Thursday, May 31, 2007

sambungan kisah... part 4.1

demam klibf...( sebut KELIBEF.. hehe) demamnya berlanjutan hingga semalam.. kura-kura, panas, sejuk, kus kus.. buku yang dicari tak kunjung tiba.. hinggalah.. jam 4.30, dapat panggilan dari seorang sahabat.. ni nak hanto buku ni.. buku apa? al-Bidayah wa an-Nihayah (Sejarah Tamadun Islam ibn Kathir)... oyay.. eh.. alhamdulillah..

14 jilid, tiga bahagian.. bermula dari penciptaan arasy,lawh mahfudz, roh, malaikat, jin, syaitan, manusia, kisah nabi dan rasul, zaman jahiliyyah, ke zaman islam, hijrah, sahabat, hinggalah ke segala macam zaman pemerintahan islam pasca sahabat, abasiyah, umaiyah, dan lagi dan lagi..berserta pengkisahan ratusan sahabat dan ilmuan Islam di dalamnya. lagi, hingga tahun 780 hijrah.. dan diunjurkan pula peristiwa hari akhirat, tanda dan nasihatnya.. patutlah ia jadi antara kitab sejarah paling muktabar dalam islam.. penulisnya pula, ibn Kathir, tokoh ilmuan, tafsir, fiqh, matematik sejarah, kesusasteraan dan senarainya tidak beakhir di situ.. jadi tidak hairanlah boleh juga diperolehi dari kitab ini beberapa maklumat fiqh, aqidah dan akhlak, dengan bahasa yang indah..

jam 5.30, dapat buku, 14 jilid, dalam 10 ribu.. ehh.. 10 kg... angkut.. jangan tak angkut...

harga? usah berkira sangat dengan ilmu... tapi kalau sesapa nak, stok dah nak habis, lepas ni sudah tidak dicetak katanya.. even dari the only distributornya... harga pasaran .. rm1200.00.. tapi itu harga mereka.. sapa mau angkat tangan!! .. (saya tak nampak..)

harga kami?? hehe.. rahsia.. spesel diskaun.. untuk 'ahli' sahaja.. tapi yang pasti, separuhnya ditanggung Ummu Nufayl.. hadiah besday katanya..diskaun lagi.. so, sapa yang untung? umat islam yang untung.. bukan senang mau dapatkan karya agung ini.. yang arab di kampung sudah pening lalat dibaca.. yang ini terjemahan, buat isteri, anak dan cucu cicit, zaman mendatang, entah keluar lagi idak buku sebegini.. untuk makluman, buku ini banyak juga dibeli oleh non-Muslim yang mengkaji sejarah tamadun islam.. haa.. kan terkejut.. itulah sebabnya laku.. ..wallahua'lam..

p/s : kena la pula cari buku hadiah Ummu Nufayl pulak... apa ya?!!

wassalam

No comments: