Monday, January 15, 2007

Apa-apa ajelah!

Banjir di Johor makin serius. Kini lebih 100 000 orang dipindahkan.
Apa agaknya amaran drp Allah kali ni? Hmmm...takleh tulih panjang. Kena kejar banyak benda. Jumpa lagi nanti.

Hari Khamis lepas ke MMU. Cat buat tahlil utk arwah baby Amir. Kata suami, kanak-kanak yang meninggal dunia. Dalam solat jenazah pun tak ada ungkapan 'moga diampunkan dosanya', tapi digantikan 'moga diberikan keberkatan kepada ibubapa'. Jadi, moga apa saja yang dilakukan, Allah akan beri keberkatan dan keampunan kepada ibubapa Amir yang banyak bersabar sepanjang ujian diturunkanNYA melalui anak tersayang yang telah dipanggilNYA.
Ameen!

Hujung minggu lepas pula, jenuh kami mencuci dapur. Aku target nak kosongkan almari. Nak cari ruang kosong utk penyimpanan. Banyak sangat barang-barang lama, yang disimpan pun tak guna.

Minggu depan nak proses almari baju la pulak. Banyak baju lama tu. Memang tak pakai dah pun. Boleh tunggu Mama mai sini utk next action plan.

Errmmm...Ahad ke Cyberjaya. Ziarah Abg Nazrul & Kak Nisa'. Dan perkenalkan Nufayl dgn Tasneem. Dapat jugak tengok dua-dua budak tu nangis berebut mainan. Dan lucu tengok gaya Abng Nazrul console Tasneem. Saya rasa caranya boleh membuatkan anak dia cepat matang la...eheheh.

Dapat juga tengok baby Kak Nisa', Wafi yang sama besday dengan saya. Commel sungguh baby! Mata stim gitu. Cam sapa ek?!

Ok jumpa lagi nanti.

No comments: