Bagi seorang ibu, ini adalah kisah sedih.
Bagi seorang bapa, mungkin dia terperanjat dan hairan.
Apa kisahnya?
Sebenarnya entry ini khas utk Farra. Tentang apa yang telah kami bincangkan sebelum ini.
Tentang kisah susu ibu. Yang tumpah & hilang.
Yang sedih-sedih bagi si ibu.
Kisah 1
Pada hari ke-4 saya bekerja semula, selepas cuti berpantang. Isnin, 6 November 2006.
Pagi, saya ambil ke-empat empat bekas susu daripada peti ais dan letak dalam plastik berwarna putih drp simpanan saya. Dan selepas itu, saya masukkan dalam beg nursery Nufayl & Nuha (seperti rutin biasa sejak 3 hari sebelum itu).
Dalam kereta, saya perasan plastik tu tak ada. Bagitau Abang tapi dia suruh check balik. Di rumah pengasuh, check beg. Confirm bekas-bekas susu tu tak ada dlm beg. Balik rumah untuk cari.
Buka pintu.
Tengok atas meja makan (tempat terakhir susu diletakkan sbl dimasukkan dlm plastik & beg nursery). Tak ada!
Cari dalam peti ais. Tak ada! Hanya susu stok yang tinggal.
Cari dalam bilik. Bawah katil.
Bawah tangga. Dalam longkang. (kot-kot terjatuh).
Tak ada!

(Gambar hiasan)
Abang pulak cari. Semua tempat. Tak ada kesan langsung!
Saya telefon pejabat. UL! Kami ke pejabat Abang. Abang janji hantar saya balik dlm jam 10 pagi, untuk bawa Nuha imunisasi juga. Saya bising-bising juga dalam kereta. Hairan bagaimana susu boleh hilang tanpa kesan langsung! (Jika terjatuh atau dilanggar kereta atau...atau...atau.)
Jam 10.30 pagi, sampai di rumah. Saya bising lagi. Terus pam susu & simpan dalam peti ais.
Jam 11.00 pagi, keluar ambil Nuha ke klinik untuk imunisasi.
Jam 12.00 tengahhari, pulang ke rumah dengan Abang, Nuha (Nufayl masih di rumah pengasuh).
Seperti biasa sambil buka pintu, saya sering memberi salam (walau tiada orang di rumah).
Bila pijak lantai yang jenisnya broken marmar (marmar pecah) tu, sejuk! Sejuk sangat rasa tapak kaki ni. Macam tinggal rumah seharian, tak tutup aircond dlm master bedroom & tak tutup pintu. Macam tinggal rumah semalaman, hujannya lebat yang amat.
Padahal, baru tinggal rumah 1 jam. Tak hujan! Air-cond pun dah tutup pagi tadi!
Tiba-tiba bau wangi sangat. Wangi! Wangi!!
Saya masih tak perasan apa-apa, terus tegur, "Eh! Awat wangi sangat ni bang?!"
Abang konfius. Kemudian, dia tersenyum. Simpul. Abang bagi isyarat supaya jangan tegur.
Saya ..upss...baru terperasan.
Diam!
Periksa air-cond. Confirm off!
Upss...saya dah tak bising-bising pasal susu hilang.
Cuma, saya minta 'sesiapa' tu jangan lah ambil susu lagi. Nuha hanya minum susu Ummi dia. Dia takder makanan lain.
Selepas tu, saya hanya pack susu saat mahu keluar. Bawa dengan tangan. Dah tak masukkan dalam beg dah.
Serik!!!
Kisah 2
Dalam bulan November jugak, saya ada kursus di MMC KL. Tak ingat hari ke berapa. Saya gembira sebab dapat kumpul 16 oz hari tu. Tapi kegembiraan tu sekejap sangat sebab 2 oz daripadanya tumpah sebelum sempat saya tutup bekas susu slp pindahkan drp pam.
Arghhhh!!! Hari tu, terus mood belajar hilang.
Dua kisah sedih seorang ibu yang sungguh-sungguh mahu menyusukan bayinya secara eksklusif.
Sabar je lah! Dugaan!
p/s: Farra, dah beli jantung pisang drp Tesco Jumaat lepas.
Makan 1 (anak jantung pisang) hari Sabtu ari tu. Ahad tak masak sbb Kak Aza sponsor masakan special chef Wan Amir (ekekek). Berapa banyak ek kena makan sbl dia betul-betul efektif utk tambah susu lagi?
~~~
Ummu Nuha
Ummu Nuha
No comments:
Post a Comment