Saya baru kembali bekerja hari ini. Setelah hari terakhir di pejabat 22 Disember lalu (dengan 26-27 di MMC KL, dan mula bercuti pd 28hb).
Nak citer pasal apa ek?
Tu lah...hari tu sibuk kata boleh update blog tiap-tiap hari dah sekarang. Tapi, sama jugak. Ada waktu tapi tak dak isi buat apa.
Nak citer pasal apa ye?
Pasal Nufayl yang makin galak dgn CicakMin (baca : CicakMan), Totoyo (baca : Pocoyo), Mici Moufe (baca : Mickey Mouse). Atau nak citer pasal Nuha yang asyik berkepit dengan Umminya.
Atau nak berkisah tentang Nufayl yang solatnya dah cukup rukun. Dari qiyam, iktidal, rukuk, sujud, tahiyat & bagi salam dan berdoa. Bermula dengan jadi 'makmum' kepada Abu Nufayl. Laa ni dia solat sendiri dah. Kalau tingat jer. "Jom ayang, allahu atbat", katanya.
Atau nak berkisah tentang Nuha yang galak berbunyi bila tak dapat meniarap. Dan buat muka 'takut' bila Abangnya yang berniat suci nak cium adiknya datang padanya. Dan Nuha yang buat muka konpius bila Abang bagi permainan suruh adik pegang. Dan Nuha yang keraskan tangan bila Abang suruh adiknya angkat tangan bila Ummi kata, "Sapa anak ummi angkat tangan."
Macam-macam karenah. Tak mungkin tertulis di sini.
Penat dan lelah, tak mungkin terlukis dengan kata-kata dalam blog yang sekangkang kera.
Mungkin cukup di sini saja. Nanti-nanti saja kita bercerita.
Mari kita hirup nafas saja. Mencari ceria dan menyah lelah di dada.
Buat EidulAdha yang baru berlalu, moga datang lagi nanti. Apa cerita raya EidulAdha?
Ada korban-korban. Ada masak-masak. Ada makan-makan. Jangan lupa solat EidulAdha di masjid (dgn si Nuha yang baring di sebelah Ummi tengok orang solat raya).
Lagi?
Ada sup tulang, daging bakar, daging rebus, daging masak asam. Ayaq asam pun ada. Baru kena! Di mana? Ada di mana-mana. Di PM, di Kodiang. Dan di kenduri-kenduri di sekitarnya. Dalam hawa EidulAdha.
~~~
Hany FF
No comments:
Post a Comment