Ketika kaki saya melangkah keluar dari rumah, awal pagi Sabtu 31 Jan 2009 - saya membawa bersama material untuk projek Tudung DIY dan juga mesin jahit. Juga semua tudung yang telah saya jahit sebelum ini. Sebenarnya, langkah saya itu sedikit longlai dengan sedikit kekecewaan kerana jahit tepinya menyebabkan tudung saya beralun di kepala (cantuman awning-body).
LEARNING TIPS 1 : Jahit tepi pada cantuman awning dan body tudung perlu guna jahit tepi biasa - benang nylon putih.
Alhamdulillah, di kampung suami...semua itu dapat diperbetul. Saya hantar semula untuk jahit tepi dan sebarang senget-benget disebabkan jahit tepi kedua itu, saya betulkan semula.
Hasrat saya untuk jahit tudung baru menggunakan kain Nagoya, saya tangguhkan dulu.
Selepas 2 hari di Kelantan, bermulalah Learning of Journey saya. Mengapa ya saya namakan perjalanan ini sedemikian rupa?
Tak salah rasanya, kerana dalam setiap perjalanan memang banyak hikmah yang perlu dikutip dan dipelajari.
Internal Quality Audit 1/2009 di ND Timur
2 Feb, Isnin - Opening Meeting & Audit TX/NGN Timur dan AND Terengganu @ MMC Marang 3 Feb, Selasa - Audit AND Kelantan @ TM Pengkalan Chepa
4 Feb, Rabu - Hari Perjalanan dari KB-Kuantan
*Tinggal anak di Kelantan, Ummi ke Kuantan & Abah ke Taiping & KL.
Saya tumpang Akmar dan suaminya ke Kuantan.
Singgah makan di Restoran Lempeng, Marang. Sedap juga!
5 Feb, Khamis - Audit AND Pahang @ TM Alor Akar
6 Feb, Jumaat - Closing Meeting @ Wisma Mahkota, Kuantan.
Layanan orang region Timur memang superb! :) Dapat juga jumpa beberapa sahabat yang bertugas di sana dan dah lama tak jumpa.LEARNING TIPS 1 : Jahit tepi pada cantuman awning dan body tudung perlu guna jahit tepi biasa - benang nylon putih.
Alhamdulillah, di kampung suami...semua itu dapat diperbetul. Saya hantar semula untuk jahit tepi dan sebarang senget-benget disebabkan jahit tepi kedua itu, saya betulkan semula.
Hasrat saya untuk jahit tudung baru menggunakan kain Nagoya, saya tangguhkan dulu.
Selepas 2 hari di Kelantan, bermulalah Learning of Journey saya. Mengapa ya saya namakan perjalanan ini sedemikian rupa?
Tak salah rasanya, kerana dalam setiap perjalanan memang banyak hikmah yang perlu dikutip dan dipelajari.
Internal Quality Audit 1/2009 di ND Timur
2 Feb, Isnin - Opening Meeting & Audit TX/NGN Timur dan AND Terengganu @ MMC Marang 3 Feb, Selasa - Audit AND Kelantan @ TM Pengkalan Chepa
4 Feb, Rabu - Hari Perjalanan dari KB-Kuantan
*Tinggal anak di Kelantan, Ummi ke Kuantan & Abah ke Taiping & KL.
Saya tumpang Akmar dan suaminya ke Kuantan.
Singgah makan di Restoran Lempeng, Marang. Sedap juga!
5 Feb, Khamis - Audit AND Pahang @ TM Alor Akar
6 Feb, Jumaat - Closing Meeting @ Wisma Mahkota, Kuantan.
Hari Jumaat, selepas semua orang pulang ke KL. Saya yang masih menunggu Abu Nufayl di Kuantan diambil oleh makciknya yang datang dari Pekan. Hampir jam 12 tengahari, suami saya memberi mesej - extend bilik hotel. Checkout esok, keluarga dari Kelantan turun ke Kuantan. Tapi pada masa yang sama Makciknya (Mak Su Ani) dah sampai di Kuantan. Ups...sempat lagi saya jumpa Sida (Tengku Rosidawati, my x-roomate) dan ajaknya ke bilik sambil update tentang diri masing-masing! ;)
Jadi, antara hati yang berbelah bagi...samada menunggu suami dari KL dan anak-anak dari Kelantan tiba ke Kuantan, atau mengikut Mak Su Ani ke rumahnya di Pekan. Demi tidak menghampakan hati orang yang telah jauh datang mengambil saya di Kuantan, saya mengikutnya pulang ke Pekan.
Mak Su sebenarnya pandai menjahit...dan sejak setahun belakangan ini beliau terlibat langsung dengan GiatMARA untuk kedai jahitannya. Telekung yang dihadiahkan si dia dahulu pun, dijahit dan diposkan oleh Mak Su Ani *wink wink*. Saya menyatakan hasrat kepada Mak Su untuk belajar potong dan cantum lengan dan baju yang tiada pesak - boleh saya aplikasi untuk membuat jubah dan blaus labuh. Hasilnya, kelas tengahmalam...memotong dan menjahit blaus labuh! Kain semuanya saya pilih di kedai Mak Su Ani saja! Betapa berharganya ilmu yang saya dapati! Alhamdulillah!
Cuma, kerana kerinduan si suami, seawal jam 7.15 pagi dia dah sampai ke Pekan untuk mengambil saya. Dan pagi itu, saya dan Maksu tak sempat menyambung pelajaran untuk mencantum...tapi setelah mendapat tips-tipsnya, Insya'Allah.
Di Kuantan, anak-anak dan keluarga mertua sudah menanti kami pulang.
Kami singgah makan tengahhari di rumah Pak Harun (adik Abah) lalu terus ke Nenasi, rumah Tok Abu Nufayl. Nufayl dan Nuha tak sabar-sabar ke pantai. Sayangnya, ombak agak deras dan menakutkan. Lagipula, air pasang. Esoknya, selepas sarapan. Kami bawa budak-budak bermain air di pantai. Jam 12 tengah hari, bermula perjalanan pulang dari Nenasi, Pekan ke KL melalui Bukit Ibam-Muadzam-Jempol-Kuala Pilah-Nilai-KL. Permintaan Nufayl nak singgah di 'kedai besar', jadi kesempatan itu kami singgah sebentar di Midvalley. Sempatlah Ummu Nufayl membeli-belah beberapa helai kain untuk projek blaus nanti. Iyalah, tudung dah ada...kenalah ada baju yang matchingnya juga. Jimat apa buat sendiri kan? Nuha dapat 4 helai kain untuk jubah, baju kurung, blaus dan baju tidur. Saya sambar 3 helai kain remenance RM10 per meter untuk kebanyakan projek itu. Murah daripada harga sebenar! Hanya 2 helai kain yang saya beli dengan potongan 20% untuk blaus saya dan blaus Nuha.
Hari Isnin, selepas sesi mengemas rumah yang dah berhabuk kerana ditinggalkan hampir 10 hari, masak dan makan-makan. Saya menjahit blaus hingga habis. Tinggal lubang butang dan butangnya belum saya buat. ;)
Kesimpulannya, saya sangat berpuas hati dengan perjalanan kali ini.
Banyak yang saya belajar di tempat orang.
Juga, ilmu tak ternilai - cara membuat pola, memotong dan menjahit blaus. Thanks Mak Su! Thanks semua!
3 comments:
Hany, ada tag, tlg jawab yer :)
ye ke? ok insya'Allah :)
assalamualaikum salam perkenalan sy hanim..brminat jgak nk buat blaus sendiri bleh bg tip n cara potong kain..makacih
Post a Comment