~~~
NUHA
Errm...tak tahu pukul berapa Nuha tidur.
Bila saya bangun pukul 12 am, dia jaga. Pukul 1 am pun jaga. Pukul 2.30 am pun dia jaga. Pukul 5 am pun dia jaga. Sampai pukul 7 am pun dia tak tidur lagi.
Sabar je la...macam-macam aktiviti dia. Main anak patung ('baby dul' kata Nufayl), main rambut ummi, cakap sorang-sorang. Hmmm...boleh tahan jugak mulut anak dara sorang ni. Tak berenti. Tak paham Ummi! :D
So, macamana?
Aduh...anak dara saya dah mula ikut perangai Abang dia.
Anak dara tak boleh macam tu lah...tak baik jadi burung hantu!
~~~
NUFAYL
Kisah permintaan lagu dah cerita. Lagi mau cerita apa ya?
Sebenarnya bukan apa-apa. Letih juga dengan dia yang dah banyak karenah. Sekarang dah pandai cakap, lagi lah. Kena banyakkan kesabaran & ketenangan. Moga-moga kami boleh jadi ibu bapa yang baik...Ameen!
Baru-baru ni, ada satu kejadian. Memang buatkan saya terfikir...
-Seorang hamba Allah bercakap dengan nada jerkah.
-Nufayl pun tanya, "Pakcik wat ape tu?" (dia memang suka bertanya "wat ape tu", "ape tu")
-Ummi pun jawab la, "Pakcik kata Hello." (cover)
-Nufayl dengan perlahan berkata, "tak baik...takbaik".
Ohh...anak saya sudah besar. Dah pandai menilai!
Errr...dah mumaiyiz ke? :D
~~~
MAKCIK
Hari tu, saya jalan-jalan. Ada budak tegur (dlm umur 6-7 tahun).
"Makcik, beratnya beg!" (beg laptop).
"Aaah...", jawab saya.
Dalam hati saya, baiknya budak ni...prihatin!
Lepas tu, terfikir pulak...eh, dia panggil saya apa tadi?
Makcik????
No comments:
Post a Comment