Salam 'alaikum...
Hajat di hati...hari Sabtu lepas, nak juga update satu lagi post ke blog nih. Tapi tak kesampaian...apa nak buat. ;)
Masa itu milik Allah...kita yg mengurusnya.
Jika telah ditentukan masa itu untuk kita gunakan di jalan yg lain...maka itulah yang akan terjadi.
Sabtu lepas...awal pagi, dlm perjalanan ke pejabat...sambil-sambil tu dengar radio ERA. Tak tahu lah siapa DJnya...tapi yg pastinya dia siarkan nasyid ALlahu dendangan Raihan yg terbaru nih. Walaupun sebutan ALlahu dia tu bunyinya macam pelat "Al-lahu", tapi at least dapat gak pahala bila ramai pendengar sebut nama ALlah dengan 'banyaknya' pd pagi tu.
Insaf sekejap...berapa banyak kita mengingati Allah setiap kali kita bangun tidur...setiap pagi semasa bersiap ke pejabat...setiap kali naik kenderaan...dalam setiap langkah kita utk mencari rezeki di muka bumi itu? Semuanya berlaku dengan izin Allah.
Tak mustahil bila-bila masa DIA boleh tarik balik ni'mat semua ini.
Lalaikah kita?
Cukupkah hanya dengan do'a bangun tidur...solat subuh...ma'thurat setiap pagi kita lakukan dengan patuh...tapi hati kita masih tak tunduk pd DIA.
Cukuplah kalau kita membicarakan perkataan 'tunduk' itu pun...
Pasti tidak terhujah kita...
Tunduk?
TUNDUK...TUNDUk...TUNDuk...TUNduk...TUnduk...Tunduk...tunduk...
Begitulah kalau boleh kugambar tunduk yg mesti kita hayati dalam setiap ruku' dan sujud, dalam setiap langkah dan bicara, dalam setiap laku dan niat kita.
*Andai boleh huruf-huruf itu dikecilkan lagi...nescaya, tiada mata yang dapat melihat perkataan itu lagi. Harapnya hati kita juga boleh diasuh untuk sentiasa tunduk & taat kepadaNYA...Rabbul Jalil.
Hati ini, kalau boleh dipujuk...
Hati ini, kalau boleh dituntun...
Hati ini, kalau boleh diasuh...
Dengan kalamMU,
Dengan cahayaMU ILAHI.
Nescaya tiada rasuk lagi,
Tiada histeria yang menempik gah,
Tiada langkah yang hina,
Tiada bicara yang dusta,
Tiada wajah yang berpura-pura,
Hingga selagimana langkahnya bertakhta di tanah ini,
Tiada siapa yg kenal dirinya (selain makhluk sewajah),
Tatkala mati...dan langkah pun terhenti,
Langkah hina, bicara dusta, dan wajah itu pun tercalar,
Dengan berita yang benar!
p/s: Satu ketentuan lagi...hari ini aku dah dapat surat dr HR utk penempatan semula berkaitan dengan projek TM Wholesale-Retail ni. Sah, aku ditempatkan di sini! Di sini...sebagai Assistant Manager-Technical Support ND TGH (report to GM ND TGH...as usual). Cuma bezanya, tinggal sendirian saja di sini...sedang Kak Intan ke CAN KL (semoga berbahagia di sana...). Dua post yg sedang kami pegang sekarang digabung tinggal satu. Dan itulah tanggungjawab yg bakal aku pikul bermula 1 Julai 2004 ini. Doakan aku! ( :(( )
~~~~~
~~~
Hany FF
"ini soal HATI yang jarang dibicara..."
25 Mei 2004 M ~ 5 Rabi'ul Akhir 1425 H
No comments:
Post a Comment