Wednesday, April 27, 2005

UNTUK DUA INSAN TERCINTA

Pagi tadi, matahari sungguh cerah di kaki Bukit Larut ini. Kabus bertautan dengan hawa dingin. Dan aku rasa sungguh bertuah. Senyum suamiku cukup untuk menyatakan terima kasihnya. Kami di Taiping tika ini (jadualnya hingga esok). Dan, hari ini hari lahirnya. Dia sanggup mengikutiku bertugas di luar kerana tidak mahu melepaskan saat ini untuk bersama-sama isteri dan anaknya.

Untuk suamiku, Mohd Zainal Badri bin Mustafar
"Selamat Hari Lahir Abang, 27 April"

Moga ni'matNYA mengurniakan hari ini pada kita, menjadi pembelaan buatmu di 'sana' kelak.
Kita dikurniakan hari dan saat ini, pasti rancanganNYA besar buat kita. Mungkin juga ada misi yang belum terlaksana.

Ada cadangan hadiah untuk dia? Saya masih belum ada cadangan. Cuma cadangnya hujung minggu ini mahu ke KL-International Book Fair di PWTC, mahu menjengah Buku Pengembaraan Ibn Batutta keluaran IKIM. Sudah beberapa bulan berhajat mencari buku itu. RM? hehe..dengarnya 200 lebih ya Aida? Atau ada cadangan lain...bukan harga menjadi nilaian, tapi saya suka mencari yang bernilai untuk kegunaan dia. :)

Untuk Abah, Allahyarham Fuad bin Salleh
Selamat Hari Lahirmu, 25 April lalu. Anakmu sentiasa mengingati hari kelahiranmu walau pulangmu kepada AlKhaliq telah lebih 18 tahun yang lalu. Semoga Abah tenang di 'sana'. Hari lahirmu mengingatkan anakmu ini untuk sentiasa menjadi sedekah jariahmu yang hidup, sementara masih ada nafas. Sejak sepuluh tahun lalu, kata-kata ini menjadi inspirasi anak sulungmu ini "Pemergian adalah fitrah hidup hakiki, tetapi perjuangan adalah wasiat semangat yang abadi"

Terima kasih Abah kerana mendidikku menjadi Hany Fariza seperti hari ini.

Malam ini datang lagi di Bandar Warisan ini. Ada rancangan apa ya? Tengoklah dulu :)


~~~
Hany FF
18 Rabi'ul Awal 1426 H

Friday, April 22, 2005

Will You Missing Me?

Salam 'alaikum wbt

Sekadar pemberitahuan, mulai Isnin minggu hadapan saya tiada di pejabat hingga Jumaat pada minggu yang sama kerana ada kursus di KLT Taiping. Kursus Rabu-Khamis. Travelling day Selasa. Isnin pula saya bercuti kerana pulang ke kampung halaman suami di Kelantan.

Jadi, sapa kirim apa-apa dari Kelantan, SMS/telefon la yer! Tudung bidang 60 inci, yang ada sulam-sulam kat tepi banyak kat Kelantan...nak kirim cepat-cepat SMS saya. Yang ada batu (diamond) dan yg tak ada batu lain harganya.

Saya insya'Allah akan tambah satu lagi koleksi tudung itu sbb awal-awal lagi suami saya yang baik hati kata. Kalau ikut dia balik Kelantan kali ini, dia belikan saya tudung :D...besy besy. Alah...bukan sajer buat syarat. Tapi, kebetulan balik ni pun sbb suami saya yg baik hati tu ada kerja di TM Klate :D...so, saya ikut je lah.

Agaknya saya dan sahabat-sahabat DCBA sama-sama terusik hati dan ingatan dengan tayangan semula Kembara Bumi Anbiya di Astro RIA. Siti dan Ika pun menulis tentang topik yang sama. Seorang pengunjung blog Ika ada menyebut tentang VCD Kembara Bumi Anbiya. Saya pun tercari-cari VCD saya yang entah mana dalam simpanan. Rupanya Siti juga sama, dia menonton VCD itu Rabu lepas, sedang saya baru terjumpa VCD milik saya dan suami semalam (cuti Maulidur Rasul). Tapi sayang, VCD tersebut kedua-duanya sudah rosak. Aduh! Mana hendak dicari lagi!

Ika, sokong cadangan ika...kita usahakan dvd! :)

Rindunya pada kenangan itu!

Kenangan yg cukup manis. banyak lagi kan? Tak terungkap dgn kata-kata...manis dan indahnya waktu itu.

Senarai ini adalah catatan yang terlintas secara spontan ketika menulis komen di blog Siti. Senarai ini ditambah (berbanding senarai dlm blog Siti) dengan perkara-perkara yang terlintas di kepala ketika menulis tulisan ini :).

1. Tidur sambil minum dgn disuap oleh Kak Sarah dalam kapal terbang dr mesia ke jordan (glamer masa tu psl tidur mati...letih kerja keras siangnya sbl bertolak ler! :D)

2. Makan eskrem kat Makkah, yg Pak Arab jual depan hotel kiter.

3. Tawaf dan Sa'ie sama-sama :).

4. Gilir-gilir bukak quran dgn adik-beradik DCBA...lepas tu carik terjemahan quran..ehehe...ingat sebab aper? :)

5. Melawat King Fahd Quran Printing Complex & memborong kurma di Pasar Kurma. Ika, aren't you the one who join me to 'travel to london' while briefing at King Fahd Quran Printing Complex tu?

6. Rindunyer pd halaqah An-Nuur di Masjidinnabawi & Masjidilharam dgn Kak Fari!!!

6. Pijak spek Aina sampai nak patah! :D

7. Tarik selimut Jie biar dia kesejukan pada malam-malam yg dingin di Jordan (nih adegan kejam nih)

8. Berebut puding karamel kat hotel dgn Siti

9. Tengok Ika jadi model iklan lumpur Laut Mati ...ekekek

10. Jumpa my fren a.k.a my senior SMKAA at Jordan, Ustaz Mazrisyam. Rupa-rupanya dia Presiden Persatuan Pelajar Malaysia-Univ Muktah waktu tu! Hebat tul. Ingat lagi, masa dia tegur saya di satu kedai cenderahati sebelum ke Ashabul Kahfi tu, segan jugak (Kak Fari siap temankan saya, sebab taknak jadi fitnah...heheh). Ingatkan dia tak kenal...rupanya dia kata, dah lama dia nampak nama saya dalam AJK DCBA dan menunggu kedatangan adik sekolah dia ke sini. Alhamdulillah! Saya masih ingat yang saya dapat panggilan telefon selepas majlis makan tengahari dengan Pihak Kedutaan Malaysia di Jordan & Kepimpinan Pelajar Malaysia di Amman, Jordan. Ustaz Mazrisyam yang telefon bertanyakan khabar. Aduh...sungguh ambil berat akan tetamu. Bagusnya! Itulah indahnya ukhuwah kerana Allah. Sedangkan kat sekolah dulu, kami kenal sebagai senior-junior saja. Berbicara pun HANYA pada perkara rasmi yang diuruskan. Tapi di sini, ramahnya dia pada adik sekolahnya yang menziarah sungguh mengkagumkan. Sampaikan dia berkirim barang dan hadiah kepada Abg Mukmin di Univ Madinah apabila saya beritahu dia yang kami akan ke Univ Madinah. Tapi sayang, di Univ Madinah hanya Muslimin DCBA yang dibenarkan melawat. Jadi, tak dapat nak sampaikan hadiah dia kepada Abg Mukmin. Kini, perkhabaran menyatakan Ust Mazrisyam dah bahagia dengan isteri tercinta, Kak Salmi. Last new was Kak Salmi is pregnant (b4 saya kawen rasanya). Abg Mukmin pun alhamdulillah bahagia di samping Kak Uji dan cahaya mata. [Ust Mazrisyam & Abg Mukmin merupakan senior SMKAA & isteri mereka merupakan senior SMKAP & SMKAA]

11. Dibelanja makan burger McD di Giza oleh En. Zam sebab sakit perut. Keras giler roti burger tu. Roti arab kot!

12. Membeli-belah kat Ben Khalili dengan Kak Nor & Sharmila dan ditemani oleh Ustaz Fuza (yg bagi pengisian waktu naik bot di Sungai Nil tu). We were the only group that accompanied by Muslimin (lelaki)! :) tapi besy! Ust Fuza siap gaduh-gaduh lagi dgn Pak Arab tu masa saya nak beli rantai tangan permata, dan bawak kami jalan jauh sangat semata-mata nak bawa kami beli stokin murah. Yang paling besy dia sempat belanja kami minum air kelapa di gerai tepi jalan di Ben Khalili!

13. Jadi frontline dgn Ika, Jie & Sharmila sementara Siti, dan Aina dan tersengguk-sengguk kat belakang di Rumah Negeri Sembilan masa sesi perjumpaan dgn PMRAM. Apa Siti? Tak ingat? kekekekek...sampai kena tepuk dgn akhawat drp Al-Azhar tu!

14. Berhimpit-himpit solat dalam Raudhah dgn Jie, dan Siti. dan Jie pula confius dapat tak solat dalam raudhah waktu kunjungan kali pertama di pagi hari. Iyer-iyer Hany yakinkan dia...walaupun Hany pun rasa jek. Tapi, alhamdulillah...memang benar ruang antara tiang ke-3 & ke-4 tu masih dalam Raudhah. Yang paling manis, tentulah malam itu tika dapat 'peluang itu'! Senyum sendirian kan Kaklin, Aina, Siti, Ika mengenangkan rahmat Allah yang terbuka luas malam itu. Rasa kecilnya diri dan usaha ini berbanding kasih-sayangnya yang ditunjukkan melalui rahmatNYA malam itu.

15. Dapat hadiah sejarah biru yg besar tu, thanks Siti & Jie! Only you know why :)

16. Hany sambut besday yg ke-21, 7th october di 3 negara. 12 tgh malam di Makkah, 6 pagi di Madinah (arab saudi). 9 pagi di Jordan dan kol baper ntah singgah kat Qatar (transit)...fuh sejarah sungguh!
Ika (adik 5 hari), indah sungguh hadiah itu kan? :)

Moga ukhuwah yg terjalin akan kekal dan menjadi sahabat dunia akhirat. Dan iman kita yg yazeed wa yanqus ini akan terpelihara sebagaimana terpeliharanya kenangan itu dalam memori manis milik kita semua :)



p/s: Hajat di hati nak tulis ttg Maulidur Rasul, tapi tak sempat. Maaf yer.


~~~
Hany FF
13 Rabi'ul Awwal 1426 H

Wednesday, April 20, 2005

Kerana sayangnya DIA

Dedikasi Puisi ini khas untuk adik-beradik DCBA

Kerana sayangnya DIA,
Bashir itu jadi cinta di jiwa hamba.
Kerana kasihnya DIA,
Sami' itu jadi rindu,
Dalam penantian menyahut janji pada af'idah.

Kerana cintanya DIA,
Maka nafas ini jadi permata,
Tersia senafas?
Lantas apalagi ni'mat yang didamba,
Sedang cintaNYA agung pada kita!
Walau senafas dibelainya dalam dakapan dunia.
Fana',
namun inilah jambatan kita,
ke alam abadan abada.


Kalaulah dapat dilukiskan pengalaman itu, pasti lukisan itu takkan kujual di mana-mana. Ia amat mahal dan berharga. Tetapi, kerana namanya ialah pengalaman, maka dijual tidak. Setiap detik yang ditelusuri boleh dikongsi bersama. Andai kau mahu bersama merasai indahnya ia. :)

Kenangan itu takkan luput.


Cerita-ceriti :
Senario 1
Akhir bulan Mac yang lalu, saya terfikir rindunya nak tengok balik program Kembara Bumi Anbiya yg pernah ditayangkan di Astro Ria (tahun 2002), hasil pengembaraan kami-DCBA.
Rindunya rasa hati! Sunyinya rasa jiwa!
Teringat dalam satu slot usrah DCBA yang kami adakan selepas pengembaraan DCBA. Topik malam itu, HIDAYAH. Ingat tak? Slot usrah itu dan pengisian itu merupakan antara pengisian usrah yang paling terkesan buat saya. Betapa sukarnya mendapat HIDAYAH.
Betapa susahnya menjaga kekhusyukan solat ketika solat di dalam bilik berbanding solat di hadapan Baitullahilharam.
Betapa berharganya doa,
"Rabbana la tuzie' quluubana ba'da izhadaitana wahablana minladunka rahmah"
dan...
betapa mencabarnya untuk mengekalkan kesucian hati daripada noda maksiat sebagaimana sucinya hati ketika di dalam Raudhah & dan di hadapan Baitullah.

Entah bagaimana pula cabaran untuk mengejar para mad'ue demi mewujudkan bi'ah solehah idaman kita, atau kita sudah capek dicantas urusan duniawi fana' ini.

Itu cabaran kita sahabat!
:)

Senario 2
"Kak Hany, Kak Hany nih artis ke?" tanya seorang kanak-kanak, anak kenalan saya yang berusia dalam 5 tahun kepada saya 3 minggu lepas.
"Kenapa?" Soal saya yang kebingungan dengan soalannya.
"Ye lah...Dijah ada nampak Kak Hany dalam TV. Rancangan pegi Arab tu! Kak Hany ada cakap-cakap, Kak Hany artis ke?"
Erkss...apa saya nak jawab nih, fikir saya.
"Tak semestinya. Abang Zainal pun ada jugak dalam TV kan? Takkan Abang Zainal artis" jawab saya...memikirkan jawapan yg berhikmah utk kanak-kanak zaman sekarang nih sungguh mencabar.
"Abang Zainal ustaz, memang masuk TV"
Erks...terkedu saya. Itulah pemikiran anak-anak zaman sekarang. Golongan yang masuk TV hanyalah ustaz & artis bagi mereka. Semua yang masuk TV mesti digolongkan dalam antara dua golongan itu agaknya.
"Dijah pun boleh masuk TV, kalau kamera tu tangkap gambar Dijah. Kak Hany cuma pegi Arab dengan kawan-kawan sekolah, dengan Pak Ngah jugak."
"O0o0oo...Kak Hany bukan artis la yer?"
Saya tersenyum.
"Bukan."
p/s: Saya rasa rugi tak sedar ada tayangan ulangan Kembara Bumi Anbiya di Astro Ria walaupun ada astro di rumah. Langsung tak tertengok pun buku intisari rancangan astro tu. :D.. Tapi, syukurlah ada jua segelintir yang bermanfaat drp program tersebut, ref komen di tulisan Patriotik : oleh Zueika.


Akhir sekali,

Solatu wassalamu 'ala rasuli, Muhammad ya nabiyil kareem
wa 'ala aalihi wa sohbihi ajma'een.
Selamat Hari Lahir.



~~~
Hany FF
11 Rabi'ul Awal 1426 H

Monday, April 18, 2005

Basyir!...dan Keletah Nufayl!

Keletah Nufayl

+ Stereng Kereta
Pantang betul Nufayl nampak stereng kereta. Setiap kali masuk kereta mesti automatik dia pusingkan badan sebab nak main dgn stereng kereta. Tapi pelik sikit sejak awal minggu lepas, sebab dia menangis bila Ummi ambil dia & Abah nak start enjin kereta. Menangis bukan menangis marah, tapi menangis sedih sambil pandang pada stereng kereta tu. Aduhai anak! Macam bercinta dengan kereta saja lagaknya [Abu Nufayl pasti paling suka dengan perangai anaknya ni, adalah chan nak wariskan ilmu pemanduan kereta pd anaknya ;)]

+ Nufayl & Cari Bantal
Semalam Abu Nufayl gelak besar bila tengok gelagat Nufayl. Nufayl merajuk sebab takder orang layan. Waktu tu Ummu Nufayl kat dapur. Tiba-tiba, Abu Nufayl menjerit panggil Ummu Nufayl sambil ketawa. Apa taknya, Nufayl merajuk (atau mengamuk), dia nak gosok muka di lantai tapi agaknya dia dah cuba dan lantai tu rasa keras. Dia boleh ambik bantal kat depan dia dulu. Baru dia gosok muka dia atas bantal. Hmmm... menarik gak tu Nufayl.
Gayanya macam orang yg pilih tempat nak jatuh bila nak jatuh ek!
:)

+ Eksperimen
Guest what? Nufayl dah mula buat eksperimen! Eksperimen bukak tutup pintu & laci almari TV. Almari TV kami tu ada 2 pintu & 1 laci di antara kedua-dua pintu. Pada pintu almari TV tu, Ummu Nufayl ada letakkan mcm tali/reben yg Makcik Ummu Nufayl hadiahkan dr Arab Saudi. Nufayl tertarik dengan tali tu agaknya...dia tarik-tarik tali tu. Kiri, tengok pintu kiri...kanan, tengok pintu kanan. Tarik tali belah kiri, tarik tali belah kanan. Tengok tengah pulak...ada lagi. Tarik laci pulak. Tengok kiri, kanan...ulang lagi.
Ummu & Abu Nufayl yang sedang makan malam pun geleng kepala saja dengan telatah Nufayl. Dah pandai buat eksperimen ya! :)

+ Nufayl & Clap Ur Hands
Selepas makan malam, Ummu Nufayl menyambung kerja menggosok baju Abu & Ummu Nufayl. Jadi, Abu Nufayl kenalah melayan Nufayl sendirian sebab Ummi sibuk dgn tugasan. Nufayl nih kalau dengan Abahnya, manja sikit dia. Dengan Ummi, Umminya dah ajar dia berdikari. Pegang botol sendiri, main sendiri (Ummi tak suka kalau asyik nak dukung jer)...tapi, Abu Nufayl nih manjakan sikit anaknya. Kalau dengan dia, Nufayl asyik minta dukung (skang dah ok sket part nih...dah train Nufayl utk reset part nih dah)...
cuma skrg dia suka pegangkan botol kalau Nufayl hisap botol dgn dia. Ummu Nufayl marah ler...tak bagi manjakan sangat. Ajar dia buat sendiri. Dengan Umminya boleh pula dia pegang botol sendiri, tapi dgn Abahnya dia manja...buat-buat malas pegang botol.
"Ok..."Ummi kata. Waktu tu Ummi tengah iron baju di ruang belakang Nufayl.
"Hold it! Both of ur hands...hold ur bottle" [ayat biasa Ummi kalau nak suruh dia pegang sendiri.
"Abang ambik tangan dia, letak kat botol tu...soh dia pegang." Ummu Nufayl bagi arahan kat abahnya. Nufayl pun ikut arahan Ummi & Abah.
"Haa...pandai pun dia!!! Cam tu lah!"
"Clap! Clap ur hands!" Ummu Nufayl kata kat Abu Nufayl supaya Abu Nufayl tepuk tangan dan Nufayl rasa best sbb pegang botol sendiri.
Tiba-tiba...
Ada budak kecik sorang tu, melepaskan sebelah tangan yg sedang memegang botol. Dan dengan tangan sebelah jer pegang botol, tangan sebelah lagi menepuk-nepuk botolnya. Upss...sampai berbunyi botol tu ditepuknya.
Lepas tu, dia beralih tengok Ummi kat belakang.
Nufayl senyum.
Pandai Nufayl tepuk tangan ya! Tersenyum Ummi dalam hati :)

+ Jelajah kerusi & meja
Nufayl nih sejak pandai mengengsot nih...memang suka betul dgn kerusi kat meja makan tu. Selalu betul ber'chenta' dengan kerusi tu. Tapi semalam, dia jelajah habis kerusi meja, meja masuk bawah segala yg ada. Tak cukup dengan tu, Nufayl dengan segala kepayahan suka benar memikirkan apa saja cara yang ada untuk masuk melepasi tiang-tiang antara kerusi dan meja itu. Tak cukup dengan ruang yang dilaluinya slp menarik kerusi tu, dia lalu bawah meja dan akhirnya sampai kepada Ummi yg sedang iron baju.
Haiiii Nufayl...lalu jalan jauh ya! Awat tak mai teruih ke sini drp tmpt Nufayl main tu...taklah jauh sangat kena lalu bawah meja tu! :)

+ Agah & Ajak Abah Main Nyorok-nyorok
Akhir sekali, perangai dia makin menjadi bila jam dah pukul 1 pagi. Ummi baru habis iron baju. Dia pulak makin galak nak bermain. Kononnya dengan hasrat nak bagi anak tidur, Ummu Nufayl bawa Nufayl masuk bilik utk menyusukan dia sedang Abu Nufayl masih menonton tv sendirian. Tapi, di dalam bilik pun dia galak bermain dgn Umminya lagi. Jadi, Ummu Nufayl malapkan lampu utk bagi suasana tidur pd Nufayl. Nufayl akur. Dia menyusu diam-diam. Kemudian, Abu Nufayl masuk ke dalam bilik.
Abu Nufayl jenguk Nufayl, "Dia tengah buat apa tu?"
"Menyusu la...hopefully dia tidur. Orang ngantuk dah nih" Ummu Nufayl jawab.
Tiba-tiba, seorang budak kecik tu berhenti menyusu. dan terus bangkit.
Dia jenguk abah dia, dan gelak. Bila abah dia gelak kat dia balik, dia ketawa dan cepat-cepat menyorok kat Ummi dia. Amboii...agah abah ya! Galak sungguh dia main dengan abah dia. Main nyorok-nyorok ala Nufayl. Ada la setengah jam dia saling ketawa dan nyorok-nyorok dengan abah dia tu. Ummi kat tengah jadi tempat sembunyi, konon-konon takut kat abah.
Aduhai anak! Sudah pandai mengagah abah ya! Ajak main pula dia :)

"Masya Allah! Beginilah ciptaanMU Ya Allah, daripada tiada KAU adakan ia. Kini dia makin cerdik, punya 'aqal dan hati. Sahabatku, ucaplah Masya Allah apabila kau melihat kebesaran Allah begini, melihat kecantikan ciptaanNYA. Bayi yang mula membesar itu diadakannya daripada tiada, dia dibesarkan dalam rahimku, dia dilahirkan dalam satu proses kelahiran yang membukti kebesaran kuasaNYA. Tuhan, daripada lemahnya dia tika baru dilahirkan, kini dia menjadi seorang yang cerdik dan sungguh pemerhati orangnya. Semoga dia menjadi insan yang memikirkan kebesaranMU dalam setiap ciptaan & kejadian Ya Allah!"

~~~~~

Semalam terfikir, kenapalah galak sangat si Nufayl nih hari ni.
Macam-macam aksi dibuatnya. Sampai jam 2 pagi pun jenuh dipujuk utk tidur.

Kemudian, jarum fikir saya terhenti di nombor 4 dan 7.
4 & 7?
Teringat esok 18hb...4 hari lagi genaplah usia Nufayl 7 bulan.
Errmmm...teringat Ummu Amiir & Amiir Husaini. Dia pergi 16 Disember, lagi 4 hari sbl Amiir genap 7 bulan. Betulkan Abu Amiir?
Seusia Nufayl kinilah, Amiir diuji dengan kehilangan Umminya. Sungguh berat ujiannya. Namun, inilah ujian yang akan membina perwatakan anak soleh. Moga Amiir Husaini akan terbina menjadi pewaris Ummi & Babanya di dunia & akhirat. Ameen.

Basyiir! :)
Buat yang belum membaca pengumuman yang dibuat oleh Abu Amiir, sila baca di link yang disediakan. Tempohari, ketika berita itu menjamah telinga, terus hati diruntun rindu padanya, Ummu Amiir. Betapa doa yang sering diucapkan itu makbul juga akhirnya. Dekat benar terasa, dia ada di sini. Sama-sama menangis, tersenyum dan ketawa mendoakan seorang sahabat agar bahagia. :) Kepastian itu hadir juga akhirnya. Berdoalah, agar rahmatNYA sentiasa melingkungi hubungan itu.

Istimewa buat Kak Aza & Abg Amir,
Selamat menyiapkan diri menjadi pelengkap kehidupan bakal suami/isteri. :)
Ucapan utk pengantin, tunggu kawen dulu la ;) :D


Hany FF
9 Rabi'ul Awal 1426 H

Friday, April 08, 2005

Kisah Western Food & Peminta Sedekah

Ada satu kisah.
Mencuit hati bagi saya.

Kisahnya pada satu malam jumaat.
Selepas Isyak, seorang isteri berkata kepada suaminya,
"Abang, do you wanna me to cook? Yang rasa macam tak lalu nak makan nasik la. Semalam pun Yang masak tapi tak makan. Lapar, tapi tak nak makan nasik.
Kalaulah PaPa ChoPs MaMa Grills ada lagi kat depan tu, Yang dah ajak Abang gi makan kat situ!"

Suaminya kemudian memberi satu maklumbalas yang baik...Jeng JeNG JENGGG
"Tak lalu makan nasik ek? Ermm...siaplah. Kita gi makan Chicken Chop dekat Kudus (baca : Kudus Tomyam di Medan Selera Pejasa).

"Erk...betul?"

Si isteri terus bangkit, dan iron baju...SIAP!
"Abang, cepat siap. Lapar dah nih!" Excitednyerrrr!!! *wink*

Sampai di Medan Selera Pejasa, Chicken Chop utk santapan isteri dan Lamb Chop utk si suami diminta.

Sementara menunggu makanan tersebut tiba, ada seorang yang cacat penglihatan datang dari meja ke meja dengan dipimpin oleh seorang makcik yang lebih kelihatan macam maknya. Yang pasti mak cik nih tak cacat penglihatan la.

Apabila dia datang ke meja suami isteri tadi, mereka pun menghulurkan apa yang dinamakan sedekah kepada orang yang memerlukan tadi. Malam Jumaat...eloklah, fikir mereka.

Lama juga menunggu makanan, si suami yang kebosanan memberitahu isterinya yang dia mahu jengok ke gerai VCD di depan kawasan medan selera itu.

10 minit kemudian, si suami datang kembali ke meja makan mereka sambil mukanya tegang bagai geram akan sesuatu.

"Kenapa?" tanya si isteri.
"Hmmmhh...guest what? Masa Abang tengok-tengok VCD di gerai tu. Datang makcik dan peminta sedekah tadi. Beli VCD! 2 lagi! RM 18 pulak tu! Kita pun pk banyak kali kalau nak beli banyak sekali macam tu."
"Pas tu Abang buat apa?" Si isteri bertanya tindakan suaminya, kerana dia kenal suaminya bukan jenis yang menerima diam sesuatu yang tidak diletakkan di tempat yang haq begitu.
"Makcik tu dah kena la sebijik. Abang kata, duit yang orang bagi tadi tu buat beli vcd ke?"
"Apa dia kata?"
"Diam la makcik tu. Ingatkan dia datang gerai tu nak mintak sedekah kat peniaga tu, rupanya nak membeli VCD pula!" Gumam si suami geram.
"Hmmm...biasa la tu Abang. Kita tak tahu sejauh mana mereka memerlukan atau tidak. Seeloknya kalau kita dah bagi, leave it to them. Cuma, memanglah kalau boleh kita nak bagi pd yg memerlukan. Bila dah tau depa sbnrnya depa bukan memerlukan sebaliknya nak beli kehendak macam nih...rasa ikhlas tu dah hilang. Takpa lah, usah difikirkan sangat."
"Takde lah...cuma heran. Kalaulah mak cik tu mak dier, maksudnya makcik tu gunakan anak dia yg cacat penglihatan tu utk cari duit & guna utk beli benda2 tak berfaedah gitu! Patut dia yang sihat yang sempurna tu boleh bekerja utk sara anak dia. Bukan gunakan anak dia utk mintak sedekah!"

Hmmmm...
si suami dan isteri tu pun masing-masing diam.
Hidangan Chicken Chop & Lamb Chop yang diminta datang menghuni hidangan di atas meja.
Apalagi...makanlah!

SedapnyaAaaAAAaaa!


Sekian.
Balik.


Soalan : Apa pengajaran yang anda dapat?


~~~
Hany FF
28 Safar 1426 H

Wednesday, April 06, 2005

Updated Pics!

Assalamu'alaikum wbt...
Nothing to write about. I just have no chance to share long story of my life here.

Just wanna announce that my fotopages has been updated.
Hany FF's Fotopages

A picture tells a thousand words right?!
:)


~~~
Salams,
Hany FF
26 Safar 1426 H

Tuesday, April 05, 2005

Amaaliina, Rajaa'eina

Salamullahi 'alaikum warah matullahi wa barakaatuh

Lamanya rasa tidak bersua di medan weblog ini.
Kali terakhir saya menulis di sini ialah pada Jumaat 25 Mac. Selepas itu, tekanan tugas dan kesihatan yang bertunda-tunda menyebabkan saya terpaksa menepikan weblog ini sementara waktu. Sungguh tak upaya!

Tapi, seronok juga minggu lepas dapat melatih suami menggunakan blogger. Siap upload gambar tu! Pandai suami saya! ;)

(1) Minggu ini tiada apa yang menarik.
kerja. kerJA. keRJA. kERJA. KERJA!!!!!


Hanya blog ini saja pengubat tekanan jiwaku di pejabat. Sempat kerling-kerling pun jadilah. Selalunya, blog inilah medan kumelepaskan resah di dada tika waktu rehat menjelma. Namun, hari ini waktu rehat pun tak sempat kukecapi. Jam sudah 2.45 petang, tapi aku belum bangun daripada kerusi sejak pagi tadi.

:(

Semalam, pukul 6.00 baru aku beranjak daripada kerusi pejabat ini (itu pun kira awal). Sampai di stesen Kerinchi, suami sudah sedia menunggu. Aku terlupa, kami berjanji untuk ke Pasar Malam Kerinchi. Sepatutnya aku perlu bertolak awal utk ke Pasar Malam bagi mengelakkan ambil Nufayl drp penjaganya terlalu lambat!

Nasib baik kami hanya mengambil masa sebentar saja utk membeli sekadar keperluan dapur. Abang sibuk mencari kepala ikan tenggiri. Nak buat asam pedas katanya.

Jam 7.00 pm...sampai di rumah. Balik saja di rumah, aku melayan si Nufayl yang asyik nak melekat (baca:menyusu) saja dgn Umminya. Jam 7.50 pm, ada orang tu kata "Siap!"
Apa yg siap abang?
Rupanya, cik abangku dah siap masak asam pedasnya kegemarannya!
Adehh...bahagianya rasa! ;)

Lama jugak tak makan abang masak!
Waktu awal-awal kahwin dulu, rajin jugak dia masak. Maklumlah, itu antara minatnya.
Lepas itu, dia kata isteri dia dah manjakan dia...so, dia buat-buat tak reti masak la.
Tak sangka semalam dia melepaskan kepingin nak memasak balik.

Nak tau apa aku kata?
"Abang, esok buat la kuzi pulak. Ayam ada tu! Lama tak makan kuzi abang buat!"

>:) <--nampak tanduk?
heheheh...kalau tiap2 hari camni, leh aku choti masak utk minggu nih ...ekekek
Letih wooo nak mengabihkan minggu yg ditunggu-tunggu ini dengan jayanya nih!!!

(2) ChoTi-ChOtI MaLaYSiAaa
Ada satu yang memotivasikanku untuk melengkapkan kitaran minggu ini dengan jayanya.
;)
Apadia?
Kami merancang untuk bercuti hujung minggu ini!
Ke mana? Adalah!

Tapi, nak jugak tumpang tanya...
Ada cadangan aktiviti/program/tempat menarik/MAKANAN di Cameron Highlands?
eheheheh...
Kalau ada (terutamanya MAKANAN)...habaq habaq mai la no! ;)

Cameron Highlandssssssssssssss...amaaliina, rajaa'eina :D
here I come!!!!!

p/s: Errr...baru hari Selasa ekk... lambatnyer nak Jumaat! :

(3) Siti is the best
;)


Gambar ini di'cilok'/'culik' drp blog Dillafahim. Credit to Kak Dilla.

Refer to these sites utk cerita-cerita tentang kegemilangan Siti dalam konsert tu:
Dillafahim's Blog
Dillafahim's Fotopages
Azzarigg's Fotopages
Rini's Blog
Hanis's Fotopages

Dialog seorang isteri solehah kepada suami soleh pada petang Khamis malam Jumaat, 31 Mac yang lalu.

"Abang, malam ni malam jumaat kan? Jom kita buat semayang hajat!"
Agaknya, nada suara si isteri nampak pelik sket, so si suami pun tanya balik,
"Nak buat apa?"

hehehe...si isteri >:) dengan tanduk yang dah keluar pun kata,
"esok Siti pun konsert kat Royal Albert Hall, London...jom la doa kat dia!"

Suami dah geleng kepala, mengucap tak henti.

*Saya tak mengaku yg saya isteri solehah. oleh itu, adegan tersebut tidak ada kena mengena dgn saya mahupun suami saya walau saya dimasukkan dalam golongan yg berdoa utk siti.
Nak tau doa apa?
"Ya Allah Ya Tuhanku, bagilah dia insaf...dan rahmatilah dia, masukkanlah dia dalam syorga" :D
Bolehkan? kekek (mati kena marah dgn suamiku nanti...ahahah)

p/s: Aku mula berdoa utk artis kesayangan ketika umurku 4 tahun. waktu tu aku minat sangat dgn Dato' Shake. Abah aku kata, xleh jadi penyanyi...nanti banyak buat maksiat...masuk neraka.
So, aku tanya abah saya..."abah, jadi penyanyi tu mesti masuk neraka ke?"
Dia kata, "kalau dia insaf dan bertaubat...dia masuk syurga la"
Aku termenung dan menjawab, "O0o0o...tapi Yang suka Dato' Shake...Yang sayang dia. Kesian dia kalau dia masuk neraka"
Abah senyum, dia kata "Kalau macam tu, Yang doa la bagi dia masuk syurga"...

kekekekek...klakar pulak ingat2..cara Abah aku handle aku yg naif dan suka berfikir. Tika itu arwah Abah masih sihat. Maksudnya umur aku dlm 4 tahun. Sbb waktu aku umur 5 tahun, abah terlantar di hospital selama setahun dan kembali ke rahmatullah tika aku 6 tahun.

;)

-Entry ini hanya berunsur gurauan. Komen secara serius akan dipost jika ada permintaan drp pembaca ttg doa & artis dll- :P


~~~
Hany FF