Pagi tadi, matahari sungguh cerah di kaki Bukit Larut ini. Kabus bertautan dengan hawa dingin. Dan aku rasa sungguh bertuah. Senyum suamiku cukup untuk menyatakan terima kasihnya. Kami di Taiping tika ini (jadualnya hingga esok). Dan, hari ini hari lahirnya. Dia sanggup mengikutiku bertugas di luar kerana tidak mahu melepaskan saat ini untuk bersama-sama isteri dan anaknya.
Untuk suamiku, Mohd Zainal Badri bin Mustafar
"Selamat Hari Lahir Abang, 27 April"
Moga ni'matNYA mengurniakan hari ini pada kita, menjadi pembelaan buatmu di 'sana' kelak.
Kita dikurniakan hari dan saat ini, pasti rancanganNYA besar buat kita. Mungkin juga ada misi yang belum terlaksana.
Ada cadangan hadiah untuk dia? Saya masih belum ada cadangan. Cuma cadangnya hujung minggu ini mahu ke KL-International Book Fair di PWTC, mahu menjengah Buku Pengembaraan Ibn Batutta keluaran IKIM. Sudah beberapa bulan berhajat mencari buku itu. RM? hehe..dengarnya 200 lebih ya Aida? Atau ada cadangan lain...bukan harga menjadi nilaian, tapi saya suka mencari yang bernilai untuk kegunaan dia. :)
Untuk Abah, Allahyarham Fuad bin Salleh
Selamat Hari Lahirmu, 25 April lalu. Anakmu sentiasa mengingati hari kelahiranmu walau pulangmu kepada AlKhaliq telah lebih 18 tahun yang lalu. Semoga Abah tenang di 'sana'. Hari lahirmu mengingatkan anakmu ini untuk sentiasa menjadi sedekah jariahmu yang hidup, sementara masih ada nafas. Sejak sepuluh tahun lalu, kata-kata ini menjadi inspirasi anak sulungmu ini "Pemergian adalah fitrah hidup hakiki, tetapi perjuangan adalah wasiat semangat yang abadi"
Terima kasih Abah kerana mendidikku menjadi Hany Fariza seperti hari ini.
Malam ini datang lagi di Bandar Warisan ini. Ada rancangan apa ya? Tengoklah dulu :)
~~~
Hany FF
18 Rabi'ul Awal 1426 H
No comments:
Post a Comment