Friday, July 31, 2009

Tentang Hilang(?)

Dah lama dan peramkan.

Geram betul saya bila terdengar ada suara memberi respons begini ketika saya memberitahu handphone saya hilang tempohari.

"Aaa...hilang lagi? Asyik hilang je!"

Hello! Bila masa pulang asyik hilang? Ini handphone pertama saya yang hilang secara hakikinya, memang handphone sajalah yang hilang.

Ini sejarah handphone saya :-
1999 - Mobikom handphone, 018-*******
--> Hilang pada 2001 bersama beg sandang saya yang dicuri di Surau Puduraya ketika menunaikan solat Subuh (yang ni hilangnya bukan hakiki hilang handphone saja, tapi juga 1 beg yang berisi pelbagai barangan berharga lain e.g : Rantai emas, jam tangan hadiah daripada Kak Nuun, duit raya beratus RM, senarai email Anak Perlis untuk dibuat yahoogroups!, buku-buku ilmiah yang tak ternilai harganya).
Kemudian, saya menggunakan pula Nokia 3310 sejak tahun 2001 dengan nombor 012-5535084 (Hotline Maxis).
Sejak bekerja, saya menukar kepada line TM Touch ketika itu, 013-3******.

Hanya pada 31 Ogos 2005, setelah Nokia 3310 saya mula bermasalah dengan bateri, Abu Nufayl mencadangkan saya untuk menukar handphone. Dia bersungguh-sungguh mempromosi Motorola e680i (PDA Phone - symbian OS)...akhirnya saya bersetuju apabila Abu Nufayl menghadiahkannya - advance birthday present (2 bulan awal!) ;) Phone ini sangat marvellous sebagai multimedia phone (speaker, video etc best). Ia menemani saya apabila mendengarkan bacaan surah-surah amalan ketika mengandung sepanjang perjalanan saya daripada Bukit Mahkamah ke stesen LRT Masjid Jamek hinggalah ke stesen Kerinchi, ..juga menemani saya dengan aktiviti surfing internet via GPRS ketika berpantang Nuha di kampung yang tiada talian internet itu. Baterinya juga tahan lama.

Tapi sayang, selepas itu, ia mula bermasalah - bateri.

Tahun Februari 2008, Abu Nufayl mencadangkan saya trade-in Motorola e680i dan dia memilih Dopod 838 Pro yang punya QWERTY keyboard. Saya berasa sangat selesa dengan Dopod 838 ini melainkan apabila pulang ke kampung di Perlis kerana ia tidak dapat catch line. Tak apa bagi saya, saya kan bercuti!

Hanya selepas berpindah ke Aman Perdana pada Julai 2008, saya mula berasa sedikit susah dengan Dopod 838. Di rumah, saya tidak menerima sebarang call/sms. Apabila diperiksa rupanya phone saya tidak dapat catch line. Jenuh saya berurusan dengan fixed line apabila bercuti di rumah dan terpaksa melangsaikan tugasan pejabat.

Akhirnya pada April 2009, Abu Nufayl offer pada saya HTC Diamondnya. Saya menerima. Dia menukarkan Dopod 838 Pro saya dengan HTC Touch Pro, yang dibuat hak miliknya. Saya tak kisah asalkan telefon saya dapat berfungsi sebagai handphone...itu sudah cukup baik. Tapi dengan HTC, ia lebih daripada itu dan saya bersyukur.

Inilah baru handphone saya hilang. Dan suami saya memilihkan Toshiba Portege G910 untuk saya. Sekali lagi PDA Phone (dia siap pasangkan skin warna pink untuk saya, trimas bang). Dan, saya sentiasa bersyukur.

p/s: Takat hari ni pakai...baru seminggu lebih..tapi selesa lah. Wireless bagus. Surfing selesa. Push email pun cepat je. Untuk fon & sms...lagi la ok, ada QWERTY keyboard.

5 comments:

Farra Da Smiley said...

biarlah org nak kata ape..bukan duit diepon kuar yer dok?

alhamdulillah murah rezeki abu nufayl nak hadiahkan..kite kalau nak kene usaha sendiri ;)

so dah boleh terima call / sms eh masa dok umah?

aida said...

ish sabar-sabar, relax hany... nak buat camna dah nak hilang.. bukannya hany selalu hilangkan hp pun..

bak farra kata, duit sendiri, bukan duit dieorang yang komen pun

Anonymous said...

wah....siap ingat bulan & tahun setiap hp...hebat.

-ibu Afiq-

Lenny said...

ah..kak hany promote semua jenis hp yang pernah diguna. ;)

abu nufayl said...

kalau nak kata "asyik hilang saja" bukan pada Ummu Nufayl. Itu pada Abu Nufayl. Sejak 1997, dah yang ke 15.. err 16? tapi tak semua hilang.. 1 rosak, 4 trade in. yang lain tu ja barulah hilang... haha..