Friday, September 03, 2004

Corat-coret

Sudah 6 hari aku tidak mengetuk papan kekunci ini untuk corat-coret kata di blog sendiri. Rasa lama sungguh! Mengapa ya?
:)
Mungkin kerana satu hari nanti blog ini tidak akan berpenghuni 2 bulan lamanya, mungkin.

Apa ya cerita yang ingin kukongsi bersama?

Coret 1 : KANDUNGAN
Erm..kini kandunganku sudah mencapai usia 38 minggu. 1 September (Rabu), semasa rutin mingguan checkup...berat baby dah mencecah 3.16 kg. Uish...besar jugak baby nih. Kalau 2 minggu lagi...mahunya kurg2 3.3 kg. Hiks...comey tul! Tapi tu hanya Estimated Weight. Ada varian +- 200g...berlebih kurang la. Doc kata, kepala baby dah turun separuh dalam pelvik.
[Soalan tak sabo]Ermmm...bila yer kamu nak 'turun' semuanya?
[Soalan lagi tak sabo]Bila yer kamu nak 'keluar'?

Sekarang ni sakit pinggang dah jadi rutin. Biasalah tu, mengandung...orang kata. :)
Nikmatnya jadi orang mengandung nih...segala amalan digandakan. Terpulang kpd kita saja yang nak gunakan peluang keemasan ini atau nak mengabaikannya. Allah dah bagi peluang kat kita. Setiap sakit adalah pahala, setiap ketidakselesaan adalah pahala.
:)

Coret 2 : KENDURI DOA SELAMAT - MPA
Hari Sabtu lepas (the last working Saturday), Abang ajak aku ke Majlis Kenduri Kesyukuran MPA (Malaysian Paintball Association) di Ofis MPA kat Jalan Gombak. Jadi, dpt la makan tghari pd masanya. [Selalunya, hari Sabtu bekerja-selalu miss lunch]. Sepatutnya, Abang sebagai Naib Presiden MPA diminta utk baca doa selamat, tapi majlis tu diaorg nak mulakan by kol 12 tghari. Mana sempat..kami bekerja. So, dapat gi makan pun jadilah. Abang Wahab (S/U MPA) yang ganti...sib baik ada dia.

Alhamdulillah...sedap nasi berianinya. Bertambah-tambah aku makan. Famili Abang Reza pun ada semuanya, Kak Ani, Izan, Eshah, Pian, Nurin & sleeping Ain...Tok Mak, Tok Bah & suami Kak Rahah pun ada (not mentioning Abang Wahab-suami Kak Tuty). Macam gathering keluarga pulak. They are like me & my hubby 'family' here in KL. Mula rapat dengan mereka lepas balik drp DCBA. How great they r!

Coret 3 : PING-PING @ WANGSA MAJU - JJ & Kasut Baru
Lepas makan-makan, aku ajak Abang ke JJ Wangsa Maju...tgk last week of Mega Sale. Sempat jugak aku beli kasut-Carlo Rino. Murah jer...dalam RM30++. Diskaun 50%.
Kasut tu nak gantikan kasut kesayangan aku yang hilang 2 minggu lepas aku beli. Baru jek pakai. Hilang 2 minggu lepas. Kasut kulit yang aku intai selama 6 bulan hilang lepas aku pakai 2 minggu. Hilang pula kat Masjid-solat Maghrib. Subhanallah! Sedarkanlah mereka. Buat kerja haram, mencuri nih...apa lah untungnya. Jawabnya, malam tu...aku ke kenduri En. KZ dengan pakai selipar Zainal. Iskkkk...sabo je lah.

Sonoknya dapat kasut baru!!! :D
Nih la sonoknya 'ping-ping'...walaupun window 'ping-ping'..dapat gak barang :D.
Tapi sayang, lepas beli kasut tuh...kaki aku agak membengkak.
Kesimpulannya, kasut tu hanya padan dengan aku waktu beli tu saja. Lepas petg tu, I can't wear the shoes anymore...just can't wait after delivery to wear the nice shoes.

Coret 4 : KAK FARI, GIANT, PKNS SA, & JJ KLANG
Rindu sangat kat Kak Fari. Aku mula teringat sangat nak gi jenguk dia sejak kandunganku mencecah 8 bulan. Sebelum tu, ujian demi ujian...kami tak tersempat nak berziarah. Kalil terakhir aku ziarah dia...masa kandungan baru mencecah 3 bulan (waktu tgh decide nak terima tawaran sambung study Diploma in Syariah atau tak).

Aku call dia kol 5.30 pm...kami dah kat Subang dah. Tapi, kami sampai kat umah dia kol 7.30 mlm. Tu la akibatnya kalau menyinggah merata. Abang nak singgah Giant S/Alam, aku nak singgah PKNS S/Alam...alamatnya...berjam jugak kat situ...lambat la sampai kat umah Kak Fari.

Eh, Arif Ehsan dah besar! Handsome dah! Cakap pun dah pandai dah, tak sampai 3 tahun lagi...comey betul. Kak Fari macam biasa. Bersembang dengan dia takleh berhenti. Daripada satu isu ke satu isu...drp satu persoalan kepada persoalan lain. Sempat gak makan malam kat umah dia (kak Mar buat nasi Carrot, sedap gak). Tapi, ziarah kami tak lama...sekadar melepas rindu dan melangsaikan t'jawab sbg 'anak or adik(?)'. Bercerita serba sedikit...paling kurang pun dia tahu perkembangan kami secara am...walaupun bukan detail.

Dalam jam 9.40 malam baru boleh mengundur diri. Itu pun sebab Abang cuba nak lunaskan permintaan aku utk ke JJ Klang. Dia baru isyarat (utk balik) drp kol 9 mlm, tapi takleh nak mintak diri...langsung lanjut ke 9.40 mlm. Jgn hairan kalau aku katakan, kami pernah balik kol 3 pagi drp rumah Kak Fari & Abang Roslan. Sebenarnya waktu tu, diaorg tak bagi kami balik, suruh kami tidur di sana. Tapi, aku dah janji dengan Lina & Kak Aza...diaorg nak ziarah umah kami pulak awal pagi esoknya. So, baliklah jugak kami...walaupun dah awal pagi.

Di JJ Klang, aku dpt cari barang yang aku nak. So, berhabis jugaklah di situ. Pukul 10 sampai kat JJ Klang...takut dah tutup dah...tapi rupa-rupanya, kat situ tutup kol 11 mlm. Lega! Ada banyak masa nak memilih.
:) Tq Abang, bawa ke situ!

Oklah...corat-coret aku sampai di sini saja. Jumpa lagi lain kali!

~~~
Hany FF
18 Rejab 1425 H
3 September 2004 M

No comments: