Thursday, March 31, 2005

Ini Tersebut Satu Kisah

Ada yang menanyakan, mana perginya Ummu Nufayl. Jadi ini kisahnya

Mulanya :



Boring...





Sudah mau pulang!!..



Itulah dia satu cerita. Tonsilitis datang sekejap. Allah mahu uji sikit. Kita sabar saja...

Kini cerita terbaru, Ummunya pula terbaring di rumah. MC 3 hari. Berita lanjut, tunggulah Ummunya pulang....

Sekian, harap maklum... :). Wassalam

Abu Nufayl 31 March 2005

Friday, March 25, 2005

SEGMEN TAJAAN ABU NUFAYL : KALAULAH AKU KHATIB HARI INI

PERHATIAN : SEGMEN INI DITAJA OLEH ABU NUFAYL

~~~

Kalaulah Aku Khatib Hari Ini-maka ini teks khutbahnya

Ayat-ayat dan lafaz-lafaz lazim khutbah....

Ittaqullah!! Bertakwalah kepada Allah. "Uusiikum wa iyya ya bi at-taqwallah". Aku nasihati kamu sekalian sidang Jumaat dan diriku supaya bertaqwa kepada Allah swt.

Sidang Jumaat sekalian,

Taqwa itu bukan hanya sekadar lafaz kalimat yang indah dan dilazimi semata-mata. Taqwa adalah takutnya kita pada Allah swt. Takut yang membawa keazaman. Takut yang membawa kewaspadaan. Keazaman melaksanakan suruhanNya. Kewaspadaan dari mendekati laranganNya. Maka mustahillah kita melakukan perkara yang terlarang.

Menyentuh tentang kewaspadaan, Allah swt telah berfirman :

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta benda kamu dan anak-anak kamu dari mengingati (melaksanakan perintah) Allah, kerana barang sesiapa berbuat demikian maka merekalah orang yang rugi"
(Surah Al-Munafiquun, Ayat 9)


Sidang Jumaat sekalian,

Satu daripada peringatan Allah swt mengkhususkan kewaspadaan kita terhadap tanggungjawab kita terhadap anak-anak.

Anak-anak adalah anugerah Allah. Anak-anak juga adalah amanah Allah. Menghargai dan menyanjungi anugerah tidaklah sesukar memenuhi dan menjaga amanah.

Kita telah pun dibayangi kekaguman, bahawa ada anak Muslim kita telah memecah rekod pencapaian akademik yang cemerlang sepanjang zaman. Maka kita panjatkan kesyukuran kita kepada Allah swt. Kita telah lihat anak Muslim kita berjaya merentas lautan. Tabah mengharungi cuaca sejuk. Tangkas mengendalikan pelbagai jentera moden dan canggih. Segala-galanya adalah pencapaian yang kita kongsi kebanggaannya.

Kebanggaan ini akan mendorong kita ke arah berusaha mencapainya juga. Anak-anak akan dididik mencapai potensi dirinya yang sebenar. Segala wang ringgit, kasih sayang, masa dan semua yang mampu akan kita berikan demi kejayaan yang membanggakan ini. Kita berharap, dan sentiasa berharap kegemilangan ini akan berlaku di dalam rumah tangga kita.

Sidang Jumaat sekalian,

Peningkatan perbelanjaan wang ringgit kita menghantar mereka ke kelas-kelas tuisyen, dan program kemahiran. Kesepaduan kasih sayang kita suami isteri untuk memastikan anak-anak kita berjaya. Pengorbanan masa kita bagi memberikan latihan dan tunjuk ajar. Semuanya ini tidak ternilai.

Namun sidang Jumaat sekalian, berapa ringgitkah daripada peningkatan perbelanjaan itu pergi ke rumah Allah dan anak yatim. Adakah jumlah itu makin sama? Berapa ringgitkah perbelanjaan itu pergi ke sedekah dan amal jariah? Berapa ringgitkah keseluruhannya pergi ke sebarang amal soleh lain yang boleh memberikan keberkatan terhadap pendidikan anak anak kita? Berapa banyakkah pengorbanan masa itu disasarkan untuk menambahkan kekhusyukkan kita dalam solat? Pengajian al-Quran kita? Telaah kita akan kitab-kitab muktabar mencari ilmu? Adakah seimbang latihan kemahiran, tuisyen yang dilipatgandakan dengan usaha kita mendidik anak-anak kita menjadi insan soleh? Berapa banyakkah masa kita tambah untuk solat berjemaah dan mengaji al-Quran bersama anak-anak?

Kita semua sedih, jika segala peningkatan ke arah meningkatkan potensi anak-anak itu telah mengurangkan lagi peruntukan kita ke arah persiapan yaum akhir kita kelak.

Sidang Jumaat sekalian,

Alangkah sedihnya, jika kita sebagai ibu bapa, mendapati anak-anak kita, anak-anak seagama kita, cemerlang akademiknya, namun buruk sahsiahnya. Hidup dilimpahi kemewahan, akhirnya menarik kita ke lurah neraka Jahannam.

Adakah menjadi satu kebanggan buat kita apabila melihat di dada-dada akhbar anak-anak Muslim kita tertangkap? Sedangkan ibunya, bapanya orang kenamaan. Mereka punya segala macam kecukupan mendidik anak mereka, tetapi akhirnya, kerana sesuatu yang dinamakan maruah kononnya, mereka menjadi pembela buat pelaku-pelaku maksiat ini. Maka benarlah firman Allah swt yang telah dibacakan sebentar tadi.

Sidang Jumaat sekalian,

Kita berasa gembira. Negara kita aman. Negara kita punyai jutaan penduduk Muslim. Adakah umat Islam pada zaman Rasulullah SAW tidak gembira kerana banyaknya perang yang berlaku pada zaman mereka? Adakah mereka tidak aman? Adakah mereka menyesali hidup pada zaman tersebut? Umat terdahulu tidak pernah merasa kecewa berada pada zaman tersebut walau dipenuhi peperangan. Kerana keamanan sebenar, yang haqiqi bukanlah pada keamanan fizikal, kosmetik semata-mata tetapi amannya hati dari pengaruh syaitan, bersinarnya Iman yang padu, teguhnya pengamalan syariat.

Maka negara Islam kita ini sebenarnya masih lagi kucar-kacir. Bila pemegang teraju wibawa negara bersekongkol dengan penyembah ajaran syaitan, malah sampai ke satu peringkat membela (pertahankan) dan membela (memelihara) syaitan di kalangan manusia ini.

Sidang Jumaat sekalian, kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Islam adalah garis panduan sempurna cara hidup. Tidak usahlah kita mencampur adukkannya dengan kepentingan politik dan peribadi. Sesungguhnya Islam itu Maha Tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya...Barakallah.


Khutbah kedua tidak sempat dibaca, apabila penguatkuasa keamanan berbaju biru yang terlupa hari ini hari Jumaat, telah pun beratur di luar Masjid mula menceroboh masuk, kononnya menjaga Muslimin yang bersolat Jumaat, dan pada masa yang sama, terlupa ramai lagi penduduk negara Islam Hadhari di Bangsar masih berada di pub-pub dan kafe-kafe.

Takbir! Takbir!! Takbir!!!

Abu Nufayl : Sebab itulah di negara Islam ini aku tak jadi khatib.
Ummu Nufayl senyum jer :)...alahai suamiku sorang ni gian nak jadi khatib pula! ;)

Legakan Ketegangan! ;)

-I got it from a fwd email-
Mungkin ada yg pernah baca...saja utk melegakan ketegangan anda di pagi Jumaat ni, release tensi kata tok saya.
;)

Selamat berteka-teki!
A) Apa beza kacang panjang ngan seluar panjang ?
-Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang
kalau dipotong tetap namanye kacang panjang...

B) Banyak-banyak mi, mi ape yang takleh di makan???
-Misai

C) Batang ape yang kalau org pegang-pegang nanti kena gatal-gatal?
-Batang Keladi

D) Bulan dan bintang......... mana anak? mana bapak???
-bulan dan ialah anak, tang tu ialah bapak...( Bulandan bin Tang )

E) Ada orang ni nak naik bas.Dia ada 50 sen jer.Tambang bas ke tempat
dia na
pegi tu 60 sen.Camne dia nak pegi tempat tu?
-Dia buat muka seposen jek , 50 sen + 10 sen = 60 sen

F) Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi die nak tanam 2 jenis pokok iaitu
getah
dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah
separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok ape tumbuh dulu?
-Dua2 tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh jek..

G) Burung ape yg boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk ?
-Penguin

H) Banyak2 katak, katak ape yg bole bercakap?
-Katakanlahhhhhh.....

I) Tersebut kisah,ada seorang wanita yg sarat mengandung dan nak
beranak,
lalu
suami dia bawak le isteri tu ke hospital..lalu dia melalui FARM dan
LOMBONG
BIJIH TIMAH..lps tu anak dia lahir, dan dinamakan FATIMAH, kenapa ?
-Sebab die dapat anak pompuan..huar..huar..huar..

J) Knape penggali kubur, bile nak gali kubur, dia tak pakai spender?
-Takkan nak pakai spender, pakai cangkul ler...

K) 4 Soalan dgn satu jawapan :
(1)knape pencuri kena tangkap
(2)knape ubi jadi kayu
(3)knape gigi sakit
(4)knape org pompuan mengandung
-Sbb lambat cabut

L) Tempat apa ni......peserta dia pakai uniform, selalu bertambah & tak
akan
berkurangan?
-Tempat Perkuburan...seram tak...hehhe
M) Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna
kelabu
taik anjing. apa dia...?
-Lingkaran nyamuk Shieldtox

N) Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
-Bahrain

O) Macammana nak pegi haji kalau duit tak de?
-Jangan isap rokok. Duit tu kalau kumpul sehari RM5, setahun dah RM
1,800.
10 tahun dah dapat RM 18,000. Dah boleh pegi haji. ..hehehe..

P) Emak Si Katun ada 5 anak. Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu. Yang ke 5 siapa?
-Si Katun ler...hehehhe

Pesanan : setiap jawapan betul tiada hadiah yg dijanjikan. Saya hanyalah penyiar teka-teki sahaja, bukan pihak penganjur yang menjanjikan pelbagai hadiah menarik utk dimenangi.

Terima kasih.

Wednesday, March 23, 2005

Remember

Untuk kita bersama,
ingatlah...


p/s: I received this pps file from my colleagues. It is very nice, make me remember how much ni'mat has been given by The Almighty...and yet, we refuse to give our gratefulness to HIM!


"Fazakkir innama anta muzakkir"


tazkirah hari ini
MUJADDID : KENAPA DI AWAL KURUN SAHAJA?



~~~~~
Catatan ringkas,
Hany FF
12 Safar 1426 H

Tuesday, March 22, 2005

Untuk Direnungkan

SalamuLlahi'alaikum warah matullahi wabarakatuh sahabat-sahabat sekelian...

"Kita menyampaikan kerana kita mahu menyampaikan...bukan kerana ada orang yang nak mendengar."

Saya terjumpa beberapa syair lama, untuk dikongsi bersama (segar betul rasa membaca syair-syair lama ini).

Syair 1
"Apabila bala-bencana telah bersangatan menimpamu,
Fikirkan segera Surah Alam Nasyrah,
'Usrun tersepit antara dua Yusran,
Kalau itu telah engkau fikirkan, nescaya engkau akan gembira."


Syair 2, karya Hamzah Fansuri
"Hamzah Fansuri di negeri Melayu,
tempatnya kapur di dalam kayu,
Asalnya manikam tiadakan layu,
Dengan ilmu dunia manakan payu."


Dan Hamzah Fansuri bersyair lagi, Syair 3 :
"Hamzah Syahrun-Nawi terlalu hapus,
seperti kayu sekelian hangus,
asalnya laut tiada berarus,
menjadi kapur di dalam Barus."


Kenapa saya tulis balik puisi lama tu?
Ermm...boleh terima tak kalau saya katakan syair 1 tu ada kaitan dgn Surah 94, As-Shahr dan syair 2 & 3 ada kaitan dgn Surah 76, Al-Insaan, ayat 1-3?

Fikirkanlah!

~~~
Kutiplah hikmah atas Ketentuan-Nya.
Hany FF
11 Safar 1426 H

Friday, March 18, 2005

Sob Sob-Sosej Babi Rupanya!!!

Gambar sosej telah dikeluarkan drp blog utk mengelakkan persentuhan pandang berlaku

~heheh..muding, tul tak? :P ...lawak jek

Edisi KL: Nyaris makan sosej babi di kafe

Baca kisah di atas, tersirap darah saya!
Sebenarnya, entah berapa ramai Muslim di luar sana yang dah memasukkan '**bi' tu secara tanpa sedar dalam darah daging mereka.
Hmmmm...berdosa memang tidak, kalau dilakukan tanpa pengetahuan dan kesedaran. Tapi, hati tetap hitam kerana mekanan yang tidak bersih dan haram itu.

Sayangnya!
Entah dah berapalah titik dan noda hitam dalam hati kita ini, dengan perbuatan tanpa sedar kita. Dalam sedar pun, kita sengaja mengundang dosa...tanpa sedar??? Ah...banyaknya!!!

Memang sensitif! Isu makanan vs **bi!!!
Dijual secara terbuka pula tu!
Tarikh sijil halal dah luput pula!
Aduh...kenapalah tak diperiksa semula!!!
Marah! Geram!

Nasib baik saya tak suka makan sosej! Hmmmmhh....tapi...ada satu kisah.

Kisahnya pasal SOSEJ, **BI & SAYA yang berlaku berbulan-bulan sbl ini.
Satu pagi, suami dan saya ke Pasar Jalan Klang Lama untuk beli-belah bahan-bahan mentah (stok). Pertama kali saya ke pasar itu, sedangkan suami pernah singgah di sana sbl ini. Dia dah pesan pada saya, Pasar Jalan Klang Lama ini is conquered by Chinese. So, dia dah pesan kat Pasar ini ada 3 bahagian - bahagian Bahan Basah Cina, Bahan Basah Melayu & Bahan Kering. Suami berpesan, jangan masuk ke Bahagian Mknn Basah Cina...tahulah apa yg dijualnya. Saya angguk, faham.

Bahagian Bhn Basah Cina (di hujung ruang) & Melayu (sblh tengah) dipisahkan oleh longkang dan berada seolah-olah di bahagian yg lain. Suami membeli ikan dan ayam drp penjual Muslim. Saya pula merayau-rayau hendak membeli bawang dan bihun utk dimasak pagi itu. Saya ke Bahagian Bhn Kering.

Ada penjual Cina, ada penjual Melayu dan ada penjual Indon. Saya beli bawang drp Peniaga Melayu tersebut.
"Makcik, ada bihun tak?"
"Tak ada la"
"Erm...kat mana ada jual bihun ek?"
"Kat sana ada" Dia menunjuk ke arah seorang peniaga Cina.
Saya menuju ke arah peniaga Cina tersebut, seorang Makcik Cina Tua (MCT)...
"Bihun ada?" Saya bertanya.
"Ada. Ini dia!" Dia mengunjukkan bihun yang digantung di atas ruang niaga.
Oohh..baru nampak!
Sambil menolak SOSEJ yang digantung di hadapan bihun tersebut untuk melihat label di bungkusan bihun dengan tangan saya, tiba-tiba saya terkaget seketika.
Errr...sosej apa nih?! Hati tertanya.

Terus saya bertanya, "Nih apa nih?"
"Sosej la." MCT itu menjawab.
Dengan muka yg curious giler, saya bertanya lagi, "SOSEJ apa?" Saya mula syak.
Dia menjawab dengan wajah yang seakan-akan mahu ketawa, "BABI la!!"
Eh ehhhh...sukanya dia!

Teka apa saya buat?
Menjerit kuat-kuat!!!

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!

Dan...suami saya pun datang.
Kenapa? Jom kita samak! Jawab saya.
Tobat tak pi dah pasar tu!!!

Sampai skrg, tengok sosej pun saya geli.
Terbayang-bayang lagi.

Kerajaan perlu bertindak -- Umat Islam berasa dihina sosej `halal' dicampur usus babi


Saya sokong dengan cadangan wujudkan no siri pada sijik HALAL JAKIM untuk mudahkan pemantauan oleh pihak penguatkuasa & mudahkan semakan oleh pengguna. Peniaga terbabit pun sure takutnyer...sebab bila pengguna mudah semak status sijil HALAL tu...depa takleh main tipu-tipu.

Pengguna pun kena hati-hati. Jangan redah sembarangan. We choose to eat, so we bear the cost lah! Kalau dah confirm HALAL baru lah makan. Hati-hati makan di restoran & hotel terkemuka, make sure ada pengesahan HALAL baru makan. Kepada yang tak tahu bahawa status pengesahan sijil HALAL boleh dirujuk kepada Portal e-Halal JAKIM, lawatilah laman web itu. Mudah-mudahan ia boleh membantu anda.

p/s: at one time...I may consider we at this country, Negara Islam Malaysia...all food by default is HALAL. Macam kat Supermarket, kita akan nampak tag NON-HALAL di rak di mana ARAK, dan tin-tin **BI dijual. Errmmmm...nampaknya kita tak selamat di negara Islam nih! Errrrr...guano?


tazkirah hari ini
UMAR BENTUK MAJLIS SYURA PERTAMA





~~~
Catatan Hany FF
7 Safar 1426 H

Wednesday, March 16, 2005

Beneficial Chat

Some beneficial chat to share.
(apa Dwen, sharing is caring? :D...pinjam words sket ek! ;) )

araamy: cume pasal doa jadi tabah tu.. boleh hurai kan panjang sket??
hany_ff: yg mana
araamy: Jika kita doa, "Ya Allah jadikanlah aku hambaMU yang tabah menghadapi dugaan dan cabaran dalam hidup ini" ...justeru, kita mungkin diuji dengan pelbagai ujian dan cabaran utk menjadikan kita 'tabah' sebagaimana yang kita pinta.
hany_ff: ye lah
hany_ff: maksud saya dlm tulisan tu, kami diajar...supaya kita berdoa kepada Allah utk jadikan kita tabah. so, jgn hairan atau dukacita jika Allah turunkan ujian/cbrn kat kita
hany_ff: sbb perkara tu perlu utk menjadikan kita tabah
hany_ff: sepatutnya kita doa, utk sejahterakan hidup kita
hany_ff: baru kita kehidupan kita tu tenang
araamy: ooo.. ok ok.. pehe nek
araamy: sbb saya paham doa tu maksud macam lain sket
hany_ff: macam mana?
araamy: tapi.. tak jumpe plak doa tu dalam kitab2 atau pun org2 baca
araamy: takde laa. doa tu tak pernah dengar lagi laa org bace
hany_ff: hihihi
hany_ff: saye bace
araamy: tapiiii........ kalau ditimpa ujian... ada yg akan baca doa2 macam tu
hany_ff: nih doa kita orang melayu yang berdoa dgn cara dan bahasa sendiri
hany_ff: aah
hany_ff: mungkin
hany_ff: but, preferablely bacalah doa yg sejahterakanlah tu
hany_ff: lebih general dan lebih menyeluruh
hany_ff: tak tertumpu kepada ujian itu sahaja
araamy: sbb doa macam tu.. salu baca utk spefic kepada sesuatu
araamy: contoh.. macam kita mintak Allah menangkan kita ke atas yahudi dan nasrani
araamy: doa tu.. sebut specific yahudi dan nasrani...
araamy: tapi banyak lagi agama lain dalam dunia ni.. hindu buddha sikh
hany_ff: aah betul tuh
hany_ff: sebabnya kenapa ya?
hany_ff: awak terang je la
araamy: camnilaa... doa ade specific.. ade umum
hany_ff: okeh
araamy: dan lagi... kita doa dan Allah tau apa maksud kita
araamy: Allah tau apa dalam hati kita
araamy: dan lagi.. ujian tetap datang... kita mintak pun dtang.. kita tak mintak pun datang
hany_ff: okes
araamy: mintak tabahkan atas ujian tu.. bukan maksud kita mintak ujian utk tabahkan hati.. tapi tabahkan hati menghadapi ujian
hany_ff: bagus kupasan awak tu
araamy: sbb ayat quran kan kata
araamy: adakah kita akan hanya dibiarkan menyatakan kita beriman... tetapi kita tidak diuji
araamy: yg awak tulis tu betul... tapi mungkin saya terpaham lain kot... takper... takde maaslah kat situ
hany_ff: tapi, saya pernah merasa pengalaman sendiri
hany_ff: ujian adalah sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah
hany_ff: pada masa yang sama kita perlukan kekuatan utk menghadapinya
hany_ff: tentu sbg umat Islam kita berdoa, itukan senjata utama kita...utk dptkan kekuatan
hany_ff: i did it...but, after sometimes...i realised that, makin lama makin banyak ujian
hany_ff: kemudian, saya didedahkan dgn cara berdoa yg betul...(mengikut apa yg diajar nih la...mcm yg saya cerita tu)
araamy: hermp.. ok..
hany_ff: alhamdulillah...ujian datang. tapi, penerimaan saya makin ok
hany_ff: tak rasa benda tu sbg berat dan membebankan
araamy: kita kembali kepada sirah
hany_ff: penerimaan tu lebih kepada terbuka dan menghadapi dgn tenang
hany_ff: begitulah maksud saya
araamy: manusia yg paling banyak menerima ujian adalah rasullah saw
araamy: rasul doa... tapi banyak ( makin banyak ) yg datang
hany_ff: mungkin ada yg tak terconvey dlm artikel tu
hany_ff: apa yg rasulullah doa?
araamy: kesimpulannya ( heheh cepat je ) Allah sayang seseorang tu sbb tu Allah datangkan ujian
araamy: firaun Allah tak sayang.. sket pun takde ujian kat die sampai die mati
araamy: so... bersyukur laaa Allah uji
araamy: faham ape awak cakap... tu saya cakap.. tak salah awak tulis tu
hany_ff: aah
hany_ff: saya faham apa yg awak nak cakap
hany_ff: tapi, maksud saya...doa tu...bukan supaya kita tak diuji
hany_ff: atau nak elak supaya tak diuji
hany_ff: tetapi...lebih kepada penerimaan kita hambaNYA Ini
hany_ff: kadang2 kita menerima ujian tu...sbg beban pulak
hany_ff: kita rasa berat sangat tak tertanggung
hany_ff: hati kita tak terbuka dlm menerima ujian ALlah...dan lebih teruk lagi, kalau kita berburuk sangka dgn Allah, kononnya DIA tak sayangkan kita
hany_ff: itu yg kita nak elak...hati kita, cara kita terima ujian tu
hany_ff: mcm awak kata, bukankah ujian tu tanda Allah sayangkan?

araamy: aa.. sbb tu kita kene ingat ayat quran jugak...
hany_ff: betul la tu
araamy: Allah takkan meletakkan keatas kita sesuatu yg kita tak mampu tanggung
araamy: pusing balik ikut awak tulis tadi.. kita bersyukur atau tak lepas Allah lepaskan kita dengan ujian tu



Kesimpulan :
- merujuk kepada huraian entry lepas : Syukur vs Kufur tentang doa, saya merujuk kelebihan berdoa tersebut kepada penerimaan hamba Allah tersebut. Sebab...kadang2 kita hamba Allah nih lemah imannya, dan apabila diuji kita bagai menyalahi taqdir yang telah ditetapkan olehNYA, sedang apa yang DIA tetapkan tu...DIA dah consider dah keupayaan hambaNYA tu.
Ref : Surah Al-Baqarah, 2:286 which means "On no soul doth Allah Place a burden greater than it can bear...(cont)"

My personal advice, doa adalah senjata orang mukmin. Namun, dalam berdoa...berdoalah dengan cara yang betul. Cubalah berdoa dengan cara ini...kan sunnah berdoa dengan doa Rasulullah s.a.w. :)
"Rabbana aatina fiddunya hasanah wa fil aakhirati hasanah wa qiina 'azaabannaar"

Anda akan merasakan tenang yang sungguh tenang, walau tika dilanda ujian dan cabaran. Satu kemanisan yang hanya diberi kepada hambaNYA yang terpilih.

Lakukanlah! Yakinilah! Hayatilah!

- Refer entry pd 16 Mac 2005 oleh Abu Amiir dalam Friday's thought - Part 2. His topic is much related to this topic ;)

:)

Tuesday, March 15, 2005

Syukur vs Kufur

Hari ini pagi dihiasi dengan tazkirah dari laman Fauzynm Online - Nasihat .
Banyak artikel menarik di situ! :)

Kemudian, saya teringat sekerat firmanNYA yang sering diucapkan oleh Ustzh Fuziah, seorang pendidik di institusi pengajian satu masa dahulu (ctHurairah , GoPi - you know who!).

"La In Syakartum La AziidannaKum, Wa La In Kafartum Inna 'Azaabii LaSyadiid"

Maksudnya :
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"”. (Surah Ibrahim,14:7)

Menambah bererti memberi sesuatu yang baru kepada sesuatu yang lain yang telah ada.

Bersyukur = Nikmat + Nikmat

Waatakum min kulli ma saaltumuuhu wa in taAAudduu niAAmata Allahi la tuhsuuha innaal insana lazhaluumun kaffar

Maksudnya :
"Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat lalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)." (Surah Ibrahim,14:34)

Bersyukur = Nikmat+Nikmat
Bersyukur+Bersyukur = Nikmat+Nikmat+Nikmat
Bersyukur+Bersyukur+Bersyukur = Nikmat+Nikmat+Nikmat+Nikmat
Bersyukur+Bersyukur+Bersyukur+Bersyukur = Nikmat+Nikmat+Nikmat+Nikmat+Nikmat

n = n + 1 ?
Subhanallah! Bahkan ilmu matematik sekalipun memang tidak dapat menghitungnya!

Dan jika manusia tidak bersyukur?
Nikmat itu tidak hilang kerana Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang:

Bersyukur (cancel) = Nikmat(ada) + Nikmat(cancel)

0 = 1 + 0 ?
Subhanallah! Masakan boleh ilmu matematik mengira sedemikian rupa!

Tetapi, berhati-hatilah.
Kerana, jika kita kufur...azab pedih menanti kita!
Allah memang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, tetapi jangan terhasut dengan bisikan syaitan yang menggoda bani Adam untuk kufur akan nikmatNYA atas dasar itu. Allah juga pemilik nama al-Mutakabbir, al-Mulk, al-'Aziiz, al-Jabbar! Dia Maha Berkuasa dan Maha Keras PembalasanNYA utk hambaNYA yang kufur. Ini janjiNYA.

Dengan ayat itulah juga, Kak Fari berhujah tentang cara kita berdoa, ayat yang digunakan semasa berdoa (ref : HanyFF's : Rileks Minda , Ika's : Tahun Baru/Hijrah/Cuti, Siti's : Ahlan wa sahlan ya Ramadhan).

Pesan Kak Fari, kalau kita berdoa utk dimurahkan rezeki, doa begini,
"Ya Allah, jadikanlah aku hambaMU yang bersyukur."
Bersandarkan kepada janjiNYA yang inilah! JanjiNYA dalam surah Ibrahim, ayat 7 itulah!

Ika, ulang-ulang itu tandanya kita saling memperingatikan?
fazakkir, innamaa anta muzakkir! (Surah al-Ghaashiyah, 88:21)

Siti, Ika, Kak Lin - teringat halaqah An-Nuur di MasjiddinNabawi...ingat tak? Di situlah kita membincangkan isu ini. Apabila Kak Fari sebut tentang perkara ini, saya terus teringat kepada isi ceramah Dr. Mashitah seperti yang saya sebutkan dlm post lepas.

Memang, saya dah amalkan.

Jika kita doa,
"Ya Allah jadikanlah aku hambaMU yang tabah menghadapi dugaan dan cabaran dalam hidup ini"
...justeru, kita mungkin diuji dengan pelbagai ujian dan cabaran utk menjadikan kita 'tabah' sebagaimana yang kita pinta.

Jadi, kita berhasrat utk menjadi kuat (tidak terpesong drp jalan Allah) dalam menghadapi hidup di dunia berdoalah,
"Ya Allah, sejahterakanlah hidup hambaMU ini di dunia dan akhirat"

Ya lah, bak kata pepatah..."Allah gives what we need, not what we want" (hehe..pernah dengar kan?)*wink*

Sebenarnya jika diselami maksud dan tafsir ayat ini, sungguh dalam maksudnya.
Syukur vs kufur...sungguh luas maknanya kalau kita kaji betul-betul.

Syukurnya, saya dah dinaikkan pangkat! Pangkat apa? Tengok senarai di bawah :
1) Dari Bujang Kepada Isteri
2) Dari Isteri kepada Ummi
3) Dari Pelajar kepada Engineer
4) Dari kurang faham Islam kepada faham Islam
5) Dari Kegelapan Jahiliah kepada Keindahan Islam
6) Dari malas kepada bekerja untuk Islam

Errr...yang tiga (item 4,5,6) kat bawah tu, masih dlm peringkat doa. Doakanlah ia menjadi kenyataan. :)

"Rabbana La Tuzie' Quluubana Ba'da Izhadaitana Wahablana MinLaDunka Rahmah, Innaka Antal Wahhab!"
Ameen.

p/s:erm...ucapan bersyukur mungkin mudah. Penghayatannya macammana pula yer? Cukupkah dengan lafaz Alhamdulillah? Di hati apa yang perlu dirasakan? Di jiwa apa yang perlu diterima? Iman pula? Harus bagaimana?
Kalau ada umur, kita kupaskan lagi!
;)


ref utk ayatul Quran : IslamiCity.Com - The Holy Quran (I linked it in my Reading List - ref my left menu bar)

~~~
Hany FF
4 Safar 1426 H
15 Mac 2005 M

Friday, March 11, 2005

Memori Menerpa...

Alhamdulillah!
Semalam dapat juga menunaikan hajat untuk ziarah Jie & her baby, Fahim Naufal!!!
Commellll...cam mak ngan ayahnyer!!! (lupa nak tanya dia nak soh anak panggey apa kat depa). Jie nak cergas dan sihat...Alhamdulillah. Sembang dgn Jie...dia cerita juga mcmmana sakitnya. Bila tengok baby Jie, ada rindu sangat nak ada baby balik (sebab Nufayl dah jadi gergasi monster yang koyak semua buku Ummi & Abah, dan tarik pinggan & gelas yang orang nak makan). Rindunya kat baby kecil yang tatau buat apapa melainkan tidur & nangisnya merdu sungguh bila nak nyusu!

Bestnyaa ada baby!!!

Waktu kami pergi tu, waktu rehat tengahhari jam 1-2 petang, kami (baca: saya & suami) ke Gombak untuk ziarah mereka. Hajat di hati nak langsung ke sana drp Melaka, Ahad lepas. Tapi, banyak pula aralnya...kami lambat sampai ke KL drp Melaka tu. Jam 2 pagi baru sampai rumah.
Jie kata, nasib baik jugak kami tak datang hari Ahad...dia kata ramai sangat yang datang melawat. Letih jugaklah. Betul jugak tu.

Teringat saya bersalin Nufayl hari tu. Bersalin jam 4.40 petang. Doc suruh rehat kat bilik bersalin sampai jam 6.00 petang, tapi incoming call yang tak putus menyebabkan saya ralit melayan panggilan telefon ketika itu. Antara yang cepat menelefon bertanya khabar, seawal jam 5.00 petang (sebaik Doc usai keluarkan uri)...ialah Cu & Paklang dr Arab Saudi, Mama dr Perlis, dan Siti!!! ehhehehe...kredit to Siti Zurina. Teringat lagi, time dia call tu baru lepas baby diletakkan atas perut. Memang sebak habis la. Rasa terharu...tak percaya, semua rasa bercampur baur. Tak sempat ngangis, sebab abang hulur hp...Siti call. Terus cakap dengan Siti. Segala rasa simpan balik. Takkan nak nangih cakap dgn orang yg nak ucap tahniah kan?! heheheh...

Bila balik bilik...ada Tok, Abg ipar & isterinya menunggu. Setengah jam lepas tu...Wan Azrul & Ita (Marlita - xJasin '97, Aida & Aini kenalkan?) sampai. Kebetulan hari tu, Ita ada checkup dgn Dr. Delaila...terus la melawat saya. Wan Azrul sebenarnya senior MMU, dia bath Abg Soleh. Tapi, saya kenal baik dgn dia masa latihan praktikal di TTC, dia supervisor saya. Ita pula, baik dgn dia sebab sama-sama berulang ke SJMC jumpa Gynae yg sama...dan kebetulan, appointment kami pada tarikh yg sama selalunya. Ita pun suka sebab kami boleh sembang loghat utara berdua, dia orang Pulau Pinang...dekat-dekat la dgn Perlis. Lepas tu, Kak Sarah, Ismail & RaudhatulJannah sampai...sempat juga depa jumpa dgn Kak Suhazlin, Kak Fari & Arif Ihsan (Kak Fari's son). Sampai makan malam nak diambil balik...saya tak abih bersembang lagi. Segar betul waktu tu. Kak Fari yang tolong suapkan saya. Dia kata...nih la peluang nak bermanja dgn dia. Best betul...heheh.

Malam tu, sebab excited nak jumpa baby & nak breastfeed for the 1st time...saya tak tidur. Tak boleh nak melelapkan mata langsung. Daripada janji nak bawa baby ke bilik saya jam 8.15 mlm, nurse tangguh ke jam 10.15 mlm. Dia kata baby baru lepas suntikan, kena kuarantin 2 jam lagi. Aduh!
Nak tidur pun alang-kepalang. Nanti, kalau saya tidur...kot tak bangkit langsung kalau baby sampai nanti. You know me! :D

Tunggu jam 10.15 mlm tu. Alhamdulillah! Dapat breastfeed baby for the 1st time. Nurse tolong tunjukkan juga cara-cara breastfeed. Walaupun saya dah membaca dgn banyaknya sbl bersalin dulu...tapi, still bila nurse tanya..."tahu tak nak pegang macamana?", saya geleng jer. Biarlah dia tunjukkan yang praktikalnya.

Guest what? Lepas nurse ambil baby utk dibawa ke nursery jam 11.15 lebih kurg...saya masih tak boleh tidur. Sebab sat gi, kol 2.15 am gitu...depa akan bawa baby lagi! Serius saya tak tidur. Saya tengok movie kat astro. Takleh langsung lelapkan mata! Lepas sesi breasatfeed lepas tu...lebih kurang jam 3.15 tu baru saya tidur sampai pagi.

hiksss...bila teringat balik, klakar je rasa. :)

Mungkin ramai yang tak tahu, sebenarnya waktu saya turun tanda (air ketuban) tu...baby dah buang air besar. Cerita bersalin, ref here : Aleef Nufayl.

Bila sampai di Hospital...nurse bagitau, kepekatannya dah middle to thick. Waktu tu, risau juga...ini first time & i have no idea what the best. Alhamdulillah, saya dapat doc yg tenang & sabar (plus value : she's a woman gynae). Dia monitor contraction & fetal heart beat thru CTG...dan katanya, kalau ada kelainan pd heart beat baby baru ceasar. Alhamdulillah...dlm masa 5 jam, bukaan serviks mencapai 10cm. Taklah lama dikatakan jika utk anak pertama (kata nurse di situlah, i have no experience!) But still, she don't allow me to take food. Lapar jugak dlm kol 3 tu...tapi, ada risiko utk ceasar...so, dia bagi minum air jek. Nasib baik Abang bawak air zam-zam yg Boss dia kasik. Berkat jugak air zam-zam tu dgn izinNYA. :)

Sesetengah orang takut nak ambil Gynae perempuan sebab ada yang kata kalut, not informative dsb. Tapi, alhamdulillah la Dr Delaila nih ok sangat. Dia tenang...& only decide to go the worst case when the time comes.

p/s: apa kata kak Nita? ;)
Count-down : waiting for Yuni's (my Intel's geng @Miri) & Farah Wahidah's (my MMU's @ KL) - around the corner!!!

Thursday, March 10, 2005

AlMathurat Online

I just found something Al-Mathurat Online!!!

If you don't have Mathurat at office, but wanna recite it. Don't hesitate, visit the link and you can have your own mathurat session wihthout your officemate's acknowledgement.

Heheh...macam iklan la pulak.

Oklah, nak keluar gi spital nih. Lepas tu nak pi tengok Fahim Naufal, adik Aleef Nufayl.

Ermmm...sementelah anak Jie pun nama dekat-dekat, teringat nak bercerita kisah asal-usul nama Nufayl pulak.
Sebelum ni, orang selalu tanya saya...apa maksudnya Nufayl?
Saya jawab maksudnya Anugerah.
Dan, ada sahabat nama pun nama Nufail...satu, sempena sahabat Nabi juga dinamakan anak begitu...dua, ada seorang yang bernama Nufail ketika zaman sbl kelahiran Nabi. Kedua-duanya ada kisah yang menarik!

Nufail ibn Harits yang pertama, sebenarnya ialah sepupu Rasulullah s.a.w. Tapi, beliau lebih tua drp Rasulullah s.a.w. Beliau Qadhi pertama dalam Islam. :)
Doa-doa semoga anak saya akan mewarisi sifat-sifat mahmudah sepupu Nabi tu. :)

Nufail yang kedua pula, terlibat dalam menghalang tentera bergajah Abrahah drp menyerang Baitullah! :)

Nak tau kisahnya?
Nanti saya taip sikit-sikit kisah Nufail Ibn Harits dan Nufail di zaman Abrahah.
:)
Pergi dulu!

Wednesday, March 09, 2005

7 Gigitan Nyamuk Berdarah Nufayl



Antara syarat Puteri Gunung Ledang yang tidak pernah didedahkan kepada siapa-siapa;
7 Gigitan Nyamuk Berdarah Nufayl!

Sebab itulah habis anak saya dibaham nyamuk hutan ketika masuk hutan minggu lalu.
;) Alasan semata! Sebab takut dimarah orang tua sebab bawa bayi masuk hutan. :)

Tak apa, Nufayl kena lasak. Kecil-kecil dah masuk hutan. Kena baham dengan nyamuk pun tak heran. Kalau perhati gambar di bawah betul-betul, di dahi Nufayl ada 3 bintang. Alahai anak Ummi...kasihan dia!

Tapi, semangat Nufayl tinggikan? Nak ikut juga program Tamrin. Orang bagi kuliah, Nufayl pun nak dengar juga. Angguk-angguk, buat-buat faham ke sungguh-sungguh fahamnya tu.
Apa pun, aunties & uncles kat Ledang sporting sungguh. Ummi tak gaduh pegang Nufayl, semua dok berebut Nufayl.


Say Cheese! Ummu Nufayl & Nufayl bersama Auntie Ida, Shima, Nida, Nisa' & Su. (Akmar ambil gambar, sian dier tak masuk dlm pic)

Nufayl tunjuk satu perangai kat sana. Macam biasa, dia dengan senyumnya yang mahal tu. Tapi, kali ini dia hanya mudah tersenyum pada se'golongan' orang jer! Siapa?
Heheh...yang mana nak dpt baby dan nak kahwin tu...Nufayl dengan senang hatinya senyum. Yang tak ada ura-ura tu...payah sungguh! Dia buat muka konfius jer :D.
Tapi, ada seorang hambaAllah tu...katanya tak ada calon lagi...tapi Nufayl nampaknya suka kat dia. Siap tidur atas bahu dia lagi! errr...apa maksudnya tu? Tak lama dah kot no!
:)
Siapa dia? Rahsia....
:)

Itu saja dulu catatan untuk hari ini. Tugasan bagai mengikat tangan ini. Pasti, tanggungjawab itu mesti diutamakan.



tazkirah hari ini
Khusyuk dalam Solat - Rahsia Hatim AlAssam





Catatan ringkas,
Hany FF

Friday, March 04, 2005

Doa Untuk Muslimiin

Salam 'alaikum warah matullahi wabarakatuh...
Hari ini Jumaat yang mulia. Jumaat yang suci...penghulu segala hari.
Awal-awal pagi, saya dapat offline msg drp adik ipar, Abe Cik. Dia bagi url site yang siarkan doa Imam Masjidul Haram, Sheikh Mohamad Al-Mohaisany yang dibaca semasa Ramadhan 1422 H dan beliau ditahan sejurus selepas membaca doa tersebut.

Subhanallah! Peliharalah!!!
Jangan lupa kunjungi url di bawah. Dengarkan, dan sucikanlah hati. Inilah masa untuk koreksi diri, andai hati masih putih dan lembut...ia akan mudah tersentuh dengan doa yang dibaca itu. Ini masa untuk muhasabah, cukupkah usaha kita untuk menjadi tangan yang membantu saudara kita yang sedang diuji olehNYA di penjuru lain dalam dunia ini. Ataukah doa pun jadi amat sukar untuk kita panjatkan padaNYA untuk mereka?

Beruntunglah, jika hati anda lembut. Tanda titik-titik hitam belum menguasai dan menodai kesucian hati itu. Namun, andai sebaliknya...berusahalah. Basahkan bibir dengan zikrulllah, basahkan hati yang zikrullah. Andai pun mata tak mampu dibasahkan dengan hati yang mengesali kekejaman kafiruun, basahkan hatimu yang tunduk dengan ukhuwah persaudaraan muslimuun.

Berusahalah. Basahkan lidah dan hatimu. KalamNYA ada 6,236 ayat, dalam 114 surah. Terokailah. Hiasi dalam sujud dan ruku'mu. Semoga mendapat keredhaanNYA.
Ameen.

Doa Imam Masjidul Haram, Sheikh Mohamad Al-Mohaisany yang menyebabkan penahanan beliau - Ramadhan 1422 H

Jalan-jalan di alam maya, menemukan saya dengan hadith-hadith ini. Untuk kekuatan semangat kita, ummat Islam...siramilah hatimu dengan hadith-hadith ini.
:)

Kekuasaan Islam di Timur dan Barat
Daripada Thauban daripada Nabi s.a.w bersabda: " Sesungguhnya Allah telah melipatkan bumi bagiku (menghimpunkan dan mengumpulkannya) lalu akau dapat melihat timur dan baratnya. Sesungguhnya kekuasaan umatku akan sampai ke semua tempat bumi yang dilipatkan bagiku.." (Riwayat Muslim)

Kemenangan Muslimin terhadap Yahudi
Daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Tidak berlaku kiamat sehingga muslimin memerangi Yahudi. Mereka dibunuh oleh muslimin sehingga orang yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pokok. Batu dan pokok itu berkata: Wahai muslim, wahai hamba Allah, Ini dia yahudi berada dibelakangku. Kemarilah dan bunuhlah dia. Melainkan pokok gharqad. Sesungguhnya ia adalah daripada pokok Yahudi" (Riwayat Muslim)

Kembalinya khalifah di atas manhaj Nubuwwah
Daripada Huzaifah, bahawa Nabi s.a.w bersabda: Berlakunya zaman kenabian di kalangan kamu sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah untuk belaku. Kemudian Allah mengangkatkannya (menghilangkannya) ketika mana dia mengkehendaki. Kemudian berlaku pula khilafah di atas manhaj kenabian. Maka berlangsunglah ia sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah untuk berlaku. Kemudian Allah mengangkat ketika mana Dia mengkehendakinya. Kemudian berlakunya pula pemerintahan raja yang 'menggigit' (zalim). Maka berlakula ia sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian Allah megangkatkannya. Kemudian berlaku pula pemerintahan raja 'paksaan' (kuku besi). Maka berlakulah ia sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian Allah mengangkatkannya ketika mana dia mengkehendaki. Kemudian berlaku pula khilafah di atas manhaj kenabian.

Wallua'lam bissowaab

rujukan : Hari Esok Untuk Islam II



tazkirah hari ini
Menjadi Dai'e...susah sangat ke?



~~~
"Life is too short to leave kind words unsaid"
Hany FF
23 Muharam 1426 H
4 Mac 2005 M

Thursday, March 03, 2005

PULANGKAN..(Lagu PTPTN)

Hmmm...i just received a fwd email from fwded of fwded email, contains this modified lyrics of Pulangkan song. The song that make my husband shouted when I sang it in the midnite with my big eyes ('terbeliak') :D.

heheh...tegelak baca lirik nih...lawak sungguh, depa modify lirik lagu nih!
:D enjoy it! :D


PULANGKAN....(Lagu PTPTN)

(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peramkan hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
Kau milikku

Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN)

Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)

Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)

Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)

Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)

Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan kujejakimu ke mana jua
Hingga akhir masa

p/s: mujur bukan meminjam drp PTPTN. Kalau tidak...kena la nyanyi sama :D

Tuesday, March 01, 2005

Cerita-Ceriti : 1, 2 & 3

Cerita 1 : Sembang dalam LRT : Nenek Cina

Ini cerita lama. Cerita beberapa minggu lalu. Cerita yang diniatkan untuk diceritakan di sini, di blog ini.

Hari itu hari Jumaat, saya ada kursus di TTC, Jln Semarak. Hari terakhir bagi kursus 2 hari. Belum sempat kursus usai petang itu saya dapat panggilan telefon drp ANOC menanyakan kehadiran mesyuarat. Eh, mesyuarat apa? Rupanya, GM tugaskan saya untuk mewakilinya menghadiri satu mesyuarat. Saya tak terbaca pula email itu. Tanpa menunggu instructor kursus tersebut menghabiskan semua modul yang dirancang, saya minta izin pulang demi melaksanakan tugas yang menanti. Dia mengizinkan, tetapi sebagai timbal balik (kerana tidak mahu diruntun saya bersalah), saya selesaikan semua modul dengan pantasnya (biasalah, orang muda memang laju bekerja). Alhamdulillah selasai!

Daripada TTC saya menaiki teksi ke LRT Keramat kerana mahu cepat tiba ke destinasi. Sampai di sana, Alhamdulillah LRT sedia menunggu. Berlari-lari anak saya, tak ingin terlepas walau 1 saat.

Ada tempat duduk! Maklumlah LRT Keramat bukan peak station. :) Lega, penat saya dengan beg saya fail kursus ini! Tangan saya cepat-cepat menyeluk beg, mengambil novel yang sedang dibaca tika itu "Merentas Sungai Sejarah" karya Nazmi Yaakub.

Seorang wanita muda yang juga baru masuk, duduk di tempat kosong di sebelah saya. Mata saya melilau mencari-cari kalau-kalau ada penumpang yang lebih memerlukan tempat duduk. Tak ada! Hmmm..orang tak ramai. Tak apalah duduk pun.

Tiba di stesen KLCC ada seorang wanita tua masuk, mungkin dalam usia 80an. Wanita. Rambutnya penuh uban. Dia pakai serba merah hari itu. Suit lengkap; blaus dan seluar panjang. Berkaca mata hitam ala veteran. Hmmm...bergaya juga orangnya.

Cepat-cepat saya cuba bangun, tapi wanita muda di sebelah saya lebih pantas. Dia menyuruh saya duduk semula (mungkin dia melihat saya membawa banyak barang agaknya), dan dia pelawa wanita tua tadi duduk di tempatnya. Wanita tua itu mengangguk-angguk tanda terima kasih dan berbesar hati. Saya mensedekahkan senyum kepada wanita tua itu.

Saya sambung baca novel!

Terdengar wanita tua itu mengajak wanita muda tadi bersembang. Kelihatan wanita muda itu mengangguk tanda faham, dan tersenyum bagai hormat. Dia tidak begitu responsif terhadap wanita tua yang nyatanya menguasai perbualan (ataukah bicaranya saja tidak difahami wanita muda itu?) Saya tidak pasti. Sambung baca buku!

Tiba di stesen Pasar Seni, wanita muda tadi keluar. Kemudian, bermulalah satu perbualan. Wanita tua itu mengajak saya berbual. Dia bercerita, dia tinggal di Damansara. Di tempat tinggalnya itu, orang suka buang sampai di merata-rata. Akibatnya dia sudah beberapa kali jatuh. Tergelincir. Dia tunjuk lebam di muka dan tangannya. Dia bercerita lagi, dia daripada Penang. Sekarang tinggal di KL. Dia kata, budak-budak muda sekarang sudah hilang hormat sama orang tua. Bukan di KL saja, di Penang pun sama.

Mula-mula saya rasa nak buat tak layan saja, tapi terfikir itukah akhlak seorang Muslim. Siapa jua dia, kita wajib menghormati orang tua. Lalu, saya tutup buku dan merenung dia semasa dia bercerita. Seolah-olah berminat dengan ceritanya, walau sebenarnya ada perkataannya yang saya tidak faham kerana pelat cina dan lidah tuanya.

Dia memulakan lipurlaranya. Suaminya sudah mati. Dia ada life partner, orang ingat suami...tapi bukan lorh. Tapi suaminya ada beli insurans, jadi selepas suaminya mati. Dia dapat bahagiannya. Dia bagi kepada anak-anak juga. Senang hidup maa.

Awak ada beli insurans? Dia bertanya.
Saya angguk. Dalam hati saya, insurans nyawa taklah. Takaful Sihat adalah!
Bagus-bagus! Dia senyum pada saya. Saya senyum pada dia.

Lalu saya tanya dia, dia mahu ke mana. Ke Stesen Asia Jaya, katanya. Ohh...ada urusan apa? Dia tersenyum. Ada kawan tunggu di sana. Mahu pergi 'set' rambut! Ohhh!!!
Emm...berapa umur? Dia senyum lagi. Sudah 83 lorh! Waaa...auntie manyak maintain aa.

Ya lah, dia kata. Saya doa pada Tuhan Alla la. Selalu doa pada Tuhan Alla. Bagi sihat. Mau tengok cucu. Main dengan cucu.

Aaaa...saya tercengang. Kelip-kelip mata. Err...Auntie kata doa pada siapa tadi? Saya ulang tanya.

Pada Tuhan Alla la. DIA bagi semua. Tangannya menunjuk ke arah atas seolah menadah tangan. Dalam hati, oh beginikah. Saya tahu, mana-mana agama pun mereka menganggap Tuhan itu Satu. Dewa-dewa dan berhala semuanya sebagai perantara saja. Cuma saya tidak menyangka dia akan menyatakan bahawa dia berdoa kepada Tuhan Allah...Yang Maha Esa & Maha Suci.

Tiba-tiba hatiku berdoa, "Ya Allah, bukalah pintu hidayah kepada Auntie ini. Jauhkanlah aku daripada menyekutukanMU dengan apa-apa sahaja. Ameen."

Kemudian, giliran stesen Kerinchi pun tiba. Saya bangun. Okla Auntie, saya mau turun. Dia senyum sambil berkata, You manyak beautiful aa. Upss!!! Ke situ pula dia.

Kesimpulan : ;) hormat orang tua.

---
Ceriti 2 : Baju Melayu Pertama!

Hari Ahad, 20 Feb...selepas pulang daripada santapan tengah hari di rumah Abang Faizal (ref : Kalam, saya menjemput seorang sahabat (x-SMKAP & x-SMKAA) yang bakal singgah tidur di rumah sementara menanti penerbangannya ke Yogya keesokan paginya. Malam itu, Alhamdulillah kami dapat bersembang bersama selepas lama tak bercerita.

Dia yang menitipkan 2 buah buku novel Ayat Ayat Cinta (ref : "Ayat Ayat Cinta") & buku "Tips Menjadi Wanita Paling Bahagia Di Dunia" untuk dipinjam & dibaca. Katanya, "Kalau Hany nak pinjamkan pada orang lain pun boleh. Sebar-sebarkanlah! Kalau depa nak beli, habaq kat Nida...Nida bawa balik nanti!"

Nida juga menghadiahi Nufayl sepasang baju Melayu buatan Indonesia. Cantiknya!
Nufayl sudah ada baju Melayu! Baju Melayu pertamanya!
Pasti jadi baju raya EidulFitr nanti!
Jazakillahulkhoir Nida! :)

Kesimpulan : Hadiah-menghadiahi itukan sunnah. Ia menimbulkan rasa kasih antara saudara. Tak perlu tunggu tarikh tertentu. Yang memberi akan mendapat ganjaran ikhlasnya, yang menerima pastilah gembira! :)

---
Cerita 3 : Walimah Kak Saf & MPH Warehouse Sale!

Mabruk 'ala 'Ariss wa 'Aruss, Safrina & Arzrai :)
La'allakum fi mardhatillah...da iman abadaa.

:)

Sampai di walimah Kak Saf jam 4.00 petang (dah nak habis dah kendurinya). Jumpa Abg Faizal, Aini, Aini's Husband, Auni, Aida, Mufis & Amni. Kak Aza, Kak Ija, Kak Kamy & Kak Ema dah nak balik...tapi sempat la bergambar sama-sama. Lepas makan nasi minyak Kak Saf, saya sempat ke MPH Warehouse Sale. Waktu tu dalam jam 4.30 petang, Kak Lin baru sampai dengan Anas & Abu Anas.

Kebetulan dekat saja tempatnya dengan kenduri Kak Saf. Aida yang influence...dia dah ber'habis' kat sana dia kata. Aini's family dan Abg Faizal terus ke Sale tu lepas makan kenduri, tapi saya & suami perlu menghantar adik saya ke Stesen LRT Kelana Jaya dahulu sebab destinasinya masih jauh...Skudai, Johor!

Fuhhh...ramainya umat! Nasib baik mudah dapat parking di Dewa De'Kelana tu. Kebetulan ada insan yang dah nak keluar. Kami beli 6 perkara.

1. Kad Imbas Besar : Perkataan Pertama - utk Nufayl
2. Complete Guide to Raise your Child 0-5 yo - utk Ummu & Abu Nufayl
3. 70 Wanita Terbilang Zaman Rasulullah s.a.w - Ummu Nufayl punya
4. Ummahatul Mukminin - Ummu Nufayl punya
5. Kisah Saya Saudara Baru : NurAisyah Chua Abdullah - Ummu Nufayl punya
6. Novel : Baghdad Diaries - Ummu Nufayl punya

;) Sekarang saya sedang melayani Kisah Saya Saudara Baru. Bagus untuk para pendakwah mendalami perasaan seorang saudara baru serta mencari pendekatan sesuai untuk mereka.

Lepas ini, giliran Baghdad Diaries pula. Tulisan Nuha. Ermm...interesting nampak novelnya. Nanti saya berkongsi kisah & pengajarannya ya!

p/s: pesanan utk pengantin, nakal la pengantin nih. Kiss-kiss anak-anak orang bagi merah pipi semua pulak ya! :D
Takpa, untuk Nufayl jadi ubat tu! heheh...


p/s: erk..panjangnyer saya tulis. copy dlm Ms Word masuk 4 m/s. Macam boleh jadi fragmen novel pulak. :D

tazkirah hari ini
Allah Knows Best



~~~
"Life is too short to leave kind words unsaid"
Hany FF
20 Muharam 1426 H
1 Mac 2005 M