Insya'Allah dah tak lama. Bakal boleh dihuni
(i) Jannatul Hany
Insya'Allah dah tak lama. Bakal boleh dihuni. Bila tu, berserahlah kepada perancanganNYA. Tapi, semuanya boleh dikatakan di peringkat akhir belaka. Impian sejak 20 tahun lalu bakal terlaksana insyaAllah, bulan ini atau bulan hadapan. Bukan impian seorang cuma. Ini impian satu keluarga. Selepas kembalinya dia kepada al-Khaliq, dan kami kembali bermastautin di halaman bonda, kami semua memasang impian untuk punya rumah sendiri.
Saya mahu bilik saya, mahu perpustakaan, Dik Id dan Ayeh dengan impian bilik masing-masing. Mama dengan rumah idamannya yang mesti punya bentuk sedemikian, dapur sedemikian dan bilik tidurnya yang sedemikian.
Kami masing-masing mencipta impian, dan meletak harap supaya impian dpt dipenuhi dengan usaha dan izinNYA.
Usaha pertama bermula 4 tahun lalu, sebelum walimah FZH lagi. Hajat bonda untuk berwalimah di rumah baru tak kesampaian. Banyak betul rintangan semasa pembinaannya. Tapi, FZH tak kisah. Saya lagi suka kenduri di rumah tok (sebelah saja), sebab di situlah saya dibesarkan(walaupun sebenarnya tiada bilik khas utk kami dan terpaksa bina dinding pd sebahagian ruang tamu utk dijadikan bilik pengantin). Nasiblah rumah kampung ni besar dan ada banyak ruang tamu. Jadi, taklah memberikan kesan sgt kepada ruang.
4 tahun lalu, ia bermula. Insya'Allah kini akan berakhir.
Buat sikit-sikit lama-lama siaplah.
Insya'Allah, walimah Dik Id bulan Ogos nanti boleh buat kat rumah baru.
Tak sabarnya!
Kami namakannya Jannatul Hany, sempena nama bonda, Hanisah Jusoh & anaknya ini (HanyFF) bolehlah tumpang sekaki. Dalam bahasa Arabnya, Jannatul Hany bolehlah diertikan sebagai Jannatul (syurga) Hany (yang tenang) = Syurga yang Tenang.
Lokasi Jannatul Hany, Pdg Melangit, Perlis. (sumber : google earth)
Jannatul Hany, Disember lalu ketika masih dalam pembinaan.
(ii) Nufayl lagi
~Cakap~
Haii...budak kecik sorang ni dah pandai membebel (sebelum tidur pun membebel). Suka betul cerita-cerita. Ummi & Abah pun tak faham sangat bila dia cakap cepat-cepat. Dua-tiga hari ni dia suka cakap "tapi"... :)
Bila kita kata, "Nufayl ucuklah."
Dia dah pandai balas, "Ummi ucuklah."
Bila kita kata, "Nufayl ni wangilah."
Dia pandai pulak tukar perkataan, "Ummi ni ucuklah."
Nufayl ni pelat sikit. Terhibur dengan kletahnya yang bercakap banyak walaupun pelat.
Kalau Noddy (siri kat PHDC) tu, dia akan kata "NONNY" ataupun "DODDY"...
Oh...Petronas, dlm posting dulu...Ummu Nufayl cerita dia sebut "nununash". Sekarang dah ada improvement, "letonashhh". :D
~Panggil Adik~
Dulu, masa mula-mula. Dia panggil adik dia dengan nama, "Aiyaaa"...agaknya Alya. Tak tahu kenapa, agaknya sbb kat rumah pengasuh ada baby nama Alya kot.
Kemudian, kami bagitau nama adik Nuha.
Nufayl panggil "Nuwooo". Susah kot nak panggil Nuha.
Seminggu lepas, dia dah panggil cam lain dah. Dia panggil, "Uh haa, Uhh haa". Ok...Nuha la tu. Missing N.
;)
~Lagu~
Bila masuk kereta, Ummi & Abah terpaksa kompromi sebab si Abang dah pandai buat permintaan lagu.
Pilihan 1 : lagu cicakman (Professor Klon, Aznil),
Pilihan 2 : cali-cali (Cari Pasangan, Rabbani),
Pilihan 3 : Ciiii (ABC),
Pilihan 4 : amat ari aye (lagu Selamat Hari Raya, Ahmad Jais).
Kalau kami bukak Quran, dia kenalah dengar jugakkan.
Transformasi ni baru je berlaku. Sejak Abu Nufayl make-upkan 'wife' dier.
~VCD~
Dah jadi kegemaran dia pulak dah, VCD Barney & Cicakman. Gilir-gilir pasang.
Kalau tak ada orang tolong pasangkan, dia pasang sendiri (PC kat rumah tu autorun bila masukkan VCD, so blehla). Pegang CD pun dah pandai. Pegang kat tengah dan tepi (tapi, kadang-kadang Nufayl pun lupa juga).
Sampaikan setiap babak tu dia dah ingat apa yang akan berlaku.
Selalunya, kami bagi dia tengok VCD time nak wat keja, supaya tak kaco adik.
Tapi, ari tu kami satu famili temankan Nufayl tengok VCD. Time tu Barney. Nufayl ada la jugak koleksi Barney ni. Yang paling dia suka yang "Barney pegi tuulah" (Barney going to school/Barney pergi sekolah la) & yang tu yang paling baru dibeli.
1st time tengok VCD yg baru ni dengan dia. Dia macam excited sangat bila Ummi & Abah temankan. Bila ada apapa, dia yang gelak dulu (dia suka part lakonan Red Riding Hood (yellow!)). Pastu, bercerita kemain ttg apa yang dia suka. Lepas tengok Barney, kami tengok Cicakman pulak (dah berbulan beli, tapi baru nak tengok bebetul...salu Nufayl je tengok). Dia excited jugak. Part lawan tu...suka sangat dia.
Bila tengok dia excited...nampakla...selama ni dia dok tengok sorang2. Agaknya dia boring gak kot. Tapi dia tak reti nak habaq. Paling2 pun ajak teman. Kadang2 kita sibuk, sambil temankan pun kita wat keja.
So, malam tu menitis air mata Ummi kesian kat Nufayl...sekeluarga temankan Nufayl termasuk adik Nuha.
~Tolong Ummi~
Mesti ada yang masih ingat gambar Nufayl tumbuk guna lesung batu dulu kan?
Rajin. Mintaklah tolong ambilkan apa-apa. Mesti dia tolong.
Selalunya, Ummi mintak tolong dia ambil tisulah. Sebab adiknya selesema.
Dulu, masa Nuha baru lahir. Minta tolong dia ambilkan bantal & selimut adik. Ingatkan dia tak faham. Tapi, lepas tu dia bawa semua yg Ummi minta. Aduhai!
Bila Ummi mengadu letih & sakit. Nufayl tanya, "Akit? Ummi akit?"Lepas tu, dia usap-usap lutut. Ambil minyak (eksen saja ok..1 titik, bukan ambil betul. Kalau dia dpt minyak..nayo!)...sapu kat lutut Ummi. Adeh...terharu Ummi.
No comments:
Post a Comment