Wednesday, January 17, 2007

hmmh

Hmmmh, takde mood nak update blog. Ada keinginan utk tukar skin. Tapi cari tak ada yang berkenan di hati. Kena la buat sendiri. Berapa lama lagi nak siap? Tatau! Tapi, not in the mood at all.

Monday, January 15, 2007

Apa-apa ajelah!

Banjir di Johor makin serius. Kini lebih 100 000 orang dipindahkan.
Apa agaknya amaran drp Allah kali ni? Hmmm...takleh tulih panjang. Kena kejar banyak benda. Jumpa lagi nanti.

Hari Khamis lepas ke MMU. Cat buat tahlil utk arwah baby Amir. Kata suami, kanak-kanak yang meninggal dunia. Dalam solat jenazah pun tak ada ungkapan 'moga diampunkan dosanya', tapi digantikan 'moga diberikan keberkatan kepada ibubapa'. Jadi, moga apa saja yang dilakukan, Allah akan beri keberkatan dan keampunan kepada ibubapa Amir yang banyak bersabar sepanjang ujian diturunkanNYA melalui anak tersayang yang telah dipanggilNYA.
Ameen!

Hujung minggu lepas pula, jenuh kami mencuci dapur. Aku target nak kosongkan almari. Nak cari ruang kosong utk penyimpanan. Banyak sangat barang-barang lama, yang disimpan pun tak guna.

Minggu depan nak proses almari baju la pulak. Banyak baju lama tu. Memang tak pakai dah pun. Boleh tunggu Mama mai sini utk next action plan.

Errmmm...Ahad ke Cyberjaya. Ziarah Abg Nazrul & Kak Nisa'. Dan perkenalkan Nufayl dgn Tasneem. Dapat jugak tengok dua-dua budak tu nangis berebut mainan. Dan lucu tengok gaya Abng Nazrul console Tasneem. Saya rasa caranya boleh membuatkan anak dia cepat matang la...eheheh.

Dapat juga tengok baby Kak Nisa', Wafi yang sama besday dengan saya. Commel sungguh baby! Mata stim gitu. Cam sapa ek?!

Ok jumpa lagi nanti.

Wednesday, January 10, 2007

Cicakmin???

Pagi tadi, masa Ummu Nufayl tengah bersiap ke pejabat. Nufayl yang dah bangun dari awal pagi datang kepada Ummu Nufayl.

Nufayl : Ummi! Ummi!
Ummi : Ya sayang!
Nufayl : Ummi, ni kaki cicakmin.
(sambil tunjuk kaki dia).
Ummi : (muka blur) Oo0o0o...ok.
Nufayl : Ni rambut cicakmin.
(sambil tunjuk rambut dia yang kerinting tak boleh nak sikat tu).
Ummi : aaaaa?!

Hairan-hairan. Bangun pagi terus ingat Cicakman. Kuatnya pengaruh!

Sebelum ni Nufayl pagi-pagi, datang kat Ummi/Abah & cakap. "Ummi, aakuutt Cicakmin."
Atau,
Buat aksi libas kepala tu.
Atau,
Buat aksi lawan sorang-sorang (Amir boleh la ada geng. Lawan dengan Muhammad...heheh).

Hai...tu baru tengok preview kat Astro je. Belum tengok filemnya lagi. Aduh-aduh! Budak-budak sekarang!

Ummu Nufayl geleng kepala je.

Monday, January 08, 2007

Hairan bin Ajaib

Hairan bin Ajaib

Hairan. Dah dua hari berturut-turut penjaga Nuha komplen. Nuha nangis tak henti-henti. Asyik nak berdukung. Buai pun Nuha nangis. Nak dukung juga.

Balik rumah. Letak atas tilam di ruang tamu tu. Nuha diam saja. Ummi masak. Lepas tu mandi. Lepas tu makan malam. Nuha masih main sorang-sorang. Takpun tidur. Takpun, Abang Nufayl kaco sekali-sekala (Nufayl tak ‘buat’ adik. Cuma, Nufayl suka cium adik kuat-kuat saja). Takpun Abah yang kaco…bagi Nuha geli kena misaim & janggut sejemput abah tu. Tapi Nuha tak nangis kuat-kuat pun. Bila kena salin pampers. Nuha bagi hint kat Ummi. Ummi salin pampers & Nuha tak nangis lagi. Hairan. Tak ada tanda pun Nuha buat perangai siang-siang. Kenapa ek? Dia tak selesa apa siang-siang kat rumah pengasuh?

Kat rumah Sabtu ari tu pun Nuha baik saja. Ummi tak ajar Nuha berdukung sentiasa. Nuha selalu tidur kat tilam dia saja. Main pun, Ummi tak angkat Nuha. Cuma main Minnie Mouse sambil baring.

Hari Ahad pun dia baik main sorang-sorang. Ummi sibuk bersembang. Dengan Makcik Ronie, Makcik AnisZ & Makcik Bijah. Kat mana? Kat rumah Makcik Bijah la. Kat Pandan Mewah. Ada saksi. Bukan takat Ummi & Abah yang dah tau perangai Nuha. Makcik Ronie, Makcik AnisZ, Makcik Bijah & Uncle Azad, semua tegur Nuha baik duduk sorang-sorang.

Bukan Ummi nak buat taktau kat Nuha. Tapi, Ummi susah hati bila orang kata Ummi ajar Nuha berdukung & Nuha buat perangai di rumah pengasuh. Padahal, malam-malam rutin Nuha tidur atas tilam & main-main/tidur je kan?

Ermmm..ermmm.

Thursday, January 04, 2007

Eidul Adha Yang Indah

Saya baru kembali bekerja hari ini. Setelah hari terakhir di pejabat 22 Disember lalu (dengan 26-27 di MMC KL, dan mula bercuti pd 28hb).

Nak citer pasal apa ek?
Tu lah...hari tu sibuk kata boleh update blog tiap-tiap hari dah sekarang. Tapi, sama jugak. Ada waktu tapi tak dak isi buat apa.

Nak citer pasal apa ye?
Pasal Nufayl yang makin galak dgn CicakMin (baca : CicakMan), Totoyo (baca : Pocoyo), Mici Moufe (baca : Mickey Mouse). Atau nak citer pasal Nuha yang asyik berkepit dengan Umminya.

Atau nak berkisah tentang Nufayl yang solatnya dah cukup rukun. Dari qiyam, iktidal, rukuk, sujud, tahiyat & bagi salam dan berdoa. Bermula dengan jadi 'makmum' kepada Abu Nufayl. Laa ni dia solat sendiri dah. Kalau tingat jer. "Jom ayang, allahu atbat", katanya.

Atau nak berkisah tentang Nuha yang galak berbunyi bila tak dapat meniarap. Dan buat muka 'takut' bila Abangnya yang berniat suci nak cium adiknya datang padanya. Dan Nuha yang buat muka konpius bila Abang bagi permainan suruh adik pegang. Dan Nuha yang keraskan tangan bila Abang suruh adiknya angkat tangan bila Ummi kata, "Sapa anak ummi angkat tangan."

Macam-macam karenah. Tak mungkin tertulis di sini.

Penat dan lelah, tak mungkin terlukis dengan kata-kata dalam blog yang sekangkang kera.

Mungkin cukup di sini saja. Nanti-nanti saja kita bercerita.

Mari kita hirup nafas saja. Mencari ceria dan menyah lelah di dada.


Buat EidulAdha yang baru berlalu, moga datang lagi nanti. Apa cerita raya EidulAdha?
Ada korban-korban. Ada masak-masak. Ada makan-makan. Jangan lupa solat EidulAdha di masjid (dgn si Nuha yang baring di sebelah Ummi tengok orang solat raya).

Lagi?

Ada sup tulang, daging bakar, daging rebus, daging masak asam. Ayaq asam pun ada. Baru kena! Di mana? Ada di mana-mana. Di PM, di Kodiang. Dan di kenduri-kenduri di sekitarnya. Dalam hawa EidulAdha.


~~~
Hany FF

Wednesday, December 27, 2006

Manifestasi Qurban

To my life partner,

"kata nak upload dan boleh upload tetiap hari. Tader pun.. " heheh.. selamba jek sound tuan rumah.

Assalamualaikum wbt.

Orang selalu tanya diri mereka, apa yang diberikan kepada mereka. Tapi tidak terfikir apa yang mereka berikan kepada orang lain.

Falsafah agung ini tersebar luas di mana-mana. Negara kepada rakyatnya. Pemimpin kepada bawahannya. Syarikat kepada anggotanya. Ibu bapa kepada anaknya. Anak kepada ibu bapanya. Dan seterusnya tiada akhir.

Mungkinkah ia telah disalahgunakan? Jika asalnya ungkapan ini menjadi panduan agung untuk kita berbakti. Boleh kita katakan sekarang ini ia hanyalah ungkapan eskapisme mereka yang tidak mampu menunaikan tanggung jawabnya, tetapi menuntut haknya dipenuhi?

Wajarkah rakyat diseru berbakti jika negaranya menindas dari pelbagai segi? Berbakti adalah tanggung jawab rakyat. Tak usah dituntut hak negara.

Patutkah pengikut diminta bersabar, jika pemimpin tak sudi mengeluarkan duit poket sendiri menampung serba macam kekurangan dalam persekitarannya? Sabar itu memang sudah tanggung jawab mana-mana manusia, ditaklifkan Allah kepada makhluqnya.

Bolehkah Syarikat minta anggotanya menunaikan tugas dengan ikhlas, jika kerelaan Syarikat melihat permasalah akar umbi tidak pernah ditunaikan? Bertugas dengan ikhlas itu sudah jadi tanggung jawab anggota Syarikat.

Suami dan isteri minta pasangannya bersyukur pada apa yang ada, sedangkan tidak pula dia membekalkannya sewajarnya. Bersyukur itu sudah jadi tanggung jawab mana-mana hamba Allah swt.

Di mana pula tanggung jawab negara? Pemimpin? Syarikat? dan Suami, mahupun isteri? Kalau hanya hak yang dibicarakan dan dituntut, jauhi falsafah mahupun peribahasa.

Kita korbankan amarah kita, kerana ia hanya hak kita. Tetapi kita bertanggung jawab menenangkan hati manusia lain. Hati sahabat, hati anak, hati pasangan, hati ketua, hati anak buah dan segala macam hati.

Kita curahkan kasih sayang kita kerana itu tanggung jawab kita. Dan hak kita untuk mendapat kasih sayang adalah tanggung jawab orang lain menunaikannya.

Kita jangan cari apa yang betul pada kita kerana itu hanya hak kita yang menjadi tanggung jawab orang lain untuk menunaikannya. Tanggung jawab kita hanyalah memberikan yang terbaik secara betul kepada orang lain.

Luas persoalan hak dan tanggung jawab. Tapi jika kita berkorban kerana hak kita untuk mendapatkan pahala daripada pengorbanan kita, tidak perlulah berkorban. Kerana tanggung jawab kita sebagai hamba Allah adalah membuat pengorbanan. Hanya Allah memiliki hak mutlak memberikan balasan atau tidak.

Sebab itulah kita ini dikenali sebagai mukallaf. Kita hanyalah makhluq yang diberikan amanah dan tanggung jawab, untuk ditunaikan. Bukanlah kita ini penuntut kekuasaan, yang menuntut darah dan keringat makhluq lain, yang ada serba macam tanggung jawab tersendiri ingin ditunaikan.

Percayalah, semua orang inginkan haknya dipenuhi. Maka, disebabkan itulah semua orang perlu bertanggung jawab menunaikan hak orang lain.

Bertanggung jawablah ; dengan tidak mengatakan mengatakan AKU BERHAK! ...

Greek saying: "Those whom the God wants to destroy, they first made mad with Power."


Salam Eid al-Adha.

Wassalamu'alaikum wbt.

Monday, December 18, 2006

My Best Friend Wedding!

My Best Friend Wedding!

I'm back to my hometown, from last Wednesday nite until Sunday morning, then I'm in KL again. For what hah I applied leave for 2 days? :)
My best friend wedding!

It was so fun calling her and told her that I can't attend it due to work. I knew she frustrated. But looking at her eyes and face when she realized me in her wedding, I knew she really wants me there.

Untuk Nida & Nasri, selamat melayari alam rumahtangga. Alam rumahtangga tanpa pancaroba, mungkin masih belum cukup tinggi tangganya.
Alam rumahtangga tanpa rindu dan sengsara, agaknya belum masih cukup tebal cinta kasihnya.
Alam rumahtangga yang penuh mawaddah, rahmahnya perlu penuh hikmah. Agar kisah cintanya menjadi seunggul kisah Muhammad & Khadijah, Ali & Fatimah, Yusuf & Zulaikha. Sekadar menyusur sejarah, jauh dari membanding kisah.

**I know someone is waiting for the pics. Not yet! I'll upload after this. ASAP I promised. AnisZ, just be patient, keyh!

Tuesday, December 12, 2006

Fizikal Kaabah

Fizikal Kaabah

Baru-baru ni, tengok program Seruan Haji di RTM1. Baru tahu, rupanya Kaabah bukan berbentuk segi empat sama. Bentuknya hampir segi empat sama.

Ukuran Saiz Kaabah
Tinggi : 15 m
Drp Rukun Hajaratul Aswad ke Rukun Iraqi : 12 m
Drp Rukun Iraqi ke Rukun Yamani : 11 m
Drp Rukun Yamani ke Rukun Syami : 12 ½ m
Drp Rukun Syami ke Rukun Hajaratul Aswad : 10 ½ m

Setiap Rukun yang diberi nama Negara (Iraqi, Yamani, Syami) masing-masing betul-betul menghala ke arah Negara tersebut.


Friday, December 08, 2006

I Think I Can Update It Everyday

Apa tu?
Aku rasa aku dah boleh kembali jadi seperti dulu.

"Selalu ku mengharapkan
Kau akan segera pulang
Kau balik seperti dulu
Menghapuskan rindu..."
(nyanyi ikut melodi Seperti Dulu-Exist)

Sebabnya?
Adalah dua tiga. Apa tu?

  1. Sampai awal di pejabat. Selalunya sebelum jam 8 pagi lagi.

  2. Sudah jauh dari tekanan Mr. T** yang sering buat aku pressure.

  3. Tiada lagi keletihan sebab berjalan drp Bukit Mahkamah ke Masjid Jamek.

  4. Tiada lagi kerimasan berhimpit-himpit dalam LRT masa balik kerja.

Di mana aku?
Aku bukan lagi di Bukit Mahkamah.
Walau masih di Department yang sama & ber'tuan'kan GM yang sama.
Tapi, aku sudah tidak directly reported to him. Dan, tugasku bukan lagi Technical Support yang kerja-kerja buat report-report-report.

Kerana,
Kini, aku di Kinrara yang hanya 10 minit daripada Seri Sentosa.
Kini, tugasku implemen projek. Projek apa? Projek ADSL. Best woo! ;)

Dan, aku gembira!!!


~~~
Hany FF, 17 Zulkaedah 1427h

Thursday, December 07, 2006

Yang Ku...


Yang Ku...

Yang memandang ke dalam mata yang sayang
Yang tersenyum penuh kasih
Yang membelai dengan tangan yang rindu
Yang mengucup dengan cinta yang tulus.

Dia yang kunamakan Fatma
Yang kuinginkan semulia akhlaq Fatimah kesayangan Rasulullah
Kesayangan keluarga seluruhnya.

Dia yang kunamakan Nuha
Bijaksana menyuluh hidup
Yang kuharapkan menerangi jalan dunia ke akhirat sana.

Kurafa'kan syukur
Atas kurniaanMu...Fatma Nuha.


Atas rasa cinta & kasih,
Ummimu.