Salam untuk isteri-isteri yang kental azam juang, mempertahan cinta yang 'satu'.
:)
Khas buat mereka itu...
~~~
Pernah atas nama cinta,
kau tulis derita yang panjang.
Pernah atas nama rindu,
kau luruhkan segala hakikat,
menjadi penafian yang jernih.
Pernah,
atas nama perjuangan seorang isteri,
Rindu kat biar bergelut
dengan cinta yang kian dijerlus masa.
Kerana pedih untuk menafikan cinta itu.
Biar,
kau tahu cinta itu 'kan pudar,
sebagai permaisuri kau yakin akan cintamu.
Biar,
Biar yang mengalah itu bukan dirimu.
Biar,
Biar resah saja yang mereput dijamah masa.
~~~
Hany FF
9 Ogos 2004 @ 9.00 pm
AK 543
No comments:
Post a Comment