Friday, February 09, 2007

Dia Dah Makan!

Bukan hujung minggu lepas. Hujung minggu lepas kami di Kelantan. Menghabiskan cuti Thaipusam bagi Selangor & Cuti Hari Wilayah untuk KL.

Bukan hujung minggu yang itu. Minggu sebelumnya. Hari Jumaat, Abang demam. Sabtu pagi, saya pula mula demam. Sabtu yang ada Muntada' itulah. 27hb Januari 2007. Gagahkan diri hadir ke Muntada' kerana mengikut janjinya kami ada mesyuarat petang itu. Tapi, mujur jugak mesyuarat dibatalkan. Saya sangat tidak upaya.

Balik ke rumah, demam makin melarat. Sakit satu badan. Nak bergerak pun sakit. Saya hanya bangun ke tandas & untuk solat. Solat pun sambil duduk sebab tak tahan sakit setiap kali badan bergerak. 3 hari begitu. Hinggalah Asar pd hari Isnin, baru dapat solat seperti biasa (maksudnya, badan dah boleh bergerak).

Makan pun bubur. Suami yang masak dan suapkan. Saya hanya mampu baring. Sedangkan sebenarnya, suami saya pun demam (dlm 37 darjah celcius). Dan juga Nuha juga demam. Nufayl saja yang sihat cergas dan aktif mem'buli' Ummi & Abah. Sebabnya, dia yang mula-mula sekali demam. Waktu ni lah, saya dan suami terfikir, "alangkah bestnya kalau ada pembantu!"

Ahad itu, kami ke Klinik Medicare. Bayangkan, selepas makan ubat dan saya rasa badan dah tak panas sangat pun, Dr detect suhu badan saya 39 darjah celcius. Waktu saya sedang menahan sakit & panas demam, sbl makan ubat...entah berapalah suhu masa itu. 40 darjah lebih pastinya!

Isnin dapat MC.

Saya menyusu badan Nuha sepenuhnya. Tak campur susu formula atau apa-apa makanan. Harapan saya, nak mula memperkenalkan makanan pejal kepadanya bila usianya mencecah 6 bulan. Tapi, rupanya rezeki Nuha lebih awal.

Isnin itu, saya sangat 'kering'. Sejak Ahad lagi, saya cuba bertahan. Bagi juga susu badan walau badan sangat lemah. Hari Isnin, saya cuba beri susu formula tapi Nuha langsung tak mahu. Jam 2 petang Isnin, 29 Januari 2007 - saya suapkan dia Nestle BERAS (Stage 1).

Sebabnya, saya sangat lemah tika itu. Air Nuha taknak, susu formula pun dia taknak. Dengan susu badan saya sahaja, saya jadi sangat sakit (seluruh badan, setiap urat rasa sakit tika itu). Dan, saya dah lama perhatikan Nuha. Tentang kesediaannya untuk diperkenalkan makanan pejal.

Daripada pembacaan saya, bagaimana utk tahu jika bayi kita telah bersedia utk makanan pejal :
1. Bila didudukkan dgn sokongan, dia mampu angkat kepala dia.
2. Matanya ikut sudu/makanan.
3. Dia buka mulut bila nak disuapkan.

Tu antaranyalah. Yang saya ingat. Nuha memang dah lama ada ciri-ciri tu.
Apabila Ummi makan, dia sering 'bunyi'/merengek minta diangkat. Bila Ummi pegang sambil Ummi makan, dia sibuk nak cekau makanan dalam pinggan Ummi. Bila Ummi minum pulak, dia boleh nak pegang gelas dan nak suap ke mulut dia.

Jadi, Ummi yakin Nuha dah bersedia. Cuma, Ummi harap nak tunggulah sampai 6 bulan. Tpai, harapan Ummi tak kesampaian. Nuha mula makan pada umur 5 bulan 1 minggu, 29 Januari 2007. Jadi Ummi menyusu Nuha secara eksklusif selama 5 bulan 1 minggu lah! :)

Nak tahu apa jadi bila Ummi nak suapkan Nuha buat kali pertama?

Nuha kalut pegang sudu dengan dua-dua tangan dan bawa sudu ke mulutnya. Nuha dah suap sendiri!

Jadi, bekal susu Nuha ke rumah penjaganya pun dah kurang sikit. Sebabnya Nuha dah makan. Ikut pembacaan Ummi, hanya 210 ml diperlukan utk sehari. Tapi, Ummi bekalkan dlm 10 oz ~ 300 ml utk SIANG SAHAJA.

Sebelum Nuha mula makan, Ummi kena bekalkan Nuha 12-13 oz ~ 360-400 ml utk SIANG SAHAJA. Kalau terkurang sikit mulalah Nuha meragam petang-petang. Ummi tak boleh balik lambat!

Hujung minggu ni, Ummi nak masaklah untuk Nuha. Nak perkenalkan makanan segar. Taklah asyik Nestum saja. ;)


p/s: Kira ok jugak Nuha makan pada usia 5 bulan 1 minggu. Abangnya, Nufayl dulu mula makan pd usia 3 bulan. Awal sungguh! :)


~~~
Ummu Nufayl & Nuha

No comments: