Friday, January 26, 2007

TAKUT-PAKSA-RELA?

Baca isu ini di sini.

Saya bukan nak sentuh isu budak sekolah rendah.
Saya cuma nak sentuh isu TUDUNG-RELA-PAKSA.

Saya tak nak komen banyak.
Cuma komen saya -
Pakai tudung/tutup aurat ini kena dilakukan kerana 'takut'.
Memang MESTI KERANA 'takut'.
'Takut'? Pada siapa? Pada ALlah yang Maha Pencipta. Sebab DIA yang menyuruh.
DIA kata apa?
DIA kata WAJIB!
WAJIB pada siapa?
Pada wanita yang 'aqil baligh! (baca : pada yang dah baligh)
Erm...WAJIB tu paksa ke tidak ek?

Itulah yang dinamakan TAQWA.
Takut kerana DIA yang Maha Berkuasa atas perintahNYA, kita jalankan. Moga dapat REDHANYA.

Saya tak nak cakap banyak. Tapi, kalau yang WAJIB kita tak buat. Tu maksudnya melawan.
Kalau melawan tu. Kita tak nak ikut hukum drp Allah lah!

Nak tunggu rela? Bila nak rela?
Mati pun satu ketentuan jugak. Tapi, semua orang yang mati tu rela ke nak mati?
Bila dah sampai masanya, DIA ambil juga nyawa tu. Tak tunggu pun rela ke tidak.

Ermmm...

Macammana nak buat orang Islam faham perkara ini? Asas saja ni. 'Aqidah!
Macammana ek? Nak berhikmah???


~~~
Yang mencari cara 'penuh hikmah'.

No comments: