Terasa rindu ingin bertemu. Tapi pergi untuk bertemu rasa malas. Terasa ingin bertemu si dia, tapi kalau dia ingin menerima pertemuan ini, mesti patuh kepada beberapa kriteria.
Cantik sungguh baju kurung dipakai, anggun berseri bersama tudung. Lebih manis, cantik dan molek, jika ketika berjalan tidak diangkat kain itu hingga menampakkan betis.
Ayu jelita si dara manis. Aurat ditutup atas ke bawah. Lebih wajar jika kain yang menutup itu tidak terlalu ketat menampakkan bentuk tubuh.
Mari tumpang kereta saya. Pastikan tapak kasut bersih, baju diseterika. Jam dipakai, dan tepat waktunya. Tutup pintu kereta jangan kuat sangat. Ehh.. kerusi tu kalau mahu duduk pastikan pelan pelan, nanti rosak. Mari naik..
Beli kereta 2,000 c.c. 255hp, 250ftlb torque. Kalau bawa di highway 80 km/j, jual sajalah pada sesiapa.. over spec.
Saya ucapkan terima kasih atas masakan yang hebat, dan boleh tak tolong tambah garam sedikit, gula setengah sudu, sos cili dua sudu besar, bawang goreng ditabur rata, dan pastikan halia dimasukkan, baru sedap dimakan. Ohh.. sedapnya masakan awak.
Kawan-kawan semua, ikutlah apa yang baik dari saya. Kalau saya buat silap, tegurlah saya. Kalau teguran itu silap, itu tandanya anda sudah melakukan kesilapan yang sangat besar. Jika teguran itu benar, alhamdulillah, saya ada orang untuk dihentam. Marilah bersama saya ya.. kita makan masakan sedap tadi...
Ibu, ayah, tegurlah kalau saya buat silap. Cuma saya minta teguran itu dibuat secara beretika. Jangan bising-bising nanti orang tahu, malu saya. Kalau dah malu, saya report polis.
Ironinya dunia. Kalaulah peristiwa Saidina Umar al-Khattab bersama pengikutnya yang sanggup menghunuskan mata pedang jika baginda berbuat silap berulang, pasti tidak akan berlaku banyak peristiwa bodoh kebelakangan ini.
Apa yang lebih membahayakan dari ditikam, ditusuk, dipancung dengan mata pedang oleh pengikut sendiri?? Adakah sebarang syarat dikenakan oleh baginda untuk itu??
Patutlah mata pena dikatakan lebih tajam dari mata pedang. Mata keyboard??
Kalau hati jiwa bacul tidak usahlah bercakap sembarangan memaparkan imej pejuang agung. Kalau sokongan yang ada semuanya makan walau muntah hijau kerana ingin membodek, biar dikerat lapan belas dicincang lumat, aku tak ingin jadi pemimpin yang bersandar pada pencacai-pencacai busuk sebegini. Dan aku tak ingin menjadi peminum segala kotoran hanya kerana periuk nasiku perlu berasap... Nasinya berlaukkan bangkai.. Busuk..busuk..
Wassalam...
No comments:
Post a Comment