul 16 oz hari tu. Tapi kegembiraan tu sekejap sangat sebab 2 oz daripadanya tumpah sebelum sempat saya tutup bekas susu slp pindahkan drp pam.

Arghhhh!!! Hari tu, terus mood belajar hilang.


Dua kisah sedih seorang ibu yang sungguh-sungguh mahu menyusukan bayinya secara eksklusif.

Sabar je lah! Dugaan!


p/s: Farra, dah beli jantung pisang drp Tesco Jumaat lepas.
Makan 1 (anak jantung pisang) hari Sabtu ari tu. Ahad tak masak sbb Kak Aza sponsor masakan special chef Wan Amir (ekekek). Berapa banyak ek kena makan sbl dia betul-betul efektif utk tambah susu lagi?




~~~
Ummu Nuha

Friday, February 09, 2007

Dia Dah Makan!

Bukan hujung minggu lepas. Hujung minggu lepas kami di Kelantan. Menghabiskan cuti Thaipusam bagi Selangor & Cuti Hari Wilayah untuk KL.

Bukan hujung minggu yang itu. Minggu sebelumnya. Hari Jumaat, Abang demam. Sabtu pagi, saya pula mula demam. Sabtu yang ada Muntada' itulah. 27hb Januari 2007. Gagahkan diri hadir ke Muntada' kerana mengikut janjinya kami ada mesyuarat petang itu. Tapi, mujur jugak mesyuarat dibatalkan. Saya sangat tidak upaya.

Balik ke rumah, demam makin melarat. Sakit satu badan. Nak bergerak pun sakit. Saya hanya bangun ke tandas & untuk solat. Solat pun sambil duduk sebab tak tahan sakit setiap kali badan bergerak. 3 hari begitu. Hinggalah Asar pd hari Isnin, baru dapat solat seperti biasa (maksudnya, badan dah boleh bergerak).

Makan pun bubur. Suami yang masak dan suapkan. Saya hanya mampu baring. Sedangkan sebenarnya, suami saya pun demam (dlm 37 darjah celcius). Dan juga Nuha juga demam. Nufayl saja yang sihat cergas dan aktif mem'buli' Ummi & Abah. Sebabnya, dia yang mula-mula sekali demam. Waktu ni lah, saya dan suami terfikir, "alangkah bestnya kalau ada pembantu!"

Ahad itu, kami ke Klinik Medicare. Bayangkan, selepas makan ubat dan saya rasa badan dah tak panas sangat pun, Dr detect suhu badan saya 39 darjah celcius. Waktu saya sedang menahan sakit & panas demam, sbl makan ubat...entah berapalah suhu masa itu. 40 darjah lebih pastinya!

Isnin dapat MC.

Saya menyusu badan Nuha sepenuhnya. Tak campur susu formula atau apa-apa makanan. Harapan saya, nak mula memperkenalkan makanan pejal kepadanya bila usianya mencecah 6 bulan. Tapi, rupanya rezeki Nuha lebih awal.

Isnin itu, saya sangat 'kering'. Sejak Ahad lagi, saya cuba bertahan. Bagi juga susu badan walau badan sangat lemah. Hari Isnin, saya cuba beri susu formula tapi Nuha langsung tak mahu. Jam 2 petang Isnin, 29 Januari 2007 - saya suapkan dia Nestle BERAS (Stage 1).

Sebabnya, saya sangat lemah tika itu. Air Nuha taknak, susu formula pun dia taknak. Dengan susu badan saya sahaja, saya jadi sangat sakit (seluruh badan, setiap urat rasa sakit tika itu). Dan, saya dah lama perhatikan Nuha. Tentang kesediaannya untuk diperkenalkan makanan pejal.

Daripada pembacaan saya, bagaimana utk tahu jika bayi kita telah bersedia utk makanan pejal :
1. Bila didudukkan dgn sokongan, dia mampu angkat kepala dia.
2. Matanya ikut sudu/makanan.
3. Dia buka mulut bila nak disuapkan.

Tu antaranyalah. Yang saya ingat. Nuha memang dah lama ada ciri-ciri tu.
Apabila Ummi makan, dia sering 'bunyi'/merengek minta diangkat. Bila Ummi pegang sambil Ummi makan, dia sibuk nak cekau makanan dalam pinggan Ummi. Bila Ummi minum pulak, dia boleh nak pegang gelas dan nak suap ke mulut dia.

Jadi, Ummi yakin Nuha dah bersedia. Cuma, Ummi harap nak tunggulah sampai 6 bulan. Tpai, harapan Ummi tak kesampaian. Nuha mula makan pada umur 5 bulan 1 minggu, 29 Januari 2007. Jadi Ummi menyusu Nuha secara eksklusif selama 5 bulan 1 minggu lah! :)

Nak tahu apa jadi bila Ummi nak suapkan Nuha buat kali pertama?

Nuha kalut pegang sudu dengan dua-dua tangan dan bawa sudu ke mulutnya. Nuha dah suap sendiri!

Jadi, bekal susu Nuha ke rumah penjaganya pun dah kurang sikit. Sebabnya Nuha dah makan. Ikut pembacaan Ummi, hanya 210 ml diperlukan utk sehari. Tapi, Ummi bekalkan dlm 10 oz ~ 300 ml utk SIANG SAHAJA.

Sebelum Nuha mula makan, Ummi kena bekalkan Nuha 12-13 oz ~ 360-400 ml utk SIANG SAHAJA. Kalau terkurang sikit mulalah Nuha meragam petang-petang. Ummi tak boleh balik lambat!

Hujung minggu ni, Ummi nak masaklah untuk Nuha. Nak perkenalkan makanan segar. Taklah asyik Nestum saja. ;)


p/s: Kira ok jugak Nuha makan pada usia 5 bulan 1 minggu. Abangnya, Nufayl dulu mula makan pd usia 3 bulan. Awal sungguh! :)


~~~
Ummu Nufayl & Nuha

Thursday, February 08, 2007

Cantik Sungguh si Hodoh Itu!!

Terasa rindu ingin bertemu. Tapi pergi untuk bertemu rasa malas. Terasa ingin bertemu si dia, tapi kalau dia ingin menerima pertemuan ini, mesti patuh kepada beberapa kriteria.

Cantik sungguh baju kurung dipakai, anggun berseri bersama tudung. Lebih manis, cantik dan molek, jika ketika berjalan tidak diangkat kain itu hingga menampakkan betis.

Ayu jelita si dara manis. Aurat ditutup atas ke bawah. Lebih wajar jika kain yang menutup itu tidak terlalu ketat menampakkan bentuk tubuh.

Mari tumpang kereta saya. Pastikan tapak kasut bersih, baju diseterika. Jam dipakai, dan tepat waktunya. Tutup pintu kereta jangan kuat sangat. Ehh.. kerusi tu kalau mahu duduk pastikan pelan pelan, nanti rosak. Mari naik..

Beli kereta 2,000 c.c. 255hp, 250ftlb torque. Kalau bawa di highway 80 km/j, jual sajalah pada sesiapa.. over spec.

Saya ucapkan terima kasih atas masakan yang hebat, dan boleh tak tolong tambah garam sedikit, gula setengah sudu, sos cili dua sudu besar, bawang goreng ditabur rata, dan pastikan halia dimasukkan, baru sedap dimakan. Ohh.. sedapnya masakan awak.

Kawan-kawan semua, ikutlah apa yang baik dari saya. Kalau saya buat silap, tegurlah saya. Kalau teguran itu silap, itu tandanya anda sudah melakukan kesilapan yang sangat besar. Jika teguran itu benar, alhamdulillah, saya ada orang untuk dihentam. Marilah bersama saya ya.. kita makan masakan sedap tadi...

Ibu, ayah, tegurlah kalau saya buat silap. Cuma saya minta teguran itu dibuat secara beretika. Jangan bising-bising nanti orang tahu, malu saya. Kalau dah malu, saya report polis.

Ironinya dunia. Kalaulah peristiwa Saidina Umar al-Khattab bersama pengikutnya yang sanggup menghunuskan mata pedang jika baginda berbuat silap berulang, pasti tidak akan berlaku banyak peristiwa bodoh kebelakangan ini.

Apa yang lebih membahayakan dari ditikam, ditusuk, dipancung dengan mata pedang oleh pengikut sendiri?? Adakah sebarang syarat dikenakan oleh baginda untuk itu??

Patutlah mata pena dikatakan lebih tajam dari mata pedang. Mata keyboard??

Kalau hati jiwa bacul tidak usahlah bercakap sembarangan memaparkan imej pejuang agung. Kalau sokongan yang ada semuanya makan walau muntah hijau kerana ingin membodek, biar dikerat lapan belas dicincang lumat, aku tak ingin jadi pemimpin yang bersandar pada pencacai-pencacai busuk sebegini. Dan aku tak ingin menjadi peminum segala kotoran hanya kerana periuk nasiku perlu berasap... Nasinya berlaukkan bangkai.. Busuk..busuk..


Wassalam...

Semua Pasal Untung Besar

Saya sedang mengkaji.
Tentang pelaburan dan perniagaan yang bagaimana yang dibenarkan.

Banyak maklumat di zaharuddin.net.

---
ASB

1. Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra
2. Soal Jawab : Tak Puas Hati Isu ASB. Jawapan Ringkas

Baca juga
3. Penjelasan Salah Faham Berkaitan ASB Dan Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti

Apa jadi ek kalau ASB tak melabur di Maybank, BAT, MNR & Commerce Asset?
Kenapa yer ASB yang diwar-warkan HALAL oleh Kerajaan tak pernah pun dibincangkan statusnya oleh Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti? Kenapa tak apply utk status HALAL?
Kenapa PNB/Kerajaan takut utk minta Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti yang beri jaminan status halalnya? Kenapa PNB sendiri yang perlu bagi jaminan pelaburan tersebut?

Kita sendiri bolehlah, kita faham status ASB tu macammana. Tapi, mak bapak kat kampung. Nenek & Tok yang ikut saja apa kata 'kerajaan' yang claim benda tu halal camana? Jenuh terang...depa bukan nak terima hujah kita. Balik-balik katanya, 'Kerajaan kata halal. Depa tanggung la kalau tak halal.'

Aduh! Aduh!

Dunia dah tak kenal halal haram!
Eh bukan! Kerajaan Islam Had-hari yang 'simpan' semuanya.

---
MLM

Utk yang ingin/sedang bergiat cergas dlm MLM. Jgn lupa baca ini.
Biar kita jelas dgn apa yg kita lakukan. Bukan sekadar taqlid buta.

---
DINAR IRAQ

Yang kat ofis ni, memang ada yang bising pasal Dinar Iraq ni. Jom baca apa kata Zaharuddin.

---
PERNIAGAAN INTERNET

Setiap apa yang dilakukan ada hukumnya. Biarlah kita jelas.
Baca ini!


p/s: Bukan apa, bila ofis di sini...yg ramai golongan lelaki berusia 40-an. Macam-macam side income yang dipromote pd kita. Lemas pun ada. Sebab tu, kena kaji dulu sbl join apa-apa. Biar susah dulu. Jangan lepas 'kenyang makan harta', baru tau sebenarnya haram.

Tak semuanya haram. Cari yang halal. Senang hati!

Nak tahu yang Halal?
Senarai Pelaburan Islam


~~~
Suara Hati Rakyat yang Gundah!

Wednesday, February 07, 2007

Tentang Bulan

Malam-malam, Nufayl suka tengok bulan.

Masa dia mula-mula dapat adik dulu, dia suka main "wowowowo...bulan!", sambil tunjuk ke atas.

Bila dah besar ni, dia tengok bulan dan suka buat cerita tentang bulan.

Minggu lepas, dia keluar tengok bulan tapi bulan tak ada. Agaknya terlindung di balik awan.
Abah pun tanya, "Haa...mana bulan?"
Nufayl dengan muka serba tahunya, "Ulan ader, dah alik dido!" (baca : Bulan takder, dah balik tido!

Tergelak Ummi dan Abah Nufayl. Sejak bila Nufayl tahu bulan balik tido?
Buat cerita la tu!
hahaha....

Tuesday, February 06, 2007

Ugly Betty, DH, OSHIN

Malam ni di 8TV, ada 2 siri yang akan buat aku terpaku depan tv.
Ugly Betty, 9.30 pm dan pastinya Desperate Housewives (Season 3), 10.30 pm.

Ugly Betty diinspirasikan daripada siri telenovela Columbia, Yo Soy Betty La Fea. Macam best kan?!
DH Season 3 pulak macam best. Dah baca Episode Guide? Rujuk link DH Primetime & DH Online dlm blog ni. Saya taklah sampai awal2 download siri tu. Sekadar baca jer & tunggu tayangan di tivi.

Errr...sempat ke tengok malam ni? Kalau sampai rumah lambat macammana?
Tak apa lah. Yang mana sempat lah!

Oh..satu lagi siri best. OSHIN di 8TV jugak. Teringat masa kecik2 dulu...zaman darjah 3 rasanyag OSHIN ditayangkan dulu tu. Rupanya kisah OSHIN ni kisah benar ibu kepada ahli perniagaan, empunya empayar perniagaan YAOHAN yang berjaya dibuka di seluruh dunia. Di Malaysia pun ada YAOHAN. Tapi, OSHIN pun baru 2 kali dapat tengok. Selalu ada saja halangannya. Tu tak masuk halangan nak tengok Cerekarama setiap Sabtu malam. Dihalang oleh Abu Nufayl dengan temujanji Dragon Ball nya di siaran 25. Sampai jam 11.30 pm pulak tu. Lama weh!

Oh...jangan tanya saya kenapa saya begini. Saja lagho. Lagho!

Wednesday, January 31, 2007

Halalan Thoyyiba

BACA INI DAHULU :
http://www.kelatedaily.net/ver2/modules.php?name=News&file=article&sid=531

Bagus sangat kan? Kalau benda ni kita mampu beli, kena guna everytime before makan/beli mknn. Baru selamat.

Halalan Thoyyiba. Kan?

Friday, January 26, 2007

TAKUT-PAKSA-RELA?

Baca isu ini di sini.

Saya bukan nak sentuh isu budak sekolah rendah.
Saya cuma nak sentuh isu TUDUNG-RELA-PAKSA.

Saya tak nak komen banyak.
Cuma komen saya -
Pakai tudung/tutup aurat ini kena dilakukan kerana 'takut'.
Memang MESTI KERANA 'takut'.
'Takut'? Pada siapa? Pada ALlah yang Maha Pencipta. Sebab DIA yang menyuruh.
DIA kata apa?
DIA kata WAJIB!
WAJIB pada siapa?
Pada wanita yang 'aqil baligh! (baca : pada yang dah baligh)
Erm...WAJIB tu paksa ke tidak ek?

Itulah yang dinamakan TAQWA.
Takut kerana DIA yang Maha Berkuasa atas perintahNYA, kita jalankan. Moga dapat REDHANYA.

Saya tak nak cakap banyak. Tapi, kalau yang WAJIB kita tak buat. Tu maksudnya melawan.
Kalau melawan tu. Kita tak nak ikut hukum drp Allah lah!

Nak tunggu rela? Bila nak rela?
Mati pun satu ketentuan jugak. Tapi, semua orang yang mati tu rela ke nak mati?
Bila dah sampai masanya, DIA ambil juga nyawa tu. Tak tunggu pun rela ke tidak.

Ermmm...

Macammana nak buat orang Islam faham perkara ini? Asas saja ni. 'Aqidah!
Macammana ek? Nak berhikmah???


~~~
Yang mencari cara 'penuh hikmah'.

Wednesday, January 24, 2007

Bila dia berkata-kata

1. Kata Ulangan
Seronok dengar Nufayl cakap. Dia suka sukukata ulangan spt 'cicikal'.

air soya - ayaq poya/air poya
air kopi - ayaq pupi/air pupi
kereta - tite
keretapi - titeapi
kapal terbang - titebang
basikal - cicikal
pocoyo - popoyo
petronas/stesen minyak - nununashh
cokelat/lolipop - lululettt

2. Lagu
Bila dia nyanyi lagu London Bridge pulak, bunyi begini (yg dlm []),
"London Bridge has falling down, [aunnnnnnnnnnnn!]
falling down2x, [aunnnnnnnnnnnn! 2x]
London Bridge has falling down,
My fair lady. [diiiiiiiiiiiiiiiiiii]
Built it up with iron bars, [ayam basss]
iron bars2x, [ayam basss2x]
Built it up with iron bars,
My fair lady.

Tak pasal ayam & bas jd lirik lagu London Bridge...heheh.

Dalam kereta, siap request nak dengar apa. Lagu 'Selamat Hari Raye' atau 'Cii' (baca : ABC).

3. Selamat Hari Raye.
Tataulah kenapa anak sorang ni tak habis-habis lagi beraya. Dah masuk Muharram dah. Dia masih dgn ucapan 'Selamat Ariiiii Rayeeeeeeee'. Tak kiralah waktu main sorang-sorang atau tengah sembang. Ayat dia bersambung-sambung. Tengah bercerita ttg benda lain, tiba-tiba masuk ucapan selamat pulak.

4. Jalan-jalan
Kalau Nufayl kata, "jom jalan-jalan-jalan" (sampai 3 kali ulang) maksudnya Nufayl sangat-sangat nak pi berjalan-jalan la tu!
Kalau dia kata, "jom jalan depan", maksudnya dia tak mahu balik ke rumah.

Friday, January 19, 2007

Sesuatu untuk diingati

Menulis untuk kenangan. Kerana mereka adalah jiwa yang hidup. Dan memberi makna dalam penyatuan yang rela. Apa sesuatu untuk diingati? Bukan sesuatu mungkin. Mereka yang kumaksudkan.

Nuha

Mula tersenyum dan ketawa (baca:sengih tanpa suara), apabila diagah seawal usianya 1 ½ bulan. Dia meniarap sejak umurnya 3 bulan 2 minggu. Tapi, hanya 2-3 kali. Dia langsung tidak berminat meniarap. Seminggu ada lah 2-3 dia cuba meniarap. Tapi, bila tangan tak lepas atau ketika dia mula nak pusing, mulutnya bising dengan bunyi.

Sejak dia berusia tak sampai 4 bulan, dia sering mengangkat kepalanya seolah nak bangun. Pegang saja tangannya, beri sedikit daya untuk memberi isyarat bahawa, "Bangun Nuha!"
Dan dia akan melonjakkan kepala dan kakinya. Dan Nuha pun berdiri. Kalau dalam keadaan berbaring pun, Nuha suka mengangkat kepalanya seolah mahu bangun.

Sabar Nuha! Nuha belum pun sampai 5 bulan. Buat satu-satu yer! :)

Nufayl

Nufayl pula sejak boleh bercakap ni, macam-macam soalan diajukannya.Walaupun pelat, kalau dia bercerita tu...macam dialah yang tahu semuanya.
Yang tak tahan, soalannya, "Adik caper tu?" atau "Kakak caper tu?" atau "Abang caper tu" bila dia melihat orang di tivi. [Nak jawab aper. Abahnya jawab "tu kakak Ismail, duk tepi sungai belakang rumah kita tu."]

Kadang-kadang di rumah orang lain, kalau ada tuan rumah yang baru sampai rumah/baru turun setelah kami lama di sana, Nufayl akan bertanya, "haa...caper tu?".

Nufayl suka sangat menyepahkan mainannya. Ummi tak larat nak kutip satu-satu. Abah pun dah penat. Sebab lepas simpan, Nufayl akan curahkan balik semuanya atas lantai. Jadi, Ummi & Abah suruh Nufayl buat. Nufayl pun kutiplah satu-satu masuk dlm beg mainan. Bila Ummi nak gi simpan beg tu dalam bilik. Nufayl pun kalut tengok kalau ada barang mainannya yang tertinggal. Dia akan cepat-cepat kutip dan masukkan dalam beg.

Kadang-kadang sambil kutip mainan tu, dia suka tanya Abah, "Ni aper ni?". Abah jawab, "Barney.". Nufayl pun balas balik, "O00o0 Barney." Begitulah seterusnya sampai barang-barang tu habis dikutip. Keretapi, motor, kereta semua dia tanya. Walaupun semua barang-barang tu dia kenal. Kata Ummu Nufayl, agaknya dia bagi hint, "Abah, mai la tulung...banyak barang ni!" (ekekke).

[Nufayl mula kenal keretapi - sebutan "titeapi" dengan siri kartun Thomas & Friends di Astro CERIA. Dan dia mula kenal kapal terbang - sebutan "ketabang", dengan siri Nodi di PHDC].



Begitulah kisah mereka berdua. Sesuatu untuk diingati tentang mereka.






Gambar dua orang budak dgn muka blur.