Thursday, May 13, 2004

.: kerana Ghariblah maka ini terjadi :.

GHARIB YANG KEMBALI
(Yang Ganjil itu kembali...haruskah kita lari?)



Gharib!
Yang berselindung itu gharib,
Yang lantang itu gharib,
Kerana yang gharib itu
ganjil
dan
terasing.

Kesaksianmu dicabar oleh gharibnya pasak tauhid,
Keperibadianmu diselar oleh gharibnya tutur seru.

Kerana gharib itulah,
Yang Haq terserlah,
Yang Batil terbantah,
Oleh tindak gharib yang menyatu kaum,
Ditempa fikir gharib yang membina tamadun,
Ditunjangi tauhid gharib yang menyusun
adab,
tindak,
dan
fikirmu.

Itu lebih 1425 tahun yang lalu.

Kini,
Gharib kembali lagi,
Pada fikir dan laku pengamal Sunnahmu,
Pada taubat dan kesal pencinta AyatMU,
Pada penguasa yang ikhtiarnya...menjulang syiarMU di tanah ini.

Biar manusia itu menjeling gharib ini,
Lantas, akan terbiarkah gersang yang usang?
Pantas, atas laku apakah kita bertunjang?
Hisablah diri!

Tiada apa yang syadid di sini,
Kerana yang gharib itu sudah dijanjikan,
Kerana itulah...muncul ia kembali.




Hany FF
Seri Sentosa
23 Rabi'ul Awwal 1425 H
13 Mei 2004 M

1 comment:

ayac said...


Telefonun ucundaki orospu kızlarla sex hattı sayesinde iletişim kurabilirsiniz.