Orang menulis pasal A, aku pun sibuk menulis pasal A.
Orang menulis pasal B, aku pun sibuk menulis pasal B.
:)
Selalukah begitu?
Sebenarnya aku ketinggalan dalam mendapat berita pemergiannya - T. Alias Taib, atau nama sebenarnya Tengku Alias Taib. Hari ini baru dapat tahu tentang ketiadaannya di dunia fana' ini. Hembusan nafasnya selepas solat Maghrib, semalam 18 Ogos rupanya yang terakhir.
Ketika di zaman persekolahan dan semangat menulisku berkobar-kobar...dia antara penulis yang sering kuperhati. Ketika menuntut ilmu dalam MPR '98...namanya mula hangat dalam bicara. Namun, dia hanya kutemui mata bertentang mata tika MPR '99. Aku hadir dalam sesi diskusi puisi & sidang ceramahnya dalam MPR '99. Ketika itu aku sungguh rajin turun ke mana-mana aktiviti sastera, walaupun tanpa berteman.
Melihatkan aku yang sendirian ketika menjamah minuman (refreshment), dia mendekati. Lantas perbualan yang panjang pun berlaku. Tentang penulisan puisi, tentang Perlis, tentang bidang pengajianku-Kejuruteraan. Penggiat sastera yang berasal drp bumi Darul Naim itu tak henti-henti memberi perangsang agar terus menulis walaupun bidang pengajian jauh teknikalnya. Pada masa yang sama dia bertanya kenapa puisi dan tidak cerpen atau genre lain? Aku hanya mampu menjawab, puisi lebih dekat dengan jiwaku tika itu...kerana aku puas kerana mampu mengungkapkan kata yang padat yang maksud untuk diteladani oleh pembaca. Makin tersirat maksud puisiku, makin puas aku. Dia tersenyum.
Sayangnya, panjang pun tak seberapa kerana masa sungguh sempit tika itu. Kesimpulannya, dia mesra...mudah mesra, tidak kedekut ilmu malah sentiasa dengan murah hati berkongsi ilmu dan pengalaman. Aku jadi bangga kerana dia berkongsi ceritanya dengan aku dahulu ketika itu, barulah disampaikan kepada semua yg hadir melalui ceramahnya. Ketika itu, dia ralit dengan mencipta kata-kata hikmah.
Satu kepuasan menyampaikan maksud yang besar dengan kata-kata yang seutas ayat cuma.
Aku masih ingat tubuhnya yang lampai, dengan rambut hitam yang diselangi rambut putih.
Kemas bergaya.
Nida,
Hany masih ingat Nida cerita Nida jumpa dia di Majlis Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan Peringkat Kebangsaan kan?
:)
Apa jua...
Moga rohnya dirahmati Allah
Sedikit tulisan oleh A.F Yassin tentang allahyarham...untuk bacaan anda.
http://afyassin.diaryland.com/030831_18.html
~~~
Hany FF
19-8-2004
3 Rejab 1425
No comments:
Post a Comment