Wednesday, January 26, 2005

Kenangan Eid Adha 1425 H


~Eid Adha 1425 H : Aleef Nufayl bersama Umminya, Baby Ayuni, Auntie Anis, Auntie Ronie, & Auntie Idah~

Lagi 14 hari, berakhirlah tahun 1425 H.
Sudah di ambang awal Muharam rupanya kita.
Itulah masa, sering lari dalam kita ralit lena, sering curi dalam kita lelap seketika.

Eid Adha yang lalu, kami sekeluarga pulang ke kampung halaman di bumi Indera Kayangan.
[Balik ke 'Kayangan', naik 'kapal terbang'...sampai la ke 'Padang Melangit'(PM)...unikkan?]
;)

Alhamdulillah, walaupun tahun nih Mama tak buat korban...tapi rezeki nak makan daging korban tetap ada. Tok, & Toksu di Kodiang buat kenduri korban. Jenuh jugalah raya pertama tu.

Kemudian, raya kedua...kami sekeluarga ke rumah saudara yang juga mengadakan kenduri korban. Tanpa suami yang menunaikan hajatnya menziarah Kota Kuala Muda (KKM)...aku ambil keputusan ikut singgah rumah Sarah & Cikgu Siti di Arau.

Walau sedih sebab tak dpt ikut suami ke KKM (anak kurang sihat), aku terhibur juga dpt ikut serta sahabat-sahabat lama (SPM '97 SMKAA) ke rumah sahabat & cikgu kami tu. Cam org bujang pulak rasanya! :D

Jam 6.00 petang, barulah sampai di rumahku. 4 buah kereta! heheh..tapi, tak semuanya penuh!

Sarah, Ronie, Anis, Idah, Hasrizal, Syahirul, Azad, Adi & Hasnah, serta baby Ayuni yg commeyy...terima kasih kerana sudi ziarah Nufayl di PM. Selalunya, Nufayl yg galak nak berkawan dgn baby lain, tapi agaknya dia mamai sebab Umminya kejutkan dia dari tidur utk temukan dia dgn Auntie2 & Uncle2 yg boleh di'paw' bila besar nanti ;).
So, Ayuni yg tepuk2 bahu Nufayl..nak berkawan!
hehehe...ramahnyer Ayuni! :D


p/s: Terfikir, eid adha dan pengorbanan ...sinonim sekali.
Apa pengorbanan yang telah kulakukan tahun ini ya?


~~~
"Life is too short to leave kind words unsaid :)"
Hany FF
15 Zulhijjah 1425 H
26 Januari 2005 M

Tuesday, January 25, 2005

PPIR I (Gedung Ilmu) ...cont

Assalamu'alaikum wbt
Sahabat,
masa pantas benar berlari, akhir zaman ini.
Aku lelah. Ungkapan dakapan masa mungkin benar 20 tahun lalu. Tidak kini!
Aku lelah mengungkai satu persatu urusan dunia.
Aku capik membenarkan 'aqalku mena'kulkan kebenaran.
Doakanlah, agar aku istiqamah...dalam dunia wasothiah.

Doakanlah, agar Islammu dan Islamku kekal...ke akhir hayat.
Hidup kita dengan Islam.
Mati kita dengan Islam.
Dan...semoga kita dimasukkan ke dalam Jannah juga dalam Islam.
Ameen.

Sedikit ilmu dan tazkirah utk dikongsi bersama.
Buat para isteri, teladanilah...kalau takpun seluruhnya. Cuba-cubalah amalkannya.
Buat para bakal isteri, unjamkanlah azam...agar andai peluang itu datang, kau tak akan sia-siakannya.
Buat para suami, bantulah isteri. Bantulah mereka mencapai azamnya. Mereka tulang rusuk kirimu. Kau pandulah mereka ke wasilah yg benar, agar peranan mereka dapat dioptimumkan sewajarnya.
Buat para bakal suami, 'ilmu itu luas. Kita berkongsi 'ilmu dan pengalaman di sini. Dunia ini tidak lagi bakhil. Kita harus terbuka, berkongsi 'ilmu, harta dan saudara...tak terkecuali isteri tercinta. Andai kau menjadi suami...bukalah hatimu untuk membenarkan jalan itu.

~~~
...cont PERSPEKTIF PERJUANGAN ISTERI RASUL I (PPIR I)
Dipetik drp artikel oleh KDMPP

GEDUNG 'ILMU

Ummahatul Mukminin yang terdiri daripada 13 orang tersebut selain daripada menjadi Isteri kepada baginda Rasul SAW juga menjadi tempat rujukan ilmu para Muslimat zaman tersebut . Bahkan, selepas RasuluLLah SAW wafat maka beberapa di antara mereka terus menjadi sumber rujukan utama kaum Muslimin.

Ini dapat kita lihat melalui peranan Saidatina Saudah r.a , Saidatina Aisyah r.a , Saidatina Hafsah r.a , Saidatina Raihanah r.a, Saidatina Syafiyah r.a, Ummu Habibah r.a dan Ummu Salamah r.a .

Saidatina Aisyah r.a pula memang termasuk sebagai ahli Ilmuan dalam Al Qur'an, hadith, fiqh, sejarah dan bahasa Arab. Sebagaimana yang diterangkan oleh Abu Burdah bin Musa
dari ayahnya.
"...setiap sahabat yang menemukan kesulitan dan bertanya kepada Aisyah r. a, pastilah mereka mendapat jawapan yang mantap dan ilmiah..."

Selain daripada itu, tercatat dalam tinta sejarah bahawa Saidatina Aisyah r.a termasuk salah seorang daripada 7 orang ahli Majlis Syura selain Umar Ibn Khattab r.a, Ali bin Abi Talib r.a , Abdullah Ibn Mas'ud, Zaid bin Thabit, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Umar.

Saidatina Aisyah r.a, Hafsah r.a dan Ummu Salamah juga banyak meriwayatkan hadith daripada baginda RasuluLLah SAW yang menjadi mereka sebagai golongan Muhaddisah.

Kehadiran mereka ini sesungguhnya telah dapat membantu baginda Rasulullah SAW dalam menyampaikan mesej Islam sehingga ke semua peringkat termasuklah kaum wanita hari ini.

Seterusnya menaikkan martabat wanita yang pada awalnya dinilai sebagai golongan yang sial dan berada pada tahap yang sebegitu rendah dari sudut kaca mata masyarakat Arab Jahiliah ketika itu.Ini seterusnya membuktikan kepada kita pada hari ini bahawa wanita yang berilmu juga harus diberikan penghormatan yang tinggi dalam Islam dan memberikan satu input yang cukup berguna dalam meneruskan kesinambungan perjuangan.

Firman ALLah SWT yang mafhumnya,
"ALLah meninggikan orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi 'ilmu pengetahuan beberapa darjat..." ( Al Mujaadalah : 11 )


cont...

~~~
"Life is too short to leave kind words unsaid :)"
Hany FF
14 Zulhijjah 1425 H
25 Januari 2005 M

Tuesday, January 18, 2005

Masuk Ke Dalam Cahaya

Salam 'alaikum warah matullahi wabarakatuh...

Saya ada sedikit cerita, yang ingin dikongsi bersama. Cerita tentang buku. Cerita tentang pengalaman. Cerita tentang cerita.



Cerita tentang Masuk Ke Dalam Cahaya.
Ceritanya berbunyi begini.

Saya memang gemar membaca. Entahlah nak dikatakan Ulat Buku atau Hantu Buku (macam yg saya katakan pd Mardhiah12...ULAT atau HANTU, dua-dua tak makan buku...tapi hidup mengulit buku!) :) Sebab tu agaknya saya pakai spek, sebab daripada kecil suka membaca sambil baring, sampai terlelap tidak kira ada pengcahayaan yg sempurna atau tidak. Yang penting, saya nampak huruf dan kata...walau samar-samar cuma.

:)
Ketika saya berusia 9 tahun, saya punggah almari buku Mama & Abah. Saya terjumpa sebuah buku dalam koleksi Mama...masih elok, walau tidaklah baru. Kulit buku itu berwarna putih & biru...ada jalur-jalur warna kuning. Tajuknya Masuk Ke Dalam Cahaya. Penulisnya Abdullah Hussain. Mama (baca : Ibu saya, seorang guru. Major dlm Sastera) menyarankan saya membaca buku tu.

Ermmm...perlahan-lahan saya khatami buku tersebut. Menarik!

Kisah sebuah keluarga yang dirodok nafsu & membuntuti iman. Kisah kebobrokan sebuah keluarga yang jauh drp nuur Islam. Kisah seorang anak muda, yang terdetik hatinya untuk lari...jauh...jauh drp didikan kekeliruan yg tak berpenghujung.

Akhirnya, dia ditemukan dengan sebuah kampung. Yang membawa nuur dalam hidupnya. Sebuah kampung yang hidup mereka bertunjangkan syariat Islam sepenuhnya.
Damai.
Indah.
Permai.
Cinta.
Di situ, dia bertemu keluarga angkatnya...yang banyak mendidiknya dengan nilai & hukum-hakam Islam. Kampung apakah itu? Kampung Manusia atau Kampung bunian? Atau makhluk haluskah mereka yang taat itu?

Di situ juga tiba-tiba ada seorang 'Datuk' yang berpindah masuk. Datuk Rarit. Dia bersama dua anak gadisnya membawa kacau.
Muzik.
Hingar.
Perempuan.
Maksiat.
Siapa Datuk Rarit? Apa tujuan Datuk Rarit berpindah ke kampung itu?
Apa jadi dengan anak muda ini?
Apa jadi dengan keluarga anak muda ini?
Siapa sebenarnya Datuk Rarit?
Siapa pula sebenarnya keluarga angkat anak muda ini?
Di mana kampung yg penuh murni dan nuur Islam ini sebenarnya?


Itulah buku yang saya baca pada tahun 1989. Ketika berusia 9 tahun. Terpikat. Kagum.
Sejak 1989, nama penulisnya saya kurung dalam bola ingatan : Abdullah Hussain, tanpa mengetahui siapakah dia yang sebenarnya.

1998.
Apabila dipilih menyertai MPR (Minggu Penulis Remaja)...saya berpeluang bertemu dengan penulis-penulis yang mencipta nama dalam dunia sastera tanah air.

Di sana, saya mengenali Hizairi Othman (yg saya kenali sejak 1989 juga, melalui cerpennya Pesan Pada Angin - menang Hadiah Cerpen utk Majalah Jelita kalau tak silap), Faisal Tehrani (saya cukup meminati cerpen & puisinya),
Mawar Syafie, Salina Ibrahim, Nisah Hj Haron, Amaruszati Noor Rahim, Ade Irma Suriani (cerpen-cerpen mereka pasti saya cerna satu-satu),
Raihanni Mohd Said, Rahimiddin Zahari, Shamsuddin Othman (puisi-puisi mereka saya hafali, terutama yang dibukukan dlm Antologi utk Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan...aktiviti ini bersama sahabat Nor Hasnida Ab. Gani , Johan Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan peringkat Kebangsaan tahun 2002).

Di sana juga, saya mendapat peluang dididik oleh Prof. Rahman Shaari & Allahyarham Cikgu Othman Puteh (al-fatihah untuknya). Bertuahnya diri!

Tak terkecuali, saya berpeluang menemui Sasterawan Negara.
1. S.N Shahnon Ahmad - 1982
2. S.N. Abdullah Hussain - 1996


Dia saya namakan Pak Abdullah. Menemuinya bagai satu cahaya. Novelnya IMAM (yang memenangi Hadiah Sastera Negara) telah saya ulit hingga akhir.

Kami adakan sesi dialog bersama Pak Abdullah. Tika itu di Rumah Gapena. Dia menceritakan perihal dirinya dan penulisan, sastera dan gaya hidup. Bergilir-gilir peserta MPR mengangkat tangan bertanya soalan.

Tapi saya, dalam diam...saya merenungnya.
Dalam fikir, saya tak henti tertanya...diakah penulis Masuk Ke Dalam Cahaya? (yg saya baca sejak darjah 3 itu?) Hati terdetik, rasanya dialah orangnya.
Tapi, saya tak pasti...kerana otak saya yang dah berkarat tika itu, hanya mengingati seorang yang bernama Abdullah Hussain adalah penulis novel Masuk Ke Dalam Cahaya.

Benarkah penulis novel itu yang telah dianugerahkan Sasterawan Negara kini?
Ataukah hanya namanya sama, orangnya berlainan?

Entah apa yg memberi keyakinan. Saya mengangkat tangan.

Intro. Saya tanyakan, benarkah Pak Abdullah yang menulis novel Masuk Ke Dalam Cahaya.

Iya, jawabnya. Novel itu saya tulis awal 1980an. Diterbitkan 1983.

Oh, leganya saya. Betullah dia! (Wah! Tika itu, saya baru memulakan hidup di dunia fana' ini...mungkin baru berusia setahun dua!)

Saya bertanya lagi, bagaimana Pak Abdullah boleh melukiskan gambaran tentang organisasi jin, iblis & syaitan, serta kehidupan makhlus halus yang lain (termasuk bunian) dalam novelnya ini? Begitu terancang organisasi mereka...serta strategi halus tipu muslimatnya terhadap manusia?

Dia pun bercerita, ketika menulis novel tersebut pd awal 1980an...dia di rumahnya di kampung (Yan, Kedah). Memang banyak cabarannya tika menulis tentang alam yang kita tak boleh lihat ini. Ketika menulis ttg jin dan syaitan itu, pelbagai dugaan dialaminya. Lampu padam. Bau busuk. Wangi yang amat. Pintu tertutup. Tingkap terbuka. Hanya beberapa yang kusebut di sini, hanya itu yg kuingat.

Katanya, jika dugaan itu terlampau kuat dan kerap...dia terpaksa berhenti menulis, mengambil wudhuk dan solat dahulu untuk kekuatan dirinya, sebelum menyambung penulisan itu.

Katanya lagi, organisasi & strategi jin, iblis & syaitan itu...tak lain tak bukan, rujukannya ialah Kalamullah-Al-Quran. Semua yang termaktub dalam Al-Quran dicedok dan setelah menjalani proses kreatif dalam kantung aqalnya...terhasillah Masuk Ke Dalam Cahaya.

:)

Kalau nak tahu bagaimana kisahnya, bacalah Masuk Ke Dalam Cahaya. Tulisan Sasterawan Negara Abdullah Hussain, pd tahun 1983. Buku baru berwarna merah, Cetakan 1998.

:)

~~~~~

Sedikit renungan daripada pembacaan saya semalam.
Ada persamaan antara ibadah Haji, rukun Islam yang ke-5 dan cara jenazah kita diuruskan setelah menyahut seruan Ilahi untuk 'bertemuNYA'.

HAJI
Mandi Sunat Ihram
Pakai Ihram
Solat Sunat Ihram
Berkumpul di Padang 'Arafah


TIKA MATI
Mandi Jenazah
Dikafankan
Solat Jenazah
Berkumpul di Padang Mahsyar



Akhir kata,
"Selamat Hari Raya Eidul Adha. Maaf Zahir & Batin"
Daripada kami sekeluarga ; Hany FF, Zainal Badri & Aleef Nufayl


p/s: Esok petang, akan berangkat ke kampung halaman di bumi Indera Kayangan, menaiki penerbangan Air Asia. Tiket hanya berharga RM 29.90 & RM 0.99 :). Jemputlah datang ke Padang Melangit, kita beraya bersama :). Ilal Liqa' slp Raya Haji nanti! :)


~~~
"Life is too short to leave kind words unsaid :)"
Hany FF
7 Zulhijjah 1425 H
18 Januari 2005 M

PPIR I (Muqaddimah)

PERSPEKTIF PERJUANGAN ISTERI RASUL I (PPIR I)
Dipetik drp artikel oleh KDMPP

“ Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu : Jika kamu sekalian menginginkan kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya ku berikan kepada mu saguhati dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki ( keredhaan ) ALLah dan RasulNya serta ( kesenangan ) di akhirat, maka sesungguhnya ALLah menyediakan bagi siapa sahaja yang berbuat baik di antara mu pahala yang besar.”
(Al Ahzab : 28 - 29)


MUQADDIMAH

Penglibatan Muslimat di dalam perjuangan Islam bukanlah suatu perkara yang baru. Bahkan, kejayaan, kemenangan dan keunggulan kaum Muslimat, yang menjadi sayap kiri perjuangan Islam telah tercatat di dada sejarah semenjak dari wujudnya ‘alam maya ini.

Seterusnya, penyertaan Muslimat dalam gerakan Islam, adalah suatu keperluan yang dimestikan memandangkan peranan Muslimat di kalangan kaum wanita adalah penting dalam usaha menyeru ke arah kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Muslimat yang juga
merupakan Isteri bagi para suami dan ibu kepada anak-anak perlu memahami kewajipan, bijaksana dalam membuat pembahagian masa, memiliki kekuatan, kecekapan berfikir dan bertindak dalam melakukan tugas kepada keluarga, masyarakat, agama dan negara. Kita kembali mengambil pengajaran daripada kehidupan Ummahatul Mukminin yang banyak menyokong dan membantu Nabi dengan kekuatan peribadi mereka, kebijaksanaan, kecerdasan, ketabahan, kesetiaan, harta, pengaruh dan pergaulan yang luas dalam memperluaskan syariat ALLah
dan pengaruh Empayar Islam di muka bumi ini.

Mereka ini adalah golongan yang dikatakan oleh ALLah melalui firmanNya :

"Sesungguhnya ALLah akan memasukkan mereka ke dalam suatu tempat ( syurga ) yang mereka menyukainya. Dan sesungguhnya ALLah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun."
(Al Hajj : 59)



~~~
"Life is too short to leave kind words unsaid :)"
Hany FF
7 Zulhijjah 1425 H
18 Januari 2005 M

Monday, January 17, 2005

..cont : Final Part-Wasiat AsSyahid Dr Abdullah Azam

Wasiat AsSyahid Dr. Abdullah Azam - Part 4 (Akhir)

Wahai anak-anak....
Biasakanlah diri kalian dengan 'nyanyian' dan alunan letupan peluru dan
dentuman senjata-senjata berat serta gegak gempita jet-jet pejuang dan dan
kereta-kereta kebal. Jauhilah nyanyian-nyanyian yang lembut dan muzik-muzik
yang mengasyikkan serta hamparan permaidani merah....

Wahai isteriku....
Lazimilah sifat zuhud, nescaya engkau akan diksihi Allah dan berzuhudlah
terhadap apa yg ada pada mansia (jgn meminta-minta) nescaya engkau akan
dikasihi mereka....

Ketahuilah bahawa Al Quran adalah bekalan yg paling berharga serta panduan
sepanjang hayat. Seterusnya Qiamullail, berpuasa dan beristighfar serta
bertaubat di dinihari akan mendatangkan kejernihan pada hati dan kemanisan
serta hubungan yang baik dalam beribadah.....

Akhir sekali aku sangat-sangat berharap agar Allah Taal akan mnemukan kita di
syurga firdaus seperti mana dia menemukan kita di dunia ini......
Adapun kalian anak-anakku. Sesungguhnya kalian tidak pernah bermesra denganku
melainkan hanya sebentar cuma. Terlalu sedikit tarbiyah yg sempat kuberikan
kepada kalian. Ya.. aku terlalu sibuk dengan urursan jihad daripada tinggal
bersama kalian.

Demi Allah aku tidak sanggup berkurung didalam sangkar bersama kalian seperti
mana ayam bersama-sama anaknya. Aku tidak mampu hidup dengan menyejukkan diri
sedangkan kepanasan api dugaan dan ujian membakar hati-hati umat Islam....

Aku tidak rela tinggal bersama kalian sepanjang masa sedangkan realiti umat
Islam hari ini telah mengoyah rabak jiwa setiap mereka yang mempunyai hati dan
akal yang waras.....

Benar-benar tidak bermaruah jika aku tinggal dalam limpahan keikmatan ...
diangkat satu hidangan dan dituruni pula dengan satu hidangan yang lain
sedangkan umat Islam menderita saban hari. Dengan ini aku juga berwasiat
kepada kalian agar berpegang kepada akidah salafus soleh ( ahli sunnah wal
jamaah) dan janganlah kalian menuruti hawa nafsu.

Aku juga berpesan kepada kalian agar sentiasa membaca Al Quran, menjaga lidah,
qiamullail, berpuasa sunat, berkawan baik dan sama-sama bekerja dan mendokong
gerakan Islam...

Janganlah kalian meminta izin dari sesiapa untuk keluar berjihad pada jalan
Allah. Lontaran dam tembakan kalian adalah terlebih baik dan aku sukai....




"Sesungguhnya As Syahid Abdullah Azam telah bersikap benar dan telah
menunaikan janji-janjinya kepada Allah untuk berjuang membela agama dan
meletakkan Islam di tempat yang paling tinggi. As Syahid telah berdagang
sekian lama dan akhirnya pada 24 November 1989 dagangannya telah dibeli oleh
Allah......
Al-Fatihah..... "



p/s: selepas ini, akan menyusul siri Perspektif Perjuangan Isteri Rasul :)

~~~
"Life is too short to leave kind words unsaid :)"
Hany FF
6 Zulhijjah 1425 H
17 Januari 2005 M

Thursday, January 13, 2005

Weekly Wrap? (upss... :D)

01 : Melaka, Tok Nenasi sakit - syafahullah
Hari Sabtu, kami ke Melaka. Di sana, kami singgah di MP (Mahkota Parade). Sempatlah menyelit masuk ke MPH MP, belek-belek buku. Dlm MPH tu...dpt berita Tok belah Abang kat Nenasi (Pahang) masuk hospital sbb gastrik...tapi dah nak kena operation sbb gas dah melampau banyak. Syafahullah...doakanlah dia ek!

Kat MPH, Nufayl dpt satu. Ummi dapat dua!
:)

Nufayl dpt flash card ABC, Ummi dpt 1511 & Tangisan Bulan Madu...eheh...jgn jeles.

Tangisan Bulan Madu : RM 11.50, dah lama aku ingin milikinya. Bacanya dah berkurun...zaman sekolah menengah lagi (tapi, pinjam kat Perpustakaan je la). Tulisan Shamsiah Mohd Nor, seorang pendidik. Sebelum aku miliki siri Tangisan Bulan Madu 2,3, & 4...lebih baik aku mulakan dgn yg pertama dahulu ;).

1515 : RM 22.00 , novel Faisal Tehrani yg menang HSKU 2003. :)...tak jadi pinjam yg Ika punya...sbb dah beli sendiri. Betul la, tak rugi beli.
Memang dah lama niat nak baca tulisan FT nih, tapi asyik tak terbeli :).

02 : Hotel Singgahsana & Shud!
11 Januari...ada mesyuarat di Hotel Singgahsana. Tak sangka dpt jumpa seseorang yg dah lama sangat tak jumpa. Siapa? Pengantin baru lah!
SHUD!!!
Waaa...banyak jugak cerita-ceriti kami kongsi. Rindu betul.
Aku hampir lupa shud satu course (major) dgn aku...hehehe...bak kata shud, "Dia nih jarang gi kelas dulu"...hihi...org sibuk katakan. kalau gi klas pun, dok kat depan sekali...pastu ZzzZZZzzz... :D

Herannya, kalau lecturer pekena soh jawab soalan...bleh pulak
ahaks...

p/s: Aku nih...semester yg TAK BANYAK TIDO dlm kelas selalunya result TAK OK. Yang SELALU TIDO tu...MAINTAIN pulak...heran tul la.

03 : Nufayl dan galaknya!!!
Nufayl dah rajin meniarap dah. For the first 3 weeks, he only roll over once a week.
Sejak dua hari lepas...letak jek baring...sibuklah nak meniarap.
Uuuh...aahh..uuhh...aah..sorang2 dia. Dlm tido pun mamai nak meniarap. Isk iskkk...

Kalau tak meniarap, sibuk ajer dia raba-raba bantal...sambil terkial-kial nak makan bantal sendiri. "Eh Nufayl, kalau makan bantal tu...nanti Nufayl nak tido atas aper?"
(Macam sedap je bantal tu...KFC lagi sedap la :P)

Kegemaran baru dia, cabut spek Abu Nufayl. Spek Ummi dia tak kaco pulak...heran! :D
Pantang orang lalu kat sebelah dia, atau dia nampak org kat depan tak main dgn dia...mesti dia tegur..."Aiiii" (yg nih dia salu buat drp 2 bulan setengah lagi).

& kalau Ummi dia baca buku (sambil menyusukan dia)...dia pun sibuk jugak nak capai buku tu. Ada dua jek kemungkinannya, jeles tengok Ummi ada buku yg nak dibaca...atau Nufayl pun sama-sama nak baca buku dgn Ummi...mana satu nih Nufayl?

Alahai Nufayl....

04 : Jualan Murah Kedai Buku Koperasi DBP!!!!

Sebenarnya, apabila dah berkeluarga nih...aku rasa aku perlu bersungguh utk meneruskan hobi membaca aku. Memang, takleh duduk sehari kalau tak membaca. Apa-apa saja bhn bacaan mesti aku tatap...fikir...cerna.
Ermmm...selalunya kat pejabat dan waktu menunggu suami (waktu balik kerja) ataupun waktu dlm kereta (kalau tak apa yg nak disembangkan)...aku akan membaca.
Tapi, bila sampai kat rumah...selepas masak, mandi, uruskan apa yg patut...waktu rehatku, aku pilih utk membaca. Entah mengapa, mungkin sbb dah biasa drp kecil. Aku rasa rehatku lebih bermakna jika kuisi dgn membaca.

Jadi, sejak ada anak nih...mencabar sikitla. Waktu aku nak rehat, waktu tu dia nak menyusu. Nak kena main dgn dia (of course kena main dgn baby...dah la siang dah tinggal dia seharian kan).

But, i take it this way. Waktu dia menyusu, waktu tu lah aku ambil kesempatan utk membaca. Relaks...(selang-seli dgn acah-acah dia, sbb dia akan ngaco aku kalau aku tak main dgn dia).

Upss...jauhnyer merepek. Sebenarnya, nak cerita. Semalam ke DBP - Kedai Buku Koperasi DBP. Ada jualan murah (thanks Kak Salina...bagi info nih) :).

Besynyer...shopping sakan ler. Dptkan buku2 lama...murah sangat. Dulu baca kat Perpustakaan saja. Aku beli utk koleksi. Buku 1998 ke bawah..diskaun 80%...huh!!!

End up with..I spent RM 55 (instead of RM 98) for 6 books.

1. Novel - Masuk ke Dlm Cahaya (Sasterawan Negara Abdullah Hussain)
2. Novel - Merentas Sungai Sejarah (Pemenang Anugerah Karangkraf - Mohd Nazmi Yaakub)
3. Antologi Cerpen - Sekuntum Kembang Di Sayap Jibril (S.M. Zakir)
4. Kump. Cerpen Berunsur Islam - Di Antara Safa Dan Marwah
5. Antologi Cerpen & Puisi HSSBR - Annyss Sophilea
6. Antologi Cerpen & Puisi HSSBR - Atlantis, Duniaku Duniamu

hikss...;)

Ada satuu jer buku yg aku tak beli...walau hati meronta nak beli.
Antologi Cerpen & Puisi HSSBR '98 - KLIK-KLIK!
Dlm tu, ada puisiku yg menang HSSBR '98 - Ketampi Buat Manusia.

Utk pertama kalinya aku baca komentar Panel Penilai Puisi HSSBR '98 terhadap puisiku itu.
Errmmm :) :) :)

Sayangkan, sbl nih...DBP akan bagi satu naskhah antologi secara percuma kepada semua pemenang/penulis...tapi, yg kali terakhir nih aku tak dpt...kenapa yer?

Hany FF:dah lama tak beli buku...sejak dlm pantang. sekali beli, habis budget makan tengahari. sapa nak belanja kini? :D

~~~
"Life is too short to leave kind words unsaid :)"
Hany FF
2 Zulhijjah 1425 H
13 Januari 2005 M

Wednesday, January 12, 2005

Wasiat Untuk Muslimat Sekelian...

Assalamu'alaikum wbt
Menyahut seruan Ika & Aida,
bacalah...dan ambillah pengajaran ;)
(pesanan drp yang takdan nak mencatat lagi)

Wasiat AsSyahid Dr. Abdullah Azam - Part 3


Wahai para ulama'......
Majulah kalian untuk memimpin generasi ini yg dahaga untuk kembali kepada
Tuhannya. Janganlah kalian terbelenggu atau cenderung kepada dunia.Jauhilah
janji manis pemberian dan sogokan serta hidangan pemerintah keran
asesungguhnya ia menggelepkan hati dan mematikan fikiran serta menjadi
penghalang hubungan kalian dengan masyarakat....

Wahai kaum muslimat.....
Jauhilah kemewahan kerana ia adalah musuh kepada jihad. Ia juga pembinasa diri
manusia. Oleh itu janganlah menunjukkan sesuatu yg berlebihan. Cukuplah
sekadar keperluan sahaja.....

Didik dan latihlah anak-anak kalian dengan kegagahan dan kejantanan serta
kepahlawanan dan jihad.
Jadikanlah rumah-rumah kalian sebagai kandang-kandang singa dan bukannya reban
ayam yg menunggu gemuk untuk disembelih oleh toghut. Tanamkan dalam jiwa
anak-anak kecintan kepada jihad, keinginan kepada medan perang dan lapangan yg
penuh dengan keributan jihad....



~~~
"Life is too short to leave kind words unsaid :)"
Hany FF
1 Zulhijjah 1425 H
12 Januari 2005 M

Monday, January 10, 2005

Catatan Ringkas....

o1 : Hepi Besday BLOG!

Pada 10 Januari, tahun lepas...aku mula mendaftar di blogspot dan mula mem'blog'kan diri.
Yeyeyyy...dah genap setahun!

Dah macam2 nama dah blog nih bertukar.
Dari Zahra' al-Mujahida - Hany FF, ke Fitrah ZH.

Blogskin pulak bertukar drp HIJAU(template from blogspot) ke DESIGN SENDIRI ke gabungan template IMAGINATION & OOH BABY, PURPLE FLOWER, TRANQUILITY, ONE RED LEAF and now template BABY FROM HEAVEN!

It's already 7 blogskin i've used!
(p/s: masa mengandung, alah guna barang lama2...sebulan jek, dah bosan dgn blogskin tu...sbb tu selalu tukar ;) )

Antara captured blogskin yg pernah kuguna :
01 : HIJAU


02 : DESIGN SENDIRI : PURPLE MODE


03 : gabungan IMAGINATION & OHH BABY (gambar Ooh Baby tak nampak sbb kat footer :()


04 : PURPLE FLOWER


05 : TRANQUILITY


06 : ONE RED LEAF


& current blogskin is the 7th!!!
Hepi besday Blogku - Fitrah ZH : Manifestasi Nufayl !!!

02 : Besday ke-25 pd 27 Zulkaedah 1425 H (Sabtu). errr...yg nih tamo cakap panjang2...sebab dah makin tua :D

03 : Sibukss
Hari nih (petang) ada site survey...esok pulak ke Hotel Singgahsana, ada meeting ISO.
Oklah...chow utk 2 hari ;)..

Take care!


Wasiat AsSyahid Dr. Abdullah Azam - Part 2

Wahai kaum Muslimin....
Kehidupan kalian adalah jihad, kemuliaan kalian juga berasal dari jihad dan
kewujudan kalian di atas muka bumi ini juga terikat dengan ikatan yg
berpanjangan dengan jihad......

Sesungguhnya mereka yg menyangka bahawa agama Allah akan tertegak tanpa jihad,
tanpa peperangan , tanpa darah dan air mata, maka mereka yg ragu-ragu itu
sebenarnya tidak memahami tabiat agama ini.Kejarlah 'kematian' kerana ia akan
memberikan kehidupan yg hakiki. Hindarkanlah diri dari merasa hebat dgn jumlah
kitab yg dibaca. Janganlah merasa megah dan mencukupi dengan solat-solat sunat
yang telah kalian biasakan itu....



~~~
"Life is too short to leave kind words unsaid :)"
Hany FF
29 ZUlkaedah 1425 H
10 Januari 2005 M

Friday, January 07, 2005

Cetusan Hatinya...

Satu cetusan hati...
drp suami tersayang.

Jazakallahulkhoir :)
~~~~

Maha Suci Allah, Tuhan yang Maha Esa

Kesuraman dunia ini perlahan-lahan rangkaknya
Menelusurinya, sebuah pintu kegelapan daerah hati insan
Tapak longlai sebuah kisah hubbun-dun-ya mengambil tempatnya
Mundur dayus seribu langkah tatkala mara seruan iman memanggil yang haq

Leher itu terpaling, tanpa sedar ia terpasung
Jauh meminggir diri dari fitrah ciptaannya
Diri terpalit lumpur karaahiatulmaut
Pengecut... walau ingin diajak menimba cahaya hati

Nafas iman, nafsu diri
Bagaikan lupa kelam duniawi
Menitip kabulnya doa, menutup jendela deeni
Ironi dunia kelabu berlangsirkan syaitan tersenyum menang

Jerat di hadapan, mata menafsirnya rahmat
Kelibat kemusnahan bangsa, katanya itulah yang dihalalkan
...demi harga sebuah kemewahan fana...
Pimpin bawa rebah, itulah pengorbanan
Senyum tatkala peha dan tangan syariat terdedah, itulah taqdir??...

Maka terbit matahari hari itu membawa hari kehancuran
Menggegar buana sepi membelah kebebalan jiwa
Terhenti kaku jutaan jasad ditinggal roh, aman dimuliakan dunia
Menyampaikan seruan bumi, bahawa lautan dan daratan hanyalah satu
Berbahagialah yang diuji, bergembiralah yang diikramkan
Celakalah jiwa angkuh, mentadbir alam dengan gegaran syirik, tepukan derhaka.
Menggamit fitrah azalimu, makhluk durjana di bumi Allah...

Subhanallah... Maha Suci Allah, yang Maha Esa, yang Maha Menyatukan..

mozaba - 2004

Thursday, January 06, 2005

Part 1:Wasiat AsSyahid Dr. Abdullah Azam

PETIKAN SEBAHAGIAN WASIAT AS SYAHID DR. ABDULLAH AZAM - Part 1

Sesungguhnya kecintaan kepada jihad telah menguasai kehidupanku, diriku,
perasaanku, hatiku dan seluruh deritaku.

Mereka yg memasang cita-cita yang tinggi (untuk melihat kemenangan Islam )
tanpa membuat apa-apa persediaan adalah merupakan mereka yang berjiwa kecil
dan tidak mahu serta tidak mungkin sampai ke kemuncak perjuangan dan tidak
akan berjaya menuju ke matlamatnya....

Aku tidak nampak apa-apa perbezaan antara mereka yang meninggalkan jihad
dengan mereka yang meninggalkan solat, puasa dan zakat.



~~~
"Life is too short to leave kind words unsaid"
Hany FF
25 Zulkaedah 1425 H
6 Januari 2005 M

Wednesday, January 05, 2005

A Survey!

Assalamu'alaikum wbt sahabat...

o1 : NEW BLOG SKIN!!!

Orang dah berjaya beralih angin! New blogskin...new environment!!!
Heheheh...ubah angin pulak, taknak bunga2 dah :P.

Sebenarnya, Hany surfing nak carik blogskin yg bunga2 asalnya,
ada yg berkenan tapi masa tak mengizinkan nak guna template tu (take more time), and suddenly tersuft thru this template... n just like it!

And i just took about 15 min to launch the new skin!!!
(sambil sembang ngan siti thru phone...time tu, hany baru ter'jumpa' skin nih).

Alhamdulillah...dah selesai dah menukar skin.
Sebenarnya, masih belum bosan dgn One Red Leaf skin tu...cuma saya rasa susah sikit viewer nak load (big space taken perhaps).

Soalan survey saya kali ini ialah :

1. lambat tak nak load skin lama ari tu?
2. selalu atau ada tak page tu takleh kluar...dia tulih "page not found"?
3. how about this skin? mudah tak nak load (take more time or normal)?
4. general comment!


Sekian, terima kasih.
Kerjasama anda dihargai.

o1 : NEW IDEAAA!!!

Bila baca pasal new year dekat blog kekawan...teringat jugak, dlm kita kata nak improve diri sbg muslim, sbg isteri, sbg ibu, sbg anak dsb...bagaimana caranya ek?
Cukupkah dgn muhasabah diri?

Tiba-tiba...plink!!!
heheheh...satu idea datang.
Errmmmmm...saya rasa, saya nak buat satu survey.
Khusus untuk diisi oleh org yg terdekat dgn saya...suami pastinya...dan sahabat-sahabat dua tiga org.

Soalannya lebih-kurang begini :
1. Sebagai isteri : cara saya menguruskan pakaian abang?
5. Sangat berpuas hati
4. berpuas hati
3. OK laa
2. tidak berpuas hati
1. Sangat berpuas hati

2. Sebagai sahabat: cara saya respons bila sahabat minta tolong?
5. Sangat berpuas hati
4. berpuas hati
3. OK laa
2. tidak berpuas hati
1. Sangat berpuas hati

dsb...banyak lagi soalan dah terkarang dlm kepala nih ;) *wink*


~~~
cubalah!!!
Hany FF
24 Zulkaedah 1425 H (3 days to go and I'll be 25!!!)
5 Januari 2005 M

Monday, January 03, 2005

2 NEW THINGS!!!

1. Result Brain Test!

Brain Lateralization Test Results
Right Brain (42%) The right hemisphere is the visual, figurative, artistic, and intuitive side of the brain.
Left Brain (44%) The left hemisphere is the logical, articulate, assertive, and practical side of the brain

Are You Right or Left Brained?
personality tests by similarminds.com



2. SMS

The SMS from +60198505050
"Do contact me if u have luck 4 this. Please ask among frens who would like 2 adopt orphans from Acheh. 300 orphans coming soon. Need Muslim homes. Christian missionaries going 4 them. Please help!"



Subhanallah!



Selamat datang 2005!

Tahun baru masihi. Bagiku, tiada apa-apa makna dalam hidup kita sebagai Muslim.
Sebagai Muslim, Nisfu Syaaban dan Ma'al Hijrah lebih bermakna.
Satu tarikh...buku catatan kita ditutup dan dibuka baru.
Satu lagi tarikh...bermakna peningkatan umur kita (semoga usia yg berbaki ini diberkati Allah).

27 Zulkaedah ini (Sabtu)...genap usiaku 25 tahun.
Heyy...i'm not young anymore! ;)...
Tapi kebanyakannya tak sedar...kerana asyik menghitung hari dalam tahun masihi.
Dah tentulah tahn masihi lebih panjang drp tahun hijrah...kerana tahun masihi mengikut kalendar syamsiah...tapi tahun hijrah mengikut kalendar qamariah.

:)

Teringat sedikit input drp suamiku dalam usrah hari khamis lalu,
"Mengapa masyarakat lebih mengagung-agungkan tahun baru masihi?
Kenapa bukan tahun baru hijrah yg disambut meriah,
atau bukan tahun baru jawa (tahun saka),
atau bukan tahun baru yahudi?
Semua masyarakat ada kalendar masing-masing...tapi, mengapa tahun masihi yang diagungkan untuk disambut bersama seluruh dunia?
Dalam tidak sedar...kita mengiyakan keberjayaan rancangan barat menyuntik keutamaan kepada kalendar & tahun mereka. Sedang, kita sepatutnya lebih mengutamakan tahun hijrah yang dimuliakan. Lihatlah di sekolah, tarikh yang digunakan utk catatan adalah tarikh masihi...kenapa tidak tarikh tahun hijrah?"

Sedikit renungan dan refereshment utk kita bersama, bagaimana tahun hijrah mula digunakan.
Selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w., sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. duduk berbincang bagaimana untuk menetapkan kalendar Islam.
Seorang sahabat mencadangkan agar tahun Abrahah menyerang Kaabah diambil sebagai permulaan tahun Islam. Tetapi cadangan itu dibantah kerana dari 1 sudut, ia menunjukkan kejayaan mempertahankan Kaabah, tapi dr sudut yang lain...seolah-olah menggalakkan musuh Islam menyerang Kaabah pd waktu tersebut (setiap tahun).
Ada yang mencadangkan utk dimulakan drp tarikh kelahiran baginda Rasulullah s.a.w.
Kata sahabat, ia menyerupai permulaan kalendar masihi...mengambil sempena kelahiran Nabi Isa a.s.
Ada pula yang mencadangkan utk dimulakan drp tarikh kewafatan baginda Rasulullah s.a.w.
Kata sahabat, ia menyerupai kaum Nabi Musa a.s. yang mengambil tarikh kewafatannya sebagai permulaan tahun mereka.

Akhirnya, seorang sahabat mencadangkan untuk mengambil tahun hijrah sebagai permulaan kalendar Islam kerana sejarahnya yang menunjukkan kejayaan Islam. Dan ia dipersetujui.

Begitulah sejarahnya (ada dlm kitab sirah).

Bagiku, 2005 datang...dan akan pergi.
Begitulah masa datang dan berlalu.
Sepantas masa, usia juga bagai tak sempat dihitung-hitung.
Harta bagai air, solat akan jadi pasir (jika tidak sempurna),
Pastikan zuriatmu tidak membazir (didiklah dgn sempurna menjadi anak yg soleh!).

Azam baru 2005 (kerana career performance is due to masihi's calendar) :
1. excel ******
2. excel ******
3. excel ******

apa yg ****** tu ....secret!!!
Btw, welcome to new bloggers. I just found ur blog today!
Aina, Kak Yani, Kak Saf, Semah, Abg Ahsan...sorry if i'm late...but still i wanna wish, "Welcome, semoga istiqamah dlm penulisan di dunia cyber ini. Life is too short to leave kind words unsaid, right?"

p/s: jgn marah kiter link ni ek? tengok dah ada org lain link dah...kiter ikut jek ...hehehe...

~~~~
"Life is too short to leave kind words unsaid"
Hany FF
22 Zulkaedah 1425 H
3 Januari 2005 M "Hepi besday Ayeh! (my youngest bro)"

ISU SEMASA - API DALAM TANAHNYA LAUTAN - TERJADI GEMPA BUMI LAUTAN

Petikan drp email : ISU SEMASA - API DALAM TANAHNYA LAUTAN - TERJADI GEMPA BUMI LAUTAN

Bismillahi Rahmani Rahim...

Beberapa petikan ayat-ayat ALLAH menerangkan kepada kita:-

[52.6] dan laut yang di dalam tanahnya ada api,
[52.7] sesungguhnya azab Tuhanmu pasti terjadi,
[52.8] tidak seorang pun yang dapat menolaknya,

[81.6] dan apabila lautan dipanaskan,

[82.3] dan apabila lautan dijadikan meluap,
[82.6] Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan
kamu terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah?

[31.32] Dan apabila mereka dilambung ombak yang besar
seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan
memurnikan ketaatan kepada-Nya maka tatkala Allah
menyelamatkan mereka sampai di daratan, lalu sebagian
mereka tetap menempuh jalan yang lurus. Dan tidak ada
yang mengingkari ayat-ayat Kami selain orang-orang
yang tidak setia lagi ingkar.

[31.33] Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan
takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang
bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak
tidak dapat (pula) menolong bapaknya sedikit pun.
Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah
sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan
jangan (pula) penipu (setan) memperdayakan kamu dalam
(menaati) Allah.

[31.34] Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya
sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah
Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada
dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat
mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya
besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di
bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Mengenal.

[32.2] Turunnya Al Qur'an yang tidak ada keraguan
padanya, (adalah) dari Tuhan semesta alam.
[32.3] Tetapi mengapa mereka (orang kafir)
mengatakan: "Dia Muhammad mengada-adakannya".
Sebenarnya Al Qur'an itu adalah kebenaran (yang
datang) dari Tuhanmu, agar kamu memberi peringatan
kepada kaum yang belum datang kepada mereka orang
yang memberi peringatan sebelum kamu; mudah-mudahan
mereka mendapat petunjuk.

[29.37] Maka mereka mendustakan Syuaib (Rasulullah diwaktu itu), lalu mereka
ditimpa gempa yang dahsyat, dan jadilah mereka
mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat-tempat
tinggal mereka.

Wassalam.