Assalamualaikum warahmatullah semua.
Pujian buat Allah Tuhan Sekalian Alam dan Salam buat Rasul Junjungan SAW
Banyakkan doa pada Allah yang Maha Mencipta dan Maha Memusnah.
Secoret pengalaman ringkas sebuah keluarga. Ambillah teladan...
Selepas outstation berpanjangan. Seminggu di Sabah. Ke Marang. Kemudian ke Sarawak. Kemudian ke Taiping dalam selang masa sehari hampir semuanya. Si abah mulai batuk, selesema. Kemudian demam panas. 2 hari berturut-turut. Pun masih di ofis. Demam pun fed-up, lalu kebah. Batuk dan selsema belum selesai.
Hari kedua si abahnya demam, si anak mula demam panas pada Khamis malam. 39 darjah ++ bila malam. Bagi suppository voltaren - kebah sekejap. Kemudian naik balik suhunya. Hari Jumaat bawa ke Pusat Perubatan Swasta terkenal kononnya. Bagi PCM. Ubat batuk, selsema. Balik.
Sabtu demam, Ahad demam lagi. Isnin demam tak kebah juga. Paginya bawa lagi ke Pusat Perubatan Terkenal itu. Diberi tambahan ubat - antibiotik. Dan swab test. Keputusannya Rabu. Huh..
Perjalanan pulang, si ibu mula bersuara. Tak puas hati kerana tak buat rapid test. Yang si abahnya tengah tak sedap badan juga. Membara baralah lah juga. Penat seharian menunggu. Sikit lagi nak pengsan. Tubuh belum pulih sepenuhnya. Masuk pula dos suara berlebihan. Tapi lebih dos pun, kadangkala jadi ubat. Jangan selalu dah.
Namun kasih ibu dan ayah. Selepas satu panggilan kepada seorang Dr - Pengarah Perubatan yang dikenali, terus buat keputusan penting. Lalu di pertengahan jalan pulang ke rumah dari Subang Jaya, membelok ke TTDI Jaya, Shah Alam. Ke klinik berdekatan bila suhu si anak melambung lagi di dalam kereta. 39.5 darjah. Klinik MxxxA - KCR0038 (Rangkaian Klinik Cegah dan Rawat H1N1)
BUAT RAPID TEST!
Dan itulah dia. Yang liat sangat Pusat Perubatan Terkenal nak buat. Tak tahulah kenapa. Habis stok katanya. Itu yang kena tunggu Rabu. Bila buat di klinik ini, sah, positif!
BILA UBAT HABIS!
Berkejar ke Hospital Swasta Terkenal PJ pula. Tunggu giliran hampir sejam. Bila masuk jumpa doktor, anak ini terpaksa pula dimandikan jururawat. Terlalu panas. Longlai.
BILA WAD PENUH!
Tanpa berkira, pindah! Serta merta ke Pusat Perubatan Swasta di Bangsar. Selepas 1 jam lebih, barulah ada tempat di Wad Rawatan Rapi. Padat sungguh hari-hari kebelakangan sejak H1N1 melanda.
Di Wad, uminya mengandung, high risk, tidak dibenarkan meneman. Begitu juga adik kecilnya. Jadi, di situlah kami sejak 24 Ogos 2009. Aleef Nufayl dan abahnya. Dengan Nufayl menjalani ujian dan rawatan bermacam jenis. Tamiflu la, Zithromaxlah dan apa-apalah lagi. Nebuliser siang malam. Suhu 3 jam sekali. Adoii.. Si Nufayl pula, hidung tersumbat, jam 3 pagi, dikejutnya kata sesak nafas. Nasib baik abahnya tak ada heart attack!
Walau apapun, iktibarnya, jangan ambil mudah, and never take any chances dalam musim sekarang, walau seberapa ringanpun ia. Jangan sampai kita lafazkan,
WHAT IF?!...
Kerana ia mungkin berat. Doakan kami sekeluarga. Khusus buat Nufayl agar sembuh sepenuhnya. Dan sekurangnya 7 hari dalam tempoh kuarantin ini bagi yang lain.
Puji dan syukur sekali lagi, buat Allah Maha Pengatur, Maha Bijaksana. Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Wallahua'lam.
Abu Nufayl - PMC 250809
8 comments:
didoakan moga nufayl cepat sembuh, insya-Allah, amiinnn.
Zainal & Kak Hany, doa kami bersama kalian keluarga. Kami tahu kalian kuat. Moga cepta sembuh, Insya Allah.
:)
semoga nufayl cepat sembuhhh..aminnn
moga semuanye selamat..ameen.sabar ye kak hany & abg zainal.
Semoga Nufayl cepat sembuh dan ahli keluarga yang lain terlindung dari musibah.
zainal/hany, ape khabar korang sekeluarga ? Moga semua selamat.. amin!
kak hany,
nida menemankan alif di hospital skrg, same condition like nufaly, baru 1 1/2 hari di Sunway Med. Malam2 diceroboh juga si bapa walaupun tak dibenarkan 2 org penjaga...kat sini ibu mengandung takde plak dicegah menjaga.
Doakan kami sekeluarga sihat juga.
-ibu afiq & alif-
Thanks semua atas support & doa. Nufayl is recovering. Kami dah melewati tempoh kuarantin pun & dah mula menjalani hidup spt biasa.
Nida, ya ke? Baca selawat shifa' banyak2 keyh. You also kena take take. Selalu basuh tangan dgn cara yang betul slp nursing dia, atau beraktiviti bersamanya. Pakai mask salu keyh.
Akak kat hospital je takleh jaga...doc memang strictly not advise. Nasibla Abu Nufayl pun bleh jaga. Tapi kat umah, tiba2 tgh malam, Nufayl dah cari Ummi. Nak tidur dgn Ummi, nak peluk Ummi. Kesian kat anak. Peluk la juga, tapi kena berjaga2 bab pernafasan tu. Doa kami mengiringi kalian. Semoga Alif cepat sembuh!
Post a Comment