Laman hidup yang tak bertepi, memungkinkan segala harapan...mencetuskan segala keresahan, mengterujakan kebahagiaan. :)
Pernah dahulu yang bernama kenangan, menjadi satu rangsangan untuk berjuang meniti usia yang mencabar.
Pernah dahulu yang bernama kepastian, menjadi cabaran yang menghidupkan perjuangan.
Pernah jua, dahulu yang bernama pengalaman, menjadi tauladan dan sempadan dalam rahsia masa mendatang yang kita lalui, semasa.
Pelbagai kisah hidup kita lalui dari sehari ke sehari. Tuntutan masa yang tak sudah mencengkam tindak laku. :)
Syukurlah, walau dalam cengkaman masa kehidupan di kota metropolitan ini, masih ada hati yang bertaut, masih ada insan yang sudi meluang masa berziarah mengikat silah.
Sabtu lalu, 4 September 2004...sahabat-sahabat lama di SMKAP & SMKAA bertandang.
Anis, Dik Na, & Nida (Nida bawa bersama Kak Bad - teman sepengajiannya di Universitas Gadjah Mada, dan Mohammed Munither - cikgu Lughah 'Arabiah di sana).
Meriah jadinya rumahku :). Mujurlah juga makanan yang kusediakan elok-elok cukup untuk tetamu yang bertandang. Lebihnya mampu aku dan suami habiskan, tak sampailah membazir ke rumah sampahan. :) Betullah kalau ada orang kata, estimate is one of cooking skill. ;) Spaghetti & kuahnya, puding karamel & fruit salad yang kusediakan itu alhamdulillah mampu melapik perut kami semua. Masa menyediakan menu itu juga taklah lama. Masih mampu aku yang sudah mencecah 9 bulan ini sediakannya. ;)
Ralat juga 'master mind' yang merancang untuk menjengah rumahku tidak dapat mengotakan janji lantaran menunaikan permintaan makciknya. Kasihan Rohani (baca : Ronie) yang terpaksa menjaga rumah makciknya, walaupun dia sebenarnya yang beria-ia untuk membawa Anis & Dik Na ke rumahku. Nasib juga dia sudah menziarahiku 12 Ogos lalu...tidaklah terkilan sangat rasanya.
Dapat juga sahabat baru, Kak Bad yang namanya sering kubaca dalam friendster & blog Nida, dan pak Arab Iraq - Mohammed Munither yang hajatnya ke sini untuk bertanyakan serba sedikit tentang program PhD yang ditawarkan di MMU. Alhamdulillah, Katrina (baca : Cat) mahu membantu mewar-warkan research proposal Pak Arab ini kepada pensyarah-pensyarah di MMU.
Rabu, 8 September...rutin mingguan untuk checkup kulaksana. Hari ini, aku dikehendaki menjalani CTG sebelum berjumpa Doc. Tapi entah mengapa, mengantuknya aku sampai terlena semasa CTG dijalankan (tapi, masih terjaga setiap kali baby bergerak kerana aku perlu menekan butang setiap kali baby bergerak). Yang aku perasan ketika menjalani CTG kali ini, setiap kali aku mengusap-usap bahagian badannya yang menonjol di perutku...jantungnya akan berdegup laju. Sungguh laju. :) ...begitu kesannya ya!
Rutin kali ini tidak termasuk ultrasound. Doc cuma membuat pemeriksaan dalaman untuk memeriksa bukaan serviks. Ups! Itulah pentingnya memilih Doc wanita, sekurang-kurangnya hati kita tenang drp gangguan ;). Keputusan ujian hemoglobin yang kujalani minggu lepas sudah keluar. Kadar hemoglobin dalam darahku kurang drp julat yang ditetapkan..but 'not bad' komen Doc. Alhamdulillah, komen Doc : "Baby nampak sihat...we can wait until when he wants to come out" (HE? hehe..itu kata ganti nama yang umumlah! Jgn buat kesimpulan lagi! Aku dan suami masih memegang untuk mengetahui rahsia Allah itu bila tiba masanya dia 'keluar' nanti... :P)
Khamis, 9 September...tarikh yang cantik, kata Abang. Pagi itu, aku ada Mesyuarat Pengurusan dengan Pengurus Besar. Jam 9.42 pagi, aku dapat sms drp Muslim (suami Yati) memberitahu Yati akan dimasukkan ke labour room sebentar nanti. Saspennya aku! Dia dah sakit nak bersalin ke? Awal lagi ni! Due date dia sama tarikh dengan aku...20 September nanti.
Jam 11 pagi, sms daripada Muslim lagi : Yati dah selamat melahirkan Luqman al-Hakim, 3.07 kg pd jam 10.31 pagi. Cepatnya makcik! Alhamdulillah...selamat dah kawan aku. Aku yang belum lagi ni...masih diselubungi 'saspen' ;). Rupanya Doc kat Damansara Specialist ni proaktif (Yati yg kata). Depa tgk kepala baby dah masuk dalam pelvik dan bukaan serviks munasabah...terus nak soh baby keluar. Induce la jawabnya...heheh.
Takpa lah! Aku kena sabar sket...Doc pun suruh sabar...tgk baby nak keluar bila. Tapi, kagum betul aku dengan ni'mat yang Allah bagi kat Yati...mudah betul dia bersalin. Sakit dalam setengah jam jer. Syukurlah sahabat :).
~~~
"Menunggu saat bila waktunya saat Allah akan membawa seorang lagi insan ke dunia ini, ke dalam hidup kami :)"
Hany FF
26 Rejab 1425 H
11 September 2004 M
No comments:
Post a Comment