Sebenarnya, 20 Jun lalu pulangnya daripada BIPOPs IU Cyberjaya, MMU Cyberjaya...saya perasan yang HTC Diamond saya tiada dalam beg saya. Dengan penuh harapan positif, saya menganggapnya tersalah letak. Namun, kesempitan masa tidak mengizinkan saya mencari HTC Diamond kesayangan saya - sebab bermukim di rumah adik di Seri Putra manakala Abu Nufayl berpergian kerana tugas.
Hujung minggu berikutnya, saya terus mencari. Tapi bayangnya pun tak dapat saya jejaki.
Hari-hari berlalu. Harapan positif saya yang tinggi sebelum itu kian pudar. Saya kian sukar dihubungi. Tapi, saya tak terasa langsung kesukaran itu. Saya senang tanpa PDA Phone mahupun telefon bimbit. Saya hidup sederhana. Ketika berpergian, saya gunakan telefon awam untuk menghubungi suami. Itu saja yang penting bagi saya...kegiatan lain dengan PDA Phone, saya padamkan daripada memori.
Saya dan suami cuba juga mencari telefon Motorola & CSL yang sering menjadi standby phone. Entah kenapa, 2 hp itu pun tak dapat dijumpai.
Hari ini, setelah genap sebulan tanpa alat telekomunikasi itu, suami mengajak saya ke Digital Mall, Seksyen 14 PJ. Dia bertanya wishlist saya.
Jawab saya :
1. Breastpump - double auto (masih survey antara Ameda Lactaline atau Medela FS/PISA)
2. Breadmaker (Kenwood BM250 should be ok)
3. Mesin Jahit Tepi
Uiks...taknak telefon ke? Dia bertanya.
Saya geleng saja. Saya penat nak membeli lagi. Bukan murah harganya.
Walau HTC Diamond saya adalah 2nd hand drp Abu Nufayl, saya tetap membayarnya (dengan diskaun yang banyak!) Kita carilah Motorola/CSL phone kat rumah tu. Saya nak guna yang itu saja.
Walau HTC Diamond saya adalah 2nd hand drp Abu Nufayl, saya tetap membayarnya (dengan diskaun yang banyak!) Kita carilah Motorola/CSL phone kat rumah tu. Saya nak guna yang itu saja.
Rupanya, malam ini...rezeki saya untuk dapat Portege G910! Alhamdulillah!
Dapat harga yang berbaloi di PDA Expert yang sememangnya mengenali Abu Nufayl. Dopod 838 saya dulu pun dibeli di sini.
Untuk Portege G910 ini, Abu Nufayl bagi subsidi. Saya kena bayar juga...tapi sikit sangatlah.
Fungsi dan spesifikasinya lebih kurang HTC Diamond, cuma kurangnya pada kamera. Hanya 2MP. Tak ada fungsi roll-on dan auto-adjust landscape-potrait, juga tiada text message conversation...yang bagi saya hanya kosmetik dan tidak mencacatkan fungsi sebenarnya.
Usai urusan di Seksyen 14, kami ke Uptown menikmati makan malam kegemaran kami di Arjuna Village dan Nufayl dengan Lamb Chop Hot Platenya di Yazid Steakhouse.
Last but not least...Raja Kunyit dan D2 mengakhiri malam kami di Uptown.
Burp! Alhamdulillah!!!
Inilah hikmahnya menjadi isteri yang bersyukur. Tak minta PDA Phone...dapat juga gantinya satu. ;)
8 comments:
Woho! HTC Diamond hilang di MMU ke? Tak bagitau pun!
:D
tak tau la hilang di mana. rasa cam ada je dia dalam beg tu. tapi hari ahad tgk dah takde. pelik! dalam kerete mudin takde kan...heh!
hebat! sumai tanyer wish lists...rezeki hany la ;)
Haha, kalau jumpa dalam kereta saya, jadi milik sayalah ya?
:D
tak mintak dapat Portege G910! ..kalau mintak dapat apa agaknya abu nufayl bagi? tulah rugi tak mintak :P
lihat gambar nuha itu, nampaknya dia has become a 'girl'
^_^
hoho...kalau mintak, rasanya tak dapat. kan gitu abu nufayl? ;)
dianz, yes absolutely. she also mentioned herself as kakak (not as adik anymore). ;)
kak..kalau akak berminat nak beli medela FS, sy bleh recommend satu online kedai..die jual 1699 jer, compared to retail price 2299.
berkobar2 nak bf nih hehehe...
selamat berpuasa =)
Post a Comment