Friday, January 19, 2007

Sesuatu untuk diingati

Menulis untuk kenangan. Kerana mereka adalah jiwa yang hidup. Dan memberi makna dalam penyatuan yang rela. Apa sesuatu untuk diingati? Bukan sesuatu mungkin. Mereka yang kumaksudkan.

Nuha

Mula tersenyum dan ketawa (baca:sengih tanpa suara), apabila diagah seawal usianya 1 ½ bulan. Dia meniarap sejak umurnya 3 bulan 2 minggu. Tapi, hanya 2-3 kali. Dia langsung tidak berminat meniarap. Seminggu ada lah 2-3 dia cuba meniarap. Tapi, bila tangan tak lepas atau ketika dia mula nak pusing, mulutnya bising dengan bunyi.

Sejak dia berusia tak sampai 4 bulan, dia sering mengangkat kepalanya seolah nak bangun. Pegang saja tangannya, beri sedikit daya untuk memberi isyarat bahawa, "Bangun Nuha!"
Dan dia akan melonjakkan kepala dan kakinya. Dan Nuha pun berdiri. Kalau dalam keadaan berbaring pun, Nuha suka mengangkat kepalanya seolah mahu bangun.

Sabar Nuha! Nuha belum pun sampai 5 bulan. Buat satu-satu yer! :)

Nufayl

Nufayl pula sejak boleh bercakap ni, macam-macam soalan diajukannya.Walaupun pelat, kalau dia bercerita tu...macam dialah yang tahu semuanya.
Yang tak tahan, soalannya, "Adik caper tu?" atau "Kakak caper tu?" atau "Abang caper tu" bila dia melihat orang di tivi. [Nak jawab aper. Abahnya jawab "tu kakak Ismail, duk tepi sungai belakang rumah kita tu."]

Kadang-kadang di rumah orang lain, kalau ada tuan rumah yang baru sampai rumah/baru turun setelah kami lama di sana, Nufayl akan bertanya, "haa...caper tu?".

Nufayl suka sangat menyepahkan mainannya. Ummi tak larat nak kutip satu-satu. Abah pun dah penat. Sebab lepas simpan, Nufayl akan curahkan balik semuanya atas lantai. Jadi, Ummi & Abah suruh Nufayl buat. Nufayl pun kutiplah satu-satu masuk dlm beg mainan. Bila Ummi nak gi simpan beg tu dalam bilik. Nufayl pun kalut tengok kalau ada barang mainannya yang tertinggal. Dia akan cepat-cepat kutip dan masukkan dalam beg.

Kadang-kadang sambil kutip mainan tu, dia suka tanya Abah, "Ni aper ni?". Abah jawab, "Barney.". Nufayl pun balas balik, "O00o0 Barney." Begitulah seterusnya sampai barang-barang tu habis dikutip. Keretapi, motor, kereta semua dia tanya. Walaupun semua barang-barang tu dia kenal. Kata Ummu Nufayl, agaknya dia bagi hint, "Abah, mai la tulung...banyak barang ni!" (ekekke).

[Nufayl mula kenal keretapi - sebutan "titeapi" dengan siri kartun Thomas & Friends di Astro CERIA. Dan dia mula kenal kapal terbang - sebutan "ketabang", dengan siri Nodi di PHDC].



Begitulah kisah mereka berdua. Sesuatu untuk diingati tentang mereka.






Gambar dua orang budak dgn muka blur.

No comments: