Monday, April 16, 2007

Outstation vs Balik Kampung!

Jumaat petang, terus kami menghala ke Kelantan. Abang datang jemput dari pejabat, bersama Nufayl, Nuha & Abe Cik.

Ada kisah lucu di sebalik balik kampung kali ini.

Di Genting Sempah, dalam perjalanan pulang ke Kelantan.
Tika itu, kami sedang menjamu selera - makan malam.

Waktu kami tengah makan tu, memang dia dok buat perangai la.
Turun drp kerusi, merangkak kat lantai. Pastu dok buat posisi Cicakman atas bumbung...tapi kami tak layan.
Lepas tu, dia jd good boy...makan elok2 balik. Tapi, lepas tu...

Tiba-tiba, ada budak sorang tu bangun.

Berdiri atas kerusi.

Sambil mengangkat kedua-dua tangannya ke atas,
dia berkata dgn semangatnya, "Sayalah Cicakman!" (Dengan pelat pulak tu)

Oh, tolong! Tak sangka!
Semua orang tengok. Ada yang senyum-senyum simpul.

(Tak sampai hati nak gelak kot)
Kami menghambur ketawa.


Dia, budak tu...tatau apa. Buat selamba.

Sambung makan.


End.

No comments: