Ingin benar rasanya menulis panjang. Tapi, jangankan berjela...lagikan sepatah pun payah.
Dari KL ke Perlis ke Kelantan ke Perlis. Ke KL semula.
Panjang! (Nasib baik abunufayl dah berkisah separuh).
Tinggal kisah 'Aqiqah Nuha, Jannatul Hany, Besday Yang Tersayang, Pesta Buku Antarabangsa, Forum Supermom, KLCC & Polis, Nuha merangkak...errr banyak juga tu. Ok...just a review keyh. I'll note the important point only.
1. 'Aqiqah Nuha
Selamat diadakan pada 29 April, setelah sampai di Perlis semula pd petang sebelumnya. Terbayang di fikirku, segala perancangan terpaksa dibatalkan sementelah pulangnya arwah Ayah ke rahmatullah. Tapi, alhamdulillah...suami yang tersayang memahami akan perancangan dunia & perancangan DIA. Yang pergi, selamat diuruskan...dia bersedia meneruskan perancangan dunia. :) . Apa pun, aku sangat menghargai kenangan bersama arwah Ayah sbg cucu menantu.
- Kenangan 'terserempak' di Pasir Puteh ketika menemani Yati (bims) ke Klinik kerana demam panas semasa di Pondok Tok Guru Hj. Barat.
- Berziarah ke rumahnya setiap kali pulang ke Kelantan. Dan dpt melihat wajahnya yang gembira bertemu cucu tersayang (suamiku) dan tika dpt mendukung cicit-cicitnya (yg babylah). Mujurlah tika pulang ke Kelantan 2 minggu sbl pemergiannya, dia sempat pegang Nuha. Teringat lagi wajah gembiranya.
- Kenangan gi jale-jale ke Pasir Mas...rumah Cik Lan. Abang bukak CD Quran...aku mengikut-ikut di belakang (suara kecil sj)...dia yg agaknya mendengar teruja...lantas menyambung baca. Lalu tertawa....
:) Semoga Allah merahmati Allahyarham Hj. Salleh Mohd Amin.
2. Besday Yang Tersayang
April datang lagi.
Tanggal 25 dan 27 yang paling bermakna. Kerana...
25 April, birthday Allahyarham Abah, Fuad b. Salleh.
27 April, birthday suami tersayang. Tapi, tahun ini...lain dirancang...lain yang jadi. Betul...perancangan Allah yang lebih besar. Rancangan utk suprise dia tak jadi...sbb pada hari ulangtahun kelahirannya, dia sibuk menguruskan jenazah Ayah. Sekadar ucapan yang kubisikkan ke telinganya.
Hadiah? Oh...dia dah tuntut 'hadiah besar'. Ganti kepada sambutan yang tak jadi kot? :)
Hadiah besar boleh, asalkan bawa manfaat kepada keluarga. Ye tak Abang? ;)
3. Jannatul Hany
Selamat diduduki sejak 26 April 2007 bersamaan 9 Rabi'ul Akhir 1428h. Alhamdulillah, siap juga akhirnya.
Tapi, rancangan
4. Pesta Buku Antarabangsa
-next time cerita-
5. Forum Supermom
-next time cerita-
6. KLCC & Polis
Selepas kali kedua ke KLIBF, berjalan-jalan bawa Nufayl & Nuha menadah langit malam di KLCC. Nufayl yang berlari dan Nuha yang tertidur. Nufayl yang sukakan polis dpt peluang salam dgn polis malam tu. Nasib baik abang polis tu sporting dan layan Nufayl. Terus Nufayl kata, "Polis baik."
7. Nuha merangkak
*Oh...Nuha dah merangkak semalam - 9 Mei 2007. Tarikh yang sama dgn Birthday Cu. Buat Cu, Faridah Jusoh (now in AlKhobar, Saudi)....Happy Birthday...receive my sms?
ok....until next entry. Byes.
No comments:
Post a Comment