Assalamu'alaikum wbt
Sahabat,
masa pantas benar berlari, akhir zaman ini.
Aku lelah. Ungkapan dakapan masa mungkin benar 20 tahun lalu. Tidak kini!
Aku lelah mengungkai satu persatu urusan dunia.
Aku capik membenarkan 'aqalku mena'kulkan kebenaran.
Doakanlah, agar aku istiqamah...dalam dunia wasothiah.
Doakanlah, agar Islammu dan Islamku kekal...ke akhir hayat.
Hidup kita dengan Islam.
Mati kita dengan Islam.
Dan...semoga kita dimasukkan ke dalam Jannah juga dalam Islam.
Ameen.
Sedikit ilmu dan tazkirah utk dikongsi bersama.
Buat para isteri, teladanilah...kalau takpun seluruhnya. Cuba-cubalah amalkannya.
Buat para bakal isteri, unjamkanlah azam...agar andai peluang itu datang, kau tak akan sia-siakannya.
Buat para suami, bantulah isteri. Bantulah mereka mencapai azamnya. Mereka tulang rusuk kirimu. Kau pandulah mereka ke wasilah yg benar, agar peranan mereka dapat dioptimumkan sewajarnya.
Buat para bakal suami, 'ilmu itu luas. Kita berkongsi 'ilmu dan pengalaman di sini. Dunia ini tidak lagi bakhil. Kita harus terbuka, berkongsi 'ilmu, harta dan saudara...tak terkecuali isteri tercinta. Andai kau menjadi suami...bukalah hatimu untuk membenarkan jalan itu.
~~~
...cont PERSPEKTIF PERJUANGAN ISTERI RASUL I (PPIR I)
Dipetik drp artikel oleh KDMPP
GEDUNG 'ILMU
Ummahatul Mukminin yang terdiri daripada 13 orang tersebut selain daripada menjadi Isteri kepada baginda Rasul SAW juga menjadi tempat rujukan ilmu para Muslimat zaman tersebut . Bahkan, selepas RasuluLLah SAW wafat maka beberapa di antara mereka terus menjadi sumber rujukan utama kaum Muslimin.
Ini dapat kita lihat melalui peranan Saidatina Saudah r.a , Saidatina Aisyah r.a , Saidatina Hafsah r.a , Saidatina Raihanah r.a, Saidatina Syafiyah r.a, Ummu Habibah r.a dan Ummu Salamah r.a .
Saidatina Aisyah r.a pula memang termasuk sebagai ahli Ilmuan dalam Al Qur'an, hadith, fiqh, sejarah dan bahasa Arab. Sebagaimana yang diterangkan oleh Abu Burdah bin Musa
dari ayahnya.
"...setiap sahabat yang menemukan kesulitan dan bertanya kepada Aisyah r. a, pastilah mereka mendapat jawapan yang mantap dan ilmiah..."
Selain daripada itu, tercatat dalam tinta sejarah bahawa Saidatina Aisyah r.a termasuk salah seorang daripada 7 orang ahli Majlis Syura selain Umar Ibn Khattab r.a, Ali bin Abi Talib r.a , Abdullah Ibn Mas'ud, Zaid bin Thabit, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Umar.
Saidatina Aisyah r.a, Hafsah r.a dan Ummu Salamah juga banyak meriwayatkan hadith daripada baginda RasuluLLah SAW yang menjadi mereka sebagai golongan Muhaddisah.
Kehadiran mereka ini sesungguhnya telah dapat membantu baginda Rasulullah SAW dalam menyampaikan mesej Islam sehingga ke semua peringkat termasuklah kaum wanita hari ini.
Seterusnya menaikkan martabat wanita yang pada awalnya dinilai sebagai golongan yang sial dan berada pada tahap yang sebegitu rendah dari sudut kaca mata masyarakat Arab Jahiliah ketika itu.Ini seterusnya membuktikan kepada kita pada hari ini bahawa wanita yang berilmu juga harus diberikan penghormatan yang tinggi dalam Islam dan memberikan satu input yang cukup berguna dalam meneruskan kesinambungan perjuangan.
Firman ALLah SWT yang mafhumnya,
"ALLah meninggikan orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi 'ilmu pengetahuan beberapa darjat..." ( Al Mujaadalah : 11 )
cont...
~~~
"Life is too short to leave kind words unsaid :)"
Hany FF
14 Zulhijjah 1425 H
25 Januari 2005 M
No comments:
Post a Comment