Lama sungguh menyepi.
:) Hidup jarang sekali sepi.
Hidup di dunia fana' ini seringkali jenuh dengan mehnah, penuh dengan karenah. Hidup di muka bumi Allah ini selalunya kita dihimpit bahagia, atau kita longgar dengan derita.
Kandunganku kini telah mencecah 37 minggu. Bayiku sudah melepasi tahap matang bayi - minggu ke-36. Menanti detik-detik ke minggu 40. Atau mungkinkah lebih awal? Sabar kian nipis. Ingin sekali kutatap wajahnya. Zuriatku dan suami. Sempatkah aku?
Seringkali, Allah menoktahkan DUA dalam hidup kita.
Sihat atau Sakit!
Bahagia atau Derita!
Hidup atau Mati!
Sahabat,
andai pengakhiranku di hujung juang itu...maafkanlah dosaku padamu. Andai ada hutangku yang terlumut di kaki waktu...tuntutlah segera, ingatkan aku! Andaikata ada janji yang belum lunas di layang khabar fana' semasa hidupku...maafkanlah aku.
Doakanlah aku mendapat yang terbaik dalam kehidupan kekal di 'sana'....
Doaku kini, andaikata akhirku di situ. Juangku kepada syahid...doa diredha semua. Anakku, andai tidak sempat kumelihat wajahmu...senyumlah dan bisikkan doa buatku. Moga Abahmu akan berjaya mendidikmu menjadi anak yg soleh/solehah...itu saja hartaku. Suamiku, andai aku gugur...ingat pesanku selalu. Berkahwinlah, itu fitrah yg dikurnianya. Berkahwinlah, jika itu mampu mengelakkan fitnah dunia. Tapi, biarkan aku di situ. Di satu sudut hatimu. Terima kasih kerana tidak melupuskan aku drp jiwamu.
Andai...
Bahagia yang menanti kita,
kudoa itu bahagia yang diredhaiNYA.
Bahagia yang sentiasa mendapat barakahNYA.
Kudoa, agar zuriat ini penyambung warisan ilmumu suamiku.
Kudoa, agar zuriat ini pejuang yang segar dengan istiqomah.
Kudoa, agar zuriat ini penyatu hati-hati insan yang kusayang.
Suamiku,
Tugas kita besar, untuk kita junjung bersama.
Mendidik amanah Allah.
Sementara nafas dipinjamkanNYA kepada kita.
Antara DUA itu,
SATU pasti menemuiku.
Yang mana? Aku tak pasti aku sudah bersedia atau tidak.
Yang aku pasti, aku cuba sedaya upaya.
Moga DIA membantu aku dan suamiku menghadapi detik-detik ini.
Detik yang gembira pastinya.
Melihat wajah...anakku!
:)
~~~
Hany FF
12 Rejab 1425 H
28 Ogos 2004 M
Saturday, August 28, 2004
Thursday, August 19, 2004
T. Alias Taib dlm kenangan
Orang menulis pasal A, aku pun sibuk menulis pasal A.
Orang menulis pasal B, aku pun sibuk menulis pasal B.
:)
Selalukah begitu?
Sebenarnya aku ketinggalan dalam mendapat berita pemergiannya - T. Alias Taib, atau nama sebenarnya Tengku Alias Taib. Hari ini baru dapat tahu tentang ketiadaannya di dunia fana' ini. Hembusan nafasnya selepas solat Maghrib, semalam 18 Ogos rupanya yang terakhir.
Ketika di zaman persekolahan dan semangat menulisku berkobar-kobar...dia antara penulis yang sering kuperhati. Ketika menuntut ilmu dalam MPR '98...namanya mula hangat dalam bicara. Namun, dia hanya kutemui mata bertentang mata tika MPR '99. Aku hadir dalam sesi diskusi puisi & sidang ceramahnya dalam MPR '99. Ketika itu aku sungguh rajin turun ke mana-mana aktiviti sastera, walaupun tanpa berteman.
Melihatkan aku yang sendirian ketika menjamah minuman (refreshment), dia mendekati. Lantas perbualan yang panjang pun berlaku. Tentang penulisan puisi, tentang Perlis, tentang bidang pengajianku-Kejuruteraan. Penggiat sastera yang berasal drp bumi Darul Naim itu tak henti-henti memberi perangsang agar terus menulis walaupun bidang pengajian jauh teknikalnya. Pada masa yang sama dia bertanya kenapa puisi dan tidak cerpen atau genre lain? Aku hanya mampu menjawab, puisi lebih dekat dengan jiwaku tika itu...kerana aku puas kerana mampu mengungkapkan kata yang padat yang maksud untuk diteladani oleh pembaca. Makin tersirat maksud puisiku, makin puas aku. Dia tersenyum.
Sayangnya, panjang pun tak seberapa kerana masa sungguh sempit tika itu. Kesimpulannya, dia mesra...mudah mesra, tidak kedekut ilmu malah sentiasa dengan murah hati berkongsi ilmu dan pengalaman. Aku jadi bangga kerana dia berkongsi ceritanya dengan aku dahulu ketika itu, barulah disampaikan kepada semua yg hadir melalui ceramahnya. Ketika itu, dia ralit dengan mencipta kata-kata hikmah.
Satu kepuasan menyampaikan maksud yang besar dengan kata-kata yang seutas ayat cuma.
Aku masih ingat tubuhnya yang lampai, dengan rambut hitam yang diselangi rambut putih.
Kemas bergaya.
Nida,
Hany masih ingat Nida cerita Nida jumpa dia di Majlis Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan Peringkat Kebangsaan kan?
:)
Apa jua...
Moga rohnya dirahmati Allah
Sedikit tulisan oleh A.F Yassin tentang allahyarham...untuk bacaan anda.
http://afyassin.diaryland.com/030831_18.html
~~~
Hany FF
19-8-2004
3 Rejab 1425

Saturday, August 14, 2004
Sahabat....Indera Kayangan
Salams...
Buat sahabat yang sempat menziarahiku Isnin lalu di rumah lamaku, Padang Melangit.
Jazakumullahu khoiran kathira...
Nida, Yuni, Bijah...
kalau boleh nak sembang panjang lagi dengan hangpa semua.
Lamanya tak jumpa.
Nida, last jumpa masa kenduri di rumah suamiku 5 Disember 2003. Pun tak dan sembang panjang sebab tgh sibuk prepare utk jadi pengantin...(ekekek...jgn marre)
Yuni, last jumpa masa kenduri di rumahku 30 November 2003. Dan juga sembang-sembang dalam kesempatan yang terluang masa jadi raja sehari ;).
Bijah, yg nih lama sungguh...rasanya masa raya ke-dua 1424H. Dlm 27 November lepas la! Kami sama-sama pi umah Raudlotul Firdaus (Raudhah) - anak Ust Fatah Yasin, ziarah dia dan baby boynya yg memang 'mantap' tu...heheh. Then, kami sama-sama ke umah Ustz Fuziah Sanin, our bonda.
Nasib baik hangpa dan tengok gambaq kawen kami...kalau tak, mesti hangpa frust kan?
Apapa pun kami bersyukur dpt kawan cam hangpa semua.
Take care ok!
Cikgu Yuni...ajaq anak-anak murid Fizik tu jgn la banyak kali sgt soh buat pembetulan. Cikgu Nazi dulu pun soh buat pembetulan 2x ek...hangpa mana bleh lebih, soh buat pembetulan 10x pulak! heheheheh....
Doktor Bijah...la nih tgh rotate kat Wad Pediatrik kan? Jaga budak2 tuh baik2 na. Jgn hangpa pulak naik atas katil baby tuh...hehehe....Lepas nih bagi tips jaga budak2 kat kami.
Bakal Doktor Nida...belajaq ghajin-ghajin. Kami tunggu saatnya hangpa jadi O&G kami keyh!
Hari Ahad nih, Ronie kata nak mai umah dengan Anis & DikNa...heheh. Merasa la jugak kami pakai jubah yg Nida beli no! ekekekek
Take care semua!!!

Geng Rumah Sewa 1997 - [Berdiri]Yuni, Sarah, Bijah, Hany, [Duduk] Ronie & Nida
Nasib baik hangpa dan tengok gambaq kawen kami...kalau tak, mesti hangpa frust kan?
Apapa pun kami bersyukur dpt kawan cam hangpa semua.
Take care ok!
Cikgu Yuni...ajaq anak-anak murid Fizik tu jgn la banyak kali sgt soh buat pembetulan. Cikgu Nazi dulu pun soh buat pembetulan 2x ek...hangpa mana bleh lebih, soh buat pembetulan 10x pulak! heheheheh....
Doktor Bijah...la nih tgh rotate kat Wad Pediatrik kan? Jaga budak2 tuh baik2 na. Jgn hangpa pulak naik atas katil baby tuh...hehehe....Lepas nih bagi tips jaga budak2 kat kami.
Bakal Doktor Nida...belajaq ghajin-ghajin. Kami tunggu saatnya hangpa jadi O&G kami keyh!
Hari Ahad nih, Ronie kata nak mai umah dengan Anis & DikNa...heheh. Merasa la jugak kami pakai jubah yg Nida beli no! ekekekek
Take care semua!!!
Friday, August 13, 2004
Yong, mana baby?
Andai ini yang dinamakan kelapangan, maka kau akan membaca khabarku :
Ini cerita hujung minggu lalu, tika bumi bertuah Perlis kujejaki.
Aku dan Abang sampai ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Kedah kira-kira jam 8.10 mlm. Walaupun jadual asal memaktubkan 7.35 sebagai waktu ketibaan tetapi Allah mengizinkan kelewatan berlaku pada penerbangan itu - AK542.
Alhamdulillah, selamat tiba. Mama dan Ayeh menunggu di muka pintu ketibaan. Abang lanjar ke SMSAH, kerana kebiasaannya Jumaat malam ada usrah di sana. Dia langsung tidak mahu ketinggalan bertemu junior sekolahnya...walau hampir sudah 7 tahun sekolah itu ditinggalkan. Aku, Mama dan Ayeh meneruskan perjalanan ke PM (baca : Padang Melangit) dengan RD 1221 kesayangan Mama, manakala Abang akan pulang ke PM seusainya usrah dengan motor kapcai belaan Ayeh.
Sampai di rumah PM, riuh adik-adikku menyambutku.
"Mana Abang Zainal? Yong balik sorang ke?"
Itu antara soalan yang glamer malam itu. Aiman, Bi, Mira bergilir-gilir memeluk cium kakak pupunya yang seorang ini. Memang mereka adik-adik sepupuku (anak-anak Cu & Paklang), tapi hubungan kami rapat lebih drp itu...seumpama adik kandung kulayan mereka. Mereka pun sama, melayanku serupa kakak kandung. Mama membelai mereka sebagai anak sendiri, begitulah seadanya.
"Mana Auni?" Aku bertanya...rindu pada sepupu bongsuku yang seorang itu.
"Auni dah tidur"...alaaa, kecewa sungguh aku. Patut pun dia dah tidur, jam hampir mencecah 12 tgh mlm. Kami lewat sampai kerana singgah makan malam di Melodi Sena tadi.
Malam itu selepas membersihkan bilik tidurku, Abang pun sampai. Segala keletihan pun dilempiaskan agar esok akan menjadi hari yang penuh tenaga dan bermakna.
Esoknya seawal jam lapan, dia menjengukkan dirinya dari pintu bilik Mamanya (Cu). Aku lambai dia drp tingkat atas, lalu turun menghampirinya.
Mata tak berkedip, kemudian pejam-celik, pejam-celik dia (agak dia berfikir, "mimpikah aku").
Spontan dia menyebut, "Yong, yong...bila balik"
Lantas dia mencium pipiku, dan menarik tanganku ke arah abang & kakaknya, "Man, Bi...yong balik. Man...salam Yong"
(hihi..mau ketawa aku dengan tingkahnya yang memerintah abg & kakaknya menyalami aku, macam org dewasa lagaknya, padahal belum pun mencecah usia 3 tahun).
Begitulah Auni yang kurindu (sepantasnya kerana dia sepupuku yang bongsu).
Sepanjang 3 hari di PM (sampai Jumaat malam, dan pulang Isnin malam)...dia mahu asyik mendampingiku (dan juga Abang Zainai -nama suamiku yang diubahsuai sesukahatinya):P
Aku ambil tuala, "Yong, tuala Yong same (baca : sama in English) dgn tuala Auni...kecik. Auni nak mandi jugak"
Aku masuk ke bilikku, "Yong, what r u doing?" Pantang org bersiap, dia pasti nak jugak pegang bedak, sikat, deodoran, minyak rambut...nak melawa saja.
Aku buat kerja-kerja lain, di dapur atau sbgnya "Yong, mana baby?"
Itulah antara soalan faberetnya. "Yong, what r u doing?" dan "Yong mana baby?".
Soalan "What r u doing" sebenarnya soalan faberet dia kpd semua org...sampaikan Tok yang tak paham bahasa Omputih nih pun ditanyanya, "Tok, what r u doing?" Sampaikan Tok dengan sayunya menjawab, "Tok tak paham bahasa Omputih nih...Auni tanya apa" (hehe..sian Tok)
Soalan "Mana baby?" pulak khas utk aku sorg (sebab aku sorg yg sedang mengandung). Dan setiap kali dia bertanya, aku pasti akan menunjukkan ke arah perutku yang membuncit nih. Lantas, setiap kali itu juga dia akan menerkam sambil menyondol perutku dan mencium sepuas hatinya, bagai sayang betul dia pd baby yang belum lahir ini :).
(selalunya dia akan bertanya mana baby tu selang 1/2 jam)
Uniknya dia, kerana dia begitu takut dengan bunyi yang kuat. Hatta, hingga saat dia ikut menghantar Abang pulang dengan keretapi petang Ahad lalu, dia turun kereta sambil menekup telinganya. Bab berjalan, pantang nampak org bersiap...pasti dia laju bersiap jua (tanpa disuruh...dia sering 'pasang telinga' dengar rancangan org nak keluar)...tapi bila tiba di destinasi,
- Di shopping complex, ada lagu dipasangkan di central radio...cukup utk membuatkan dia tak menurunkan langsung tangannya...sepanjang masa, di telinga.
- Di pekan, dia menekup telinganya setiap kali nampak kereta atau bas atau lori.
- Di stesen keretapi, nampak keretapi yang panjang sudah cukup memberi gambaran kepdnya ttg kuatnya bunyi keretapi itu. Lantas dia menekup kedua-dua belah telinganya hingga nak bersalaman dengan Abang Zainainya pun tak dan.
Auni...Auni....
Begitulah Auni
Rindulah Yong & Abg Zainai kat Auni nanti.
Esok mereka akan berlepas ke Arab Saudi, mengikut Paklang (abah mereka) yang bertugas di sana. Sedihnya....
:(
:(
:(
~~~
Hany FF
26 Jamadil Akhir 1425 H
13 Ogos 2004 M

Auni yang galak tengah bergaya ala industan

Kenangan @ Pizza Hut Kangar semasa Besday Mama :
[Dewasa] Ayeh, Tok, Mama, Hasanah, Cu & Paklang.
[Kanak-kanak] Bi, Auni, Aiman
~~~
Hany FF
26 Jamadil Akhir 1425 H
13 Ogos 2004 M
Thursday, August 12, 2004
35th Week Fetal Development
Your baby now weighs more than 5.5 pounds/ 2.5 kilograms and is 19.5 inches/ over 49 centimetres from top to toe. She's filling out and getting rounder — she'll need her fat layers later to regulate her body temperature.
If you don't already talk to your baby, this is a good time to start — at 35 weeks her hearing is fully developed. Don't feel ridiculous if you're already chatting in baby talk. Some evidence shows that newborns pay closer attention to high-pitched tones.
If you've been nervous about going into premature labour, you'll be happy to know that 99 per cent of babies born at week 35 can survive outside the womb — and most have no major problems. Although your baby's central nervous system is still maturing, her lungs are nearly fully developed by now.
Many women start to notice a tingling sensation or numbness in the pelvic region or pain as they walk. This may be caused by the pelvic joints loosening, ready for labour. If you're terribly uncomfortable, mention it to your midwife or doctor and check out our self-help tips.
Hany FF
25 Jamadil Akhir 1425 H
12 Ogos 2004 M
~~~Ingin kucatatkan lebih drp ini, tapi masa menginjak hingga intaian waktu pun lelap bersama kerunsingan tugas yang tak mudah kulari. Sahabat, andai ini penghubung kita, izinkanlah aku tidak bersuara buat seketika. Kerana ampuhnya persahabatan kita, beribu kata yang ingin kuucapkan hanya mampu kuterjemah dengan catatan maklumat ini. Moga ia mampu menceritakan khabar daripadaku sementara ini~~~

Tuesday, August 10, 2004
Pernah atas nama cinta
Salam untuk isteri-isteri yang kental azam juang, mempertahan cinta yang 'satu'.
:)
Khas buat mereka itu...
~~~
Pernah atas nama cinta,
kau tulis derita yang panjang.
Pernah atas nama rindu,
kau luruhkan segala hakikat,
menjadi penafian yang jernih.
Pernah,
atas nama perjuangan seorang isteri,
Rindu kat biar bergelut
dengan cinta yang kian dijerlus masa.
Kerana pedih untuk menafikan cinta itu.
Biar,
kau tahu cinta itu 'kan pudar,
sebagai permaisuri kau yakin akan cintamu.
Biar,
Biar yang mengalah itu bukan dirimu.
Biar,
Biar resah saja yang mereput dijamah masa.
~~~
Hany FF
9 Ogos 2004 @ 9.00 pm
AK 543

Saturday, August 07, 2004
Episod Warna Ceria ;)
Salam'alaikum warah matullahi wabarakatuh...
Ini wajahku tatkala umur kandungan meniti usia bulan ke-6. Saat aku bermusafir ke Sabah. Di sebuah kedai Cenderahati di Plaza Wawasan, bersebelahan Hotel Tang Dynasty, tempatku bermukim. Bersama seorang lagi sahabat sebenarnya, (Kemar, akak tak upload gambar awak kat sini...kot2 awak marah kang! hehehehe...). Gambar-gambar lain, ada di HanyFF Fotopages! Miss me? Join me there!
Sisip kata mencelah lagi di hujung minggu ini
Telusurilah, andai kau sahabat yang kau tapi merindu,
Ketahuilah, andai kau sahabat yang dekat tapi masa jadi jarak yang sungguh panjang.
EPISOD 1 : Check-up @ 8 bulan 1/2
Dua hari lepas, Rabu 4 Ogos...aku ada appointment checkup @ SJMC macam biasa dengan Dr Delaila. Nih kali pertama jumpa dia dgn kekerapan 2 minggu. Lepas nih jumpa dia lagi 2 minggu, and then...the weekly checkup appointment will start. Oh God, am I ok with that? Hiksss...takper la, nih kan first time pregnancy. Nak wat liat nak gih checkup kang, ada yg kena marah. Upssss!!!
Alhamdulillah, baby ok...dia sihat dan membesar. Berat dia sekarang 2 kg lebih sket, berat aku pulak bertambah 1 kg drp 2 minggu lepas.
(sib baik...risau tak betambah jek berat aku...)
Alhamdulillah jugak, drp urine test & blood test yang dibuat...semuanya memberi gambaran positif tentang tahap kesihatan aku. Perkara yang aku & suami risaukan 2 minggu lepas tidak lagi menjadi igauan. TSH, Free T4 & Free T3 - all in expected range. Alhamdulillah! TQ for Nida & sahabatnya ( :) ) atas bantuan info2 drp anda berdua. ;) tq very much.
Tapi baby jual mahal pulak, tanak tunjuk muka dia bila Doc nak tgk. Ish...ish...ishhh! Nakal yer! Hari tu dah tgk...tapi, macam biasa, Doc dah biasa nak tunjukkan every time scan. Tak sabar nak tgk pipi anak Umi nih montel cam saper...hiksss...
Doakanlah aku selamat semuanya menghadapi hari mendatang.
Segala kemungkinan ada di hadapan.... Saat bertarung nyawa itu pasti 'kan datang. Aku tak tahu apa taqdirku di hadapan. Doakanlah agar kesejahteraan milik kami sekeluarga. Ya Allah, pinjamkanlah ketenanganmu...buatku menghadapi saat resah menanti detik itu. Selamatkanlah semuanya...ameen.
EPISOD 2 : Carrefour Subang & Subang Parade
Lepas balik checkup (sesi abih dlm kol 4.30 ptg), aku ngan Abang decide tanak balik terus. Nak gih jalan-jalan kat Subang Parade pulak. Tapi disebabkan parking Subang Parade kena bayar & parking kat Carrefour free...kami parking la kat Carrefour. Aku baru perasan kat Carrefour Subang tuh ada kedah Hinode (kedai RM 5)...murah2 la barang kat situ. Frame yang besar utk 8R pun RM 5 jer...frame comey2 pun RM 5 gaks. Tapi kena pandai pilih barang kat tmpt ginih, sbb di sebalik nampak murahnya barang2 tuh. Ada gak barang yg harga kat luar tak sampai RM 5, tapi dijual seharga RM 5 sebab standardize dah.
Then, jalan-jalan @ Subang Parade. Nih first time aku jejak kaki di Subang Parade. Shopping Complex nih nampak mewah, tapi tak ramai sangat.
As first timer, aku perati semua benda la...as if cam org perak :)) [hahaha...] Gerai2 yg dibuka kat tengah tuh memang comey-comey belaka.
Eh..bukan jurujualnya comey...barang-barangnya...kiut2 betul!!!
Sampai hampir tak berganjak aku dibuatnya.
1. Gerai yang jual barang kaca e.g Teko, Vase, Pinggan-Mangkuk, Hiasan dlmn - corak barang2 tu mcm English Royal Rose.
hihih...gila sebentar aku. Aku memang suka corak tuh. Hiasan dalamannya tuh kiut-kiut sungguh!
Kalau mampu dan ada tempat nak letaknya...dah beli dah! Tapi, sabar...kan sabar itu separuh drp Iman. Tak ke mana produk2 tuh...heheheh
2. Gerai yang jual kraftangan drp kayu...
Alahai jewellery box nya...memang mengancam! Aku terpaku tgk satu2 jewellery box kat situ. Commeyyyy tul! Gaya ukiran dan coraknya, english style gak la. Tapi dah lama aku ngidamkan jewellery box yg ginih. Bila la agaknya leh miliki satu ek?
3. Gerai Baju Tidur (Sleeping Beauty)
Baju tidur utk si isteri & baju tidur utk baby! Sabar saja lah. Nak kata mahal pun...sbnrnya taklah sangat. Ok jek harga dia. Tapi aku yg tak sanggup beli lagi.
Heheheh...lepas bersalin karang la. Mesti beli!!! :D
4. Kedai hasil kraf - sulaman
Kedai nih kedai Cina. Baju2 hasil sulaman dia memang lawa2. Baju sejuk sulaman dia (sulam guna bulu kambing kalau tak silap)...RM 280. Tingat aku pernah ada baju sejuk gituh, tapi hilang sekali dengan beg aku yg kena samun kat Puduraya 3 tahun lepas (sedey2)...
Pastu, aku bekenan pulak kat blaus sulam. Benang dia agak berkilat sket. Disebabkan blaus nih agak kecik drp baju sejuk tadi...aku tanya la harga, ingatkan lagi murah drp baju sejuk tadi...rupa-rupanya...RM400!! Upsss...Cik Abang aku dah tarik kluar kedai dah! heheheheh...
5. Mothercare
Memang comey-comey baju baby kat Mothercare nih. Sib baik Cu dah beli baju2 baby tuh as hadiah utk baby aku (TQs Paklang & Cu, love uuuu). So, taklah gila sangat nak membeli baju rasanya. Cuma, aku bekenan kat satu selimut nih. Commmeyy sangat. Tapi harga dia dlm seratus....erkss. Takpa lah, aku dah ada belikan selimut baby yg comey kat umah. Sulam benang bulu kambing lagi. Guna yg tu dulu la, kalau ada rezeki nanti...baby aku akan dpt gak selimut mahal tuh...hiks ;)
EPISOD 3 : Balik kg! Yeyeyeyyy balik kg!!!
Angan-angan aku utk balik kg akhirnya tercapai. Minggu lepas, rancangan tu masih tak sure lagi (aku nampak gelap, cam takder harapan jer...sebab Abang keberatan nak bawak aku travel jauh-jauh berjam-jam atas keter...takut apapa jadi since aku dah over 30th weeks). Tapi awal minggu nih (Isnin ari tu)...aku gih makan ngan Siti n Kak Na (ofismet Siti)...dia pun nasihat aku jgn travel jauh-jauh dlm keter...kalau naik flight ok sket la sebab sekejap jek dlm flight. Aku pun nak gak pasang angan nak balik naik flilght, tapi pkkan..."Eh eh, tambangnyer mahallah! Tak mungkin aku leh balik naik flight."
Tapi, aku tak sangka betul...pada petg yang sama...dlm kol 3.30 pm, Abang tepon...dia tanya camner kalau naik fllight...just dah tempah, just nak confirm masa jek dgn aku..hari apa aku nak ambik cuti. erksss...impi jadi nyata!!! Yeyyeyeyeyyyy!!!!
So, termaterilah janji...kami akan balik petg nih flight kol 6.35 ke Kepala Batas, Qaddah, wa sanarji' ila Kuala Lumbur haza Isnani fissa'ah sab'ah wa khamsata 'asyruun 'asyaa'an.
Walaupun plan asal tuh tak dpt kami penuhi 100%, tapi tak apalah...asalkan dopt pulang jadilah. Abang kena balik dulu ke KL hari Ahad sebab he can't take leave on Monday. So, aku sorg akan balik dgn flight Isnin malam tu...
Errr...ada sapa-sapa nak teman??? :D
~~~
Hany FF
Catatan pd Minggu ke-34
19 Jamadil Akhir 1425 H
6 Ogos 2004 M

Tuesday, August 03, 2004
Mom's Diary - 8th months
Salamullahi'alaikum wbt
Meniti bulan ke-8 dengan penuh makna :).
Membilang saat-saat yang berlalu, adakah akan tiba waktunya yang bererti itu?
Atau aku akan tersungkur di pintu satu perjuangan yang baru bermula?
Mengertilah akan keluh-rasa seorang wanita,
yang baginya hidupnya kini diiringi ketidaktentuan.
Walau hakikatnya, dia disulami keazaman yang dikongsi bersama.
Abang, terima kasih atas segalanya.
Sahabat, sokonganmu amat tulus nilainya.
~Meniti 7 minggu yang terakhir~
:)
Your Baby
Rapid brain growth continues. Fetus is too big to move around much but can kick strongly and roll around. You may notice the shape of an elbow or heel through your abdomen. Bones of the head are soft and flexible to make it easier for baby to fit through the birth canal. Lungs may still be immature. If born around 37 weeks, fetus is premature but has an excellent chance for survival. Fetus is now about 18 inches long and weighs about 5 pounds.
Your Body
Stronger contractions may be felt this month. You may have some leakage of colostrum (the fluid that will feed Your Baby until your milk comes in) from your breasts as they begin to produce milk. May have trouble sleeping because it is hard to get comfortable. Try putting several pillows under your head. May develop shortness of breath as baby crowds your lungs. Baby may crowd your stomach. Try eating 5 or 6 smaller meals during the day. Top of your uterus lies just under your rib cage.
Prenatal Care Guide
After the 32nd week, visit your health care provider every 2 weeks for prenatal care checkups. You should gain 1 pound a week this month. Call your health care provider right away if you have:
Bleeding or a gush of fluid from your vagina.
Cramps, stomach pains or a dull backache.
Blurry vision, or spots before your eyes.
A feeling that the baby is pushing down.
A noticeable decrease in the baby's movements.
More than 5 contractions in one hour.
By the end of the 8th month, the fetus is about 18 inches long and weighs about 5 pounds.
~~~
Hanyff's Diary
Week 33rd
16 Jamadil Akhir 1425 H
3 August 2004 M

Monday, August 02, 2004
Sketsa kisah lalu
Lama betul rasanya tinggal arena blog ni...
sementelah workload yang agak menekan di pejabat belakangan ini.
Dulu boleh la update blog tiap hari, kini tidak lagi rasanya. Tak mampu aku.
Sekadar menyelitkan sketsa minggu lalu...yang ingin dikongsi bersama.
Itu saja yang mampu aku lakukan, yang sering tersirat di hati ini untuk di
kuungkapkan padamu teman (hihihi...cam jiwangs lak)
Sketsa 1 :Confidence & Driving
Minggu lepas masa Abang ke Kuantan 2 hari tu, aku nak tak nak...terpaksa memandu ke pejabat. Abang bagi juga pilihan..samada untuk aku ambil teksi atau memandu saja ke pejabat sepanjang ketiadaannya, tapi aku menolak pilihan pertama itu. Tak sanggup aku mengambil risiko untuk berpanas-berhujan kalau ditakdirkan terpaksa menunggu teksi saat sebegitu. Alih-alih, dengan confident yang tak tau drp mana...aku jawab, tinggallah kereta tu...aku bawak. Tegezut gak dia dengan jawapan aku tu...tapi alhamdulillah, selamat semuanya. Tak ada satu calar pun sepanjang aku pegang keter baru kami tu :P. Memang best!!! Mencabar sungguh bersaing dengan bas-bas di tengah-tengah kotaraya KL nih! :D
HFF : Macam kata Philip E. Humbert dalam bukunya, Living Well:The 10 Golden Secrets of Total Success!
"Living well requires a positive expectation that every problem contains a greater opportunity, and that life is a marvelous adventure!"
Sketsa 2 : Ako Mustapha
Minggu lepas, Karnival Mega Sale bermula. Aku langsung tak ada hati untuk berpusu ke Kompleks Membeli Belah...entah kenapa. Tapi, hari Jumaat...hati aku tiba-tiba tergerak nak ajak Abang gi Midvalley Mega Mall (as it is the most convinient Shopping Complex, near my house). Dalam tak larat jalan tu, aku berani diri ajak Abang. Takut gak dia nolak, sebab at the same time...aku mintak dia amik aku kat pejabat sementelah tak larat nak berjalan ke LRT waktu balik pejabat petang tu. Nasib baik dia dengan sportingnya melayan aku [nak ke LRT tak larat, nak meronda Midvalley larat pula kamu ya! :D]
Alhamdulillah, sakit yang macam ngilu-ngilu tu tak datang pun masa meronda-ronda Midvalley (tengah hari tu, ada sakit macam ngilu-ngilu masa aku & Bush menapak nak ke A&W-lunch)...
Jadi, aku dan Abang pun dengan sewenang-wenangnya menjelajah la Carrefour & JJ. Dalam banyak-banyak menjelajah...aku taklah tertarik dengan mana-mana tawaran pun...nampak cam sama jek Karnival Mega Sale ke tidak pun...auranya tak terasa!
Cuma, ada satu yang menarik! Nak tau apa? hehehe....
Masa Cik Abang aku tengah singgah kat booth tepi Carrefour - KristalBond untuk bertanyakan ttg produk kecantikan bini no 1 dia...keter kesayangan dia tu...
Aku berdiri kat sebelah dia dengan dalam hatinya, "Eh..eh cik Abang aku nih, baruuu jek tinted cermin keter tu...takkan nak pasang KristalBond pulak kot...", sambil paut tangan kat bahu dia (tak larat nak berdiri dah). Tetiba rasa nak beralih ke belakang, nampak sorang mamat yang tak terurus langsung...muka tak ber'shave'! Dalam hati aku "Ish!", tapi lepas tu terrenung pulak mamat tuh...mata, hidung, mulut dia..."macam kenal!", bisik hati aku. "Eh...Ako Mustapha la!"
Dengan spontannya, aku tersenyum kat dia. Dia pun senyum balik...ala-ala senyum kiut dia dalam siri Samarinda yang baru tu, apa ntah tajuknya..."Dalam Hati Ada Cinta" kot.
Hihihi...terus aku cuit suami aku, "Abang, Ako la!" Dia pun kalut nak beralih tengok sama. Tapi, mamat tu dah lepas dah...melepas la Abang. Tapi, dia kiut walaupun tak shave...dan taklah berisi & besar sangat orangnya. Nampak dlm tv cam berisi jek!
HFF:hiks, dan lagi senyum kat org lain dengan suami kat tepi tuh...upsssss spontan jek!
Sketsa 3:Baby Cot, Stroller & things!
Hihih...2 minggu lepas, dalam sakit-sakit rusuk pun gih jugak Sg Buloh amik Baby Cot, Baby Stroller, & Baby Car Seat. Semuanya yang Cu & Paklang tinggalkan kat umah depa kat Kundang, Sg Buloh. Alhamdulillah, rezeki...takyah la beli semua tu. Dapat warisan...ok gakla.
Last weekend, Abang dengan excitednya...suka betul dia pasang memasang & tanggal balik Baby Cot & Stroller tu. Berlatih dia kata...hiks, commey betul suamiku ini. So, kitaorg tengok alas Baby Cot, kelambu dia semua tuh agak berbau...mungkin sebab dah lama simpan kot. So, abih Baby Cot tuh ditanggal-tanggalkan skru nya sebab nak rendam kain yang membentuk tepi-tepi tuh (ref, my Baby Cot tuh sbnrnya Baby Play Pen). Alih-alih, setelah semua skru yang berkaitan ditanggalkan...dan kain tu berjaya dipisahkan drp batangnya, ada satuuuu tali yang takleh tanggal. So, nak tak nak...terpaksa la rendam kain alas tepi tu dengan batang-batangnya berkait sama tu! Kerja suamiku yang rajin...ehheheh. Tapi takpa, dah siap basuh dah pagi tadi. So, kita tgk malam ni dia nak pasang balik, berjaya ke tak...hehehehe
HFF: tersenyum sorang2 teringat Abang dok drive Stroller tu cam dia drive keter. Berangan nak tolak Baby Stroller tu 20km/hr lagi! Abang...abang!!!
Sketsa 4 : Konsert Sure Heboh
Hari Sabtu lepas, kecoh dalam suratkhabar menyiarkan keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang menyatakan bahawa Konsert Sure Heboh tu haram...sebab lebih banyak bawa mudharat drp manfaatnya. Kesan sosial, maksiatnya lagi banyak...dan jadi tak terkawal. Aku tunggu gak komen TV3 atau TM Net. Tapi, semuanya diam (mungkin aku yg tak dengar sbb aku termiss Buletin Utama hari Sabtu & Ahad). Lepas Konsert tu abih, semalam...dlm berita tv3 (omputih)...kol 12 tgh mlm lebih...baru aku terdengar ada dalam berita tu. Tapi lain pulak jadinya. Mufti kata Konsert Sure Heboh yang haram...jadi terbalik, Karnival Sure Heboh pulak yang haram. Depa yang tak paham bahasa nih pun pi la tanya Pak Lah, Pak Lah pulak tak sure...tanak komen...dia cuma kata, itu hanya keputusan Majlis Mufti...belum difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan & belum dikuatkuasakan jadi undang-undang. Yang lawaknya...Menteri Perlancongan tu lah, Kadir Sheikh Fadzir (apa ntah nama dia)...buat kenyataan, "Saya tak kelih tang mana nak haramnya, yang saya nampak mak bapak bawak anak-anak pi jalan-jalan, beli barang, makan-makan. Dalam keadaan cerah pun!"
Adeh-adeh! Ada gak Menteri yang tak paham bahasa macam ni. Kalau nak komen pun, make sure la...subject topic tu difahami! Taklah nampak macam Menteri yang bercakap tanpa ada basic knowledge tentang isu tu!
Mufti kata Konsert, bukan Karnival!!!!
HFF : Pening dengan orang besar yang mindanya kecil bila bercakap soal hukum.
~~~
Diari Hany FF,
Catatan minggu ke-33
15 Jamadil Akhir 1425 H
2 Ogos 2004

Subscribe to:
Posts (Atom)