Jam pada PC aku sekarang menunjukkan pukul 5.20 petang. Tadi tepat pukul 5 ptg, ramai yg dah cepat-cepat balik. Sebabnya hujan lebat skrg ni...tapi at least waktu tu...matahari masih menyerlah.
Tapi kini, macam malam! Yang aku nampak kat luar, hanyalah lampu kereta yang dibuka skrg...sbb keadaan memang gelap teramat. Subhanallah!
Abang nak mai ambik aku. Dia baru bertolak. Harap-harap kalau jem pun...tak lah lama dia stuck dlm tu...kesian abang (and I really hope there's no flushy flood outside there!)
Kesian abang, berkali-kali dia pesan, "Jgn bergerak mana-mana ek!"
:)
hehehe...dia dah tau aku la tu. Kalau boleh bergerak ke mana-mana, i'll! Selagi boleh ikhtiar, aku takkan berdiam! Walau sesukar mana pun utk bergerak, yg penting selagi kudrat masih ada...aku mesti berusaha. Nak suruh aku duduk diam-diam & tunggu? No way! Kalau tak dak sebarang kepastian bahawa dgn menunggu itu aku pasti mendapat kemudahan yg lebih baik...aku pasti bergerak...utk mencari yg dinamakan kemudahan yg lebih baik itu.
Ni kira ok lah...sbb abang dah bagitau dgn yakinnya, dia akan datang jugak ambik walau macammana pun jemnya kat luar tu. Yang penting dia kata...jgn gerak mana-mana...tunggu!
:) Aku taklah kejam & mementingkan diri sampai kalau org nak fetch kita pun kita dok jalan pi mai sana sini lagik. Tapi, kalau takdak kepastian gitu...pasti aku tiada di sini lagi. Dan blog ini pasti terus sunyi tanpa update.
Hmmm...apa nak buat ekk sementara menunggu cik abang sayang sorang nih?!
Nak surfing internet pun...server telekom nih asyik down nih. Nak buat MAPS pun payah! Adeh...dah la tarikh tutupnya by this Friday. Fenin-fenin.
Cerpen HIKMAH YANG TUMPAH dah siap, cuma sesi make-up sket ;). Dah lama dah sesi make-up tuh...aku tak dan nak tgk lagi...sbb sibuk dgn packing barang utk pindah. Lepas pindah nih bley la kot author sket lagi cerpen tu.
Ntah kenapa...aku lebih senang dgn genre cerpen pulak skang nih. Masa aku mula-mula menceburi bidang penulisan secara serius & mendapat latihan terus drp tokguru-tokguru penulisan & sastera (baca : Prof Madya Rahman Shaari & Othman Puteh-allahyarham)...aku begitu tidak menggemari genre cerpen. Aku lebih tertumpu kepada puisi kerana bagiku tika itu, genre itu lebih dekat dengan jiwaku.
Aku hanya perlu mengucapkan dua tiga baris kata yg puitis utk menyampaikan beribu maksud & mesej! Yang penting, pemilihan kata yg dpt menyampaikan maksud, segar & unik. Temanya pula harus membawa pembaca ke arah pemikiran yg mendalam. Sebab tu, puisi aku selalunya double meaning ;).
Tapi jarangnya orang dpt tangkap maksud terselindung...kecuali yg benar-benar mengenali bahasaku.
Tapi sekarang, entah mengapa. Aku senang mengarang panjang-panjang. Dalam dua tiga jam sahaja...sudah menjadi satu cerita. Daripada idea yg dirangka dalam benak fikir, akhirnya terkarang satu cerpen.
Cuma malas mau hantar ke mana-mana. Rendah diri? Mungkin! Tapi, lebih kepada tidak ada penerbitan/majalah yg benar-benar aku rasakan sesuai utk karyaku itu... ;)
Lama rasanya meninggalkan arena sastera & penulisan. Mana Rahimiddin Zahari, kak Ade Irma, kak Rai, Siti Zarina Israry? Mereka yang kukenali dalam arena ini. Mereka juga hilangkah? Kali terakhir jumpa kak Rai & kak Siti Zarina tika hari penyampaian HSSBR '98 yg diadakan pd 2002 di DBP. Waktu tu Kak Rai baru kawin & Kak Siti Zarina sedg mengandung 6 bulan.
(kini aku pula mengandung 6 bulan, ke mana mereka?)
Tapi tak apalah, mereka ada contact yg cukup kuat dlm dunia itu...aku???
:)...contact person tu ada...tapi tak contact! :))
ekekekekk...
semoga aku dikurniakan kekuatan semangat & fikir utk terus berkarya, supaya niat pd awal pembabitan dlm arena ini dpt dilanjarkan.
Entah mengapa sekarang, hatiku mudah terusik. Semalam, rindu sangat-sangat pd abah. Hari ini, rindu pada sahabat-sahabat dalam 'dunia' itu pula!
Apa maksudnya ya?!
~~~
Hany FF
Catatan tika petang bagai malam
27 Mei 2004 M ~ 7 Rabi'ul Akhir 1425 H
No comments:
Post a Comment