Lama betul rasanya tinggal arena blog ni...
sementelah workload yang agak menekan di pejabat belakangan ini.
Dulu boleh la update blog tiap hari, kini tidak lagi rasanya. Tak mampu aku.
Sekadar menyelitkan sketsa minggu lalu...yang ingin dikongsi bersama.
Itu saja yang mampu aku lakukan, yang sering tersirat di hati ini untuk di
kuungkapkan padamu teman (hihihi...cam jiwangs lak)
Sketsa 1 :Confidence & Driving
Minggu lepas masa Abang ke Kuantan 2 hari tu, aku nak tak nak...terpaksa memandu ke pejabat. Abang bagi juga pilihan..samada untuk aku ambil teksi atau memandu saja ke pejabat sepanjang ketiadaannya, tapi aku menolak pilihan pertama itu. Tak sanggup aku mengambil risiko untuk berpanas-berhujan kalau ditakdirkan terpaksa menunggu teksi saat sebegitu. Alih-alih, dengan confident yang tak tau drp mana...aku jawab, tinggallah kereta tu...aku bawak. Tegezut gak dia dengan jawapan aku tu...tapi alhamdulillah, selamat semuanya. Tak ada satu calar pun sepanjang aku pegang keter baru kami tu :P. Memang best!!! Mencabar sungguh bersaing dengan bas-bas di tengah-tengah kotaraya KL nih! :D
HFF : Macam kata Philip E. Humbert dalam bukunya, Living Well:The 10 Golden Secrets of Total Success!
"Living well requires a positive expectation that every problem contains a greater opportunity, and that life is a marvelous adventure!"
Sketsa 2 : Ako Mustapha
Minggu lepas, Karnival Mega Sale bermula. Aku langsung tak ada hati untuk berpusu ke Kompleks Membeli Belah...entah kenapa. Tapi, hari Jumaat...hati aku tiba-tiba tergerak nak ajak Abang gi Midvalley Mega Mall (as it is the most convinient Shopping Complex, near my house). Dalam tak larat jalan tu, aku berani diri ajak Abang. Takut gak dia nolak, sebab at the same time...aku mintak dia amik aku kat pejabat sementelah tak larat nak berjalan ke LRT waktu balik pejabat petang tu. Nasib baik dia dengan sportingnya melayan aku [nak ke LRT tak larat, nak meronda Midvalley larat pula kamu ya! :D]
Alhamdulillah, sakit yang macam ngilu-ngilu tu tak datang pun masa meronda-ronda Midvalley (tengah hari tu, ada sakit macam ngilu-ngilu masa aku & Bush menapak nak ke A&W-lunch)...
Jadi, aku dan Abang pun dengan sewenang-wenangnya menjelajah la Carrefour & JJ. Dalam banyak-banyak menjelajah...aku taklah tertarik dengan mana-mana tawaran pun...nampak cam sama jek Karnival Mega Sale ke tidak pun...auranya tak terasa!
Cuma, ada satu yang menarik! Nak tau apa? hehehe....
Masa Cik Abang aku tengah singgah kat booth tepi Carrefour - KristalBond untuk bertanyakan ttg produk kecantikan bini no 1 dia...keter kesayangan dia tu...
Aku berdiri kat sebelah dia dengan dalam hatinya, "Eh..eh cik Abang aku nih, baruuu jek tinted cermin keter tu...takkan nak pasang KristalBond pulak kot...", sambil paut tangan kat bahu dia (tak larat nak berdiri dah). Tetiba rasa nak beralih ke belakang, nampak sorang mamat yang tak terurus langsung...muka tak ber'shave'! Dalam hati aku "Ish!", tapi lepas tu terrenung pulak mamat tuh...mata, hidung, mulut dia..."macam kenal!", bisik hati aku. "Eh...Ako Mustapha la!"
Dengan spontannya, aku tersenyum kat dia. Dia pun senyum balik...ala-ala senyum kiut dia dalam siri Samarinda yang baru tu, apa ntah tajuknya..."Dalam Hati Ada Cinta" kot.
Hihihi...terus aku cuit suami aku, "Abang, Ako la!" Dia pun kalut nak beralih tengok sama. Tapi, mamat tu dah lepas dah...melepas la Abang. Tapi, dia kiut walaupun tak shave...dan taklah berisi & besar sangat orangnya. Nampak dlm tv cam berisi jek!
HFF:hiks, dan lagi senyum kat org lain dengan suami kat tepi tuh...upsssss spontan jek!
Sketsa 3:Baby Cot, Stroller & things!
Hihih...2 minggu lepas, dalam sakit-sakit rusuk pun gih jugak Sg Buloh amik Baby Cot, Baby Stroller, & Baby Car Seat. Semuanya yang Cu & Paklang tinggalkan kat umah depa kat Kundang, Sg Buloh. Alhamdulillah, rezeki...takyah la beli semua tu. Dapat warisan...ok gakla.
Last weekend, Abang dengan excitednya...suka betul dia pasang memasang & tanggal balik Baby Cot & Stroller tu. Berlatih dia kata...hiks, commey betul suamiku ini. So, kitaorg tengok alas Baby Cot, kelambu dia semua tuh agak berbau...mungkin sebab dah lama simpan kot. So, abih Baby Cot tuh ditanggal-tanggalkan skru nya sebab nak rendam kain yang membentuk tepi-tepi tuh (ref, my Baby Cot tuh sbnrnya Baby Play Pen). Alih-alih, setelah semua skru yang berkaitan ditanggalkan...dan kain tu berjaya dipisahkan drp batangnya, ada satuuuu tali yang takleh tanggal. So, nak tak nak...terpaksa la rendam kain alas tepi tu dengan batang-batangnya berkait sama tu! Kerja suamiku yang rajin...ehheheh. Tapi takpa, dah siap basuh dah pagi tadi. So, kita tgk malam ni dia nak pasang balik, berjaya ke tak...hehehehe
HFF: tersenyum sorang2 teringat Abang dok drive Stroller tu cam dia drive keter. Berangan nak tolak Baby Stroller tu 20km/hr lagi! Abang...abang!!!
Sketsa 4 : Konsert Sure Heboh
Hari Sabtu lepas, kecoh dalam suratkhabar menyiarkan keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang menyatakan bahawa Konsert Sure Heboh tu haram...sebab lebih banyak bawa mudharat drp manfaatnya. Kesan sosial, maksiatnya lagi banyak...dan jadi tak terkawal. Aku tunggu gak komen TV3 atau TM Net. Tapi, semuanya diam (mungkin aku yg tak dengar sbb aku termiss Buletin Utama hari Sabtu & Ahad). Lepas Konsert tu abih, semalam...dlm berita tv3 (omputih)...kol 12 tgh mlm lebih...baru aku terdengar ada dalam berita tu. Tapi lain pulak jadinya. Mufti kata Konsert Sure Heboh yang haram...jadi terbalik, Karnival Sure Heboh pulak yang haram. Depa yang tak paham bahasa nih pun pi la tanya Pak Lah, Pak Lah pulak tak sure...tanak komen...dia cuma kata, itu hanya keputusan Majlis Mufti...belum difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan & belum dikuatkuasakan jadi undang-undang. Yang lawaknya...Menteri Perlancongan tu lah, Kadir Sheikh Fadzir (apa ntah nama dia)...buat kenyataan, "Saya tak kelih tang mana nak haramnya, yang saya nampak mak bapak bawak anak-anak pi jalan-jalan, beli barang, makan-makan. Dalam keadaan cerah pun!"
Adeh-adeh! Ada gak Menteri yang tak paham bahasa macam ni. Kalau nak komen pun, make sure la...subject topic tu difahami! Taklah nampak macam Menteri yang bercakap tanpa ada basic knowledge tentang isu tu!
Mufti kata Konsert, bukan Karnival!!!!
HFF : Pening dengan orang besar yang mindanya kecil bila bercakap soal hukum.
~~~
Diari Hany FF,
Catatan minggu ke-33
15 Jamadil Akhir 1425 H
2 Ogos 2004
No comments:
Post a Comment