Friday, August 13, 2004

Yong, mana baby?

Andai ini yang dinamakan kelapangan, maka kau akan membaca khabarku :

Ini cerita hujung minggu lalu, tika bumi bertuah Perlis kujejaki.
Aku dan Abang sampai ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Kedah kira-kira jam 8.10 mlm. Walaupun jadual asal memaktubkan 7.35 sebagai waktu ketibaan tetapi Allah mengizinkan kelewatan berlaku pada penerbangan itu - AK542.

Alhamdulillah, selamat tiba. Mama dan Ayeh menunggu di muka pintu ketibaan. Abang lanjar ke SMSAH, kerana kebiasaannya Jumaat malam ada usrah di sana. Dia langsung tidak mahu ketinggalan bertemu junior sekolahnya...walau hampir sudah 7 tahun sekolah itu ditinggalkan. Aku, Mama dan Ayeh meneruskan perjalanan ke PM (baca : Padang Melangit) dengan RD 1221 kesayangan Mama, manakala Abang akan pulang ke PM seusainya usrah dengan motor kapcai belaan Ayeh.

Sampai di rumah PM, riuh adik-adikku menyambutku.
"Mana Abang Zainal? Yong balik sorang ke?"
Itu antara soalan yang glamer malam itu. Aiman, Bi, Mira bergilir-gilir memeluk cium kakak pupunya yang seorang ini. Memang mereka adik-adik sepupuku (anak-anak Cu & Paklang), tapi hubungan kami rapat lebih drp itu...seumpama adik kandung kulayan mereka. Mereka pun sama, melayanku serupa kakak kandung. Mama membelai mereka sebagai anak sendiri, begitulah seadanya.

"Mana Auni?" Aku bertanya...rindu pada sepupu bongsuku yang seorang itu.
"Auni dah tidur"...alaaa, kecewa sungguh aku. Patut pun dia dah tidur, jam hampir mencecah 12 tgh mlm. Kami lewat sampai kerana singgah makan malam di Melodi Sena tadi.
Malam itu selepas membersihkan bilik tidurku, Abang pun sampai. Segala keletihan pun dilempiaskan agar esok akan menjadi hari yang penuh tenaga dan bermakna.

Esoknya seawal jam lapan, dia menjengukkan dirinya dari pintu bilik Mamanya (Cu). Aku lambai dia drp tingkat atas, lalu turun menghampirinya.
Mata tak berkedip, kemudian pejam-celik, pejam-celik dia (agak dia berfikir, "mimpikah aku").
Spontan dia menyebut, "Yong, yong...bila balik"
Lantas dia mencium pipiku, dan menarik tanganku ke arah abang & kakaknya, "Man, Bi...yong balik. Man...salam Yong"
(hihi..mau ketawa aku dengan tingkahnya yang memerintah abg & kakaknya menyalami aku, macam org dewasa lagaknya, padahal belum pun mencecah usia 3 tahun).

Begitulah Auni yang kurindu (sepantasnya kerana dia sepupuku yang bongsu).


Auni yang galak tengah bergaya ala industan


Sepanjang 3 hari di PM (sampai Jumaat malam, dan pulang Isnin malam)...dia mahu asyik mendampingiku (dan juga Abang Zainai -nama suamiku yang diubahsuai sesukahatinya):P
Aku ambil tuala, "Yong, tuala Yong same (baca : sama in English) dgn tuala Auni...kecik. Auni nak mandi jugak"
Aku masuk ke bilikku, "Yong, what r u doing?" Pantang org bersiap, dia pasti nak jugak pegang bedak, sikat, deodoran, minyak rambut...nak melawa saja.
Aku buat kerja-kerja lain, di dapur atau sbgnya "Yong, mana baby?"

Itulah antara soalan faberetnya. "Yong, what r u doing?" dan "Yong mana baby?".
Soalan "What r u doing" sebenarnya soalan faberet dia kpd semua org...sampaikan Tok yang tak paham bahasa Omputih nih pun ditanyanya, "Tok, what r u doing?" Sampaikan Tok dengan sayunya menjawab, "Tok tak paham bahasa Omputih nih...Auni tanya apa" (hehe..sian Tok)

Soalan "Mana baby?" pulak khas utk aku sorg (sebab aku sorg yg sedang mengandung). Dan setiap kali dia bertanya, aku pasti akan menunjukkan ke arah perutku yang membuncit nih. Lantas, setiap kali itu juga dia akan menerkam sambil menyondol perutku dan mencium sepuas hatinya, bagai sayang betul dia pd baby yang belum lahir ini :).
(selalunya dia akan bertanya mana baby tu selang 1/2 jam)

Uniknya dia, kerana dia begitu takut dengan bunyi yang kuat. Hatta, hingga saat dia ikut menghantar Abang pulang dengan keretapi petang Ahad lalu, dia turun kereta sambil menekup telinganya. Bab berjalan, pantang nampak org bersiap...pasti dia laju bersiap jua (tanpa disuruh...dia sering 'pasang telinga' dengar rancangan org nak keluar)...tapi bila tiba di destinasi,
- Di shopping complex, ada lagu dipasangkan di central radio...cukup utk membuatkan dia tak menurunkan langsung tangannya...sepanjang masa, di telinga.
- Di pekan, dia menekup telinganya setiap kali nampak kereta atau bas atau lori.
- Di stesen keretapi, nampak keretapi yang panjang sudah cukup memberi gambaran kepdnya ttg kuatnya bunyi keretapi itu. Lantas dia menekup kedua-dua belah telinganya hingga nak bersalaman dengan Abang Zainainya pun tak dan.

Auni...Auni....

Begitulah Auni

Rindulah Yong & Abg Zainai kat Auni nanti.
Esok mereka akan berlepas ke Arab Saudi, mengikut Paklang (abah mereka) yang bertugas di sana. Sedihnya....

:(
:(
:(


Kenangan @ Pizza Hut Kangar semasa Besday Mama :
[Dewasa] Ayeh, Tok, Mama, Hasanah, Cu & Paklang.
[Kanak-kanak] Bi, Auni, Aiman


~~~
Hany FF
26 Jamadil Akhir 1425 H
13 Ogos 2004 M

No comments: