SHALIMAR ROSEN, Fana'kah Dunia?
(Buat pencipta yang jauh daripada PENCIPTAnya)
Beku!
Rodok satu-satu...perlu?
Hancur!
Basut sampai tua...masih?
Teleku!
Tiap inci jadi saksi...sedia?
Dyno Teknologi, kembangnya mahu ke mana?
Shalimar Rosen,
Pantaskah kita menghukum,
atas keterlangkauan sesuatu kaum,
berlari mencipta nama,
sedang tiada Yang Berkuasa yang mencipta.
Kerana jumud akal fikir...
Pada fana' dunia.
Kerana murkakah kita menyanggah...
Mencebir asing pada satu keterjadian,
Izin Tuhan! Atas kebijaksinian.
Bijaksana? Hanya DIA menjawab segala!
Bisakah ciptaanNYA diultar?
Sedang Yang Berkuasa itu Sempurna!
Bisakah setiap selnya tercabar?
Sedang setiap itu dengan izinNYA!
DNA. Satu
Shalimar Rosen. Dua
Satu yang diultar,
Menjadi Dua yang tercemar.
(tercemar dari sudut moralnya)
Lunaskah nafsu dibayar,
dengan tindak cabar PENCIPTA?
Mahalkah harga nama yang termaktub,
pada kertas-kertas kutub,
sedang moral dunia terus merudum.
DUM!
Hany FF~Seri Sentosa
Sri Gombak
No comments:
Post a Comment