Friday, September 03, 2004

Anwar Bebas Dari Penjara!


DSAI bersama keluarga

Tak bersalah pula!
Saksi tidak boleh dipercayai?
Bukti yang tidak 'reliable'?
Hujah dan fakta yang membawa kepada keraguan yang munasabah?
Pendakwa tidak mengemukakan cukup penghujahan ke atas pendakwaan utama?

Hairan...
Dah 2 mahkamah pengadilan dibuat. Kenapa tak nampak faktor itu dalam pengadilan?
Atau terlalu keras tekanan tika itu hingga faktor-faktor utk menegakkan keadilan diketepikan?

Syukurlah, jika ini bermakna sistem kehakiman di Malaysia sudah mula hendak 'berdiri sendiri'. Syukurlah, jika ini bermakna kuasa 'hitam' sudah mula menarik tangannya daripada sistem kehakiman negara.


Cerianya wajah DS Dr Wan Azizah :)

Biarlah, mereka hidup bahagia. Setelah 6 tahun terpisah, oleh tekanan itu. Terharu, dengan air wajah gembira si keluarga menyambut kepulangan ketua keluarga.

Reaksi rakyat? Akan pulangkah pemimpin itu, sebagaimana yang kita juangkan selama ini?
Atau dia akan beraksi di gelanggang yang sama spt 'dulu?

Kita nantikan!


p/s: ini puisi yang kutulis Julai 1998, saat krisis DSAI-DSDM 1998. Tahap kekomunikatifannya tinggi, aku fikir...tapi, renung dan fikirkanlah tiap patah kata ini.

KELAR-KELAR HITAM

Kelar-kelar hitam
Bantut si ular anak
Menggaung ke lembah sengsara
Gawang tak tercapai
Kerana tangan belum sampai

Raba terus si kelar hitam
Menghitamkan ular-ular anak
Agar lebih hitam
Dari si ular-ular bapak

Ular anak yang menggapai
Tiada disambut
Terus dalam kemelut
Si ular bapak terus memerhati
Seolah simpati
Tangannya cuba menyambut
Dan ada kelar-kelar hitam
Mengakari mesra jemarinya
Pada saat penyatuan yang tidak direstu.

~~~
Hany FF
18 Rejab 1425 H
3 September 2004 M

No comments: