Tuesday, May 22, 2007

sambungan kisah...part 4, 5

Sambungan kisah.

4. Pesta Buku Antarabangsa

2 kali ke sana. 2 Mei & 5 Mei.

Tapi, kali kedua tu tak beli apa-apa. Saja pusing-pusing keliling. Survey Tarbiyatul Aulad, tapi dah habis. Yang ada mahal sangat berbanding harga asal. So, kami diminta ke kedai buku di Wangsa Maju kalau nak Tarbiyatul Aulad (jilid 1 & 2).

So, cerita kali pertama. Kami singgah KLIBF, PWTC semasa dlm perjalanan balik ke rumah drp Perlis. Dah sampai rumah nanti malas nak keluar balikkan?!

Singgah sana...aku borong majalah2 NUR, PA & MA, I, RASA yang ketinggalan di pasaran dulu.
Dan beli beberapa buku/novel.

1. Pakej Novel Ramlee Awang Murshid : BAGAIKAN PUTERI & CINTA SANG RATU
2. Buku Dr HM Tuah : NAK ATAU TAK NAK?
3. Novel Nostalgia - Novel2 lama yg baru dicetak semula oleh Karangkraf...yang saja aku nak jadikan koleksi. Dah baca tp itu yg Mama punya dulu. Agaknya dah koyak-rabak kot. Semuanya penulis2 kegemaran. Ingat lagi masa skolah rendah. Berulit dengan novel Badai Semalam sampai tercerai-berai. Aku punya pasallah tu! eheheh...

- Ranjau Sepanjang Jalan, Shahnon Ahmad
- Jalur Sinar di Celah Daun, Zaharah Nawawi
- Badai Semalam, Khadijah Hashim
- Tuk Cai, Azizi Hj. Abdullah.

Abang cari Ensiklopedia Sirah/Tamadun Islam. Tapi, kat Dawama dah tak ada. Yang ada, drp pengedar lain...tapi harga pun lainlah. Tu lah, Tn. Hj. tu dah offer tahun lepas tapi taknak. Tahun ni nak, tapi dah naik harga. Sampai la pun, dia tengah cari. Masa KLIBF tak jadi beli, sbb harga tak sama dgn budget. hehe heh..sian suamiku.

Kira hadiah besday ek!


5. Forum Supermom @ Hotel Singgahsana, PJ.

Ok-ok...sampai masanya, kita bercerita pasal Forum ini. Saya, Ummu Muhammad (Kak Ija) & Ummi Ikmal (Kak Aza) bertiga ke sana. Cik Sarah yang dah commit pun tak jadi...sebab tuuut. :D

Mula dengan Ucaptama drp Dr. Sharifah Hayaati (UM). Bagus...banyak tips2 yang kami dpt drp beliau, especially tips DUIT (Doa, Usaha, Ilmu, Taqwa).

Kemudian, ada persembahan drp anak-anak UmmikuSayang - 'AlimKids, nyanyian nasyid "Your Mother" (nyanyian asal Yusuf Islam).

Tersentuh hati tengok muka anak-anak kecil tanpa dosa yang menyanyi tentang ibu mereka. Lirik nasyid tersebut memang menyentuh hati.

:)

Selepas tendok persembahan anak-anak ni, barulah mula Forum Supermom...yang panelnya spt yang diwarwarkan dlm iklan sbl ni. Panelnya cukup berkaliber & kaki lebar. Tapi sayang, masa terlalu singkat untuk membincangkan topik yang sangat menarik & semestinya berat untuk dibincangkan dalam masa yang pendek.

Kemudian, sesi makan-makan (brunch). Makan kat Hotel Singgahsana memang tau-tau aje lah.
Thumbs up! :)

Tapi, sebab ramai yang beratur...kami bertiga jalan-jalan dulu di gerai-gerai yang dibuka dalam Dewan tu - ada gerai Nona Roguy, Butik "?" (tak ingat), Ana Edar, Cool Mum Super Dad, UmmikuSayang, Butik Sri Munawwarah Design.

Apa lagi... borong!
Aku beli buku yang memang dah lama dah aim nak beli.
1. Cool Mum Super Dad (signed by the author)
2. Anakku Hebat Anakku Soleh (eheh..tak dapat Tarbiyatul Aulad...dpt buku yang extract drp Tarbiyatul Aulad pun jadilah!)
dan...heheh...2 lagi produk istimewa drp Ana Edar, jus minuman Qaseh Kekanda & Qaseh Adinda buat diri sendiri & suami.

Apa istimewanya dgn minuman ini?
Campuran Madu, Kurma, Habbatussauda', Gingko...errr banyaklah. Tak ingat!
Ia suci, membantu memberikan tenaga. Satu untuk suami dan satu untuk isteri.
Kenapa lain? Tanya Kak Aza.
Tanya Ustaz Azri yang berniaga produk Ana Edar tu...bahan-bahannya lain untuk perempuan dan lelaki. Lagi, do'a pun lain...untuk perempuan...do'anya spesifik untuk perempuan.
Harga asal RM 71.90...tapi, sbb borong 2 sekaligus...dapatlah harga spesel! :)

Ok...nak cerita sikit ilmu 'mahal' yang kami dapat drp sembang-sembang dengan Ustaz Azri Anak Edar ni. Dia belajar di Pondok sbl mengaji di Mekah..2 kali ke sana utk menuntut 'ilmu.

1. Makanan yang dimasak dengan penuh ikhlas & do'a2 drp ibu, akan memberikan roh yang baik kepada anak/suami.

2. Ibu2 & bapa2, elakkan bertengkar depan makanan & tengok tivi sambil makan (skrg ni jadi tabiat ni!) - sebab apa yang jadi depan makanan tu...semua benda masuk dan jadi roh makanan tersebut. Bila kita makan, masuklah semua jadi diri kita.

3. Bacakan do'a & bismillah kepada makanan & zarah akan jadi cantik & baik utk dimakan...memberikan kesan baik kepada diri.

4. Wanita yang dalam haidz ada aura yang negatif. Semangatnya lemah, menurut kajian.
So, ibu-ibu bila nak memasak untuk anak2 & suami dalam keadaan haidz, better angkat hadas kecil dahulu (wudhuk) untuk kurangkan aura tersebut.

Apa lagi tips2 yang Ustaz tu bagi lagi ek? Nanti orang confirm balik dgn Kak Aza.













Akhir sekali, gambar mereka yang berpenat-lelah untuk Forum Supermom.
Dari kiri : Tuan Hasnah (pemilik Sri Munawwarah), suami Kak Ina Munawwarah, Ustaz Abu Hassan (pemilik Galeri Ilmu), Kak Ina Munawwarah, -tak sure-, Pn. Jalilah (Majalah Anis).


~~~
Yang rindukan senyuman mereka.

No comments: