Friday, April 02, 2004

Suatu hari...

:) alhamdulillah...hari ini kita masih dipinjamkan nafas olehNYA yang ESA.
Semoga ni'mat iman dan Islam tetap kita hargai sepenuhnya....

Ermm...ada sesuatu yang ingin dikongsikan bersama.
Kelmarin...waktu damai malam menyinggah...
Aku melayang dalam alam mimpi (hiks...cam real jek nak citer)...
Pendek citernyer...aku mimpi dpt pergi umrah lagi. Tiket percuma diberi kpd aku dan Mama!
Seronok dan rasa terharu yg amat sangat...entahlah...tatau sapa yg bagi tiket free tu.
Cuma, rasa syukur sangat...dan hati yg rindu pd Rumah Allah itu, membuatkan aku ingin sekali menjadi tetamuNYA lagi! Tak dpt digambarkan rasa hati (rasa tu dlm mimpi...tapi perasaannya terbawa-bawa sampai skrg). Kpd yg memahami...anda pasti dpt bayangkannya.

Tapi entah mengapa...hati terusik (dlm mimpi gak nih). Sebab...aku begitu ingin menunaikan 'yg wajib' HAJI. 'Yg wajib' UMRAH ini alhamdulillah...telah dpt kuselesaikan dlm kunjungan terdahulu. Aku pun tertanya-tanya...boleh tak tukar tiket free Umrah nih kpd tiket HAJI?! (dah alang-alang nak bagi tiket free kan)
Heh...tak bersyukur ke mengada-ngada tuh? (tamat kisah mimpi kelmarin...kesimpulan : dpt tiket free gih Umrah...tapi aku dlm konflik samada nak gih lagi atau nak usahakan utk gih Haji dulu -itu kan wajib- pastu..aku terjaga...) p/s: kalau korg wat canner aa...kalau betul peluang tu dtg?

Tak apalah...yg HAJI itu akan kuusahakan sendiri. Allah tahu bila dia akan men'jemput' kita!

:)

Menanti...menunggu...berusaha...berharap...berdoa...

Lepas tu...pagi nih pulak bangkit tidoq dan lepas solat Subuh tadi...tiba-tiba aku asyik teringat-ingat satu per satu detik perjalanan ke Jordan/Mesir/Arab Saudi lebih dua tahun dulu. Delegasi Cyber Bumi Anbiya'!
Entah mengapa...tak tahulah......
Satu-satu detik datang di fikiranku...dan aku 'keep on rewind that situation'.

Drp nak berlepas di KLIA...sampailah tiba di Queen Alia Airport & then straightly went to Queen Alia Hotel (sbnrnya...mula2 tak ingat nama Queen Alia...bila recall2...terus ingat kisah Queen Alia yang terhempas dan meninggal bumi Jordan, tapak tempat terhempasnya pesawat itu dijadikan tapak Airport yang dinamakan sempena namanya..Queen Alia -sayangnya suami)

Satu-satu perjalanan ke Ashabul Kahfi, Petra...penginapan di Hotal Ammoun...Jordan dan bandar sekitarnya...memang menawan hati! Tertawan...dan rasa tak ingin pulang...
Yang paling tidak dpt kulupa...perjalanan ke Amman drp Petra...utk berlepas ke Jeddah. Atas bas...tazkirah drp Pengarah Prog ttg betapa kita patut bersyukur ttg apa yg kita dpt...walau mungkin kita diuji dgn tidak diberikan sepenuhnya apa yg kita rancangkan). Konflik yang berlaku...sungguh mencemaskan. Hanya doa yang mampu dipanjatkan. Alhamdulillah..semuanya selamat!

Kemudian di Mesir...Univ Al-Azhar, Ben Al-Khalili, Masjid2...ukhti2 Al-Azhar...dan tempat penginapan yang sungguh mewah (walau not in our requirement), bagai dpt satu ni'mat yang besar tatkala dalam pengembaraan di negara orang.

Yang pasti..kenangan di Makkah dan Madinah yang cukup manis. Segala yang berlaku di Masjidul Nabawi, Raudhah & Maqam Rasulullah s.a.w...masjid kiblatain(aina, teringat lagi spek ko yang aku ter'pijak' sampai bengkok tu :(). Semuanya terbayang...satu-satu dalam fikirku.

Dan yang akhir..di Makkah. Pastinya tak dpt dilupakan. Hujan di Makkatul Mukarramah. Dan pengalaman bersama-sama melakukan Umrah.

Sungguh! Entah mengapa...hatiku asyik teringat-ingat. Makin kubaca ayatulQuran. Makin kuat ingatan terhadap semua kurniaNYA sepanjang perjalanan kita dulu.

Besar benar pertolonganNYA. Semua yang dirancang...Alhamdulillah berjalan lancar. Malah ditambah lagi dengan ni'mat2 yang ditambah...tak terkata....

Syukur! Rindu!RinDU...RINDU..........................................................

.........................................(lepas nafas...........................................)

---
Hany FF~ 12 Safar 1425 H~ 2 April 2004 M
Jumaat
Seri Sentosa-TM BM

No comments: