Tuesday, January 18, 2005

PPIR I (Muqaddimah)

PERSPEKTIF PERJUANGAN ISTERI RASUL I (PPIR I)
Dipetik drp artikel oleh KDMPP

“ Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu : Jika kamu sekalian menginginkan kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya ku berikan kepada mu saguhati dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki ( keredhaan ) ALLah dan RasulNya serta ( kesenangan ) di akhirat, maka sesungguhnya ALLah menyediakan bagi siapa sahaja yang berbuat baik di antara mu pahala yang besar.”
(Al Ahzab : 28 - 29)


MUQADDIMAH

Penglibatan Muslimat di dalam perjuangan Islam bukanlah suatu perkara yang baru. Bahkan, kejayaan, kemenangan dan keunggulan kaum Muslimat, yang menjadi sayap kiri perjuangan Islam telah tercatat di dada sejarah semenjak dari wujudnya ‘alam maya ini.

Seterusnya, penyertaan Muslimat dalam gerakan Islam, adalah suatu keperluan yang dimestikan memandangkan peranan Muslimat di kalangan kaum wanita adalah penting dalam usaha menyeru ke arah kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Muslimat yang juga
merupakan Isteri bagi para suami dan ibu kepada anak-anak perlu memahami kewajipan, bijaksana dalam membuat pembahagian masa, memiliki kekuatan, kecekapan berfikir dan bertindak dalam melakukan tugas kepada keluarga, masyarakat, agama dan negara. Kita kembali mengambil pengajaran daripada kehidupan Ummahatul Mukminin yang banyak menyokong dan membantu Nabi dengan kekuatan peribadi mereka, kebijaksanaan, kecerdasan, ketabahan, kesetiaan, harta, pengaruh dan pergaulan yang luas dalam memperluaskan syariat ALLah
dan pengaruh Empayar Islam di muka bumi ini.

Mereka ini adalah golongan yang dikatakan oleh ALLah melalui firmanNya :

"Sesungguhnya ALLah akan memasukkan mereka ke dalam suatu tempat ( syurga ) yang mereka menyukainya. Dan sesungguhnya ALLah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun."
(Al Hajj : 59)



~~~
"Life is too short to leave kind words unsaid :)"
Hany FF
7 Zulhijjah 1425 H
18 Januari 2005 M

No comments: